Movie Review: The Disaster Artist (2017)

Image result for the disaster artist poster

The Room (2003) merupakan sebuah filem indie terbitan, arahan, ditulis oleh seorang lelaki misteri bernama Tommy Wiseau. Tommy ni misteri. Orang tak tau dia datang dari mana. Dianggarkan filem The Room ini mencecah bajet 6 juta. Hanya kerana dia habis duit untuk set filem yang sebenarnya boleh je shooting kat tempat biasa yang tak guna duit dan promosi filem. Filem ini teruk dari segi jalan cerita merapu, dialog yang takda kena mengena dan pelakon-pelakon yang tiada pengalaman luas dalam dunia lakonan. The Room digelar “Citizen Kane of Bad Movies” dan filem ini sampai sekarang ditayangkan di seluruh dunia kerana The Room mempunyai peminat setia. Filem ini telah mencapai tahap Cult.

12-the-disaster-artist-trailer.w600.h315.2x

Diadaptasi dari buku tulisan Tom Bissell dan pelakon filem The Room, Greg Sestero yang bertajuk, The Disaster Artist: My Life Inside The Room, the Greatest Bad Movie Ever Made, James Franco menjadi pengarah dan pelakon utama yang membawa wata Tommy Wiseau dan adiknya, Dave membawa watak Greg Sestero. Tommy dan Greg adalah pelakon reject yang seperti tiada masa depan di Hollywood. Akhirnya, Tommy mengambil keputusan untuk menulis sendiri cerita dan mengarahnya. Ramai tertanya-tanya, mana Tommy Wiseau dapat duit untuk bikin filem? Segalanya rahsia. Filem ini akan membawa penonton tentang bagaiaman filem The Room dibikin.

Jalan cerita filem ini mudah dan senang difahami. Plot bermula sebelum pembikinan filem The Room, Semasa pembikinan dan pasca pembikinan. Apa yang aku suka tentang jalan cerita filem ini ialah, setiap peringkat plot filem ini mempunyai emosi yang tersendiri. Dia bukan sekadar komedi kosong, ia menyelami perasaan Tommy Wiseau. Peringkat awal sebelum pembikinan, kita dapat lihat bagaimana Tommy dan Greg membina jambatan persahabatan dengan misi untuk berjaya dalam industri perfileman. Greg sedar bahawa Tommy adalah lelaki yang pelik, tetapi mereka mempunyai cita-cita yang sama. Ketika pembikinan, Tommy rasa diri beliau tidak dihormati oleh kru-kru filem. Namun begitu, Tommy antara insan penting yang memberi semangat kepada Greg supaya tidak gementar ketika belakon dan meluahkan emosi dengan baik. Penghujung filem ini dapat lihat bahawa Tommy kecewa kerana penonton tidak dapat memahami visi yang beliau ingin sampaikan melalui filem The Room.

James Franco membawa watak Tommy dengan begitu baik. Menurut Tommy, beliau merasakan ianya 99.9 peratus sama dengan dirinya. Dave Franco juga mantap bersama-sama Seth Rogan dalam filem ini. Cuma filem ini banyak juga pelakon yang terkenal tetapi tidak begitu menonjol atau sekadar cameo seperti Sharon Stone, Josh Hutcherson dan Zac Efron. Ya, Zac Efron aku baru sedar bila babak dia datang ke tayangan perdana filem The Room.

Image result for the disaster artist scene

Sebenarnya filem ini menampilkan satu nilai persahabatan yang tinggi. Greg tahu bahawa Tommy bukanlah lelaki yang hebat dalam dunia perfileman. Tommy ada duit yang banyak entah mana datang, siapa tahu. Tetapi duit yang banyak bukanlah menjamin kejayaan seseorang. Apa yang Tommy ada ialah kesungguhan. Kesungguhan ini lah yang menyokong sesama Tommy dan Greg. Greg dalam filem ini sebenarnya bukanlah seorang yang yakin dengan dirinya. Tetapi Tommy acap kali memberi semangat kepada Greg. Ini adalah filem tentang persahabatan yang cantik sekali. Ketika penghujung filem, Tommy yang kecewa dengan penonton yang menganggap filem ini adalah filem komedi, Greg datang memberi semangat kepada Tommy dan mengatakan bahawa penonton terhibur, itulah yang penting.

Image result for the disaster artist scene

The Disaster Artist membuktikan bahawa jika kau nak apa sahaja pun boleh asalkan ada kesungguhan dan mungkin dalam kes Tommy, kena ada duit yang banyak. Persetankan apa orang kata janji kau puas. Secara realitinya, filem The Room masih ditayangkan di tayangan tengah malam dimana peminat-peminat setia The Room akan membawa sudu dan garfu plastik untuk dicampak ke skrin teater. Tommy Wiseau dan Greg Sestero kerap kali dijemput ke tayangan filem ini.

