Movie Review: Life (2017)

Life, filem fiksyen sains yang diarahkan oleh Daniel Espinoza, seorang pengarah dari Sweden yang pernah mengarah filem yang bertajuk, Safe House. Aku baru tahu. Filem ini membariskan pelakon-pelakon yang hebat seperti Ryan Reynolds, Jake Gyllenhaal, Rebecca Ferguson dan seorang pelakon Jepun yang cukup berbakat, Hiroyuki Sanada.

Image result for life 2017

Life mengisahkan tentang sekumpulan angkasawan yang tinggal di International Space Station (ISS) untuk membuat satu kajian tentang makhluk yang hidup di planet Marikh. Sumber yang mereka dapat dari planet tersebut ialah tanah. Entah macam mana dengan menggunakan segala elemen sains, satu makhluk atau organism hidup. Ia dinamakan Calvin.

pegasus_LARGE_t_1581_107289356

Filem ini pada mulanya membawa aku terfikir bahawa mereka telah memberikan satu kehidupan baru kepada makhluk yang hidup jauh di planet marikh dan mengenali makhluk di muka bumi yang dinamakan manusia. Segalanya indah. Tetapi aku silap. Dia semakin bijak dan semakin besar. Dia ganas. Ketika 2nd act dan 3rd act filem ini lah filem ini menjadi seperti horror filem.

Mungkin filem ini boleh dikategorikan sebagai filem alien atau makhluk asing. Tetapi Life sedikit berbeza. Ia dia sebenarnya hadir sebagai satu sel yang seolah-olah tidak hidup, namun ia telah diberikan satu kehidupan oleh manusia itu sendiri. Berbeza dengan filem-filem alien yang lain dimana mereka sudah bijak, pandai, ada senjata, pergi serang manusia. Makhluk dalam filem Life ini merupakan hasil manusia atau lebih mudah satu kesilapan manusia.

Related image

Jika anda menonton filem ini, anda pasti akan disajikan oleh aksi-aksi yang thrill. Aku puji pengarah filem ini, walaupun dengan menggunakan teknologi CGI, dengan lokasi yang agak minimalis, keterujaan dan ketakutan itu diluahkan dalam plot filem ini. Ini merupakan filem yang agak klaustrofobik. Membuatkan aku teringat ketika menonton filem Gravity arahan Alfonso Cuaron.

Lakonan dalam filem ni semua mantap. Rebecca Ferguson terutamanya. Watak beliau nampak tegas dengan jawatan yang dipegang. Jake Gyllenhaal seperti biasa, memang hebat. Masing-masing berjaya memainkan ekspresi wajah ketakutan dengan begitu baik sekali. Cuma bagi aku watak Ryan Reynolds dalam filem ini seperti terbawa-bawa dengan watak humor beliau dalam Deadpool. Sudahlah dalam poster nampak dia seperti memegang watak utama, hakikatnya, biasa sahaja.

Image result for life 2017

Watak Dr. David Jordan (Jake Gyllenhaal) dan Sho Kendo (Hiroyuki Sanada) memberi gambaran apa kaitan dengan tajuk filem ini, Life. David Jordan sudah tinggal di ISS lebih kurang dua tahun dan selesa hidup di angkasa kerana hidup di bumi penuh rasa kebencian. Sho Kendo pula baru sahaja menimang cahaya mata yang baru (sulung agaknya) kemunculan satu kehidupan baru dalam dirinya. Mungkin elemen-elemen ini sedikit sebanyak memberi gambaran tentang hidup (Life) di dalam watak-watak yang ditonjolkan dalam filem ini selain dari makhluk yang semakin membesar dari Marikh itu. Ini hanya sekadar interpretasi peribadi.

Life merupakan sebuah filem sci-fi yang bagus, tidaklah hebat seperti filem sci-fi angkasa lepas yang lain, namun ianya sangat berbaloi. Secara peribadi, aku tidak menonton trailer filem ini. Aku baru tahu filem ini semalam apabila menonton filem Power Rangers, poster di panggung wayang yang membuatkan aku rasa nak menonton Life. Ianya sangat berhasil dan aku sendiri puas hati dengan filem ini. Plot twist dalam filem ini aku boleh jangka. Aku rasa  itulah kelemahan filem ini, aku rasa ending dia taklah surprise mana, tetapi membuka kepada pelbagai tanggapan bahawa akan ada sekuel atau pun berkongsi dengan universe filem-filem yang lain. Entah lah.

