Movie Review: Sully (2016)

sully-imax-poster-gallery

Sully sebuah filem terbaru arahan Clint Eastwood, pengarah/pelakon yang sudah berusia 86 tahun, tahap atuk. Filem ini diadaptasi dari kisah benar, ‘Miracle on the Hudson’ pada tahun 2009 dimana Kapal Terbang US Airways Flight 1549 yang mendarat di atas Sungai Hudson kerana enjin tidak berfungsi. Perlu aku menyatakan bahawa filem ini filem biografi. Mungkin ada sesetengah orang tidak gemar genre sebegini kerana ia lebih kepada storytelling. Aku suka. Pendapat aku, ini antara filem Eastwood yang aku gemar selepas filem Mystic River (2003), Letters From Iwo Jima (2006), Gran Torino (2008) dan Invictus (2009).

Image result for sully 2016 scene

Secara kasarnya, filem ini banyak tertumpu kepada Captain Chesley ‘Sully’ Sullenberger  (Tom Hanks) yang diangkat hero oleh orang New York kerana berjaya menyelamatkan 155 orang penumpang Kapal Terbang US Airways Flight 1549 yang mengalami enjin yang tidak berfungsi. Namun begitu, beliau dan Co-Pilot, Jeff Skiles (Aaron Eckhart) telah menimbulkan keraguan kepada National Transportation Safety Board (NTSB) kerana tindakan mereka yang tidak mahu mendarat di Lapangan terbang terdekat seperti LaGuardia Airport atau Teterboro. Kemudian bermulalah kisah-kisah yang penuh dengan fakta kejadian.

Image result for sully 2016 scene

Aku pergi kepada yang bagus dahulu. Lakonan Tom Hanks tidak perlu diperkatakan lagi. Dia membawa watak Sully dengan begitu berkesan sekali. Beliau dibantu oleh Aaron Eckhart yang juga agak terkesan lakonannya. Jalan cerita filem ini bukanlah mengikut kronologi. Mungkin ada penonton yang akan pelik pada mulanya kenapa dia sudah diangkat menjadi hero? Filem ini memang akan bermula sedemikian tetapi ulang babak semasa di kejadian dan selepas kejadian akan dipaparkan. Yang paling penting, filem ini tidak meleret. Clint Eastwood terkenal dengan filem-filem yang berdurasi 2 jam lebih. Lihat sahajalah American Sniper, Mystic River. Kali ini filem ini seolah-olah dipadatkan supaya menjadi 1 jam 50 minit macam tu.

Filem ini juga membawa penonton kepada situasi dalam aviation. Bagi aku yang bukan dalam bidang ini, ianya sesuatu yang baru. Entah 100 peratus betul aku pun tak pasti. tetapi, kita dapat lihat betapa telitinya mereka korek setiap bukti, mahalahan kisah peribadi Sully juga dikorek kerana ia mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut.

Image result for sully 2016

Apa yang aku kurang gemar ialah flashback. Flashback dalam filem ini bagi aku seolah-olah sekadar ada sahaja. Maksud flashback ini bukan ketika kejadian berlaku. Flashback dalam filem ini ditonjolkan sewaktu Sully masih muda, memandu kapal terbang pertamanya, dan membawa jet pejuang. Lepas tu, apa tujuan flashback tu? Nak tunjuk yang dia tu memang tahu bawa kapal terbang? Aku tak nampak kaitan sebab sedia tahu Sully sudah tentu memandu kapal terbang sejak dari dia muda lagi.

Selain itu, aku setuju ada kata orang bahawa filem ini agak menunjukkan ‘America Is the Great’ atau kata lainnya propaganda. Mungkin ya, mungkin tak kerana Clint Eastwood juga seorang ahli politik. Menonton filem Sully ibarat macam ‘sequal’ American Sniper dimata aku.

Sully bagi aku berbaloi untuk ditonton jika anda ‘OK’ dengan filem-filem Clint Eastwood ataupun genre Biography film. Ada 1,2 perkara yang mungkin kurang baik, tetapi ia masih lagi karya Eastwood yang bagus.