Aku puas hati menonton The Disaster Artist. Filem yang sangat-sangat bagus. The Disaster Artist menerima 2 pencalonan untuk Golden Globe tahun hadapan dalam kategori Filem Terbaik Komedi/Muzikal dan Pelakon Lelaki Terbaik dalam kategori Komedi/Muzikal hasil lakonan mantap James Franco.

“YOU’RE TEARING ME APART LISA!!”

9/10

Advertisements

Top 10 Best Movies of 2017

2017 semakin sampai penghujungnya. Tanpa sedar, 2018 bakal menanti kita. Terutamanya peminat filem. Rasanya macam baru sangat kes La La Land tersilap naik pentas yang sepatutnya dimenangi oleh filem Moonlight. Apa-apa pun, 2017 masih lagi menampilkan filem-filem yang berkualiti dan menghiburkan buat tontonan pencandu filem. Aku mulakan senarai top best movies of 2017 dengan Honorable Mention.

Wonder Woman

la-1496443500-cr28oqru0l-snap-image

Wind River

Image result for wind river scene

Okja

Image result for okja scene

Split

Related image

A Ghost Story

a-ghost-story-review

10. Raw

Related image

Filem dari Belgium ini merupakan antara filem kontroversi tahun ini. Walaupun ada babak-babak yang menampilkan unsur-unsur kanibalism, Raw tidak boleh lari daripada genre coming of age. Siapa boleh lupa babak Justine memakan jari kakaknya, Alexia yang telah putus. Filem ini bagi aku telah membawa satu pembaharuan dalam genre filem horror yang berunsurkan kanibalism. Ya, filem ini amat-amat menggelikan. Sampai penghujung filem penonton mindanya akan dirogol.

9. John Wick: Chapter 2

Image result for john wick chapter 2 scene

Meskipun filem ini awal tahun 2017, ianya tidak boleh dilupakan. Dengan konsep neo-noir yang mengisahkan kumpulan pembunuh bawah tanah, John Wick: Chapter 2 masih lagi mengekalkan aksi-aksi yang lebih mantap dan realistik. Antara sebab John Wick ada dalam senarai ini adalah aksi yang ditampilkan tidak memeningkan kepala. Steady cam masih digunakan dan memberikan penonton aksi 100 peratus realistik. John Wick kembali sebagai seorang yang sangat pendendam meskipun beliau terikat dengan perjanjian lampau. Kita tunggu sahajalah John Wick: Chapter 3 nanti.

8. Blade Runner 2049

Related image

Antara sebab aku teruja menonton Blade Runner 2049 adalah kerana pengarahnya adalah Dennis Villeneuve. Beliau merupakan pengarah yang konsisten dalam menghasilkan filem-filem berkualiti. Tidak hairan kenapa aku memilih filem ini, bukan sahaja pengarahnya, tetapi jalan cerita yang sangat segar bagi aku. 2049 mungkin nampak sedikit berbeza dengan Blade Runner terdahulu dari segi grafik atau CGI yang lebih kemas dan canggih. Tetapi 2049 masih mengekalkan ruh-ruh filem Blade Runner yang terdahulu mungkin sebagai menghormati visi Ridley Scott agaknya. Jalan cerita ini memang slow burn tetapi satu kepuasan apabila menonton filem sains fiksyen cyberpunk yang hebat ini.

7. Logan

Image result for logan scene

Sejujurnya, Hugh Jackman akan tetap menjadi seorang Wolverine. Logan sememangnya layak disenaraikan antara filem superhero terbaik selepas The Dark Knight. Logan membawa penonton kepada kisah dimana Logan yang sudah tua dan kesihatannya sudah tidak seperti dulu kerana adamantium yang memakan dirinya. Dalam masa yang sama, Charles Xavier pula sudah tua dan dementia. Logan berjaya meragut emosi penonton ketika penghujung filem dan ianya simbolik dengan Hugh Jackman yang tampil buat kali terakhir sebagai Wolverine.

6. War for the Planet of the Apes

Image result for war for the planet of the apes scenes

Aku sangat meminati Planet of the Apes yang versi moden ini. Antara faktor adalah lakonan Andy Serkis. Benar, Andy Serkis dalam filem ini hanyalah melakonkan watak CGI. Tetapi, segala gerak geri badan, riak muka dan suara memerlukan kehebatan Andy Serkis sebagai seorang pelakon. Watak Caesar dalam filem ketiga Apes ini semangnya antara watak utama yang ikonik dan hebat dalam mana-mana filem tahun ini. Bagi aku, War for the Planet of the Apes menampilkan CGI yang terbaik untuk tahun 2017.