7.5/10

Advertisements

Movie Review: Silence (2016)

Image result for silence 2016 poster

Martin Scorsese tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau adalah contoh pengarah hebat yang masih ada pada zaman moden. Filem-filem beliau seperti Taxi Driver, King of Comedy, Raging Bull, The Wolf of Wall Street antara hasil karya agung beliau. Namun begitu, ada sebuah filem yang sudah lama mahu dibikinnya, diambil dari buku popular tulisan Shusaku Endo yang bertajuk, Silence. Tahun lepas, filem ini ditayangkan di pawagam. Silence mengambil masa lebih kurang 25 tahun untuk dibikin.

Image result for silence 2016 scene

Filem ini mengisahkan seorang paderi dari Portugal, Father Ferreira (Liam Neeson) yang pergi ke Jepun untuk tujuan menyebarkan agama Kristian. Namun begitu, ada khabar angin yang mengatakan Father Ferreira sudah murtad di Jepun. Untuk membuktikan hal ini, 2 orang paderi dihantar pergi ke sana untuk mengesahkan hal ini. Sebastiao Rodrigues (Andrew Garfield) dan Francisco Garupe (Adam Driver) sendiri menjejakkan kaki di tanah Jepun hasil bantuan dari seorang lelaki yang bernama Kichijiro (Yosuke Kubozuka) yang merupakan penganut Kristian. Rodrigues dan Garupe terkejut kerana penganut agama Kristian di Nagasaki hidup dalam ketakutan.

Image result for silence 2016 martin scorsese 20 years

Silence merupakan sebuah filem yang sangat berat. Filem ini berdurasi lebih kurang 2 jam 40 minit macam tu. Jalan cerita filem ini memang perlahan. Ada waktu yang boleh dikatakan agak mendebarkan juga. Filem ini bersifat naratif. Penceritaan bagaimana Rodrigues itu sendiri mencari mentornya, Father Ferreira yang dikatakan sudah ‘sesat’ di Jepun. Apabila beliau sendiri tiba di Jepun, beliau melihat bahawa agama Kristian yang diamalkan di Jepun waktu itu adalah secara ‘underground’. Hal ini disebabkan oleh pemerintah ketika itu yang bersifat anti-kristian. Penonton akan melihat bagaimana tahap kesabaran Rodrigues dan Garupe diuji oleh pelbagai dugaan yang menanti mereka kerana mereka pelrukan jawapan bukan sahaja dari pemerintah yang sanggup menyiksa dan membunuh penganut Kristian, malahan beliau juga mempersoalkan Tuhan.

silence

Isu yang dibawa dalam filem ini agak sensitif. Sebab tu aku rasa filem ini bukanlah untuk semua orang. Ini bukan filem yang boleh ditonton diruang tamu, dengan popcorn. Ini sebuah filem yang sering memberi pertanyaan kepada penonton yang suka berfikir. Adakah berbaloi nyawa digadaikan kerana kepercayaan yang dipertahankan? Ini lah salah satu persoalan yang muncul dalam filem ini.

Image result for silence 2016 martin scorsese 20 years

Dari segi visual, filem ini berjaya membawa mata aku kepada keadaan Jepun pada tahun 1600. Sinematografi filem ini sangat kemas. Mungkin kerana itu filem ini mendapat pencalonan Oscars yang lepas untuk kategori tersebut. Soundtrack filem ini juga boleh aku katakan tiada. Bunyi yang ada hanyalah bunyi angin, hujan, laut, bunyi tapak kaki, bunyi orang ketuk pintu. Ya, aku tak tipu. Sangat sesuai dengan tajuk filem Silence. Seolah-olah tiada siapa yang mendengar penderitaan mereka yang terseksa dalam filem ini. Martin Scorsese membikin filem ini dengan begitu kemas, cantik dan sangat bermakna.

