Movie Review: Manchester by the Sea (2016)

Image result for manchester by the sea

Manchester by the Sea, sebuah filem yang diarahkan oleh Kenneth Lonergan, yang aku baru tahu bahawa beliaulah penulis untuk filem Gangs of New York (2000). Sebelum menonton filem ini atau lebih senang, ketika filem ini sedang hangat diperkatakan tahun lepas, aku tak menonton langsung trailer filem ini. Namun begitu, ramai yang memperkatakan tentang kehebatan lakonan Casey Affleck dalam filem Manchester by the Sea. Tambahan pula, aku sangka filem ini lokasinya di Manchester, England. Rupa-rupanya, memang ada tempat yang bernama, Manchester-by-the-sea di Massachusetts, Amerika Syarikat.

screen-shot-2016-08-24-at-11-26-09-am

Filem ini mengisahkan tentang kehidupan seorang lelaki yang bernama Lee Chandler (Casey Affleck), seorang lelaki yang ada kalanya nampak seperti tiada perasaan, pendiam dan pemabuk. Beliau baru sahaja kehilangan abangnya, Joe (Kyle Chandler) yang baru sahaja meninggal dunia. Satu bebanan tambah bagi Lee apabila abangnya mewasiatkan bahawa Lee merupakan penjaga baru kepada anak Joe, Patrick Chandler (Lucas Hedges).

Filem ini ialah filem drama. Bila drama, sebenarnya penonton akan disajikan satu jalan cerita yang perlahan, emosi dan adakalanya melihat moral yang cuba ditunjukkan kepada penonton. Plot filem ini sebenarnya berlapis. Ada kalanya aku sendiri pun terkeliru kerana cara filem ini menceritakan satu kisah ke satu kisah agak mengelirukan. Aku sendiri tidak perasan babak-babak flashback. Pengarah menggunakan tona warna dan cahaya yang sama. Ada sesetengah pengarah dia suka guna tona warna yang berbeza untuk menunjukkan kepada penonton bahawa, babak itu adalah babak flashback. Aku rasa, 1st act filem ini buat aku tercari-cari apa sebenarnya hendak ditunjukkan kepada penonton.

Image result for manchester by the sea

Bila masuk 2nd act, filem ini mula membuka segala persoalan. Terutamanya kepada watak utama, Lee. Pada awalan, Lee dilihat sebagai seorang yang pendiam, suka lepak dalam bar, bergaduh, dan cuba lari kepada tanggungjawab dan realiti bahawa dia adalah penjaga kepada anak saudaranya. Tetapi penonton akan sedar sebenarnya Lee mempunyai satu sejarah yang sangat sukar diterima olehnya. Dia sampai rasa nak bunuh diri. Ketika ini penonton didedahkan dengan masalah rumah tangga, hubungan Lee dengan abangnya, Joe dan pelbagai lagi.

Image result for manchester by the sea

Lakonan Casey Affleck paling mantap dalam filem ini. Emosi dan loneliness yang disampaikan melalui ekspresi muka beliau sangat menjadi. Tidak hairanlah jika beliau mampu merangkul anugerah pelakon lelaki terbaik untuk Academy Awards pada minggu hadapan. Lucas Hedges juga mantap dengan watak seorang remaja yang ego nak mati. Lucas Hedges dan Michelle Williams juga mendapat pencalonan untuk Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik.

Image result for manchester by the sea

Kenneth Lonergan menjadikan bandar Manchester-by-the-sea ini dengan begitu cantik sekali. Bagi aku, filem ini bukan sahaja sekadar filem drama, malahan ia dibikin dengan kemas dan cantik dari segi visualnya.

Aku melihat filem ini sebagai filem drama yang sangat emosi. Ia menyentuh hal kekeluargaan. Ketika Lee jatuh, dia ada abangnya untuk membantu Lee ‘hidup’ kembali. Dia sedar bahawa Lucas adalah tanggungjawabnya kerana Joe juga begitu mengambil berat terhadap Lee. Adakalanya, kata-kata seseorang itu akan memberikan kesan yang mendalam kepada si penerima kata-kata tersebut. Aku melihat, watak Lee dalam filem ini terkesan dengan kata-kata yang sebenarnya membuatkan beliau terluka dan terkesan dengan begitu lama sekali. Ketika semua orang disekelilingnya move on, beliau belum lagi.