5. The Disaster Artist

Related image

Tommy Wiseau adalah lelaki misteri yang duitnya banyak dan telah membikin filem sendiri sehingga digelar, “Citizen Kane of Bad Movie” dan mencapai status cult. James Franco membawa watak Tommy Wiseau dengan begitu baik sekali. Filem ini menerapkan elemen persahabatan dengan begitu cantik sekali. The Disaster Artist menerima 2 pencalonan Golden Globe untuk Filem Terbaik Kategori Komedi/Muzikal dan Pelakon Lelaki Terbaik Kategori Komedi/Muzikal hasil lakonan mantap James Franco.

4. Baby Driver

Image result for baby driver scene

Edgar Wright kembali tahun ini dengan filem aksi komedi muzikalnya. Dengan teknik fast cut edit, komedi visual yang ditampilkan oleh Edgar Wright sangat segar. Soundtrack yang tepat dan kena pada mood mewarnai perjalanan filem ini. Tidak keterlaluan aku kata bahawa Baby Driver lebih menarik dari filem Fast and Furious tahun ini. Ansel Elgort telah menerima pencalonan Golden Globe untuk anugerah pelakon lelaki terbaik kategori filem komedi/muzikal.

3. It

Image result for it 2017 scenes

It bukanlah hantu. Dia makhluk yang hidup kat bumi yang akan tidur selama 27 tahun atau 30 tahun dalam satu masa. Tapi bila dia terjaga kerja dia adalah makan budak. Itu adalah pemahaman aku. Dia menjelma menjadi Pennywise the Clown dalam filem ini. Aku melihat It adalah contoh bagaimana adaptasi novel Stephen King menjadi sebuah filem yang baik jika ianya dikendalikan oleh penulis skrip yang mantap (Chase Palmer, Cary Fukunaga & Gary Dauberman) dengan pengarah yang mengerti apa itu horror film (Andy Muschietti). It adalah hybrid kepada filem genre horror dan coming-of-age filem. Antara genre filem yang aku gemar. It memberikan satu pengalaman menghiburkan secara peribadi. Aku menonton filem ini 2 kali di panggung wayang. Ini baru sahaja chapter one. Akan datang chapter 2 bakal menyusul. It merupakan filem Rated R yang mengutip kutipan paling tinggi selepas filem Deadpool dan The Matrix Reloaded.

2. Dunkirk

Image result for dunkirk 2017 scenes

Dunkirk adalah sebuah filem perang yang menarik dan aneh. Aneh dan menarik kerana Dunkirk lari dari konsep (menurut penonton) filem perang iaitu Pertumpahan darah. Filem ini tidak menonjolkan aksi-aksi yang ganas seperti putus tangan atau darah-darah yang memenuhi wajah pelakon. Bagaimana filem ini ditampilkan? Dunkirk memfokuskan bagaimana desakan hidup manusia ketika perang yang memang hidup dalam ketakutan dan mementingkan diri. Inilah sifat-sifat manusia yang paling ketara waktu perang. Sebab itu ramai veteran perang yang menonton Dunkirk memuji filem ini. Visual effect, bunyi dan soundtrack oleh Hans Zimmer adalah gabungan yang mantap. Jalan cerita yang mempunyai 3 lapis dicantumkan dengan kemas sudah menjadi trademark kepada pengarah Christopher Nolan. Dunkirk antara filem perang yang menarik untuk ditonton. Filem ini menerima 3 pencalonan untuk Golden Globe yang akan datang untuk kategori Filem Terbaik – Drama, Pengarah Terbaik- Christopher Nolan dan Skor Original Terbaik – Hans Zimmer.

1. Get Out

Image result for get out 2017 scene

Jordan Peele menggegarkan filem horror tahun ini dengan filem Get Out. Filem ini menampilkan Daniel Kaluuya sebagai watak utama dengan babak yang ikonik dimana beliau menangis ketika dihipnosis. Isu perkauman digunakan sebagai modal sebagai kritikan sosial kepada situasi yang berlaku di Amerika Syarikat sekarang.  Aku gemar dan terhibur menonton filem ini. Filem horror perlu mempunyai konsep yang segar dan jalan cerita mantap. 2017 adalah tahun gemilang untuk Blumehouse kerana filem ini menerima pencalonan Golden Globe untuk filem terbaik kategori komedi/muzikal dan Pelakon lelaki terbaik kateogri komedi/muzikal untuk Daniel Kaluuya. Dengan mendapat 99 peratus rating di Rotten Tomatoes, tidak hairanlah kenapa Get Out menjadi filem terbaik 2017.

Movie Review: Justice League (2017)

Justice League merupakan filem kelima DCEU selepas Wonder Woman untuk tahun ini. Kali ini, tugas Bruce Wayne untuk mengumpulkan kesemua superhero yang hebat selepas kematian Superman dalam Batman v Superman. Untuk pengetahuan semua, filem ini sebenarnya hampir berhenti sekerat jalan apabila pengarah, Zack Snyder mengundur diri kerana anak perempuannya mati bunuh diri. Semuanya berubah apabila Joss Whedon mengambil tugas untuk post production dan beliau sendiri ada menulis jalan cerita dalam Justice League kali ini.

