Movie Review: Baby Driver (2017)

Baby Driver, filem terbaru karya Edgar Wright. Pengarah dari UK yang pernah membikin filem-filem menarik seperti Cornetto Trilogy (Shaun of the Dead, Hot Fuzz, The World’s End) dan Scott Pilgrim vs The World. Secara peribadi, Edgar Wright merupakan salah seorang pengarah muda yang aku gemar menonton karyanya. Ada satu keunikan yang ditampilkan dalam filem-filem beliau.

Baby-Driver

Secara umumnya, Baby Driver menceritakan satu kumpulan yang menjalankan aktiviti jenayah merompak bank yang diketuai oleh Doc (Kevin Spacey). Baby (Ansel Elgort) yang mempunyai masalah pendengaran tinnitus, dengan mendengar muzik beliau boleh menghilangkan masalah tersebut mempunyai satu skill memandu yang sangat hebat. Kalau anda pernah dengar filem Drive, lakonan Ryan Gosling, konsepnya sama. Cuma Drive lebih serius. Ok sambung semula sinopsis. Segalanya ok kerana Baby dapat mengaut keuntungan yang banyak dari aktiviti tersebut. Sehinggalah beliau bertemu dengan wanita yang bernama Debora (Lily James), kemudiannya kehidupan Baby sedikit berubah.

Image result for baby driver scene

Jalan cerita filem ini bagi aku permulaannya agak baik. Pantas dan penuh aksi. 1st act filem ini menarik disalut dengan muzik yang didengar oleh Baby sendiri. Walaupun aku yakin semua penonton tidak pernah mendengar muzik yang dimainkan oleh Baby melalui iPodnya, muzik ini menjadi satu adunan yang padu kepada jalan cerita filem ini. 2nd act bagi aku agak perlahan kerana ketika ini babak tertumpu kepada penceritaan Baby dan Deborah yang bagi aku agak kurang menarik secara jujurnya. 3rd act barulah filem ini kembali bernyawa.

Image result for baby driver scene

Dari segi lakonan, Ansel Elgort berjaya mengubah persepsi aku bahawa beliau adalah pelakon muda yang bakal belakon untuk filem tema keremajaan seperti The Fault in our stars. Dalam filem ini, beliau sangat hebat. Penonton dibawa menyelami watak Baby bukan sahaja semasa beliau bekerja, malahan hubungan beliau dengan ayah angkatnya, kisah lampau dan kisah cintanya bersama Deborah. Watak Bats (Jamie Foxx) bagi aku sangat kelakar dalam filem ini. Banyak punchline yang kelakar kalau nak dicerita. John Hamm dan Kevin Spacey juga memberikan lakonan yang sangat mantap.

Dari segi sinematografi, inilah yang menyebabkan kenapa aku suka menonton karya Edgar Wright. Quick cuts style merupakan antara gaya Edgar yang sangat popular dalam filem-filemnya. Bagi aku, gaya sebegini memerlukan kreativiti dan ketelitian ketika menyunting filem. Baby Driver juga begitu. Teknik seperti close-up juga banyak kali digunakan. Teknik-teknik sebegini sememangnya unik kerana Edgar Wright pandai menyampaikan komedi melalui visual. Ianya sangat menjadi. Di youtube ramai yang menjelaskan teknik-teknik yang digunakan Edgar Wright. Ini membuktikan bahawa beliau sangat kreatif dan unik melalui gayanya yang tersendiri.

Image result for baby driver scene

Masalah bagi aku untuk filem ini ialah 2nd act. Aku tak dapat rasa connection cinta antara Baby dan Deborah. Jenuh aku cuba mendalami tetapi gagal. Aku melihat 2 karekter ini tidak ada chemistry. Ada kalanya aku menguap sedikit kerana cuba untuk memahami gaya romantik dan ianya juga berlaku dengan begitu pantas. Cara Deborah jatuh cinta terhadap baby juga kurang begitu menyerlah dan berkesan. Ketika 2nd act lah aku mengharapkan watak Jamie Foxx kerap muncul kerana Jamie Foxx banyak memberi elemen komedi dalam filem ini.

Image result for baby driver scene

Apa-apa pun, Baby Driver puas untuk ditonton. Boleh tonton buat kali kedua. Soundtrack filem ini sangat padu. Terutamanya lagu Queen-Brighton Rock yang sangat menarik untuk didengar semula di spotify. Edgar Wright sekali lagi membuktikan yang beliau mampu menyampaikan komedi dengan menggunakan visual. Padu.

