Movie Review: The Conjuring 2

James Wan kembali dengan filem terbarunya yang bertajuk The Conjuring 2. Sudah pasti ramai yang sudah menonton The Conjuring yang pertama. Kisah kali ini tentang pasangan Warren, Ed (Patrick Wilson) dan Lorraine Warren (Vera Farmiga) menyiasat kes sebuah keluarga di London, England yang diganggu oleh makhluk halus dalam rumah mereka. Paling menarik, filem ini dimulakan dengan kes Pembunuhan Amityville yang mencetuskan kontroversi antara Pasangan Warren dan golongan saintifik. Dalam masa yang sama, Lorraine juga diganggu oleh satu makhluk yang muncul dalam vision nya.

the-conjuring-2-cast-620x359

Jika dibandingkan dengan filem Conjuring pertama yang sangat berjaya, tahap keseraman filem Conjuring 2 ini mungkin tidak mencapai tahap tersebut. Namun begitu, James Wan pandai membina jalan cerita yang agak tense, sesuai dengan konsep horror filem. Filem ini bermula dengan agak baik sekali. Penonton dibawa menyelami masalah Pembunuhan Amityville yang sememangnya sangat kontroversi. Disini penonton sudah mula rasa berdebar dan ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam rumah tersebut. Jalan cerita filem ini tidak perlahan dan membuatkan penonton tidak rasa tidak senang dan hendak tekup muka sepanjang filem berjalan.

the-conjuring-trailer-000

Selepas dari insiden tersebut, penonton dibawa kepada satu plot dimana kisah keluarga yang mengalami tekanan setelah ayah/suami mereka bercerai dan tinggal di satu kawasan perumahan awam di Utara London. Ketika itu gangguan demi gangguan berlaku sehingga menyebabkan kisah mereka hangat di England. Muncul Pasangan Warren ini datang memberi bantuan.

Sebut tentang teknik Jump Scare. Ya, James Wan memang gemarkan teknik ini. Ada orang berpendapat teknik Jump Scare sememangnya adalah teknik licik dalam filem-filem horror. Aku setuju. Tetapi, James Wan pandai menggunakan teknik tersebut. Istilah aku sendiri ialah, dia menggunakan teknik jump scare yang tidak bodoh. Macam mana? Jump Scare bodoh dimata aku adalah seperti babak dimana bunyi sahaja kuat, tapi tiada elemen seram, hanya buat terkejut. Contoh, watak utama ni jalan nak buka pintu bilik sebab dia dengar ada bunyi kuat. Punyalah perlahan watak utama ni jalan dengan sound effect, akhirnya bunyi gangguan tersebut disebabkan oleh kucing peliharaannya. Disini, tahap ketakutan penonton sudah reda disebabkan oleh Jump scare bodoh tersebut.

Berbeza dengan The Conjuring 2. Jump scare yang dibuat betul-betul menakutkan. Jadi, tahap ketakutan penonton masih lagi kekal meskipun mereka dikejutkan dengan teknik ini sebab penonton memang nampak hantu yang dipaparkan, bukan seekor kucing (rujuk perenggan sebelum ini)

Harap kalian faham dengan penerangan aku.

screen-shot-2016-06-08-at-10-31-31-am

Lakonan bagi aku agak mantap. Patrick Wilson dan Vera Farmiga sekali lagi berjaya membawa watak suami isteri yang begitu bagus sekali. Lakonan mereka nampak serasi. Aku suka dengan babak dimana mereka sebenarnya dipertemukan kerana saling melengkapi sesama lain. Itulah istilah perkahwinan sebenar. Adik beradik Hodgson terutamanya Janet Hodgson juga mantap lakonannya.

MK1_5074.dng

Tema kekeluargaan sekali lagi menjadi modal dalam filem Conjuring, sama seperti yang pertama. Yang ni bagi aku agak cliche. Harap-harap jika ada filem Conjuring yang ketiga, elemen ini kurang. Tetapi, tak boleh dipersalahkan juga sebab dah memang kes ini melibatkan kekeluargaan.

Satu lagi perkara yang aku suka adalah Soundtrack. Ketika penonton dibawa ke Einfield, London soundtrack filem ini sesuai dengan zaman tersebut. Keluar lagu The Clash-London Calling yang tepat pada masanya, The Hollies dan The Adverts. Soundtrack filem ini bagi aku agak A+ untuk didengar.

Kesimpulannya, filem The Conjuring 2 sangat berbaloi untuk ditonton buat kali kedua. Mungkin ada yang samakan dengan filem horror seperti It Follows (2015) dan The VVitch (2016). Bagi aku, The Conjuring 2 adalah filem horror popcorn yang (antara) terbaik untuk era ini. Hebat.

8/10