Justice-League-High-Res-41

Filem ini menampilkan watak baru seperti Aquaman, Cyborg, dan Flash. Kali ini bumi menghadapi masalah yang datangnya dari satu makhluk yang bernama Steppenwolf yang bercita-cita untuk menakluk bumi dengan mengumpulkan ketiga-tiga Mother box. Perlu diingat bahawa dalam Justice League, hanya Batman sahaja bukan metahuman.

Sebenarnya banyak komen yang negatif diterima tentang filem ini. Dari pengkritik filem yang seolah-olah sangat bias kepada filem DCEU. Ada yang membandingkan DCEU dengan Marvel. Pada pendapat aku, biarlah DCEU dengan acuannya. Aku harap Warner Bros tidak pedulikan apa kata pengkritik kerana aku melihat apa yang Warner Bros lakukan sekarang ada sesuatu yang boleh diterima.

Related image

Justice League sudah menyuntik elemen humor dalam filem ini. Meskipun mood dark masih menjadi elemen utama filem Justice League, kita dapat lihat bahawa kemasukan Joss Whedon memberi impak yang positif. Ada babak-babak yang mampu membuat penonton ketawa. Watak Barry Allen lakonan Ezra Miller merupakan watak yang sangat berkesan dari pembawakan beliau dan babak-babak humor.

Image result for justice league scene bruce wayne

Dakwaan bahawa Batman atau Bruce Wayne tidak menonjol bagi aku agak tidak adil. Mungkin dia mempunyai jumlah babak berlawan dengan begitu banyak, tetapi watak Bruce Wayne dalam Justice League adalah penting. Beliau adalah ketua, kapten dalam JL. Meskipun beliau adalah manusia, metahuman yang lain sudah mula menerima dan menghormati beliau sebagai pemimpin. Secara perlahan kita akan lihat macam mana Superman sendiri pun menerima arahan dari Bruce Wayne sendiri.

Lalu kisah lampau dibangkitkan kembali seperti babak dimana Superman dan Batman bertengkar. Ayat “Do you bleed?” merupakan satu clue bahawa dendam Superman dan Batman masih berapi. Sebab itu elemen dark masih wujud dalam filem JL. Watak Amy Adams dengan Martha merupakan babak “post-BvS” dan Zack Snyder cuba tunjukkan apa yang berlaku kepada mereka berdua selepas Clark Kent mati. Rumahnya dilelong, Lois Lane hidup kesunyian. Dark bukanlah bermaksud tona warna filem tu gelap, tetapi dark secara emosi. Aku faham apa yang Zack Snyder cuba sampaikan dan ianya sampai ke dalam jiwa aku apabila menonton.

Related image

Sudah tentu JL tidak sempurna. Masalah aku dalam filem ini ialah perkembangan watak yang tidak begitu solid. Cyborg wataknya cuba dibina dimana wataknya cuba mengenali dirinya yang baru dan sesuaikan dengan keadaan semasa. Cuma ia tak berapa sampai. Aku harap akan ada filem Cyborg sebagai origin kepada watak tersebut. Steppenwolf pula perkembangan wataknya agak terburu-buru dan seperti sekadar ada sahaja. CGI ada sedikit kecacatan.

Image result for justice league scene

Secara keseluruhan, aku ok dengan JL. Aku suka dengan perubahan yang mereka lakukan dan berharap mereka kekalkan tona dan mood yang dark kepada penonton. Jika berpeluang untuk menonton kali kedua, aku akan menonton lagi. Abaikan orang cakap apa dengan filem Justice League, yang penting terhibur.

7/10

Movie Review: Blade Runner 2049 (2017)

Image result for blade runner 2049 poster

Blade Runner 2049 merupakan filem sequel dari filem yang pertama, Blade Runner (1982) arahan Ridley Scott yang sememangnya menjadi antara filem sci-fi yang hebat pernah dibikin di dunia. Namun begitu, Blade Runner yang pertama bukanlah menjadi pilihan ramai disamping visual effect dan jalan cerita yang bagus. Antara sebab aku menonton filem Blade Runner 2049 ialah pengarahnya. Kali ini, Denis Villeneuve yang membikin filem seperti Sicario dan Arrival diberi  tanggungjawab untuk membikin semula Blade Runner.