Sebuah filem drama yang bagus dan bermakna. Jika anda ok menonton kisah kebahagiaan dan kesediahan orang lain, maka Manchester by the Sea adalah filem yang sesuai untuk anda.

9/10

Movie Review: Hacksaw Ridge (2016)

Mel Gibson sudah lama terkenal dengan seorang pelakon yang hebat. Bukan sahaja pelakon, malahan pengarah yang berkaliber. Filem-filem arahan beliau seperti Braveheart (1995), The Passion of the Christ (2003) dan Apocalypto (2006) mendapat review yang positif dari penonton mahupun pengkritik filem. Pada tahun lepas, beliau mengarah sebuah filem yang bertajuk, Hacksaw Ridge. Filem ini mengisahkan tentang seorang tentera Amerika Syarikat yang bernama Desmond Doss, bertugas sebagai combat medic yang menolak penggunaan senjata ketika berperang. Pelik tetapi benar. Ketika perang dunia kedua, di Okinawa, Jepun, beliau insan yang Berjaya menyelamatkan ramai tentera Amerika Syarikat waktu itu tanpa menggunakan senjata.

hacksawridge-garfieldmarching

Jika anda merasakan filem ini seperti filem Saving Private Ryan (1998), silap. Filem tersebut sudah menaikkan adrenalin penonton ketika awal filem lagi. Filem ini bermula dari awalan kisah hidup Desmond Doss (Andrew Garfield). Bagaimana beliau menjadi seorang yang sangat berpegang kepada perinsip bahawa pembunuhan itu tidak perlu wujud di dalam dunia. Ketika beliau masih kecil, beliau sendiri hampir-hampir membunuh Abangnya sendiri ketika bergaduh. Waktu itu beliau terpandang satu gambar di dinding rumahnya dimana Cain dan Abel. Kalau kita lihat, kisah Cain dan Abel itu lebih kurang sama dengan Desmond itu sendiri yang tanpa beliau sedari cuba membunuh Abangnya sendiri. Kisah Desmond itu diselang selikan dengan kisah Ayahnya, Tom Doss (Hugo Weaving) merupakan veteran perang dan juga seorang pemabuk. Plot filem ini akan bergerak secara perlahan-lahan dan selitkan kisah Desmond berkenalan dengan isterinya, konflik di dalam kem tentera dan di medan perang. 2nd act barulah Hacksaw Ridge memukau penonton dengan aksi perang dan ganas.

Image result

Andrew Garfield menerima pencalonan untuk pelakon lelaki terbaik pada Academy Awards pada minggu hadapan. Bagi aku, Andrew Garfield memberikan satu lakonan yang mantap sekali. Ketika beliau dalam kem tentera. Watak Desmond yang dibawa beliau begitu berkesan dan Nampak Desmond itu seorang lelaki yang lurus. Ketika dalam kem tentera, boleh lihat bagaimana ada kalanya Desmond Nampak tidak begitu serius dan menganggap kata-kata ketuanya adalah satu gurauan. Desmond juga dilihat sebagai seorang yang sangat berpegang teguh kepada kepercayaannya. Vince Vaughn juga memberikan satu lakonan yang mantap sebagai Sergeant Howell. Jika kau ingat Vince Vaughn dalam filem ini jenis yang buat kau gelak ketawa, kau silap. Jika pernah menonton True Detective Season 2, lakonan serius Vince dalam drama tu samalah dia dalam  Hacksaw Ridge.

Ramai yang membandingkan filem ini dengan Saving Private Ryan. Bagi aku, walaupun dua filem ini berkongsi nilai kemanusiaan yang sama, dari segi efek dan visual realistiknya, Saving Private Ryan lebih hebat. Tetapi dari segi penceritaan dan kekuatan watak utama diselitkan dengan emosi, Hacksaw Ridge lebih kedepan. Apa-apa pun, Hacksaw Ridge memberikan satu gambaran yang jelas bagaimana kisah hidup Desmond Doss ketika perang dunia kedua.