8/10

Movie Review: Annabelle: Creation (2017)

Annabelle: Creation merupakan sebuah filem horror terbaru selepas filem yang pertama, Annabelle menggegar panggung wayang. Secara jujurnya, Annabelle yang pertama sangat mencewakan sampai aku tonton separuh sahaja. Kemudiannya aku terus lupa apa sebenarnya yang terjadi kepada plot filem itu. Annabelle: Creation pula aku agak skeptikal untuk pergi menonton kerana buruknya filem pertama. Tetapi, apabila aku melihat pengarahnya adalah David F. Sandberg, pengarah filem Lights Out, aku jadi semangat untuk menonton.

annabell-creation

Filem ini secara umumnya mengisahkan pasangan suami isteri yang kehilangan anak perempuannya akibat dari kematian yang agak tragis. 12 tahun berlalu, pasangan ini menerima anak yatim dari sebuah gereja untuk tinggal di dalam rumah tersebut. Namun begitu, Janice, seorang anak yatim piatu sering kali diganggu oleh entiti jahat yang wujud dalam rumah tersebut.

Walaupun ada yang cakap filem ini agak tidak seram dan buang masa, aku meraskan filem ini masih lagi di tahap ok. Unsur seram itu tetap wujud walaupun ia lebih tertumpu kepada jumpscare. Aku suka Sandberg gunakan kelebihan sinematografi dan cahaya. Ada kalanya, ‘feel’ Lights Out digunakan dalam filem Annabelle ini terutamanya ketika babak lampu terpadam. Memang mengingatkan aku kepada filem Lights Out tahun lepas. Sinematografi filem ini aku rasa kemas dan berjaya membangkitkan rasa kegelapan dan ketakutan. Skor muzik juga agak dan kena pada waktu.

Related image

Jalan cerita bagi aku agak simple dan pantas. Mungkin agak perlahan pada 1st act, 2nd filem ini sudah mula bergerak pantas ketika penonton diperkenalkan dengan patung Annabelle. Aku tak rasa jalan cerita dia longgar, bagi aku filem ini hendak memberitahu tentang kewujudan patung ini. Mungkin penyebab kenapa aktiviti supernatrual kerap berlaku di dalam rumah itu sangat boleh diagak, cuma ia masih lagi origin story yang agak baik. Tambahan pula, Annabelle Creation yang akan membawa penonton mengingati semula kaitannya filem ini dengan Annabelle dan juga The Conjuring. Sebab itu The Conjuring Universe akan wujud. Ada satu dua hint yang diberi dalam filem ini berkaitan dengan filem-filem yang lepas dan akan datang.

Image result for Annabelle: Creation scene

Jump scare masih digunakan dalam filem ini. Sama seperti filem-filem James Wan yang sebelum ini. Tetapi, Jump scare filem ini masih mampu diterima kerana ianya bukan satu jump scare bodoh. Jump scare filem ini memang untuk menakutkan penonton. Dari segi watak, watak Linda dan Janice digambarkan sebagai rakan karib dalam filem ini. 1st act boleh nampak rapatnya watak ini secara personal atau mendalam, 2nd act aku dah tak rasa ada hubungan antara dua watak ini. Penonton akan tertumpu kepada watak Linda yang sebenarnya protagonis dalam filem ini.

Aku suka cara Sandberg memaparkan simbolism dalam filem ini. Mula-mula lagi aku sudah perasan ada logo salib terbalik di hadapan pintu rumah Mullins yang aku kira ia lambang kepada syaitan. Ada logo salib beralaskan papan atau kaca warna merah dalam rumah bermaksud mereka ingin kan ‘redemption’ kerana dosa lampau. Ini semua hanya interpretasi. Orang yang mengkaji semiotik agak gemar melihat simbol-simbol ini kerana ianya ada makna.

Image result for Annabelle: Creation scene

Oleh itu, Annabelle: Creation tidaklah teruk mana meskipun ada babak-babak yang aku rasa agak cliche dan tak masuk akal. Tetapi itulah filem, melebihi apa yang penonton hendak. Kalau penonton hendak watak budak perempuan itu jangan masuk ke dalam bilik yang ada hantu sudah tentu filem ini akan jadi filem romantik, bukan filem horror. Soal seram atau tidak, terpulanglah kepada penonton. Ada satu tahap, aku menonton filem horror bukan kerana keseramannya, aku menonton jalan ceritanya. Filem seram moden perlukan sinematografi yang bagus dan skor muzik sesuai. David F. Sandberg membikin filem ini dengan begitu baik. Lebih baik dari Annabelle yang pertama. Filem ini lebih baik dari Annabelle yang pertama dan membuka pintu kepada penonton tentang The Conjuring Universe.

Ya, filem ini ada mid dan post credits scene ada dalam filem ini. Tunggu, jangan keluar panggung awal sangat.

