Movie Review: Suicide Squad (2016)

suicide-squad-movie-2016-poster

Selepas kemunculan Man of Steel dan Batman v Superman: Dawn of Justice, muncul satu lagi filem dalam DC Universe, Suicide Squad. Bagi penggemar komik DC, sudah pasti mereka mengenali watak-watak seperti Deadshot, Killer Croc, Harley Quinn dan El Diablo. David Ayer  merupakan pengarah dan juga penulis skrip untuk filem ini.

suicide-squad-line-up-in-rain-189669

Kisah ini bermula apabila Amanda Waller menubuhkan satu pasukan yang dipanggil Task Force X yang diambil dari kumpulan penjenayah terhebat bersama-sama Kolonel Rick Flag untuk melakukan misi yang agak risiko oleh pihak kerajaan. Ketika itulah mereka memilih Deadshot, Harley Quinn, El Diablo, Killer Croc, Slipknot, Captain Boomerang dan Katana dan kemudiannya digelar oleh Deadshot sebagai, ‘Suicide Squad’

Image result for suicide squad scenes

Pengenalan watak satu-satu memang menarik. Terutamanya watak Harley Quinn. Ianya seperti satu short story dalam filem ini. Dimana penonton dibawa menyelami watak beliau dan The Joker lakonan Jared Leto. Kisah Deadshot juga agak emosi dan ditonjolkan betapa eratnya hubungan beliau dengan anak perempuannya. Cuma masa filem ini menerangkan watak-watak tersebut aku rasa ianya sangat ‘padat’. Agak tidak adil jika aku menilai watak Joker Jared Leto dengan Joker Heath Ledger. Bagi aku, Jared Leto berjaya bawa watak Joker yang tersendiri meskipun watak Joker dalam Suicide Squad nampak macam PIMP Daddy

Image result for suicide squad scenes

Tambahan pula jalan ceritanya yang tidaklah sepening Batman v Superman yang terlalu banyak subplot sehingga terpaksa buat extended version. Mungkin Suicide Squad ada juga. Jalan cerita Suicide Squad agak linear sebenarnya meskipun ada babak flashback antara Harley Quinn dan Joker.

Masalah terbesar aku ialah villain. Aku tak boleh bagitau siapa villain. Tetapi bagi aku, villain dalam filem ini tidak sesuai langsung dan tak logik. Bayangkan, Suicide Squad tu hanyalah penjenayah cuma ada Killer Croc dan El Diablo yang boleh dikategorikan sebagai mutant lawan dengan metahuman atau Superhuman. Jika ini berlaku dalam Batman v Superman, aku faham kerana Superman dan Wonder Woman memang metahuman ketika menentang raksasa apa aku lupa namanya. Ianya nampak tak logik.

Image result for suicide squad scenes

Watak Joker dalam Suicide Squad seperti tidak digunakan sepenuhnya. Aku rasa tertipu dengan trailer filem ini (Sekali lagi DC, ergh). Aku mati-mati ingat Joker ada peranan besar dalam filem ini seperti master mind, tetapi tujuan dia hanya Harley Quinn. Aku berharap dia diberi peluang sepenuhnya dalam filem ini, aku silap. Aku berharap sangat watak dia lebih menonjol dalam Extended Cut nanti.

Image result for suicide squad scenes

Perkembangan watak-watak lain juga agak lemah. Lihat sahajalah watak Captain Boomerang, Killer Croc dan Katana. Sekadar ada sahaja. Kau tak nampak solid reason mereka ada disitu. Watak mereka tiada momen-momen yang mampu membuatkan penonton puas seperti Harley Quinn dan Deadshot. Harap-harap dalam Extended Cut ada babak-babak yang mampu menjawab segalanya.

Kesimpulan tentang filem ini, aku ok sebenarnya, cuma ada 2-3 perkara sahaja yang ‘kacau’. Bagusnya, filem ini fun. Dia tak seserius macam Batman v Superman. Masih lagi dalam tahap menghiburkan. Jujur aku cakap, aku boleh tonton filem ini berulang kali. Tak sabar nak tunggu filem-filem DC selepas ini terutamanya Justice League!

