Movie Review: Baby Driver (2017)

Baby Driver, filem terbaru karya Edgar Wright. Pengarah dari UK yang pernah membikin filem-filem menarik seperti Cornetto Trilogy (Shaun of the Dead, Hot Fuzz, The World’s End) dan Scott Pilgrim vs The World. Secara peribadi, Edgar Wright merupakan salah seorang pengarah muda yang aku gemar menonton karyanya. Ada satu keunikan yang ditampilkan dalam filem-filem beliau.

Baby-Driver

Secara umumnya, Baby Driver menceritakan satu kumpulan yang menjalankan aktiviti jenayah merompak bank yang diketuai oleh Doc (Kevin Spacey). Baby (Ansel Elgort) yang mempunyai masalah pendengaran tinnitus, dengan mendengar muzik beliau boleh menghilangkan masalah tersebut mempunyai satu skill memandu yang sangat hebat. Kalau anda pernah dengar filem Drive, lakonan Ryan Gosling, konsepnya sama. Cuma Drive lebih serius. Ok sambung semula sinopsis. Segalanya ok kerana Baby dapat mengaut keuntungan yang banyak dari aktiviti tersebut. Sehinggalah beliau bertemu dengan wanita yang bernama Debora (Lily James), kemudiannya kehidupan Baby sedikit berubah.

Image result for baby driver scene

Jalan cerita filem ini bagi aku permulaannya agak baik. Pantas dan penuh aksi. 1st act filem ini menarik disalut dengan muzik yang didengar oleh Baby sendiri. Walaupun aku yakin semua penonton tidak pernah mendengar muzik yang dimainkan oleh Baby melalui iPodnya, muzik ini menjadi satu adunan yang padu kepada jalan cerita filem ini. 2nd act bagi aku agak perlahan kerana ketika ini babak tertumpu kepada penceritaan Baby dan Deborah yang bagi aku agak kurang menarik secara jujurnya. 3rd act barulah filem ini kembali bernyawa.

Image result for baby driver scene

Dari segi lakonan, Ansel Elgort berjaya mengubah persepsi aku bahawa beliau adalah pelakon muda yang bakal belakon untuk filem tema keremajaan seperti The Fault in our stars. Dalam filem ini, beliau sangat hebat. Penonton dibawa menyelami watak Baby bukan sahaja semasa beliau bekerja, malahan hubungan beliau dengan ayah angkatnya, kisah lampau dan kisah cintanya bersama Deborah. Watak Bats (Jamie Foxx) bagi aku sangat kelakar dalam filem ini. Banyak punchline yang kelakar kalau nak dicerita. John Hamm dan Kevin Spacey juga memberikan lakonan yang sangat mantap.

Dari segi sinematografi, inilah yang menyebabkan kenapa aku suka menonton karya Edgar Wright. Quick cuts style merupakan antara gaya Edgar yang sangat popular dalam filem-filemnya. Bagi aku, gaya sebegini memerlukan kreativiti dan ketelitian ketika menyunting filem. Baby Driver juga begitu. Teknik seperti close-up juga banyak kali digunakan. Teknik-teknik sebegini sememangnya unik kerana Edgar Wright pandai menyampaikan komedi melalui visual. Ianya sangat menjadi. Di youtube ramai yang menjelaskan teknik-teknik yang digunakan Edgar Wright. Ini membuktikan bahawa beliau sangat kreatif dan unik melalui gayanya yang tersendiri.

Image result for baby driver scene

Masalah bagi aku untuk filem ini ialah 2nd act. Aku tak dapat rasa connection cinta antara Baby dan Deborah. Jenuh aku cuba mendalami tetapi gagal. Aku melihat 2 karekter ini tidak ada chemistry. Ada kalanya aku menguap sedikit kerana cuba untuk memahami gaya romantik dan ianya juga berlaku dengan begitu pantas. Cara Deborah jatuh cinta terhadap baby juga kurang begitu menyerlah dan berkesan. Ketika 2nd act lah aku mengharapkan watak Jamie Foxx kerap muncul kerana Jamie Foxx banyak memberi elemen komedi dalam filem ini.

Image result for baby driver scene

Apa-apa pun, Baby Driver puas untuk ditonton. Boleh tonton buat kali kedua. Soundtrack filem ini sangat padu. Terutamanya lagu Queen-Brighton Rock yang sangat menarik untuk didengar semula di spotify. Edgar Wright sekali lagi membuktikan yang beliau mampu menyampaikan komedi dengan menggunakan visual. Padu.

