Movie Review: Split (2017)

Image result for split 2017 poster

Split, filem terbaru M. Night Shyamalan yang merupakan pengarah yang popular dengan psychological thriller dan gemar membuat twisted plot dalam filem-filemnya. Filem-filem awal Shyamalan seperti The Sixth Sense (1999), Unbreakable (2000) dan Signs (2002) mendapat kritikan positif. Namun begitu, selepas filem The Village (2004) dan seterusnya, kareer M Night Shyamalan menjunam jatuh sehinggakan acap kali namanya naik dalam anugerah Razzie. Selepas The Visit yang mendapat review yang agak baik berbanding After Earth, Shyamalan kembali dengan sentuhan lamanya melalui Split.

Image result for split 2017

Split mengisahkan seorang lelaki, Kevin (James McAvoy) yang mempunyai mengidap dissociative identity disorder (DID) dan mempunyai 23 watak dalam dirinya. Dia muncul sebagai watak Dennis dimana Dennis itu menculik tiga orang remaja, Claire (Haley Lu Richardson), Marcia (Jessica Sula) dan Casey (Anya Taylor-Joy). Mereka dikurung di satu tempat misteri dan mereka menantikan watak ke 24 untuk muncul dalam diri Kevin itu sendiri.

Filem ini bermula dengan begitu pantas sekali. Tiada pendahuluan kepada bagaimana Casey boleh ada di dalam kafe tersebut dimana beliau dijemput datang ke majlis hari jadi Claire kerana Casey merupakan remaja yang bermasalah, mengapa beliau mempunyai sikap sedemikian dan seterusnya. Babak seterusnya ialah terus mereka diculik di dalam kereta oleh Dennis. Terdapat flashback pada watak Casey yang dari kecil dia pergi ikut ayah dan pakciknya memburu di dalam hutan. Kisah lampau Casey ini menjadi ‘pelapik’ kepada jalan cerita ini, mengapa beliau merupakan seorang remaja yang bermasalah dan dia seperti mengerti bagaimana hendak menghadapi lelaki yang psiko seperti Kevin.

split2

Sentuh tentang lakonan, James McAvoy merupakan seorang pelakon yang hebat. Bagi aku, filem ini merupakan lakonan hebat beliau setakat ini. Bukan mudah untuk membawa pelbagai watak yang berbeza sikap, mimik muka, loghat dan lontaran suara. Ada satu babak dimana dia menjadi Hedwig, seorang lelaki yang umurnya 9 tahun dan ketika dia menjadi Hedwig, banyak babak-babak yang kelakar sebenarnya dan ada satu dialog beliau yang sebenarnya memang mengambarkan pemikiran kanak-kanak. Anya Taylor-Joy sekali lagi merupakan pelakon wanita yang sangat sinonim dengan filem-filem horror seperti The Witch. Ketika beliau berhadapan dengan Dennis (Kevin), ketakutan dari riak muka beliau nampak sangat menjadi. Watak Casey juga bukanlah watak wanita yang bodoh tipikal filem-filem horror di barat. Casey merupakan watak yang agak pintar dan tidak terburu-buru kerana pengalaman lampaunya. Watak Dr. Karen Fletcher (Betty Buckley) merupakan orang yang faham dengan Kevin dan watak-watak yang lain. Beliau menjadi kepada penghubung antara audiens dengan filem ini dimana beliau menjelaskan apa itu DID dan bagaimana ianya berlaku. Meskipun ada pengkritik kata babak beliau muncul dalam skype untuk menerangkan DID secara livestream itu babak yang tidak perlu, bagi aku ia sudah cukup untuk menerangkan bagaimana Kevin menjadi watak yang 24 dan logiknya.

Image result for split 2017

Aku tiada masalah dengan jalan cerita filem ini. Mungkin perlahan ketika di tengah-tengah, namun begitu filem ini memerlukan kesabaran sehingga penghujung filem yang aku pasti ramai akan teruja. Aku takkan beritahu apa dia, kalian perlu tonton sendiri. Namun begitu, filem ini tetap sarat dengan unsur-unsur suspen yang sememangnya kena dengan genre psychological thriller.

Apa yang sedikit mengecewakan aku ialah, tiada backstory atau flashback yang kuat untuk menceritakan tentang bagaimana Kevin jadi begitu. Hanya ada satu babak sahaja yang menceritakan sejarah Kevin. Mungkin jika babak tersebut ada filem ini akan panjang, tetapi itu yang penting kerana flashback lebih tertumpu kepada watak Casey sahaja. Ini membuatkan aku rasa Kevin seperti watak pelakon pembantu meskipun dalam poster terpampang wajahnya.