5/10

Movie Review: Spotlight (2015)

SPOTLIGHT.png

“The Power of Journalism”

Spotlight merupakan filem arahan Tom McCarthy. Sebut pasal Tom McCarthy, beliau adalah pengarah filem The Cobbler. Ya. The Cobbler filem lakonan Adam Sandler. Tetapi, aku fokus kepada Spotlight. Filem ini mengisahkan sekumpulan wartawan  yang bernama Spotlight, dari The Boston Globe. Marty Baron (Liev Schreiber) merupakan editor terbaru The Boston Globe. Beliau menyuruh wartawan dari Spotlight menyiasat kes seorang paderi bernama John Geoghan yang terlibat dengan kes pedofilia (seksual terhadap kanak-kanak). Maka, Spotlight pun mula mengumpul bukti dari fail-fail  kes lama dan menemuramah mangsa-mangsa yang terlibat.

Filem ini berdurasi selama 2 jam lebih. Semasa aku menonton, aku memerlukan fokus yang lebih. Ini kerana, kes yang mereka siasat itu bukanlah kes jenayah kecilan. Ia melibatkan satu institusi agama yang agak kebal di Boston. Setiap watak wartawan, Michael Keaton, Mark Ruffalo, Rachel McAdams dan Brian d’Arcy James mempunyai tugas dan kisah mereka tersendiri. Semakin aku menonton filem ini, semakin “gelap” penyiasatan dan kebenarannya. Bagi aku, filem ini bukan untuk semua. Filem ini perlu dihargai dengan penuh hati-hati dan penuh kefahaman kerana setiap klu yang mereka dapat ketika menyiasat adalah penting.

Sebut tentang lakonan, filem ini membariskan pelakon-pelakon yang bagus. Walter Robinson lakonan Michael Keaton hebat. Retak hebat lakonannya berterusan selepas filem Birdman. Tumpuan sudah tentu terarah kepada 2 pelakon yang menerima pencalonan Oscars, Mark Ruffalo dan Rachel McAdams. Bagi aku, kesemua pelakon dalam filem ini membawakan watak wartawan yang penuh dedikasi dan kesungguhan dengan begitu hebat sekali.

Plot filem ini disusun dengan begitu baik sekali. Semuanya ingin membawa audiens merasai bagaimana wartawan ini mengumpul bukti dan membina semula kes. Bagi aku ianya sangat padat dan menyeronokkan.

Kemungkinan filem ini agak bosan bagi sesetengah orang. Aku tak salahkan, sebab filem ini durasinya panjang. Seperti aku cakap tadi, setiap wartawan yang ditugaskan ada kisahnya tersendiri dan kadang-kala sedikit terkeliru dengan informasi yang mereka dapat. Babak dramatik yang boleh diingat juga sebenarnya kurang. Yang menguatkan filem ini ialah plot dan pelakon-pelakonnya. Aku melihat filem ini seperti filem dokumentari.

Sebagai seorang pelajar Komunikasi yang mempunyai sedikit pengetahuan tentang kewartawanan, aku mendapati filem ini sangat menarik. Membuka minda aku bahawa wartawan bukan hanya sekadar menyampaikan berita-berita umum, tetapi juga membuka mata masyarakat dan menjadi ejen kebenaran kepada masyarakat. Wartawan dalam filem Spotlight adalah contoh wartawan yang berani kerana benar dan tidak takut pada kuasa besar mahupun apa jua halangan. Bagi mereka, orang ramai perlu tahu berita yang telus.

Filem ini menerima 6 pencalonan Academy, termasuklah Filem terbaik dan pengarah terbaik. Tak pasti filem ini akan masuk Malaysia atau tidak. Jika anda berkesempatan dan berkemampuan untuk tonton filem ini, dan gemarkan filem penyiasatan, Spotlight adalah jawapannya.