Blade-Runner-2049-gosling

Blade Runner adalah polis yang ditugaskan untuk mencari manusia bioengineered atau kata umumnya, Replicants untuk mencari Replicants model lama yang tinggal di dunia dan tugas Blade Runner adalah untuk membunuh atau menamatkan hayat Replicants yang ada di bumi. Jika anda ada menonton filem klasik Blade Runner disusuli dengan 3 filem pendek sebelum Blade Runner 2049, anda pasti akan memahami konsep dan situasi dunia distopian dalam Blade Runner. Seorang Blade Runner, K ditugaskan membunuh satu replicants di satu tempat terpencil. Persoalan timbul apabila mereka menjumpai satu kotak yang ditanam didalamnya berisi tengkorak. Penemuan kotak tersebut membawa K menyiasat sesuatu yang aneh dan misteri dalam dunia Blade Runner.

Image result for blade runner 2049 scene

Sama seperti Blade Runner yang pertama, filem 2049 masih lagi mengekalkan jalan cerita yang agak perlahan dan membina. Ryan Gosling memegang watak K yang merupakan seorang replicants dan juga Blade Runner. Hidupnya bergelumang dengan dunia detektif dan peribadi beliau. Jalan cerita ini sebenarnya seiring dengan perkembangan watak K. Watak Harrison Ford nanti dulu. 2049 menjadikan K sebagai center kepada perjalanan cerita. Meskipun beliau seorang android kata mudahnya, naluri beliau sebenarnya sama seperti manusia. Dia mempunyai kekasih yang bernama Joi dimana Joi ini sebenarnya sebuah hologram yang dicipta oleh Wallace Corporation.

Image result for blade runner 2049 scene

Ini adalah zaman dimana manusia semakin pupus. Replicants yang ada ini sebenarnya memberikan satu sinar kepada manusia bahawa manusia boleh terus hidup walhal android yang ada ini mampu berfikir dengan bijak dan memberontak. Boleh rujuk Blade Runner yang lama dimana replicants Nexus 6 kalau tak salah aku dah pandai memberontak. Nilai manusia semakin memenuhi dalam diri mereka. Ending kepada Blade Runner yang pertama jelas menunjukkan bahawa nilai kemanusiaan mereka sudah menebal. Ok, itu filem pertama.

Image result for blade runner 2049 scene

Kembali kepada 2049. Isu atau nilai kemanusiaan ini ditanam ke dalam plot filem apabila penemuan kotak dan rangka tulang tersebut memberikan satu kejutan. Untuk yang faham konsep replicants dalam Blade Runner atau erti kata lain, minat dengan jalan cerita ini, dia akan faham dan terkejut. Replicants ini bukan sahaja berubah dari segi perasaan dan sikap, malahan mereka hampir menyamai manusia dari segi yang lain. Aku tak boleh cerita apa, sebab nanti spoiler. Tak bestlah.

Image result for blade runner 2049 scene

Oleh itu, jalan cerita 2049 memang perlahan. Ia diceritakan dengan penuh teliti. Ruh-ruh filem Blade Runner yang pertama masih wujud dalam 2049. Ada orang tak gemar dengan filem ini. Secara peribadi, filem ini memanglah akan buat kita mengantuk. Tetapi aku meneliti dengan penuh khusyuk. Visual yang ditampilkan sesuai dengan mood neo-noir. Kredit buat Denis Villeneuve yang berjaya mengekalkan mood neo-noir sama seperti Blade Runner yang pertama. Sinematografi oleh Roger Deakins sangat menakjubkan. Ada bau pencalonan Oscars untuk tahun hadapan. Soundtrack oleh Hans Zimmer seperti tidak kena dengan mood filem ini. Muziknya terlalu kuat bagi aku. Selalunya, Johan Johann Johannsson yang bergandingan dengan Denis Villeneuve.

Namun begitu, ada perkara yang aku masih lagi kurang jelas dan memerlukan pemahaman yang lebih. Aku perlu menonton sekali lagi. Mungkin menanti keluaran blu-ray. Motif watak Wallace lakonan Jared Leto juga aku kurang pasti fungsi selain dari membekalkan replicants yang lebih canggih dan menurut perintah. Watak Harrison Ford sebagai Deckard juga hanya muncul ketika 3rd act filem.

Image result for blade runner 2049 scene

Secara keseluruhan, aku rasa puas hati dengan Blade Runner 2049. Mujur aku menonton terlebih dahulu Blade Runner pertama, disusuli dengan 3 short film Blade Runner, perasaan teruja itu masih wujud. Tahniah Denis Villeneuve kerana menjadikan filem ini sebuah filem sci-fi terbaik tahun ini. Yang pasti, filem ini bukan untuk semua orang. Perlu diingatkan, filem ini sangat-sangat kurang aksi. Ia adalah neo-noir. Ini adalah filem detektif. Jika anda ok dengan filem yang pace agak perlahan, 2049 mungkin boleh memenuhi selera anda.