7/10

Movie Review: War For the Planet of the Apes (2017)

Seperti biasa, aku lewat menonton filem arahan Matt Reeves ini. Aku dahulu kan filem Dunkirk kerana aku merupakan peminat pengarah filem tersebut, Christopher Nolan. War For the Planet of Apes merupakan filem ketiga dalam Trilogi Planet of the Apes versi Reboot.  Filem ini dibintangi oleh Andy Serkis sebagai Caesar dan Woody Harrelson sebagai The Colonel.

gallery5-gallery-image

Filem ini merupakan kesinambungan dari 2 filem Planet of the Apes reboot, Rise dan Dawn. Dalam War, kaum-kaum apes dilihat sebagai satu ancaman kepada kehidupan manusia kerana kepandaian dan bahayanya mereka (rujuk kepada watak Koba). Apabila kubu beruk diserang, saki baki tentera manusia, Alpha-Omega tidak dibunuh malahan dihantar pulang atas arahan Caesar. Anak Caesar, Blue-Eye menjumpai kawasan yang boleh dijadikan tempat tinggal untuk beruk-beruk jauh dari manusia. Malang sekali apabila tentera Alpha-Omega yang diketuai oleh The Colonel menyerang kubu beruk sekaligus menimbulkan rasa dendam oleh Caesar.

Image result for war for the planet of the apes

Aku dapat tahu ada yang kurang gemar dengan filem ini. War For the Planet of the Apes (WFTPOTA, panjang sangat, pendek sikit) bukanlah filem perang yang anda tonton ingat ada kebabooom sepanjang filem. Jalan cerita WFTPOTA telah dibina sejak dari filem Rise of the Planet of the Apes lagi. Perkembangan watak Caesar dapat dilihat melalui tiga filem Apes. Mungkin ada yang kurang mengerti dengan Apes reboot ini. Bagi aku, filem ini penuh dengan falsafah tentang kemanusiaan, perperangan, leadership.

Image result for war for the planet of the apes the colonel

Sebut tentang leadership, aku gemar babak antara Caesar dengan The Colonel semasa Caesar masuk ke dalam biliknya. Caesar tanya (lebih kurang begini), mengapa orang mengangkat beliau sebagai ketua, katanya kerana orang takut dengannya sahaja. Penonton kalau tengok betul-betul, Caesar mempunyai karisma sebagai ketua sehinggakan beruk-beruk sanggup buat apa sahaja asalkan ketua mereka selamat. Mengikut ketua kerana ketuanya hebat berbanding colonel yang pengikut-pengikutnya kerana takut dibunuh, maka ikut sahaja cakap ketua.

Aku suka babak masa semua tentera berkumpul dikawasan lapang dengan diiringi lagu Star Spangled Banner, waktu tu mengingatkan aku babak dalam filem Triumph of the Will (1935), filem propaganda terbitan Nazi. Walaupun skala kecil sahaja, perasaan diktator The Colonel lakonan Woody Harrelson timbul.

Related image

Watak kanak-kanak yang bisu secara tiba-tiba, namanya Nova menjadi tanda tanya kepada penonton kenapa beliau tidak boleh bercakap. Ini akan diterangkan pada 2nd act filem ini yang bagi aku motifnya jelas. Watak Bad Ape lakonan Steve Zahn sangat mencuit hati. Sekurang-kurangnya mengimbangi mood tegang dengan mood komedi ringan. Namun begitu, watak Bad Ape ketika kali pertama berjumpa dengan beruk lain agak menyentuh hati aku secara peribadi. Ketika beliau hilang harapan ingat semua beruk dah mati, dia jumpa Caesar dan harapan baru dalam dirinya wujud semula. Cuma ada kisah Bad Ape yang katanya dia hendak cari anak, aku tak jumpa babak mana yang mengatakan samada anaknya dijumpai atau dah mati. Mungkin aku terlepas pandang, kena tonton lagi.

Image result for war for the planet of the apes caesar

Andy Serkis tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau merupakan pelakon motion capture acting yang hebat sekali. Aku berharap Academy Awards akan menilai semula lakonan beliau. Andy Serkis walaupun berwajah monyet dalam filem ini, mimik muka, bahasa badan dan suara adalah hasil dari usaha beliau. Tidak melampau kalau beliau boleh tersenarai dalam pelakon terbaik (walaupun mustahil). Lakonan Woody Harrelson juga agak mantap dan aku geram jugak tengok kekejaman beliau dalam filem ini. Tapi itulah tugas pelakon. Dia kena bagi penonton rasai pembawakan watak yang beliau lakonkan dan bagi aku sangat berjaya.

Secara keseluruhannya, ini merupakan “perfect trilogy” bagi aku. Planet of the Apes reboot yang sangat berjaya. Watak Caesar merupakan watak yang akan aku ingat sepanjang menonton filem. Pembinaan watak yang tidak terburu-buru meskipun watak tersebut muncul dalam satu filem. Ini merupakan filem drama perang yang sangat berfalsafah jika anda gemar menonton secara semiotik. Ia perlu dihayati dengan penuh kesungguhan supaya kenyang di penghujung jalan cerita. Tamat filem ini, aku rasa hendak berdiri tepuk tangan. Tetapi aku seorang sahaja, maka tidaklah. Tepuk dan sorak dalam hati.