8/10

Movie Review: Train To Busan (2016)

image

Aku agak skeptikal dengan filem-filem dari Korea Selatan. Hal ini disebabkan oleh aku tidak gemar dengan Korean Wave dan juga aku tidak memuja kecantikan mahupun kekacakan pelakon mahupun penyanyi dari sana. Namun begitu, filem-filem dari sana ada juga yang bagus. Ini aku tidak nafikan. Train To Busan merupakan filem ketiga dari Korea Selatan yang aku tonton selepas Oldboy dan Memories of Murder.

Kisah Train to Busan bermula dengan watak utamanya, Seok-Woo yang  jarang meluangkan masa bersama anak perempuannya, Su-an. Su-an ingin ke Busan, melawat ibunya yang tinggal di sana. Diselubungi rasa bersalah, Seok-Woo pergi menemani anak perempuannya menaiki Keretapi ke Busan. Entah macam mana, ada seorang penumpang yang telah dijangkiti penyakit sehingga menyebabkan dirinya menjadi zombie telah masuk ke dalam keretapi yang sama sehingga menyebabkan huru-hara berlaku di dalam perjalanan ke Busan.

image

Filem ini merupakan filem Zombie. Aku suka membandingkan filem ini dengan World War Z (2013) arahan Marc Foster lakonan Brad Pitt. Cuma bezanya jalan cerita World War Z agak sedikit meleret dan anti-klimaks menurut pengkritik. Menariknya, Zombie dalam filem Train to Busan sama seperti World War Z. Jenis berlari, ganas dan rakus.

image

Jalan cerita filem ini agak mudah diikuti. Ianya agak selari. 80 peratus filem ini lokasinya hanya dalam keretapi. Ini membuatkan filem ini bagi aku agak minimalis, tetapi penulis skrip dan pengarah berjaya membuatkan filem ini agak thrill. Permulaan filem ini agak perlahan kerana perkembangan watak utama. Apa bila masuk minit ke 15 atau 20, kelajuan (pace) jalan cerita ini mula pantas.

2 watak utama filem ini agak menarik dan wataknya berkembang. Watak Seok Woo lakonan Gong Woo boleh kita nampak perubahannya. Dia seorang yang pentingkan diri sebenarnya. Namun begitu, di saat-saat genting, dia sebenarnya boleh diharap dan ada satu ketika dia sedar diri. Aku tak boleh bagitau lebih, takut jadi spoiler.

image

Tema utama filem ini aku lihat ialah survival. Ya. Agak berbeza dengan filem-filem zombie dari barat, filem ini tak menggunakan pistol. Senjata yang aku lihat mereka guna hanyalah kayu basebol yang mereka dapat dari beg ahli pasukan basebol yang naik keretapi bersama-sama mereka. Ini membuatkan watak-watak utama mereka terpaksa berfikir bagaimana hendak melepasi kumpulan zombie yang rakus di dalam keretapi tersebut. Dalam survival, kita boleh lihat ada manusia yang tersepit sehingga mementingkan diri. Tema sampingan filem ini ialah kasih sayang. Dalam ni kita dapat lihat kasih sayang antara bapa dan anak, kakak dan adik, isteri dan suami. Bagi aku inilah kekuatan filem Korea (mungkin). Mereka pandai menyelitkan elemen-elemen emosi meskipun filem ini filem zombie. Dan ianya berjaya! Aku yakin ramai penonton agak emosi dengan tema ini yang diselitkan jalan cerita filem Train To Busan.

Bagi aku, aku dapat menilai sikap manusia yang sebenarnya pelbagai dalam filem ini, terutamanya pentingkan diri. Bukan sahaja dalam filem ini, kita boleh kaitkan sikap manusia dalam filem ini dengan dunia realiti. Mungkin ini juga (mungkinlah) satu kritikan sosial yang halus dari pengarah dan penulis skrip filem ini terhadap manusia.

image

Kesimpulannya, filem ini buat penonton tak senang duduk. Mendebarkan dan mengasyikkan. Jika anda penggemar filem-filem Zombie, Train To Busan akan menjanjikan 100 peratus kepuasan.

9/10