Image result for silence 2016 martin scorsese 20 years

Lakonan Andrew Garfield sangat hebat. Bagi aku, beliau antara pelakon muda yang boleh pergi jauh. Tahun lepas sahaja, 2 filem lakonan beliau ada di panggung wayang. Hacksaw Ridge dan Silence. Ternyata beliau berjaya membawa watak yang agak emosi dan berat. Adam Driver dan Liam Neeson hanyalah sekadar watak pembantu, namun begitu mereka berdua juga menjiwai watak dengan begitu baik sekali.

Filem ini juga memberitahu bahawa, mungkin seseorang manusia itu akan tunduk dengan desakan oleh seseorang atau sebuah kumpulan, namun begitu dalam hatinya, kepercayaan dan kesetiaan terhadap apa yang dipercayainya belum tentu pudar.

9/10

Movie Review: Logan (2017)

Logan, sebuah filem ketiga Wolverine dan juga filem yang berada dalam X-Men Universe. Setelah berjaya dalam filem The Wolverine (2013), James Mangold sekali lagi menerajui filem ketiga Wolverine, Logan. Mungkin ramai yang kurang mengerti dengan timeline X-Men. Untuk pengetahuan kalian, Logan adalah selepas X-Men: Days of Future Past. Selepas filem tersebut, timeline alternatif telah wujud, termasuklah Deadpool dan X-Men: Apocalypse. Tetapi, Logan berada pada zaman selepas Days of Future Past.

Image result for logan 2017

Pada tahun 2029, kebanyakan mutant sudah tiada. Mereka adalah hidupan di dunia yang hampir pupus. Logan, umurnya sudah tua, badannya juga tidaklah gagah seperti dulu. Beliau semakin lambat untuk pulih jika cedera. Adamantium dalam badan juga semakin memakan dirinya. Beliau menjadi seorang pemandu (Uber mungkin) dan tinggal bersama-sama Professor X yang tua dan ada penyakit macam Alzheimer. Caliban juga tinggal bersama mereka dan ditugaskan untuk menjaga Professor X. Caliban ni kalau anda ingat dia ada dalam filem X-Men: Apocalypse. Logan telah didatangi oleh seorang Jururawat, Gabriela dengan seorang budak perempuan yang bernama Laura. Gabriela meminta Logan membawa mereka berdua ke Eden di North Dakota.

hughjac

Biar aku mulakan dengan jalan cerita. Jalan cerita filem ini simple. Mudah difahami. Pada pandangan aku, filem ini seolah-olah filem road trip. Filem yang banyaknya di atas jalan, mengembara ke satu tempat ke satu tempat yang lain. 1st act filem ini boleh dikatakan pantas. Penonton disajikan babak aksi Laura dan juga Wolverine. Masuk 2nd act, filem ini mula bergerak perlahan. Dua watak utama, Laura dan Wolverine (Logan) cuba diwujudkan connection antara mereka. Dalam masa yang sama, Logan menghadapi masalah dalam menjaga Professor X yang jika dia tak makan ubat, habis satu dunia lumpuh sementara. Ditambah pula dengan mereka bertiga yang diburu oleh Syarikat Bioteknologi, Alkali-Transigen yang diketuai oleh Donald Pierce lakonan Boyd Holbrook (lelaki yang belakon dalam drama Narcos).

Related image

Jarang ada filem-filem superhero yang menampilkan emosi yang lebih mendalam kepada watak utama. Mungkin aku boleh merujuk kepada filem The Dark Knight Trilogy versi Christopher Nolan yang menampilkan sisi gelap seorang Batman atau Bruce Wayne. Boleh juga aku katakan emosi yang sama apabila menonton filem Man of Steel, watak Clark Kent yang diselubungi memori lampau yang sukar untuk dilupai. Logan juga begitu. Logan sentiasa teringat akan kenangan lampau yang dia merasakan bahawa orang yang dia sayang pasti akan mati. Tambahan pula, Logan mempunyai beban yang sangat besar. Dia terpaksa menjaga Professor X yang sudah tua, tambah pula budak perempuan, Laura yang tiba-tiba muncul dalam dirinya.