9/10

 

Chester, Linkin Park dan Pengaruh Dalam Hidup Aku

Image result for linkin park

Crawling in my skin. These wounds they will not heal. Fear is how I fall
Confusing what is real

Crawling, (Hybrid Theory, 2001)

Ketika aku berusia 11 dan 12 tahun, waktu ini zaman aku masuk peringkat akil baligh. Pemikiran dan jiwa aku sudah mula berubah. Bukan sahaja sikap, malahan juga pengaruh muzik. Zaman itu, aku masih lagi mendengar muzik-muzik tempatan. Bukanlah aku nak kata bahawa muzik tempatan itu tidak bagus. Tetapi ada kalanya manusia inginkan perubahan. Termasuklah aku dalam memilih muzik. Lagu Linkin Park yang pertama kali aku dengar ialah lagu Crawling yang sering kali digunakan oleh TV3 dalam satu iklan. Waktu itu aku tercari-cari siapakah gerangan suara yang punya keras, menjerit. Ketika itu bagi aku, menyanyi dengan terjerit-jerit ini adalah satu perkara yang pelik. Meskipun dah banyak band yang menyanyi jerit-jerit seperti Nirvana, Soundgarden, Pearl Jam dan macam-macam lagi. Tetapi waktu itu aku tak kenal. Zaman tu pula tiada aplikasi canggih seperti Shazam atau Spotify, lagilah sukar aku nak mengenal sesuatu lagu.

Image result for linkin park hybrid theory

Sampailah satu hari, kawan-kawan akak aku datang ke rumah untuk jamuan makan. Kebanyakan kawan akak aku lelaki. Mereka tua 5-6 tahun dari  aku. Ada sorang kawan akak aku tu kebetulan bawa satu CD Linkin Park, Hybrid Theory. Kalau tak salah aku, waktu dia datang tu, dia singgah ke rumah kawan dia yang berhampiran dengan rumah aku. Aku terpegun melihat cover CD yang agak unik dan berbeza dengan penyanyi tempatan. Aku mengambil keputusan untuk copy paste lagu itu ke dalam PC aku sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing. Aku dengar lagu Papercut, One Step Closer, Crawling, Points of Authority (lagu terbaik dalam album Hybrid Theory).

Image result for chester bennington early

Zaman itu jugalah, lagu Linkin Park muncul dicorong radio mainstream. Lagu In The End, kau tanyalah budak-budak yang membesar zaman ini, mereka yang layan Linkin Park mesti boleh rap part Mike Shinoda walaupun off key. Ketika lagu dan video In The End kerap dimainkan di kaca TV dan corong radio, aku sudah obses dengan Linkin Park lagi-lagi vokalisnya, Chester Bennington. Kelakarnya, aku tak kenal sorang pun nama ahli kumpulan.

awak dengarlah lagu yang terjerit macam syaitan ni.“,

NI SEMUA MUZIK PUJAAN SYAITAN!

KENAPA NAK IKUT BUDAYA BARAT??

Kata-kata sebegini kerap kali aku dengar dari cikgu dan ustazah apabila aku pergi ke sekolah agama pada waktu petang. Tetapi entah kenapa jiwa aku sudah mula menerima Linkin Park dengan hati yang terbuka. Punya obeses aku ketika itu, waktu rehat aku tak pergi rehat, aku duduk depan kelas, ambil penyapu buat macam gitar, menyanyi lagu Linkin Park. Ini benar, tanyalah kawan-kawan aku yang sekolah dengan aku. Punyalah nakal. Ada juga kawan-kawan aku yang kecam sebab aku dengar Linkin Park. Ah, aku peduli hapa. Mujur kawan sebelah aku, Azwan dia pun sekepala. Tetapi, dia pernah cadangkan aku dengar lagu-lagu Oasis sebab abang dia layan Oasis. Tetapi, aku tak berapa kisah.

Masa penghujung darjah 6, aku lepak dengan seorang kawan aku yang nampak macam alim, tetapi kepala Nu Metal. Faiz namanya. Aku pergi ke rumahnya dan masa tu kami dah habis UPSR. Waktu aku masuk dalam biliknya, ada poster Linkin Park. Katanya, abang dia memang minat habis Linkin Park dan POD. POD ni band yang popular waktu aku sekolah rendah dulu. Borak-borak, obeses cerita pasal muzik padehal entah betul entah tidak, barulah kenal siapa itu Chester Bennington, Mike Shinoda, Joseph Hann, Brad Delson, Dave Farrell dan Rob Bourdon.