8/10

Movie Review: A Ghost Story (2017)

Image result for a ghost story poster

Selepas Casey Affleck memenangi anugerah pelakon terbaik Oscars yang lepas, beliau muncul dengan filem terbarunya arahan David Lowery, A Ghost Story. Kali ini, beliau berganding dengan Rooney Mara dan ini merupakan gandingan kedua mereka selepas filem Ain’t Them Bodies Saint juga merupakan filem arahan David Lowery. Kalau dilihat tajuk filem ini, memang akan membuatkan penonton hadir ke panggung kerana ramai menyangkakan filem ini filem hantu.

Image result for a ghost story casey affleck

A Ghost Story mengisahkan satu pasangan yang tinggal di sebuah rumah. Casey Affleck memegang sebagai watak C (ya, kat wikipedia pun tulis nama dia macam ni) dan Rooney Mara sebagai M. Dalam rumah tersebut mereka kerap kali diganggu oleh bunyi yang mengganggu mereka seperti bunyi piano dan bunyi-bunyi lain. Bila baca ni, rasa macam filem ini filem seram kan? Segalanya berubah apabila C meninggal dunia akibat kemalangan. Selepas kemalangan tersebut berlaku, C bangkit menjadi hantu. Yang uniknya, hantu yang ditonjolkan dalam filem ini memakai kostum seperti kostum Halloween. C yang setelah menjadi hantu kembali ke rumah tersebut dan melihat sendiri kehidupan kekasihnya, M setelah kematian beliau.

a-ghost-story-review

Aku sendiri mengaku, 1st half filem ini agak bosan dan mencabar kesabaran aku. 10 minit pertama, aku ambil keputusan untuk tidur sebentar dan akhirnya aku terjaga semula dan tutup laptop. Mujur keinginan aku untuk menonton lagi filem ini ada. Kerana aku perlu menghabiskan dan memahami jalan cerita ini. Babak-babak yang mungkin sedikit mencabar kesabaran penonton seperti babak yang yang dipaparkan terlalu lama. Babak C dan M kembali tidur dan bercumbu dalam masa lebih kurang 2-3 minit. Ya, kamera hanya statik untuk babak tersebut. Aku faham babak ini sebenarnya nak menonjolkan betapa rapatnya mereka berdua sebagai seorang kekasih.

Image result for a ghost story pie eating scene

Babak yang statik selepas itulah yang membuatkan aku tidur semula. Iaitu babak M memakan pie. Babak ni memperlihatkan M memakan Pie dalam keadaan yang tertekan selepas kematian C. C yang menjadi hantu hanya berdiri melihat sahaja. Babak ini memakan masa 5 minit. Bayangkan betapa sabarnya aku. Ramai komen yang aku baca mereka tutup terus laptop dari menonton kerana bagi mereka babak ini macam tak perlu ada.

Bila aku soroti semula, aku faham. Mengikut kefahaman aku, M sedang mengalami satu kejutan dan tekanan perasaan apabila C mati. Ruang masa dan ‘loneliness’ menjadi tema utama dan cuba diserapi dalam watak M. Watak C yang bertutup dengan kain selubung sebenarnya kita takkan nampak ekspresi perasaan beliau. Namun begitu, penonton akan disajikan dengan babak yang memperlihatkan perasaan C yang menjadi hantu seperti lampu berkelip, dan ada babak poltergiest seperti pinggan terbang kerana C memprotes dan itu merupakan ekspresi amarah beliau.

Image result for a ghost story pie eating scene

Ada lebih kurang 2 babak yang bagi aku agak seram jugalah sesuai dengan supernatural elemen dalam filem ini dimana C perasan rumah sebelah juga ada hantu yang sama seperti dia, berselubung dengan kain atau cadar dimana hantu itu juga menunggu orang yang hendak dia temui meskipun orang itu tidak tinggal disitu. Filem ini menceritakan bagaimana persepsi atau perasaan hantu itu sendiri. Aku suka filem ini kerana ia lain dari lain dan agak tidak konvensional. Sebelum ini banyak juga filem yang menampilkan perasaan hantu seperti filem Ghost lakonan Patrick Swayze dan Demi Moore. A Ghost Story boleh aku katakan memberi satu perasaan yang berbeza dan dari segi emosi, filem ini memberikan satu perasaan yang sedih.

Bila kita ikuti watak C, kita akan tahu kepedihan menanti seorang yang kita sayang dan bukan mudah untuk move on dari sesuatu tempat yang sudah sebati dengan jiwa kita. Begitu juga dengan watak M. Penutup filem ini agak membuatkan aku rasa agak terkesan dan sedih. Dalam masa yang sama, dalam kepala aku terngiang-ngiang dengan persoalan, apa yang jadi apabila kita semua mati?