8/10

spotlight-movie-1.jpg
Ya. Filem ini diadaptasi dari kisah benar. Hasil dari pembongkaran ini, team Spotlight telah menerima anugerah Pulitzer Prize untuk Public Service pada tahun 2003

Cinta, Lama-Lama Jadi Busuk

Semalam aku ada perasan satu ‘drama’ twitter. Mengikut pemahaman aku, si lelaki ini curang dengan perempuan lain ketika isterinya sendang sarat mengandung. Si Isteri mengamuk kat twitter, dan menceritakan keburukan suaminya sehingga satu timeline twitter tau. Maka, ramailah yang membaca tweet tersebut.

Aku pun tak berapa baca secara details. Tapi, ini adalah pendapat aku.

Suami. Dia memang salah. Secara moralnya, dia curang. Semasa isteri kau mengandung, sokongan moral sangat penting bagi dia. Si suami perlulah bersikap tanggungjawab. Bukannya mengambil kesempatan terhadap kondisi isteri kau.

Isteri. Pun ada salah. Kenapa perlu cerita kat twitter? Faham, bila kemarahan kau sampai satu tahap maksima, maka kau perlu tempat untuk berkongsi masalah. Tapi kau pilih media sosial. Tak bagus. Maruah suami kau, aib dia walaupun dia buat salah, tak patut orang lain tau. Kalau tak boleh sangat dah tahan, pergi kaunseling atau pejabat agama. Selesaikan cara matang. Pada masa yang sama, aku kesian dengan si isteri ni.

Itulah yang tidak bagusnya tentang laman sosial ni. Waktu aku sedang dilamun cinta zaman sekolah menengah dulu, myspace jadi tempat aku meluahkan rasa sayang dan cinta monyet aku. Bila aku beralih ke zaman facebook, aku akan cerita kat facebook. Lama-lama, aku rasa benda ni salah. Sebab?

Sebab utama ialah orang lain yang memandang geli. Bukannya aku seorang sahaja yang bercinta di dunia ini. Panggilan “sayang” atau “baby” dekat komen bukanlah satu tindakan yang matang. Masa ini, aku lihat ada lagi orang yang sebaya aku masih berbalas komen dekat facebook atau twitter. “Fatimah, awaklah yang saya sayang sekali. I love you”

Apa tujuannya? Adakah anda hendak merangkul anugerah pasangan paling sweet? atau anda hendak buktikan andalah Romeo & Juliet dan Bonnie & Clyde versi sosial media? Bila putus cinta, maka keluarlah kata caci maki, memburukkan sesama sendiri. Sedangkan masa bercinta, kentut pun bau Eau de toilette, nafas bau Eau de Parfum.

Kembali kepada kisah twitter tadi, sayang sekali. Yang tukang komen dan RT ada yang menyokong seperti penyokong dalam perlawanan sukan tempur. Simpati aku kat pasangan ni. Dua-dua ada khilafnya. Aku harap mereka selesaikan dengan cara yang matang.

Benarlah kata orang, berkahwin ini bukan satu benda main-main, bukan pelepas nafsu. Tetapi komitmen untuk jangka masa yang panjang, perkongsian hidup.

Bagi aku, cinta tu lama-lama boleh jadi busuk kalau tak disemai. Wangi cinta tu kan sepatutnya dinikmati bersama. Ada masa, orang lain tak perlu bau sikit pun wanginya cinta anda tu.

Firestarter Kembali!

Entah kenapa, tiba-tiba aku ingin kembali menaip di blog. Tetapi di laman yang berbeza. WordPress. Blog lama aku, Firestarter memang menjadi hobi dan tempat luahan perasaan aku sehinggalah munculnya, Twitter.

Aku kerap menaip tentang movie review kat facebook, tetapi aku rasa kalau aku taip panjang-panjang pun takda orang nak baca. Kalau macam tu, baik aku taip kat wordpress alang-alang orang tak baca, biar aku syok sendiri menaip. haha

Harap-harap lepas ni aku lebih rajin menaip seperti dulu. Bukan hanya hangat-hangat tahi ayam.

Chiao!