Masuk sekolah menengah. Tahun 2003, aku ambil masa betul nak sesuaikan diri. Aku rasa masih kanak-kanak lagi, walhal sekolah menengah aku dah kira remaja. Hujung tahun 2003, keputusan perperiksaan aku teruk. Aku jatuh ke kelas kedua terakhir. Rasa hina betul. Sampai mak aku marah. Pernah aku menangis sebab kena marah tak belajar bersungguh-sungguh. Ketika aku tingkatan 2 lah aku sedar bahawa pelajaran itu penting supaya aku tidak segan apabila bertemu dengan jiran-jiran yang acap kali bertanya tentang keputusan perperiksaan aku sebab anak-anak mereka pandai. Tetapi, minat aku dalam muzik tidak berubah.

Image result for linkin park meteora

Album kedua Linkin Park, Meteora aku kira adalah best album yang pernah aku dengar dalam semua album Linkin Park. Satu benda yang tak berubah ialah suara Chester Bennington. Entah anugerah apa yang Allah beri kepada beliau sampai suara dia tu buat kau rasa nak menjerit juga. Masa sekolah menengah, cabaran adalah lebih besar terutamanya dari segi pergaulan sosial. Waktu inilah kau rasa nak bercinta sebab tengok kawan-kawan semua dah jumpa jodoh. Waktu inilah kau tengok kawan-kawan dah mula merokok sebab kata mereka cool. Waktu inilah bila cikgu tegur, kau rasa nak mengamuk. Lagu From The Inside dari album ini antara lagu yang aku minat selepas Breaking The Habit. Part Chester menjerit lah yang bagi aku sangat puas. Apabila lagu ini aku mainkan dekat PC, aku meletakkan diri dia dalam diri aku. Mulalah aku mengambil dawai kokot (ubat stepler) letak kat bibir ala-ala Chester pakai subang tindik kat bibir. Mujur tak tertelan, kalau tak, aku dah ‘jalan’ dulu dari Chester.

Zaman sekolah menengah aku up and down. Album Minutes to Midnight (2007) memberi sedikit kelainan apabila album ini kurang jerit Chester Bennington. Namun begitu, vokal beliau tetap hebat dan ada melodi. Lagu What I’ve Done menjadi siulan aku (waktu tu aku dah ada mp3) dan kerap kali aku mainkan.

Pergi ke tahun 2010. 2010 adalah tahun yang suram bagi aku. Tahun itu aku tidak dapat tawaran masuk ke Universiti. Ketika itu aku gagal dalam percintaan. Tahun itu juga aku dah pandai pergi gig sebab aku dah bekerja. Namun begitu, jiwa kosong gila. Kawan-kawan sorang-sorang pergi sambung belajar. Selepas gagal menempatkan diri dalam mana-mana universiti awam, aku ambil keputusan untuk bekerja dan lupakan sahaja niat untuk belajar. Tetapi, tekanan di tempat kerja membuatkan aku rasa terhina. Aku tidak kisah dengan kerja yang berat atau mengangkat barang, tetapi aku rasa tidak senang apabila ada yang mengarah macam bos walhal dia bukan bos.

Waktu bekerja, aku seringkali mendengar radio melalui MP3 aku. Ketika itu tugas aku adalah mengemaskan soalan-soalan survey yang lama untuk dibuang atau dijual. Radio waktu itu mengumumkan akan memainkan lagu Linkin Park dari album yang akan muncul, lagu tersebut bertajuk The Catalyst. Kali pertama dengar seperti aku memicit jerawat kecil kemudiannya keluar ‘nasi’ yang banyak. Aku terpukau dengan muzik baru dan segar dari mereka walaupun permainan elektronik yang banyak dalam lagu itu, tetapi aku puas. Habis kerja, aku pergi download lagu tersebut dan masukkan dalam alat MP3 aku.

“Like memories in cold decay,
Transmissions echoing away,
Far from the world of you and I,
Where oceans bleed into the sky!”

The Catalyst (A Thousand Suns, 2010)

Kepala aku goyang mendengar lagu ini ketika bekerja pada hari-hari seterusnya. Aku anggap lagi ini pembakar semangat kepada aku. Sampailah satu ketika, ada seorang staf yang tidak gemar dengan sikap aku yang mendengar muzik ketika bekerja. Walhal kerja aku siap, jalan dan orang lain pun dengar juga muzik ketika bekerja. Aku ditegur dikhalayak ramai. Masa itulah aku rasa aku perlu keluar dan menuntut ilmu supaya tidak diperbodohkan dan tidak dihina. Supaya satu hari nanti apabila aku berada di atas, aku tidak senang-senang memarahi orang dibawah di hadapan orang ramai. Suara Chester dalam lagu The Catalyst seperti menghasut aku supaya keluar dari tempat itu. Dan aku pun berhenti kerja.

Do you feel cold and lost in desperation?
You build up hope, but failure’s all you’ve known
Remember all the sadness and frustration
And let it go. Let it go..