Image result for Hacksaw Ridge scene

Aku berharap Andrew Garfield dan Hacksaw Ridge mampu merangkul Academy Awards pada minggu hadapan. Filem ini mampu membuatkan anda berfikir dan berada di tempat Desmond Doss itu sendiri yang menolak pembunuhan dan pegang senjata meskipun beliau berada di medan perang. Tahniah Mel Gibson kerana membikin satu filem perang yang sangat menarik untuk ditonton.

9/10

Movie Review: La La Land (2016)

Damien Chazelle kembali dengan filem terbarunya yang juga berkonsepkan muzikal yang bertajuk, La La Land. Aku menonton filem ini pada tahun 2017, lambat sungguh. Di Amerika, filem La La Land menjadi sebutan ramai. Ramai yang memuji lakonan Ryan Gosling dan Emma Stone. Ramai juga yang mengangkat nama Damien Chazelle ke tahap yang tinggi, mengulangi pencapaiannya ketika filem Whiplash (2014). Sebagai pengarah muda, kita tidak boleh menafikan kehebatan beliau dalam membikin filem dan juga menulis jalan cerita seperti 10 Cloverfield Lane dan  Whiplash.

la-la-land-ryan-gosling-emma-stone-1

Filem ini mengisahkan dua orang watak, Mia dan Sebastian yang mengejar cita-cita masing-masing dalam bidang seni. Tinggal di Hollywood, Los Angeles sudah tentu membuatkan mereka berdua mempunyai cita-cita yang sama. Mia, seorang barista bercita-cita ingin menjadi pelakon dan sutradara yang hebat di Hollywood, namun begitu sering kali tidak bernasib baik ketika audition. Sebastian yang sangat mengkagumi muzik Jazz, bercita-cita untuk membuka satu Jazz bar dan sekaligus bercita-cita untuk mengangkat kembali muzik Jazz yang kian tenggelam oleh muzik moden. Mereka bertemu dan bercinta. Namun begitu seperti biasa, filem cinta sebegini bukannya akan tamat dengan indah.

Image result for la la land scene

Walaupun filem ini bagi aku agak sedikit cliche, dari segi plot, masih ditahap ok bagi aku. Lupakan sementara muzik dan soundtrack dalam filem ini. Plot filem ini diselang-selikan dengan kisah Mia dan juga Sebastian. Plot ini dibantu oleh dua lakonan hebat oleh Ryan Gosling dan Emma Stone. Ryan Gosling menceritakan tentang betapa hebatnya muzik Jazz kepada Emma Stone dengan begitu ghairah sekali. Emma Stone juga yang membawa watak seorang perempuan yang mempunyai cita-cita yang tinggi dalam bidang lakonan. Tiada cacat cela dari segi lakonan. 3rd act filem ini juga diselitkan plot dimana penonton boleh melihat apa yang akan terjadi apabila mereka bersama. Plot ini diterjemahkan dengan mudah, kemas, warna warni dan menghiburkan.

Soundtrack filem ini, 10/10. “City of Stars” ciptaan Justin Hurwitz sangat menusuk kalbu. Muzik ketika pengakhiran filem ini kalau tak salah aku tajuknya Epilogue juga sedap untuk didengar. Lagu yang dinyanyikan oleh John Legend yang bertajuk “Start a Fire” juga antara lagu yang buat aku rasa filem ini sangat unik. Mungkin ada diantara penonton yang kurang gemar dengan filem muzikal. Aku juga begitu, tetapi La La Land bukan sahaja memberi kepuasan dari segi sinematik, ia juga memberi kepuasan dari isinya yang diterjemahkan melalui muzik. Bagi aku, Damien Chazelle dan Justin Hurwitz menjalankan tugas dengan baik.

Image result for la la land scene

Aku cuma ada satu masalah dengan filem ini. Filem ini bagus, hebat. Tetapi ianya agak overrated. Ramai yang memperkatakan filem ini bakal menumpaskan filem-filem lain seperti Arrival, Hacksaw Ridge, Manchester By the Sea. Bukan filem ini tak bagus, tetapi ianya terlalu diberi liputan meluas sehingga menenggelamkan filem-filem lain yang juga hebat. Tetapi, overrated bukan bermaksud filem ini tidak bagus. Jujurnya, aku terhibur menonton La La Land. Kekuatan dari segi lakonan, muzik dan visual berjaya membuatkan aku rasa nak menonton lagi filem ini.