Secara keseluruhan aku puas hati dengan Split. Menghiburkan. Dari mula sehingga penghujung aku rasa ini merupakan satu kebangkitan M. Night Shyamalan. Aku berharap beliau lebih banyak buat filem-filem sebegini dan tidak lagi memperbodohkan penonton seperti filem The Happening.

8/10

Movie Review: Arrival (2016)

Image result for arrival 2016

Denis Villeneuve kali ini muncul dengan filem terbarunya, Arrival. Jika dilihat dari poster dan trailer filem ini, ramai yang akan menganggap filem ini merupakan filem alien invasion. Sebenarnya bukan. Secara peribadi, apabila aku melihat nama Denis Villeneuve, aku dah agak yang filem ini bukan filem alien yang biasa.

Filem ini mengisahkan dimana dunia telah didatangi oleh 12 biji kapal angkasa turun ke bumi. Dr. Louise Banks, pakar bahasa telah dijemput oleh tentera Amerika Syarikat untuk menjadi penterjemah bahasa antara pihak manusia dan alien tersebut. Masalahnya, bahasa alien tersebut bukanlah satu bahasa yang mudah untuk difahami dan Dr. Louise Banks cuma menghuraikannya.

Related image

Plot filem ini sebenarnya tidaklah selari. Penonton disajikan dengan dua plot yang berbeza iaitu plot Dr. Louise dengan anak perempuannya yang anda akan tahu bahawa anak perempuannya mati kerana kanser. Yang kedua ialah plot dimana Dr. Louise perlu berhadapan dengan alien tersebut. Bagi aku, permulaan filem ini sangat perlahan. Ianya memerlukan kesabaran aku dalam menghurai dan cuba menghadam apa yang hendak disampaikan.

arrival3

Apabila masuk babak buat kali pertama mereka masuk ke dalam kapal angkasa tersebut, ditemani skor muzik yang hebat dari Johann Johansson, ketika itulah otak aku mula bergerak sehinggalah ke akhir filem. Jalan cerita filem ini bergerak dengan begitu berhati-hati dan cermat supaya penonton tidak terlepas babak demi babak, dialog yang disampaikan juga sebenarnya memberikan gambaran dan jawapan kepada penghujung filem ini. Ianya digarap dengan tidak terburu-buru.

Banyak istilah-istilah bahasa yang aku dapat tahu sebagai contoh, Palindrome iaitu perkataan yang jika dieja terbalik pun sama juga sebutannya dan juga Sapir-Whorf hypothesis dimana persepsi kita akan berubah selari dengan bahasa yang kita fahami. Jika anda pernah menonton filem ini, anda akan tahu bahawa elemen-elemen ini sebenarnya yang menjadi pengukuh kepada plot filem ini.

Amy Adams. Lakonan beliau adalah top notch dalam filem ini. Beliau mempunyai 2 perwatakan yang berbeza. Seorang ibu dan seorang pakar bahasa. Lantunan suaranya ketika bertutur dengan seorang anak menampakkan beliau seorang ibu yang baik. Nada beliau ketika memberi penerangan tentang struktur bahasa, sangat jelas. Lakonan beliau sangat menjadi dan hebat. Aku berpendapat bahawa Amy Adams salah seorang calon yang perlu ada dalam Academy Awards, kategori Pelakon Wanita Terbaik. Watak Jeremy Renner sebagai Ian Donnelly pada awalannya nampak seperti tidak berkembang. Tetapi penghujung filem ini anda perlu tahu sendiri, fungsi watak Jeremy Renner sebagai Dr. Ian Donnelly.

Aku melihat filem ini sebagai satu pertembungan antara sains fiksyen dan bahasa. Seperti apa yang dicakap oleh Dr. Louise dalam filem ini, bahasa merupakan asas tamadun dan merupakan senjata pertama dalam perperangan. Orang yang berfikiran sains tulen pasti akan menyanggah pendapat ini termasuklah Dr. Ian dalam filem ini. Sesuatu yang bagus boleh anda fikirkan setelah menonton filem ini ialah bagaimana komunikasi itu dapat disampaikan meskipun berbeza bahasa. Selain itu, filem ini agak seronok untuk dibincangkan bersama rakan-rakan meskipun plotnya yang mungkin sedikit kompleks, berbaloi untuk diperkatakan semula.

