Movie Review: Guardians of the Galaxy Vol. 2

Seperti yang kita tahu, Marvel Cinematic Universe (MCU) memang luas dan banyak filemnya. Yang akan datang ni pun entah apa kisahnya, macam Black Panther. Yang pasti, filem-filem MCU memang menjadi tumpuan peminat-peminat filem dan komik. Guardians of the Galaxy Vol. 2 diterajui oleh James Gunn dan juga filem kedua beliau menjadi pengarah filem ini.

3504

Secara umumnya, filem ini mengisahkan tentang Peter Quill (Chris Pratt) atau Star-Lord yang mengenali asal usul beliau yang sebelum ini beliau hanya tahu tentang ibunya sahaja. Kali ini, beliau mengenali lelaki yang bernama, Ego lakonan Kurt Russell yang mengatakan bahawa beliau adalah ayah kepada Peter. Sebelum itu, ditonjolkan konflik Guardians of the Galaxy dengan pemimpin Sovereign Race, Ayesha apabila Rocket mencuri bateri yang berharga dari mereka.

Aku merasakan filem ini sangat fun. Padat dengan aksi dan perang angkasa. Jalan cerita yang mudah difahami. Ada pelbagai konflik seperti antara Gamora dan Nebula, Yondu dan Ravangers sendiri. Mari kita mulakan yang positif. Aku suka watak humor Rocket dan Drax. Aku rasakan Drax mempunyai banyak punchline yang agak kelakar untuk ditonton semula. Drax kelihatan agak menonjol dalam filem ini. Begitu juga watak Yondu lakonan Michael Rooker (jika anda pernah menonton The Walking Dead, beliau adalah abang Daryl dalam drama tersebut) juga hebat. Yondu berjaya menonjolkan watak yang beliau juga agak beremosi. Nanti kalian akan faham apabila menonton filem ini.

Image result for Guardians of the Galaxy Vol. 2 scene

Banyak cultural references yang bikin penonton gelak seperti Pac-Man, lagu-lagu yang popular ketika 80-an, David Hassellhoff, Knight Rider. Soundtrack filem ini tidak ubah feelnya seperti filem yang pertama. Sesuai dengan babak-babak yang ditonjolkan dalam filem ini. Aku lupa nak tambah, watak Baby Groot juga mencuit hati penonton. Banyak babak-babak yang melibatkan Baby Groot menghidupkan suasana filem ini.

Cuma, ada beberapa perkara yang aku rasa membuatkan filem ini agak lemah. Ada banyak konflik yang ditonjolkan dalam filem ini. Mungkin bagi peminat tegar dia merasakan perkara itu biasa. Bagi aku, konflik antara Gamora dan Nebula tak berapa nak sampai dan ianya agak membosankan. Cara konflik itu terlerai juga agak simple bagi aku. Watak Gamora dan Quill juga agak tidak berapa nak menonjol dalam filem ini. Watak Peter Quill  ‘tersekat’ dengan karekter yang lain, begitu juga Gamora. Mungkin ini yang menyebabkan watak mereka tidak berapa nak berkembang.

Image result for Guardians of the Galaxy Vol. 2 scene

Watak villain dalam Guardians of the Galaxy Vol. 2 ini tidak berapa nak mengancam. Namun begitu, filem ini masih lagi dalam tahap yang menghiburkan. Mungkin dalam semua filem MCU, Guardians of the Galaxy Vol. 2 antara filem yang padat dengan humor. Popcorn movie yang boleh ditonton berulang kali aku rasa, aku rasalah. Dan, filem ini ada 5 post end credits. Janganlah keluar panggung awal. Rileks dulu.

7/10.