8/10

Advertisements

Movie Review: Annabelle: Creation (2017)

Annabelle: Creation merupakan sebuah filem horror terbaru selepas filem yang pertama, Annabelle menggegar panggung wayang. Secara jujurnya, Annabelle yang pertama sangat mencewakan sampai aku tonton separuh sahaja. Kemudiannya aku terus lupa apa sebenarnya yang terjadi kepada plot filem itu. Annabelle: Creation pula aku agak skeptikal untuk pergi menonton kerana buruknya filem pertama. Tetapi, apabila aku melihat pengarahnya adalah David F. Sandberg, pengarah filem Lights Out, aku jadi semangat untuk menonton.

annabell-creation

Filem ini secara umumnya mengisahkan pasangan suami isteri yang kehilangan anak perempuannya akibat dari kematian yang agak tragis. 12 tahun berlalu, pasangan ini menerima anak yatim dari sebuah gereja untuk tinggal di dalam rumah tersebut. Namun begitu, Janice, seorang anak yatim piatu sering kali diganggu oleh entiti jahat yang wujud dalam rumah tersebut.

Walaupun ada yang cakap filem ini agak tidak seram dan buang masa, aku meraskan filem ini masih lagi di tahap ok. Unsur seram itu tetap wujud walaupun ia lebih tertumpu kepada jumpscare. Aku suka Sandberg gunakan kelebihan sinematografi dan cahaya. Ada kalanya, ‘feel’ Lights Out digunakan dalam filem Annabelle ini terutamanya ketika babak lampu terpadam. Memang mengingatkan aku kepada filem Lights Out tahun lepas. Sinematografi filem ini aku rasa kemas dan berjaya membangkitkan rasa kegelapan dan ketakutan. Skor muzik juga agak dan kena pada waktu.

Related image

Jalan cerita bagi aku agak simple dan pantas. Mungkin agak perlahan pada 1st act, 2nd filem ini sudah mula bergerak pantas ketika penonton diperkenalkan dengan patung Annabelle. Aku tak rasa jalan cerita dia longgar, bagi aku filem ini hendak memberitahu tentang kewujudan patung ini. Mungkin penyebab kenapa aktiviti supernatrual kerap berlaku di dalam rumah itu sangat boleh diagak, cuma ia masih lagi origin story yang agak baik. Tambahan pula, Annabelle Creation yang akan membawa penonton mengingati semula kaitannya filem ini dengan Annabelle dan juga The Conjuring. Sebab itu The Conjuring Universe akan wujud. Ada satu dua hint yang diberi dalam filem ini berkaitan dengan filem-filem yang lepas dan akan datang.

Image result for Annabelle: Creation scene

Jump scare masih digunakan dalam filem ini. Sama seperti filem-filem James Wan yang sebelum ini. Tetapi, Jump scare filem ini masih mampu diterima kerana ianya bukan satu jump scare bodoh. Jump scare filem ini memang untuk menakutkan penonton. Dari segi watak, watak Linda dan Janice digambarkan sebagai rakan karib dalam filem ini. 1st act boleh nampak rapatnya watak ini secara personal atau mendalam, 2nd act aku dah tak rasa ada hubungan antara dua watak ini. Penonton akan tertumpu kepada watak Linda yang sebenarnya protagonis dalam filem ini.

Aku suka cara Sandberg memaparkan simbolism dalam filem ini. Mula-mula lagi aku sudah perasan ada logo salib terbalik di hadapan pintu rumah Mullins yang aku kira ia lambang kepada syaitan. Ada logo salib beralaskan papan atau kaca warna merah dalam rumah bermaksud mereka ingin kan ‘redemption’ kerana dosa lampau. Ini semua hanya interpretasi. Orang yang mengkaji semiotik agak gemar melihat simbol-simbol ini kerana ianya ada makna.

Image result for Annabelle: Creation scene

Oleh itu, Annabelle: Creation tidaklah teruk mana meskipun ada babak-babak yang aku rasa agak cliche dan tak masuk akal. Tetapi itulah filem, melebihi apa yang penonton hendak. Kalau penonton hendak watak budak perempuan itu jangan masuk ke dalam bilik yang ada hantu sudah tentu filem ini akan jadi filem romantik, bukan filem horror. Soal seram atau tidak, terpulanglah kepada penonton. Ada satu tahap, aku menonton filem horror bukan kerana keseramannya, aku menonton jalan ceritanya. Filem seram moden perlukan sinematografi yang bagus dan skor muzik sesuai. David F. Sandberg membikin filem ini dengan begitu baik. Lebih baik dari Annabelle yang pertama. Filem ini lebih baik dari Annabelle yang pertama dan membuka pintu kepada penonton tentang The Conjuring Universe.

Ya, filem ini ada mid dan post credits scene ada dalam filem ini. Tunggu, jangan keluar panggung awal sangat.