Iridescent (A Thousand Suns, 2010)

Aku terbaring, aku fikir entah apa aku nak buat bila menganggur ni. Duit takda. Aku jadi malas nak kerja. Aku ambil keputusan untuk try intake UiTM yang kedua. Alhamdulillah, aku dapat.

Aku skip album Living Things, The Haunting Party dan One More Light (aku kurang gemar album ini). Apa yang aku cuba beritahu ialah, bagaimana muzik Linkin Park memberi aku inspirasi dan membuka pemikiran aku dari pelbagai sudut. Minda aku terbuka sebab 2 benda. Muzik dan filem. Bayangkan lah jika aku masih mendengar muzik yang lapuk yang dimana lagunya bermula dengan chord A minor? Aku tidak akan berfikiran seperti sekarang. Selepas muzik Linkin Park, aku mula menerima muzik rock yang tidak keluar dalam radio mainstream seperti Muse, Green Day, Rage Against the Machine, Audioslave dan macam-macam lagi.

Pada 20 Julai lepas, vokalis kumpulan ini, Chester Bennington meninggal dunia. Laporan mengatakan beliau bunuh diri. Kecewa aku mendengarnya. Meskipun album baru Linkin Park aku agak lantang mengkritik, tetapi Linkin Park kehilangan seorang vokalis yang bagus. Penulis lirik yang mewakili remaja yang baru nak mengenal dunia. Dunia rock juga begitu. Bukanlah aku menyokong tindakan beliau. Tetapi, kesal kerana beliau memilih jalan itu.

Aku yakin, Linkin Park akan berbeza dengan ketiadaan Chester. Terima kasih Chester dan Linkin Park kerana memberi semangat dan membuka minda aku diwaktu orang sekeliling berkata buruk tentang penampilan dan muzik anda. Album Meteora akan menjadi ingatan aku sebagai antara album rock yang sangat berpengaruh dalam diri aku.

RIP Chester.

Related image

 

Movie Review: Dunkirk (2017)

Christopher Nolan sudah membikin lebih kurang 8 filem. Ada filem superhero, ada filem sains fiksyen dan crime. Dunkrik merupakan filem perang pertamanya. Yang anehnya, Dunkirk merupakan filem yang diletak dalam kategori PG13. Berbeza dengan filem-filem perang yang kebanyakkannya Rated R kerana banyak babak-babak ganas seperti badan putus, darah yang memancut dan bom sana sini. Dunkirk merupakan filem perang yang berbeza dan mengikut acuan pengaranya.

dunkirk-0

Mungkin ada yang pernah membaca kisah Dunkirk. Kisah dimana ketika Jerman Nazi sudah menakluki eropah, bermula dengan Poland, tentera mereka mara ke Belanda, Belgium dan Perancis. Tentera Perikatan, Perancis dan British sudah ditekan sehingga ke kawasan penghujung pantai Dunkirk. Ketika itulah Perdana Menteri Britain, Winston Churchill mengarahkan supaya 400 000 askar British diselamatkan dengan apa jua cara. Termasuklah bot-bot persendirian orang awam dan nelayan. Kisah Dunkirk amat penting sehinggakan pakar-pakar sejarah mengatakan jika Jerman Nazi berjaya menawan British dan askar British mati di Dunkirk, kemungkinan sekarang, Nazi merupakan kuasa dunia.

Image result for dunkirk 2017 scene

Dalam filem ini, ada 3 tema yang berbeza. Darat, udara dan laut. Ketiga-tiga jalan cerita ini memfokuskan apa yang berlaku ketika hari operasi dynamo dijalankan. Oleh itu, jika kalian mengharapkan filem ini ada babak drama, lupakan. Kerana filem ini tiada memfokuskan sesuatu watak. Sebab tu aku cakap, filem ni berbeza. Ada filem perang yang suka fokuskan perkembangan watak. Contoh, filem Saving Private Ryan. Watak Tom Hanks dalam tu kita dapat selami emosi beliau. Dunkirk takda. Walaupun mungkin kita dapat lihat dari watak Tom Hardy, Mark Rylance dan Cillian Murphy, ianya tidak begitu memberikan impak. Jalan cerita Dunkirk juga sebenarnya tidak linear. Kerana Nolan memang gemar buat filem non-linear. Bagusnya, filem ini tidak memeningkan otak penonton.

Related image

90 minit filem ini penuh dengan bunyi letupan. Tidak henti. Namun begitu, ia memberikan kepuasan dari segi visual. Sedia maklum, Nolan bukanlah seorang pengarah yang gemarkan penggunaan CGI secara menyeluruh. Filem ini banyak practical effects yang membuatkan ia nampak lebih realistik.  Ditambah pula dengan muzik dari Hans Zimmer yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Dari segi sinematografi, ini kali kedua Nolan berkerjasama dengan Hoyte van Hoytema dan sinematografi filem ini kemas dimata aku. Top notch.