Image result for a ghost story

Walaupun filem ini agak perlahan dan mencabar kesabaran, A Ghost Story merupakan satu filem yang baik garapannya, penceritaan visual yang bagus. Sinematografi yang kemas. Aku harap kalian yang menonton boleh bersabar dengan aspect ratio filem ini, 4:3. Ini bukan filem hantu yang ada jumpscare bagai. Tidak. Bagi aku ini adalah perspektif dari kaca mata hantu yang masih lagi tidak move on dengan apa yang berlaku.

8/10

Movie Review: Gerald’s Game

Mike Flanagan telah diberi tanggungjawab untuk mengarah sebuah filem terbaru adaptasi dari novel Stephen King, Gerald’s Game. Aku tak pernah baca buku ini. Malahan banyak buku Stephen King yang aku tidak baca. Yang aku pernah baca pun hanya sebilangan sahaja seperti Joyland, Needful Things dan Cell. Filem ini membuatkan aku tertanya-tanya bagaimana Mike Flanagan akan menterjemahkan cerita ini ke dalam format filem.

geralds-game-2017-jessie-handcuffs-bruce-greenwood-review

Filem ini mengisahkan dua orang pasangan, Jessie (Carla Gugino) dan Gerald Burlingame (Bruce Greenwood) yang pergi bercuti di satu kawasan terpencil. Ketika babak dimana keghairahan bermula, Jessie menurut sahaja perintah suaminya dimana suaminya menggari tangan Jessie atau lebih mudah, Gerald mempunyai fantasi yang pelik dalam seksual iaitu ‘rape fantasy’. Ini membuatkan Jessie tidak gemar. Malang tidak berbau, Gerald secara tiba-tiba rebah kerana sakit jantung dan tangan Jessie masih tergari di bucu katil. Pintu rumahnya tidak bertutup dan anjing gila sedang menanti.

Jika ada orang bertanyakan tentang bagaimana konsep filem ini, aku boleh samakan filem ini dengan filem 127 Hours arahan Danny Boyle. Sama sahaja. Ia berkenaan dengan survival seorang wanita yang digari di atas katil dan mencari akal bagaimana hendak melepaskan diri dari ancaman seekor anjing dan dirinya sendiri yang semakin kehausan. Yang membuatkan filem ini unik bagi aku ialah diri Jessie sendiri merupakan ancaman terbesar.

Image result for Gerald's game scene

Filem ini membawa kepada permasalahan yang berlaku dalam rumah tangga kedua-dua watak ini. Gerald dan Jessie mempunyai masalah yang banyak terutamanya dari segi seksual. Anda akan nampak sebelum mereka melakukan seks, Gerald menelan sebiji viagra. Ketika Gerald sudah mati, penonton akan dibawa kepada babak dimana Jessie bercakap dengan Gerald yang kononnya berkonfrontasi dengan Jessie walhal itu adalah ilusi beliau.

Penonton akan dibawa juga kepada kisah kanak-kanak Jessie yang pasti akan membuat penonton faham mengapa Jessie bertindak atau merahsiakan sesuatu dari Gerald. Aku suka filem ini kerana dia menerobos perwatakan Jessie secara mendalam. Kesan psikologi yang dialami oleh golongan-golongan sebegini sehingga memberi kesan kepada mereka yang sudah berkahwin.

Image result for Gerald's game scene

Mungkin ending filem ini agak pelik. Bagi aku pelik walaupun ada twist yang cuba dilakukan oleh penulis skrip. Filem ini merupakan filem psychological horror yang baik. Mungkin ada yang kurang gemar kerana filem ini agak minimalis. 80% berlaku dalam bilik dan dialog yang banyak. Ada dua tiga babak yang bagi aku agak horror atau gory.

Image result for Gerald's game scene

Lakonan Carla Gugino dan Bruce Greenwood agak mantap. Carla Gugino memberikan lakonan yang agak berkesan dari segi mimik muka yang diberi. Malahan kedua-dua pelakon ini memerlukan 2 watak yang sama tetapi perwatakan yang berbeza. Satu cabaran yang bukan mudah untuk pelakon melakonkan watak multiple personalty seperti James McAvoy dalam Split. Bravo untuk kedua-dua pelakon ini.

Image result for Gerald's game scene

Secara keseluruhan, filem ini sebenarnya melambangkan institusi perkahwinan. Sebenarnya jika anda mengenal pasangan anda, belum tentu anda mengenal kisah lampaunya, ada ketika anda sendiri tidak akan faham mengapa pasangan anda bersikap sedemikian. Gerald’s Game merupakan contoh filem Psychological horror yang bagus. Aku harap tiada yang mengharap babak hantu keluar dari belakang atau pembunuh ambil pisau tikam mangsa berkali-kali. Ini adalah filem yang melihat dari sudut psikologi seorang Jessie terhadap hidupnya sendiri dan perkahwinannya yang sedang menanti roboh jambatannya.