Anda akan lihat bahawa Logan dalam filem ini seorang lelaki yang sudah putus harapan. Dia melihat dunia ini tidak adil baginya. Baginya, mutant adalah satu kesilapan tuhan. Beliau merancang sesuatu untuk menamatkan hidupnya setelah beratus tahun hidup di dunia. Logan dalam filem ini sangat-sangat emosi. Hugh Jackman memberikan lakonan terbaiknya setakat ini dalam kemunculan Wolverine dalam filem-filem X-Men.

Sudah tentu Wolverine merupakan watak yang sangat istimewa bagi peminat-peminat filem-filem komik atau superhero. Hugh Jackman begitu sinonim dengan watak ini. Namun begitu, dalam filem, bukan selama-lamanya beliau akan menjadi Wolverine. Di minda peminat, dia tetap seorang Wolverine.

9/10

Movie Review- John Wick: Chapter 2 (2017)

John Wick: Chapter 2, sebuah filem neo-noir arahan Chad Stahelski, pengarah yang turut membikin filem yang pertama, John Wick (2014). Keanu Reeves masih lagi memegang watak utama, kerana John Wick adalah Keanu Reeves. Tiada siapa boleh lawan. Untuk Chapter 2, anjing John Wick tidak dibunuh, tetapi beliau didatangi oleh penjenayah dari Itali, Santino D’Antonio yang meminta John Wick untuk melakukan satu tugasan yang Santino tidak mampu lakukan. John Wick menolak dan dari situlah Chapter 2 bermula.

john-wick-chapter-2-clip-tailor-scene-227704

Aku perasan, untuk Chapter 2, kita mula didedahkan dengan sistem kongsi gelap atau pembunuh upahan ini, bagaimana mereka saling berhubung, cara kontrak dibuka kepada mereka yang dapat menunaikan apa yang ditulis di dalam kontrak, dan John Wick juga seorang yang sangat pendendam. Watak beliau ketika John Wick yang pertama hanya sekadar membalas dendam sahaja. Untuk yang kedua, siapa sahaja datang kepadanya, bakal mati.

Image result for john wick chapter 2 scene

Untuk jalan cerita, bagi aku filem ni 2 jam yang agak pantas. Jalan ceritanya dicampur dengan aksi-aksi yang menarik jika anda merupakan penggemar filem tempur dan aksi. Segalanya disusun dengan rapi. Aku melihat John Wick juga seorang yang bila beliau menjalankan tugasan, dia akan pastikan ianya bersih. Maksud aku, kalau yang penjahat tu hantar 10 orang, dia akan pastikan 10 orang tu mati. Takda yang hidup. Itulah pembinaan watak yang badass dari John Wick yang pertama hinggalah yang kedua.

Filem ini ganas. Jika anda kurang gemar aksi-aksi tikam menikam, kelar, John Wick bukanlah filem yang anda perlu tonton. Aku gemar ketika aksi John Wick melawan  Cassian lakonan Common. Bila sampai sahaja kat Hotel Continental, mereka terpaksa berhenti kerana mereka hidup dalam undang-undang dimana segala aktiviti membunuh tidak boleh dijalankan di dalam Hotel Continental.

Related image

Sebut pasal undang-undang tersebut, bagi aku ianya yang buat filem ini menarik. Ketika naluri mereka hendak membunuh, tetapi telah disekat oleh undang-undang ini, John Wick dan Common boleh lepak kat bar dalam hotel, minum dan siap cakap kalau jumpa, pastikan bunuh dengan cara yang hormat. Banyak dialog humor dalam filem ini. Aku rasa, John Wick yang petama dulu terlalu emosi kerana penonton dibawa oleh perasaan John Wick yang ingin membalas dendam. Chapter 2 ada banyak humor yang masih mengekalkan aksi-aksi yang maksima.

Akhir kata, John Wick adalah watak badass dimana perkembangan wataknya memerlukan 2 filem. Mesti ada filem ketiga John Wick kalau anda tonton filem ini sampai penghujung, anda akan tahu bahawa filem ini tidak akan berhenti begitu sahaja, sama seperti John Wick.

9/10