Image result for dunkirk 2017 cillian murphy

Kembali kepada watak, walaupun watak dalam filem ini tidak berkembang kerana ia memfokuskan situasi di Dunkirk, watak Cillian Murphy agak mendalam bagi aku. Watak beliau dalam filem ini ialah seorang yang agak trauma dengan perang. Dia tidak boleh dengar bunyi bom dan bunyi jet pejuang. Ada satu ketika penonton mungkin akan rasa benci dengan watak beliau, tetapi apabila muncul watak Mark Rylance dalam situasi tersebut, kita akan faham kenapa watak Cillian Murphy jadi begitu.

Image result for dunkirk 2017 mark rylance

Secara realitinya, ketika perang kau takda masa nak tanya kat tentera sebelah tentang personal life dia. Aku rasa, ini yang buat Dunkirk agak unik berbanding filem perang yang lain. Filem ini juga bermain dengan emosi penonton dari mula sampai hujung dan aku tak boleh cerita dengan lanjut. Dunkirk juga memaparkan dalam keadaan perang, sifat pentingkan diri, tamak, patriotik, pengorbanan dan ketakutan bergelumang dalam diri manusia kerana terdesak dan naluri survival seorang manusia itu wujud.

Aku berpuas hati dengan Dunkrik. Walaupun tiada babak gory sampai putus kaki, darah terpancut, filem ini memfokuskan impak perang dari dalam diri dan minda tentera British. Rasanya, aku akan pergi menonton sekali lagi, tetapi bukan di pawagam IMAX, pawagam biasa lah pula. Jika anda gemar filem perang dunia kedua, (tanpa melibatkan tentera USA) Dunkirk adalah filem yang patut anda tonton. Dunkirk pasti akan memberi anda kepuasan sinematik yang padu.

9/10

Movie Review: Spider-Man: Homecoming (2017)

Setelah kemunculan Spider-Man dalam filem Captain America: Civil War pada tahun lepas, Spider-Man muncul dengan filem terbaru. Reboot semula dari filem sebelum ini dan kolborasi antara Marvel dan Sony, wujudlah filem Spider-Man: Homecoming yang berada dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Jika anda merupakan peminat filem dan bukan pembaca komik, Homecoming memberi suasana yang berbeza kerana Peter Parker dalam filem ini adalah seorang remaja sekolah menengah. Berbeza dengan filem-filem sebelum ini yang berlatar belakangkan remaja yang masuk kolej.

Photographer select; Tom Holland

Kali ini, Spider-Man dilakonkan oleh Tom Holland, bermula dengan vlog yang dilakukannya semasa berlawan dengan Team Captain America dalam Civil War. Kemudiannya penonton dibawa mengenali watak Adrian Toomes yang ditugaskan mencari barang-barang di kawasan musnah akibat dari pertarungan Iron-Man (aku rasa?). Ketika itu, anak-anak buah Adrian Toomes menjumpai batu bercahaya (aku tak tau namanya) yang kemudiannya mereka modified jadi senjata yang sangat canggih dan dijual di pasaran gelap. Adrian Toomes (Michael Keaton) seperti yang anda lihat dalam trailer ialah Vulture.

Related image

Plot filem ini sangat tersusun. Ia memang memfokuskan kisah hidup Peter Parker di sekolah. Sama seperti filem yang terdahulu, beliau ada crush dengan seorang perempuan dan unsur cinta dan keremajaan itu masih kuat seperti filem versi Andrew Garfield dan Mark Webb sebelum ini. Namun begitu, Spider-Man dalam filem Homecoming semestinya mempunyai hubungan yang rapat dengan Tony Stark sehinggakan suit beliau Tony Stark sendiri yang beri. Peter Parker dalam filem ini boleh melekat didinding, namun begitu, suit ciptaan Tony Stark sangat membantu beliau dalam menjadi seorang Spider-Man. Tambahan pula, filem ini tidak menceritakan bagaimana beliau boleh menjadi Spider-Man dan ia satu kelainan kerana sudah ada 2 francais Spider-Man dah cerita macam mana Peter Parker jadi Spider-Man. Jadi memang Homecoming tidak perlu kerana penonton sudah sedia maklum yang Peter Parker kena gigit dengan labah-labah.

Image result for spider man homecoming vulture michael keaton

Berkata tentang watak. Tom Holland membawakan watak Peter Parker dengan begitu baik sekali. Begitu juga Aunt May walaupun watak beliau takdalah memberi impak begitu besar dalam filem ini. Aku boleh anggap watak lakonan Marissa Tomei ini penyeri cerita. Vulture atau Adrian Toomes lakonan Michael Keaton. Keaton merupakan pelakon yang pernah menjadi superhero iaitu Batman pada tahun 1989 dan beliau sangat bagus. Vulture dalam filem ini boleh aku katakan villain yang agak baik berbanding villain-villain MCU sebelum ini.  Bila penonton melihat perkembangan watak Vulture, penonton akan disajikan satu plot twist yang sememangnya aku pun tak sangka dan ianya menjadi emosi buat watak Peter Parker dan Adrian Toomes sendiri. Aku suka. Watak sidekick, Ned Leeds ada kalanya sangat menjengkelkan dan menyemak.