8/10

Movie Review: Moonlight (2016)

Moonlight, sebuah filem arahan dan ditulis oleh Barry Jenkins sendiri mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang budak lelaki dari dia kecil, remaja dan juga dewasa. Namun begitu, beliau sering dibuli oleh rakan-rakannya bukan kerana warna kulitnya, ia kerana beliau mempunyai satu perasaan yang sama terhadap lelaki atau lebih senang, homoseksual.

moonlight-2-620x414

Secara jujurnya, aku boleh katakan filem ini merupakan satu filem yang agak linear. Menarik untuk mengikuti plot filem ini yang merupakan kisah hidup watak utama, Chiron. Ketika beliau masih kecil, beliau dipanggil “Little” kerana tubuh badannya yang kecil. Waktu ini beliau dibuli dan sering digelar, “faggot. Ketika ini beliau berkenalan dengan Juan (Mahershala Ali), seorang tokan dadah namun begitu beliau agak rapat dan mendengar masalah Chiron. Beliau sedar yang Chiron pada usia muda seperti itu mempunyai perasaan sesama lelaki. Ibu Chiron, Paula (Naomie Harris) juga bermasalah, ketagihan dadah dan satu perkataan yang disebutnya membuatkan Chiron ingat sehingga dewasa iaitu, faggot.

Bagi aku filem ini agak biasa. Kerana isu LGBT dalam filem-filem Hollywood sudah banyak. Namun begitu, filem ini sebenarnya lebih dari isu LGBT. Ini merupakan satu perjalanan hidup seorang lelaki yang sebenarnya beliau tidak tahu apa yang ada dalam diri beliau. Chiron cuba mengenal dirinya yang agak kekeliruan waktu beliau kecil. Kisah buli yang masih berlaku bukan sahaja di Amerika Syarikat, malahan di seluruh dunia. Beliau antara insan yang bergelut keluar dari masalah keluarga yang porak peranda. Namun begitu, diskriminasi yang ditonjolkan dalam filem ini sebenarnya datang dari kaum watak Chiron itu sendiri, iaitu African-American dimana Chiron sering dikecam oleh rakan-rakannya kerana beliau seorang homoseksual.

Image result for moonlight film scene paula

2 orang watak utama filem ini, Mahershala Ali dan Naomie Harris memberikan lakonan yang cukup mantap. Terutamanya Naomie Harris. Watak Juan yang dipegang oleh Mahershala Ali sebenarnya menarik untuk dikembangkan. Tanpa berselindung, sayang watak Juan ini “lenyap” ketika filem ini masuk 2nd act. Aku mengharapkan watak Juan ini seperti menjadi pembimbing kepada Chiron sepanjang filem ini dan mendukung plot filem ini seperti watak Paula yang dilakonkan oleh Naomie Harris.

Image result for moonlight film scene juan

Dalam masa yang sama, Barry Jenkins membuatkan filem ini begitu kemas dan cantik dari segi visual. Bagi aku, sinematografi filem ini agak baik. Dari segi visual filem ini tidak bermasalah. Cuma jujurnya bagi aku, filem ini biasa sahaja. Dari segi jalan cerita pun biasa. Lakonan, mantap, Sinematografi, mantap. Bukan kerana isu LGBT, aku melihat filem ini lebih dari isu tersebut. Macam aku cakap tadi, diskriminasi, masalah keluarga, buli. Namun begitu, ada satu atau dua babak yang aku rasa aku faham kenapa filem ini tidak masuk Malaysia. Aku ok sahaja, kerana dah banyak filem ada tema LGBT aku tonton.

Bagi aku, filem ini perlu ditonton dengan pemikiran yang terbuka. Macam aku sebut tadi, kita perlu melihat isu yang luas, bukan satu sahaja. Aku boleh katakan filem ini menarik untuk ditonton, tetapi tiada faktor “wow”. Kredit buat Barry Jenkins yang membikin sebuah filem yang kemas dan cantik dari segi visualnya.

7/10