9/10

Filem-Filem Denis Villeneuve Yang Menarik Untuk Ditonton

"Incendies" Portraits - 2010 Toronto International Film Festival

Minggu ini aku menghabiskan malam aku dengan menonton filem-filem Denis Villeneuve, seorang pengarah dari Canada yang semakin menempa nama di Hollywood dan juga dunia perfileman sebagai pengarah moden yang hebat. Esok aku pergi menonton filem Arrival, maka aku mengambil mood untuk menonton filem-filem beliau yang terdahulu, sebelum beliau membikin filem-filem berbahasa inggeris.

Untuk pengetahuan kalian, filem Cosmos (1996), August 32nd on Earth (1998) dan Maelström (2000) tidak dapat aku masukkan dalam senarai ini kerana aku tidak dapat tonton dan tiada sumber-sumber yang membolehkan aku menghayati tiga filem awal Villeneuve.

Polytechnique (2009)

Image result for polytechnique 2009

Filem ini diambil dari kisah benar yang pernah berlaku di Politeknik Ecole, Montreal, Canada pada tahun 1989 dimana seorang lelaki menembak 14 orang pelajar wanita disana sebelum lelaki tersebut membunuh dirinya sendiri. Dalam Polytechnique, Villeneuve menjadi pengarah dan menulis cerita ini bersama-sama Jacques Davidts. Filem ini memfokuskan kepada 3 watak utama: 1. Pembunuh. 2. Watak wanita yang bernama Valerie 3. Jean Francois. Watak mereka ini diberikan sebab musabab kenapa mereka bertindak dan berfikiran sedemikian apabila anda menonton filem ini. Bukan sahaja penonton disajikan dengan babak ketika kejadian berlaku, penonton juga dibawa kepada keadaan dimana selepas kejadian ini berlaku dimata watak Jean Francois. Sebuah filem yang berdasarkan kisah sebenar bagus sekali garapannya.

Incendies (2010)

Image result for incendies 2010

Incendies yang membawa Denis Villeneuve ke pentas Oscars dimana filem ini dicalonkan untuk Filem Bahasa Asing Terbaik pada Academy Awards yang ke-83, namun tewas kepada filem dari Denmark, In a Better World. Melalui filem ini, minda penonton akan dibawa kepada sub plot yang banyak dan mungkin mengelirukan, pecahan clue dan “puzzle” dari mula hingga ke akhir. Filem ini membawa kita kepada pasangan kembar yang ditugaskan oleh mendiang ibunya untuk mencari abang kandungnya disamping itu mereka mula mengenal kisah gelap mendiang ibunya. Mungkin penghujung filem ini mampu membuatkan minda dan jiwa anda disenggama. Good luck.

Prisoners (2013)

Image result for prisoners 2013

Gandingan Denis Villeneuve dengan pelakon kelas A di Hollywood. Hugh Jackman, Jake Gyllenhaal dan Terrence Howard. Filem ini mendapat review yang positif. Meskipun jalan cerita filem ini agak perlahan, ianya mampu dihadam dengan begitu baik sekali. Banyak babak-babak yang mampu membuatkan penonton ada rasa emosi geram, marah dan kasihan dalam masa yang sama. Penamat filem ini mungkin seperti tergantung bagi sesetengah penonton. Bagi aku, ianya membuatkan kita berfikir dan beteka-teki. Prisoners berjaya dan sekaligus, nama Denis Villeneuve terukir di Hollywood.

Enemy (2014)

Image result for enemy 2013

Sejujurnya, aku menonton Enemy pada tahun lepas. Aku tidak perasan bahawa ada filem arahan Denis Villeneuve selepas Prisoners. Enemy merupakan filem lakonan Jake Gyllenhaal, dimana watak Adam Bell menonton sebuah filem dan dia ternampak bahawa pelakon tambahan dalam filem tersebut sama wajah dengannya. Selepas itu, Adam Bell terus pergi menyiasat pelakon tersebut dan dia terkejut bahawa orang yang sama wajah dengannya itu wujud dengan nama yang berbeza. Filem ini memerlukan anda berfikir dan terus berfikir. Dari mula sampai ke akhir. Banyak clue-clue yang mungkin membuatkan penonton rasa, “apa benda ni?”, dari labah-labah, perempuan 2 orang yang terlanjang, dan macam-macam lagi. Enemy merupakan contoh filem senggama minda untuk peminat filem-filem sebegini. Bagi aku, Enemy merupakan filem Villeneuve yang agak underrated dan berbaloi untuk ditonton.