Image result for spider man homecoming peter parker

Dari segi aksi aku rasa tak begitu hebat pada pendapat aku. Maaf, aku sering membandingkan dengan filem Spider-Man versi Sam Raimi kerana bagi aku itu  benchmark kepada filem-filem Spider-Man. Aksi dalam Homecoming tidak begitu buat aku teruja secara jujurnya. Babak semasa dalam lif dan Washington Monument itu ada kalanya agak draggy dan tak berapa mendebarkan. Sam Raimi pada pendapat aku sangat bagus dalam membuatkan penonton rasa cuak dan berdebar dalam menonton. Babak feri dalam Homecoming bagi aku agak biasa. Namun begitu, pujian harus diberi kerana filem ini banyak mengambil rujukan filem-filem Sam Raimi. Tribute mungkin.

Homecoming merupakan filem yang penuh dengan aksi dan humor. Aku suka versi Tom Holland. Aku juga tiada masalah dengan watak Peter Parker seorang pelajar sekolah menengah. Homecoming merupakan filem Spider-Man yang bagus selepas Spider-Man 2 pada tahun 2004. Post-end credits yang akhir sekali membuktikan kenapa filem-filem MCU sangat seronok untuk ditonton dan diikuti.

8/10

Movie Review: Wonder Woman (2017)

 

Ya, filem DC Universe. Wonder Woman merupakan filem keempat dari DC Universe yang dimana tiga filem sebelum ini, Man of Steel, Batman v Superman: Dawn of Justice dan Suicide Squad menerima kritikan negatif. Bagi aku, Man of Steel dan Batman v Superman ok la. Walaupun Batman v Superman punya plot agak celaru sikit. Suicide Squad aku susah sikit nak tonton kali kedua. Tetapi, Wonder Woman agak berbeza.

Wonder_Woman

Wonder Woman secara umumnya mengisahkan perjalanan hidup Diana Prince (Gal Gadot) yang hidup di satu pulau tersembunyi bernama Themyscira, beliau hidup bersama-sama bangsa Amazon dan penonton akan disaji dengan sedikit sejarah Greek. Diana Prince mempunyai satu kuasa dalaman yang tidak diketahuinya. Beliau agak naif. Segalanya berubah apabila beliau bertemu dengan Steve Trevor (Chris Pine) yang secara tak sengaja termasuk ke kawasan Themyscira kerana dikejar tentera Jerman.

Image result for wonder woman scene

Ini filem mengenai wanita. Feminism banyak diselitkan dalam plot filem ini. Terutamanya ketika Diana Prince membidas tentang isu wanita sering kali dijadikan pemuas nafsu lelaki (kalau tak salah aku), kemudian apabila lelaki yang mengetuai perang pelik kenapa seorang wanita boleh masuk campur dalam hal peperangan (babak semasa Trevor jumpa Sir Patrick Morgan dalam parlimen). Wanita digambarkan sebagai hero dan aku rasa ianya ok. Banyak lagi elemen feminism yang boleh dilihat dalam filem ini.

Image result for wonder woman scene

Aku suka perkembangan watak Wonder Woman dalam filem ini. Dari seorang yang naif, beliau sendiri mengetahui kenapa perang di dunia berlaku terutamanya sesama manusia. Ketika itu juga beliau mula mengenal cinta dan mula mengetahui perangai manusia yang sebenar. Dalam filem ini, beliau mencari Ares yang dikatakan punca segala kenapa manusia berperang. Watak Chris Pine dalam filem ini sebagai pembantu amat efektif.

Image result for wonder woman scene

Dalam filem ini, tiada Bruce Wayne masuk campur atau Justice League. Yang ada cuma logo “Wayne Enterprise” untuk mengingatkan penonton bahawa filem ini masih lagi dalam DC Universe. Plotnya tidak serabut macam Batman v Superman yang kalau boleh semua benda berkenaan Justice League nak masuk. Wonder Woman juga agak berbeza dengan filem-filem DC sebelum ini. Banyak unsur humor yang boleh membuat penonton tergelak dalam panggung. Aksi dan humor agak seimbang sebab itu filem ini tidak membosankan.

Meskipun villain filem ini tidaklah begitu hebat dimata aku, Wonder Woman merupakan satu filem origin yang bagus. Stand alone sebagai Wonder Woman sahaja. Patty Jenkins berjaya menterjemahkan filem ini dengan begitu baik. Semoga filem Wonder Woman yang kedua akan diarahkan oleh beliau. Akhir kata, Wonder Woman penyelamat DC Universe.

9/10