Movie Review: The Disaster Artist (2017)

Image result for the disaster artist poster

The Room (2003) merupakan sebuah filem indie terbitan, arahan, ditulis oleh seorang lelaki misteri bernama Tommy Wiseau. Tommy ni misteri. Orang tak tau dia datang dari mana. Dianggarkan filem The Room ini mencecah bajet 6 juta. Hanya kerana dia habis duit untuk set filem yang sebenarnya boleh je shooting kat tempat biasa yang tak guna duit dan promosi filem. Filem ini teruk dari segi jalan cerita merapu, dialog yang takda kena mengena dan pelakon-pelakon yang tiada pengalaman luas dalam dunia lakonan. The Room digelar “Citizen Kane of Bad Movies” dan filem ini sampai sekarang ditayangkan di seluruh dunia kerana The Room mempunyai peminat setia. Filem ini telah mencapai tahap Cult.

12-the-disaster-artist-trailer.w600.h315.2x

Diadaptasi dari buku tulisan Tom Bissell dan pelakon filem The Room, Greg Sestero yang bertajuk, The Disaster Artist: My Life Inside The Room, the Greatest Bad Movie Ever Made, James Franco menjadi pengarah dan pelakon utama yang membawa wata Tommy Wiseau dan adiknya, Dave membawa watak Greg Sestero. Tommy dan Greg adalah pelakon reject yang seperti tiada masa depan di Hollywood. Akhirnya, Tommy mengambil keputusan untuk menulis sendiri cerita dan mengarahnya. Ramai tertanya-tanya, mana Tommy Wiseau dapat duit untuk bikin filem? Segalanya rahsia. Filem ini akan membawa penonton tentang bagaiaman filem The Room dibikin.

Jalan cerita filem ini mudah dan senang difahami. Plot bermula sebelum pembikinan filem The Room, Semasa pembikinan dan pasca pembikinan. Apa yang aku suka tentang jalan cerita filem ini ialah, setiap peringkat plot filem ini mempunyai emosi yang tersendiri. Dia bukan sekadar komedi kosong, ia menyelami perasaan Tommy Wiseau. Peringkat awal sebelum pembikinan, kita dapat lihat bagaimana Tommy dan Greg membina jambatan persahabatan dengan misi untuk berjaya dalam industri perfileman. Greg sedar bahawa Tommy adalah lelaki yang pelik, tetapi mereka mempunyai cita-cita yang sama. Ketika pembikinan, Tommy rasa diri beliau tidak dihormati oleh kru-kru filem. Namun begitu, Tommy antara insan penting yang memberi semangat kepada Greg supaya tidak gementar ketika belakon dan meluahkan emosi dengan baik. Penghujung filem ini dapat lihat bahawa Tommy kecewa kerana penonton tidak dapat memahami visi yang beliau ingin sampaikan melalui filem The Room.

James Franco membawa watak Tommy dengan begitu baik. Menurut Tommy, beliau merasakan ianya 99.9 peratus sama dengan dirinya. Dave Franco juga mantap bersama-sama Seth Rogan dalam filem ini. Cuma filem ini banyak juga pelakon yang terkenal tetapi tidak begitu menonjol atau sekadar cameo seperti Sharon Stone, Josh Hutcherson dan Zac Efron. Ya, Zac Efron aku baru sedar bila babak dia datang ke tayangan perdana filem The Room.

Image result for the disaster artist scene

Sebenarnya filem ini menampilkan satu nilai persahabatan yang tinggi. Greg tahu bahawa Tommy bukanlah lelaki yang hebat dalam dunia perfileman. Tommy ada duit yang banyak entah mana datang, siapa tahu. Tetapi duit yang banyak bukanlah menjamin kejayaan seseorang. Apa yang Tommy ada ialah kesungguhan. Kesungguhan ini lah yang menyokong sesama Tommy dan Greg. Greg dalam filem ini sebenarnya bukanlah seorang yang yakin dengan dirinya. Tetapi Tommy acap kali memberi semangat kepada Greg. Ini adalah filem tentang persahabatan yang cantik sekali. Ketika penghujung filem, Tommy yang kecewa dengan penonton yang menganggap filem ini adalah filem komedi, Greg datang memberi semangat kepada Tommy dan mengatakan bahawa penonton terhibur, itulah yang penting.

Image result for the disaster artist scene

The Disaster Artist membuktikan bahawa jika kau nak apa sahaja pun boleh asalkan ada kesungguhan dan mungkin dalam kes Tommy, kena ada duit yang banyak. Persetankan apa orang kata janji kau puas. Secara realitinya, filem The Room masih ditayangkan di tayangan tengah malam dimana peminat-peminat setia The Room akan membawa sudu dan garfu plastik untuk dicampak ke skrin teater. Tommy Wiseau dan Greg Sestero kerap kali dijemput ke tayangan filem ini.

Aku puas hati menonton The Disaster Artist. Filem yang sangat-sangat bagus. The Disaster Artist menerima 2 pencalonan untuk Golden Globe tahun hadapan dalam kategori Filem Terbaik Komedi/Muzikal dan Pelakon Lelaki Terbaik dalam kategori Komedi/Muzikal hasil lakonan mantap James Franco.

“YOU’RE TEARING ME APART LISA!!”

9/10

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s