Movie Review: Ghost in the Shell (2017)

Filem yang pada awalnya menjadi agak kontroversi sebab watak utamanya ialah Scarlett Johansson, seorang wanita Caucasian yang membawa watak seorang robot/wanita yang sepatutnya berbangsa Jepun menurut anime dan manga asalnya. Namun begitu, pengarah anime Ghost in the Shell (1995), Mamoru Oshii sendiri tidak berapa kisah dengan watak wanita kulit putih dalam filem ini.

ghost-shell-movie-scarlett-johansson-major_557

Filem arahan Rupert Sanders ini sememangnya mengambil sedikit babak-babak yang ada dalam versi anime tahun 1995. Dari babak permulaan, babak lori sampah dan banyak lagi, muzik pun. Ghost in the Shell mengisahkan polis robot separa manusia, Major Mira Killian (Scarlett Johansson) yang bertugas sebagai counter teroris. Dunia yang ditonjolkan di dalam filem ini ialah dimana manusia yang mempunyai roh di dalam rangka (shell) yang dicipta. Ianya agak berbeza dengan AI (Artificial Intelligence) dimana robot/manusia dalam dunia ini kelihatan dan berfikir macam manusia, roh mereka adalah manusia dan jasadnya adalah robot. Makan, minum sama seperti manusia. Mira Killian sedang menjejak Kuze (Michael Pitt) yang merupakan villain dalam filem ini.

Image result for ghost in the shell movie

Ghost in the Shell ada kalanya mengingatkan aku kepada filem Ex-Machina (2015) terutamanya ketika babak salah satu anggota badan robot tersebut ditanggalkan. visual effects dalam filem ini sangat top notch. Kemas dan cantik. Ini antara perkara yang aku rasa sangat mengasyikkan. Cuma dari segi aksi dan keterujaan dalam menonton aksi-aksi tersebut aku tak nampak ianya seperti sesuatu yang menarik. Tiada unsur suspen yang betul-betul padu dalam filem ini.

Dari segi watak, Ghost in the Shell lebih menonjolkan watak Mira Killian. Mira Killian sebenarnya dalam proses mengenali dirinya. Pada permulaan filem, beliau hanya diberi tahu bahawa ayah dan ibunya mati lemas dan hanya ‘rohnya’ sahaja yang berjaya masuk dalam ‘shell’ yang telah dicipta oleh Hanka Robotic. Namun begitu, watak beliau mula berkembang apabila beliau sendiri nampak vision yang tidak pernah dilihat atau yang diingatnya. Ketika 3rd act filem ini lah penonton yang mungkin pernah menonton anime Ghost in the Shell sebelum ini akan berkata, “ooo, baru faham”.

Image result for ghost in the shell kuze

Watak villain dalam filem ini bagi aku tak begitu mengancam. Ketika ‘baton’ watak jahat diserahkan kepada watak yang lain, aku rasa tak nampak begitu emosi dan berjaya. Hubungan Mira Killian dengan ‘watak yang menentang authoriti’ (susah betul taknak bagi spoil jalan cerita) pun tak berapa kuat. Watak Kuze pun bagi aku agak biasa dan tidak berapa nak dark.

Plot filem ni bagi aku agak perlahan sedikit. Mungkin ramai yang agak rasa bosan kerana mereka anggap filem ini ialah filem Cyberpunk yang penuh dengan aksi. Tapi bagi aku, ianya plot yang membina watak Mira Killian, cuma ia agak mengetepikan perkembangan watak Batou yang aku lihat agak akrab dengan Killian.

Keseluruhan, aku rasa Ghost in the Shell perlu ada sequal kerana ianya masih menarik dimata aku. Aku faham konsep dan jalan cerita filem ini. Mungkin ada yang masih mengungkit elemen ‘whitewash’ dalam filem ini. Bagi aku sendiri, apabila aku tonton penuh filem ini, baru aku faham ‘konsep’ Ghost (Roh) in the Shell (Badan) dalam filem ini sebab kita tidak boleh menilai watak Mira Killian ini melalui wajah dan badan Scarlett Johansson itu sendiri (walaupun dia hot, maaf aku kena mengaku). Harap-harap kalian faham maksud aku.

Image result for ghost in the shell

Keseluruhan ok, ianya bukan copy terus dari anime asal, plot filem ini agak original. Aku harap filem ini pulang balik modal supaya studio rasa nak buat lagi Sequal filem ini. Yang pasti, filem ini bukanlah filem popcorn dan seronok untuk ditonton beramai-ramai.  Peminat anime Ghost in the Shell pasti akan suka filem ini.

7/10