9/10

Movie Review- Kingsman: The Golden Circle

Setelah kejayaan Matthew Vaughn menggarap filem pertama Kingsman: The Secret Service (2014), muncul filem sequal yang bertajuk Kingsman: The Golden Circle. Seperti yang anda tonton dalam trailer filem ini, watak Colin Firth yang merupakan Galahad yang lama, masih lagi hidup dan wujud dalam filem The Golden Circle. Itu akan aku ceritakan kemudian.

kingsman-the-golden-circle-2

Filem ini mengesahkan Poppy Adams (Julianne Moore) yang merupakan tokeh kokain terbesar di dunia bersama-sama organisasi underground yang bernama The Golden Circle menghantar Charlie Hesketh, bekas rekrut Kingsman yang gagal untuk membunuh dan melumpuhkan Kingsman. Eggsy kini sudah menjadi Galahad yang baru setelah kematian Harry Hart lakonan Colin Firth. Setelah Kingsman lumpuh dan HQ mereka dibom, Eggsy dan Merlin pergi ke Kentucky, USA untuk mencari organisasi rahsia yang bernama, “Statesman” setelah mengaktifkan Doomsday Protocol.

Image result for kingsman the golden circle scene

Bagi aku, Kingsman merupakan filem yang sangat ringan dan kelakar. Ini merupakan filem aksi komedi yang mampu membuatkan penonton kering gusi. Plot filem ini tidaklah berbelit dan mudah difahami. Meskipun permulaannya mungkin sedikit perlahan setelah aksi yang disajikan ketika babak permulaan, ianya masih mampu dihadam.

Matthew Vaughn juga tidak lokek memberikan aksi kejam atau ultra violent sama seperti Kingsman yang pertama. Aku tidak akan menyamakan aksi filem ini dengan James Bond. Ada orang yang mengatakan James Bond sepatutnya ada gajet sebegini. Filem spy sepatutnya begini. Bagi aku, James Bond versi Daniel Craig adalah filem spy yang berbeza dan lebih maskulin. Baik, aku fokus sahaja kepada filem Kingsman.

Image result for kingsman the golden circle scene

Masalah Kingsman bagi aku adalah babak aksi. Meskipun Kingsman adalah filem yang komedi dimana babak lawannya kelihatan agak komik dan macam tak masuk akal, ianya mampu diterima. Cuma ada kalanya mata aku agak penat menonton babak lawan dalam filem ini. CGI yang berlebihan bagi aku agak merencat mood aku untuk menonton kerana mata aku penat mengejar pergerakan kamera. Mungkin ada yang ok dengan babak-babak sebegini. Masalahnya, teknik ini sebenarnya digunapakai sejak dari filem yang pertama. Aku tak melihat apa pembaharuan dalam filem ini.

Image result for kingsman the golden circle scene

Dari segi watak, inilah yang buat aku turn off. Habis. Aku merasakan watak Channing Tatum dan Helle Berry adalah watak yang buang masa. Channing Tatum yang menjadi Tequila hanya diberikan aksi sekejap sahaja. Yang lebihnya malas aku nak cakap kerana spoiler akan berlaku. Paling mengejutkan, Watak Whiskey lakonan Pedro Pascal menjadi watak utama dalam filem ini. Sama dengan watak Presiden Amerika Syarikat, lakonan Bruce Greenwood yang aku rasa tak perlu ada. Sekadar untuk memenuhi sub plot filem ini.

Image result for kingsman the golden circle scene

Sejujurnya, aku rasa watak Colin Firth tidak perlu ada dalam filem ini. Come on, kau matikan watak itu dalam filem yang pertama, watak yang sangat utama. Tiba-tiba dia masih lagi hidup sebab kononnya Statesman tolong. Ah, aku rasa watak Colin Firth ni ada sebab marketing. Tarikan penonton. Sama seperti watak Channing Tatum. Ketika 3rd act filem inilah yang aku rasa, bullshit. Serius. Tidak akan aku ceritakan kenapa sebab ia akan menjadi major spoiler dan turn off kepada mereka yang menonton.

Image result for kingsman the golden circle scene

Cuma, Kingsman: The Golden Circle tetap satu filem yang menghiburkan. Meskipun ada jenaka yang aku rasa macam jelik (lihat babak Glastonbury Festival) yang aku rasa tak perlu, jenaka-jenaka gaya British yang kelakar (lihat jenaka Eggsy terhadap Jamal tentang minum arak) bagi aku berjaya dalam filem ini. Jangan risau, filem ini seronok ditonton jika anda tidak kisah dengan apa yang aku cakap di atas ni. Ia masih lagi menghiburkan dan merupakan filem spy dengan komedi yang ringan. Cuma, bagi aku filem ini tidak sehebat yang pertama dan tidak mencapai tahap yang bagus. Sekadar copy filem pertama dan ubah plot.

6/10

btw, Elton John agak kelakar dalam filem ini. haha