Sicario (2015)

Image result for sicario 2015

Kali ini, filem Denis Villeneuve menampilkan Emily Blunt, Benicio del Toro dan Josh Brolin. Bagi aku, ini merupakan filem terbaik arahan Villeneuve. Dengan sinematografi yang kemas dan cantik, lakonan mantap Benicio del Toro (sayang tak tercalon untuk oscars) dan jalan cerita yang kemas. Kali ini plot filem ini tidak menjanjikan satu kepeningan buat penonton. Ianya linear dan mudah difahami. Filem ini mendapat 3 pencalonan Academy Awards yang ke-88 untuk Sinematografi terbaik, Skor Original Terbaik dan Suntingan Bunyi Terbaik.

Movie Review: Patriots Day (2016)

Image result for patriots day

Jika anda semua masih ingat dan ambil tahu, kisah pengeboman Boston Marathon berlaku pada tahun 2013. Masa tu aku masih lagi belajar dan di Twitter kecoh tentang pengeboman ini. Tragedi ini meragut nyawa lebih kurang 3 orang ketika bom tersebut meletup. Filem Patriots Day arahan Peter Berg ini menceritakan susur masa bagaimana tragedi ini berlaku, prosedur penyiasatan dan operasi memburu pengebom tersebut. Jika anda pernah baca kisah ini sudah tentu anda tahu lebih lagi.

patriotsday-markwahlberg-marathonbanner

Peter Berg pada tahun 2016 telah menjadi pengarah kepada 2 filem yang agak hebat. Patriots Day dan Deepwater Horizon. Ini merupakan filem ketiga Peter Berg berkolaborasi dengan Mark Wahlberg selepas Lone Survivor (2012) dan Deepwater Horizon (2016). Peter Berg berjaya memvisualkan kejadian pengeboman ini dengan begitu bagus sekali. Beliau cuba menyuntik babak-babak yang ada dalam filem ini dengan realistik seperti rakaman CCTV, rakaman amatur melalui telefon bimbit. Ini menambakan feel dan peringatan kepada penonton bahawa babak-babak tersebut sebenarnya pernah berlaku.

Jalan cerita filem ini perlahan pada awalnya. Banyak watak-watak yang ditonjolkan semasa permulaan filem ini atau 1st act. Ada kalanya aku macam clueless juga, apa peranan lelaki cina dalam filem ini sampai ada satu babak beliau pergi berdating dengan perempuan yang jaga cafe? Apa peranan watak polis yang sorang ini sampai dapat air percuma dari seorang awek Asian-American yang hot? 3rd act filem ini akan terjawab segalanya. Aku melihat bahawa watak-watak ini disuntik dengan penuh emosi bahawa mereka ini adalah manusia yang biasa, mereka ada orang yang mereka hargai dan ada orang yang menghargai mereka. Elemen-elemen kemanusiaan diserapkan dalam sub plot yang ditonjolkan. Setiap watak-watak dalam filem ini dikupas secara kasar termasuklah termasuklah plot yang melibatkan 2 pengebom dalam filem ini.

Mark Wahlberg, JK Simmons (ada satu punchline dia sangat kelakar dalam filem ini), Kevin Bacon, John Goodman merupakan pelakon Hollywood Gred A yang mewarnai filem ini. Aku suka keceluparan mulut Mark Wahlberg dalam filem ini kerana ia mengingatkan aku kepada watak yang dibawa beliau dalam filem The Departed (2005).  Satu benda yang aku kecewa (tidak melibatkan filem ini pun) ialah aku perasan ada babak yang dipotong di panggung wayang tempatan terutamanya yang melibatkan watak Melissa Benoist yang menjadi isteri kepada Tarmelan, pengebom. Agak kacau bagi aku kerana ia seperti tergantung. Nampaknya terpaksalah dapatkan blu-ray untuk tahu lebih lanjut. Muzik atau soundtrack filem ini kedengaran agak berbeza, elektronik dan ‘eerie’. Aku baru tahun yang Trent Reznor dan Atticus Ross yang buat score untuk filem ini. Wow. Jika anda pernah menonton filem The Social Network (2010), The Girl With the Dragon Tattoo (2012) dan Gone Girl (2014), mereka berdua lah yang mencorak muzik dalam filem-filem yang diperkatakan tadi.

