Movie Review: Get Out (2017)

Jika anda mengenali Jordan Peele, beliau adalah seorang pelawak yang terkenal dengan rancangan Key & Peele. Get Out merupakan filem debut beliau sebagai seorang pengarah. Yang peliknya, Peele memilih genre horror. Kali pertama aku mendengar tentang filem ini ketika awal tahun. Yang menariknya, Jason Blum merangkap CEO Blumhouse Production menjadi penerbit dan syarikatnya menerbit filem ini.

80f05f93fb2b61762544bd8fb8b72809

Get Out mengisahkan tentang dua orang pasangan interracial, Chris Washington (Daniel Kaluuya) dan Rose Armitage (Allison Williams) pulang ke rumah ibu bapa Rose di kawasan pedalaman. Chris sebenarnya resah dengan keluarga Rose kerana beliau adalah seorang lelaki berkulit hitam. Sampai di rumah keluarga Rose, Chris dilayan dengan begitu baik sekali. Namun begitu, beliau rasa pelik dengan kelakuan 2 orang pekerja kulit hitam di rumah tersebut.

Bagi aku, plot filem ini berjalan dengan baik. Diceritakan dengan penuh teliti. Ya, mungkin sedikit perlahan. Namun begitu, terdapat persoalan yang bakal bermain di minda penonton. Mengapa Chris diam diri selepas kereta Rose melanggar Rusa? Siapakah 2 orang kulit hitam yang bekerja di rumah keluarga Armitage? 2nd act filem ini barulah filem mula bergerak sedikit laju apabila Chris terjumpa dengan seseorang yang pernah dikenalinya pada satu ketika dahulu.

Mengenali Jordan Peele yang terkenal dengan humornya, elemen humor tidak lekang dalam filem ini. Humor banyaknya diterjemahkan oleh kawan Chris, Rod Williams dengan dialog yang mampu mencuit hati penonton. Chris lakonan Daniel Kaluuya juga amat baik dalam filem ini. Jika anda pernah menonton Sicario dan Johnny English Reborn, 2 filem ini antara lakonan beliau.

Jika anda menonton filem ini, sebenarnya Jordan Peele membawa isu perkauman disulam ke dalam plot filem ini. Isu yang dibawa pula tidak berat sebelah kepada kulit hitam sahaja. Kedua-dua golongan ini disatirakan dengan begitu jelas dan padu. Isu seperti meminta lesen memandu orang kulit hitam, orang kulit hitam yang asal jumpa sesama bangsa mereka, keluar sifat ‘brotherhood’ mereka. Isu-isu sebegini banyak lagi di Amerika Syarikat. Bagi aku, Jordan Peele menterjemahkan isu ini dengan begitu unik kerana beliau menggunakan genre horror sebagai platform.

Image result for get out scene

3rd act filem ini bagi aku puas. Meskipun sebab musabab kenapa watak antagonis melakukan perbuatan itu tidak berapa nak kukuh dan kuat (nanti rujuk isu rasisme, tetapi bagi aku tak berapa nak kena), ianya menjanjikan satu kepuasan kepada penonton yang gemarkan babak “ha, rasakan, memang patut kena pun!”. Tiada plot twist, jalan cerita yang mudah difahami.

Secara peribadi, aku gemar filem ini. Jalan cerita yang baik, kemas dan unik. Syabas Jordan Peele!

9/10