Movie Review: Ready Player One (2018)

Image result for ready player one

Filem terbaru Steven Spielberg yang diadaptasi dari novel tajuk yang sama karya Ernest Cline. Aku tak sempat menonton filem Spielberg yang tahun lepas, The Post. Oleh kerana aku jarang menonton wayang kerana faktor kewangan dan masa walaupun aku baru habis setel master aku, Ready Player One seperti menjanjikan sesuatu yang segar untuk aku kembali duduk di dalam panggung wayang.

e5474df9-7181-4149-91c9-e9bc0f04fb73-rp1-jb-02330-2r2965f832

Ready Player One berlatarbelakangkan Columbus, Ohio pada tahun 2045 dimana dunia ketika itu seperti dalam keadaan yang tidak terurus dan manusia tinggal di kawasan-kawasan setinggan. Untuk lari dari keadaan ini, manusia zaman itu lebih gemar meluangkan masa dengan permainan Virtual Reality (VR) dalam dunia OASIS. Di sana, mereka boleh mencipta watak mereka sendiri, jantina mereka sendiri dan mengumpul syiling untuk keperluan mereka. Wade Watts (Tye Sheridan) antara individu yang kerap ke OASIS dengan nama samaran, Parvizal. Pengasas OASIS, James Halliday (Mark Rylance) yang sudah meninggal dunia telah mencipta satu permainan (aku rasa?) yang dipanggil, ANORAK’S QUEST dimana jika sesiapa yang memenangi quest ini akan mewarisi syarikat OASIS. Watts tidak keseorangan dalam pemburuan ini, CEO syarikat IOI, Nolan Sorrento (Ben Mendelsohn) juga turut serta dalam quest tersebut.

Image result for ready player one scene

Aku tidak sempat menonton trailer filem ini. Tetapi nama Steven Spielberg sememangnya menjadi penguat kepada diri aku untuk menonton Ready Player One. Spielberg bukanlah pengarah filem yang cabuk. Beliau tahu bagaimana hendak menterjemahkan sesebuah filem itu ke skrin yang besar. Aksi dalam Ready Player One sangat padat. Aksi-aksi ini sudah cukup menjadi santapan mata penonton yang tidak terkebil mata menghadam aksi-aksi tersebut. Ditambah pula dengan visual yang kemas dan realistik.

Image result for ready player one scene

Ada kalanya, aku rasa seperti menonton filem The Adventures of Tintin dimana filem arahan Steven Spielberg juga. Babak avatar dalam dunia OASIS memerlukan motion capture acting. Ini juga memberi penonton merasai visual yang realiti (dunia sebenar) dan OASIS (dunia VR) dengan baik sekali. Sepanjang plot filem ini berjalan antara dua dunia ini, aku tidak merasakan satu kekeliruan langsung. Plot filem ini agak kemas bagi aku. 2 jam yang diberikan cukup untuk menerangkan dunia OASIS dan motif watak-watak yang terlibat.

Sebut tentang watak, tiada masalah. Bagi aku, Tye Sheridan, Olivia Cooke yang membawa watak Samantha sangat berkesan. Mark Rylance yang membawa watak seorang pereka game dan VR yang sangat nerd bagi aku agak wow. Sejujurnya aku tak tau yang Mark Rylance ada dalam filem ini. Watak Simon Pegg juga kurang dan tidak begitu memberi impak yang besar dalam filem ini.

Related image

Secara halus, filem ini bagi aku seperti filem satira kepada masyarakat moden dan masyarakat yang akan datang dimana kita akan berkiblatkan dunia VR hasil daripada kelemahan berkomunikasi dan perhubungan di dunia yang nyata. Mungkin ini yang cuba ditonjolkan oleh penulis skrip, Zak Penn dan Ernest Cline. Jika kau tonton filem ni betul-betul, seram juga kalau hidup ini ditentukan oleh VR dan juga eksploitasi syarikat kapitalis dalam mengambil kesempatan terhadap manusia yang bergantung kepada dunia alam maya. Manusia dalam dunia Ready Player One sebenarnya sudah tidak tahu atau lupa bagaimana hendak menjalankan perhubungan sesama mereka dalam dunia yang nyata. Mereka lebih gemar menggunakan alam maya (VR) dengan avatar yang mereka rasa cukup menggambarkan diri mereka meskipun bukanlah 100 peratus realiti. Sebab itu ada yang guna jantina lelaki sedangkan diri sebenar adalah wanita.

Masalah bagi aku untuk filem ini ialah easter eggs. Meskipun misi watak-watak dalam filem ini adalah mencari easter eggs yang telah disimpan oleh Halliday, penonton juga disajikan oleh easter eggs atau pop culture yang banyak. Ini menjadi masalah kepada penonton yang kurang tahu tentang pop culture yang dipaparkan seperti filem, permainan, nama pereka permainan, nama permainan klasik dari konsol Atari dan bermacam-macam lagi. Aku sendiri pun adakalanya terperangkap dalam nerdy ini.

Image result for ready player one scene

Untuk mereka yang kaki game, mungkin mereka dapat kaitkan filem ini dengan diri mereka kerana bagi aku, filem ini sangat-sangat menjiwai diri mereka yang gamers dan nerd dalam dunia sebegini. Ready Player One bagi aku sangat menghiburkan.

8/10

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s