Image result for patriots day 2016 movie

Secara rumusannya, filem Patriots Day mungkin dilihat sebagai satu filem propaganda. Namun begitu, orang-orang di Boston pasti akan menganggap filem ini satu tribute buat penduduk Boston yang bersatu padu dalam membanteras pengganas. Terpulang kepada penonton untuk menganggap filem ini propaganda atau tidak. Aku melihat ianya sebagai satu gambaran semasa dan selepas tragedi ini berlaku dan banyak benda yang aku tak tahu tentang tragedi ini, selepas menonton aku mula membaca kronologi kes ini. Well done, Peter Berg.

7.5/10

Movie Review: The Accountant (2016)

Jika anda semua rajin membuka laman web Rotten Tomatoes, filem ini mendapat review yang kurang baik. 51 peratus atau kata mudahnya, rotten. Tahun lepas, aku tidak ke panggung wayang untuk menonton filem ini kerana terpengaruh dengan rating Rotten Tomatoes. Tahun ini baru aku berpeluang tonton.

14accountant1-master768-v2

Filem ini merupakan filem arahan Gavin O’ Connor yang mengisahkan seorang lelaki bernama Christian Wolff (Ben Affleck) yang merupakan seorang autism, namun begitu Chris dikurniakan satu akal fikiran yang bijak dan teliti dalam bidang matematik. Dalam masa yang sama, Ray (J.K. Simmons) memberi tugas kepada Marybeth (Cynthia Addai-Robinson) untuk mencari seorang akauntan yang dikatakan mempunyai link dengan gangster-gangster besar.

Wolff lakonan Ben Affleck dilihat sebagai insan yang ada austism. Namun begitu, Wolff mempunyai satu set skill yang hebat dalam menggunakan senjata dan berlawan (aku dapat tau dari IMDB, Wolff pandai bersilat, sebab ayah dia hantar ke Indonesia untuk belajar seni mempertahankan diri tersebut, ada dalam filem ini). Tambahan pula, watak Wolff diperkenalkan sejak dari kecil dan diselang selikan dengan waktu sekarang. Sepanjang jalan cerita filem ini, penonton didedahkan bagaimana seorang kanak-kanak autism boleh berdikari, pandai dalam seni mempertahankan diri dan hebat dalam matematik, bahkan beliau merupakan forensik akauntan. Diselangselikan dengan flashback zaman kanak-kanak Wolff.

Image result for the accountant 2016 scene

Plot filem ini bukan sahaja tertumpu kepada Wolff. Banyak flashback dari plot yang berbeza. Ray mempunyai kisahnya yang tersendiri. Kemudian penonton dibawa kepada plot dimana Marybeth mencari identiti sebenar Akauntan yang dikatakan oleh Ray. Mungkin ianya agak mengelirukan, tetapi ianya saling berkaitan. Ada satu ketika, watak Wolff yang begitu pendiam dan agak menyisihkan diri nampak berkembang apabila watak Dana lakonan Anna Kendrick cuba bersosial dengannya. Watak Assassin lakonan Jon Bernthal juga diselitkan dalam filem ini.

Sentuh pasal lakonan, Ben Affleck sangat sesuai membawa watak Wolff yang sangat pendiam, bijak, kurang eye contact dan badass. Sejak belakon jadi Batman ni, nampak Ben Affleck sesuai membawakan watak tempur.

Image result for the accountant 2016 scene

Filem ini seperti puzzle. Dari pemulaan hingga ke hujung ada cebisan-cebisan yang diletakkan oleh pengarah sebagai ‘teka-teki’ buat penonton dan ianya sangat menarik bagi aku. Dihujung filem ini aku cakap, “oooo barulah faham…”.  Walaupun ending filem ini sebenarnya aku dah boleh jangka bila masuk 2nd act, tetapi ada satu persoalan (aku tak boleh cakap ianya pasal apa) yang menjadi ‘cliffhanger’ bagi aku. Ianya terjawab betul-betul  ketika penghujung filem ini.

Cuma yang kurang menarik bagi aku ending yang agak mendatar dan cliche sebab 2nd act dah boleh jangka. Kemudian, filem ini kekurangan aksi. Aksi betul-betul muncul ketika pertengahan filem. Bagi aku, apabila kau letak gambar Ben Affleck pegang sniper untuk muka depan promosi filem ini, semua penonton akan jangka filem ini full of action atau action pack movie. Tetapi mereka salah. Ini bagi aku agak mengelirukan. Mungkin ada sebab penonton kurang gemar filem ini. Tetapi, bagi aku penyampaian filem ini agak berbeza dan unik. Feel menonton filem ini sama seperti aku menonton filem Jack Reacher. Pace filemnya sama seperti The Accountant.

7/10