7/10

Movie Review: War For the Planet of the Apes (2017)

Seperti biasa, aku lewat menonton filem arahan Matt Reeves ini. Aku dahulu kan filem Dunkirk kerana aku merupakan peminat pengarah filem tersebut, Christopher Nolan. War For the Planet of Apes merupakan filem ketiga dalam Trilogi Planet of the Apes versi Reboot.  Filem ini dibintangi oleh Andy Serkis sebagai Caesar dan Woody Harrelson sebagai The Colonel.

gallery5-gallery-image

Filem ini merupakan kesinambungan dari 2 filem Planet of the Apes reboot, Rise dan Dawn. Dalam War, kaum-kaum apes dilihat sebagai satu ancaman kepada kehidupan manusia kerana kepandaian dan bahayanya mereka (rujuk kepada watak Koba). Apabila kubu beruk diserang, saki baki tentera manusia, Alpha-Omega tidak dibunuh malahan dihantar pulang atas arahan Caesar. Anak Caesar, Blue-Eye menjumpai kawasan yang boleh dijadikan tempat tinggal untuk beruk-beruk jauh dari manusia. Malang sekali apabila tentera Alpha-Omega yang diketuai oleh The Colonel menyerang kubu beruk sekaligus menimbulkan rasa dendam oleh Caesar.

Image result for war for the planet of the apes

Aku dapat tahu ada yang kurang gemar dengan filem ini. War For the Planet of the Apes (WFTPOTA, panjang sangat, pendek sikit) bukanlah filem perang yang anda tonton ingat ada kebabooom sepanjang filem. Jalan cerita WFTPOTA telah dibina sejak dari filem Rise of the Planet of the Apes lagi. Perkembangan watak Caesar dapat dilihat melalui tiga filem Apes. Mungkin ada yang kurang mengerti dengan Apes reboot ini. Bagi aku, filem ini penuh dengan falsafah tentang kemanusiaan, perperangan, leadership.

Image result for war for the planet of the apes the colonel

Sebut tentang leadership, aku gemar babak antara Caesar dengan The Colonel semasa Caesar masuk ke dalam biliknya. Caesar tanya (lebih kurang begini), mengapa orang mengangkat beliau sebagai ketua, katanya kerana orang takut dengannya sahaja. Penonton kalau tengok betul-betul, Caesar mempunyai karisma sebagai ketua sehinggakan beruk-beruk sanggup buat apa sahaja asalkan ketua mereka selamat. Mengikut ketua kerana ketuanya hebat berbanding colonel yang pengikut-pengikutnya kerana takut dibunuh, maka ikut sahaja cakap ketua.

Aku suka babak masa semua tentera berkumpul dikawasan lapang dengan diiringi lagu Star Spangled Banner, waktu tu mengingatkan aku babak dalam filem Triumph of the Will (1935), filem propaganda terbitan Nazi. Walaupun skala kecil sahaja, perasaan diktator The Colonel lakonan Woody Harrelson timbul.

Related image

Watak kanak-kanak yang bisu secara tiba-tiba, namanya Nova menjadi tanda tanya kepada penonton kenapa beliau tidak boleh bercakap. Ini akan diterangkan pada 2nd act filem ini yang bagi aku motifnya jelas. Watak Bad Ape lakonan Steve Zahn sangat mencuit hati. Sekurang-kurangnya mengimbangi mood tegang dengan mood komedi ringan. Namun begitu, watak Bad Ape ketika kali pertama berjumpa dengan beruk lain agak menyentuh hati aku secara peribadi. Ketika beliau hilang harapan ingat semua beruk dah mati, dia jumpa Caesar dan harapan baru dalam dirinya wujud semula. Cuma ada kisah Bad Ape yang katanya dia hendak cari anak, aku tak jumpa babak mana yang mengatakan samada anaknya dijumpai atau dah mati. Mungkin aku terlepas pandang, kena tonton lagi.

Image result for war for the planet of the apes caesar

Andy Serkis tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau merupakan pelakon motion capture acting yang hebat sekali. Aku berharap Academy Awards akan menilai semula lakonan beliau. Andy Serkis walaupun berwajah monyet dalam filem ini, mimik muka, bahasa badan dan suara adalah hasil dari usaha beliau. Tidak melampau kalau beliau boleh tersenarai dalam pelakon terbaik (walaupun mustahil). Lakonan Woody Harrelson juga agak mantap dan aku geram jugak tengok kekejaman beliau dalam filem ini. Tapi itulah tugas pelakon. Dia kena bagi penonton rasai pembawakan watak yang beliau lakonkan dan bagi aku sangat berjaya.

Secara keseluruhannya, ini merupakan “perfect trilogy” bagi aku. Planet of the Apes reboot yang sangat berjaya. Watak Caesar merupakan watak yang akan aku ingat sepanjang menonton filem. Pembinaan watak yang tidak terburu-buru meskipun watak tersebut muncul dalam satu filem. Ini merupakan filem drama perang yang sangat berfalsafah jika anda gemar menonton secara semiotik. Ia perlu dihayati dengan penuh kesungguhan supaya kenyang di penghujung jalan cerita. Tamat filem ini, aku rasa hendak berdiri tepuk tangan. Tetapi aku seorang sahaja, maka tidaklah. Tepuk dan sorak dalam hati.

9/10