Top 10 Best Movies of 2018

2018 tahun yang aku jarang menulis tentang filem. Tetapi itu tidak bermakna aku tidak menonton filem-filem yang ditayangkan pada tahun ini. Secara jujurnya, tahun ini tidak banyak filem-filem yang mampu mengulangi kehebatan filem tahun lepas seperti Get Out ataupun 2015, Mad Max: Fury Road. Namun begitu, tahun ini tetap memberikan senarai filem-filem yang masih lagi sedap untuk ditonton pada masa akan datang. Berikut adalah honorable mention untuk filem terbaik pada tahun ini.

Dukun

Image result for dukun 2018 poster

Bohemian Rhapsody

BOHEMIAN RHAPSODY

American Animals

Related image

Upgrade

Image result for upgrade 2018

Ready Player One

Image result for ready player one

10. The Ballard of Buster Scrugss

Image result for the ballad of buster scruggs

Adik beradik Coen kembali dengan sebuah filem bertemakan western terbitan Netflix. Untuk pengetahuan anda, filem ini bersifat antologi. Ada 6 kisah dalam filem ini termasuklah kisah Buster Scruggs pada awal filem. Bagi aku filem ini sangat ballance moodnya. Ada ketika ianya penuh dengan humor. Ada ketika ia sangat serius dan dark. Lakonan Tim Blake Nelson sebagai Buster Scruggs sangat mencuit hati. Filem ini sesuai untuk mereka yang mencintai filem Western.

9. Isle of Dogs

Image result for isle of dogs

Wes Anderson adalah salah seorang pengarah yang aku gemar. Konsep warna warni dalam filem beliau merupakan satu trademark kepada karya beliau. Kali ini, Anderson kembali dengan filem animasi stop-motionnya selepas Fantastic Mr. Fox. Isle of Dogs membawa seribu makna kepada bagaimana manusia yang melupakan jasa anjing-anjing yang sebelum ini menjadi teman setia kepada manusia. Tolak cultural unapropriation yang ada dalam filem ini, Isle of Dogs memberi satu kepuasan kepada anda yang menghargai stop motion animation yang memang susah nak buat. Lagi unik, watak manusia bertutur dalam Bahasa Jepun dan anjing-anjing bertutur dalam Bahasa Inggeris. Termasuklah Bryan Cranston, Ed Norton, Jeff Goldblum dan Scarlett Johansson.

8. Avengers: Infinity War

Tiada masalah untuk aku mengatakan bahawa Avengers lebih baik dari Black Panther untuk tahun ini. Avengers merupakan sebuah filem yang mungkin sudah sampai penghujung MCU kerana selepas ini ramai pelakon utama yang akan tamat kontrak bersama Marvel Studios. Infinity War memberi impak yang besar kepada penonton-penonton kerana di penghujung filem ini seakan-akan tergantung dan kesedihan menyelubungi perasaan kerana banyak watak-watak utama yang hilang seperti debu. Akhirnya MCU mempunyai seorang villain yang kuat, mempunyai motif dan perinsip yang kukuh dalam tindakannya. Thanos adalah villain MCU cari-cari sebelum ini. Syabas buat Josh Brolin yang berjaya membawa watak Thanos dengan jayanya.

7. One Two Jaga

Image result for one two jaga

Terima kasih kepada Netflix, akhirnya aku berjaya menonton filem ini kerana terlepas tonton di panggung wayang. One Two Jaga merupakan karya Namron yang sepatutnya ditonton oleh rakyat Malaysia. Filem ini menyentuh realiti yang ada di Malaysia. Diskriminasi terhadap warga asing, penyelewengan oleh pihak berkuasa, sifat anti-imigrant dan rasuah. Jarang Malaysia disajikan filem sebegini dan aku rasa ini adalah antara filem terbaik yang aku tonton tahun ini dan filem tempatan yang hebat. Aku mengharapkan karya-karya sebegini muncul pada masa akan datang.

6. Searching

Image result for searching

Inilah filem paling underrated pada tahun ini. Kisahnya senang. Seorang bapa mencari anak perempuannya yang hilang entah kemana. Dia menggunakan internet dan sosial media untuk menjejaki anak perempuannya yang hilang. Filem ini genius dalam menimbulkan perasaan gementar, emosi, syak wasangka penonton terhadap jalan cerita. Kudos buat pengarahnya, Aneesh Chaganty yang berjaya membuat filem ini tidak bosan meskipun sepanjang cerita hanya menggunakan skrin Macbook, TV, smartphone sebagai paparan cerita. Paling best, kalian takkan boleh jangka jalan cerita dia macam mana.

5. Mission:Impossible – Fallout

Image result for mission impossible fallout

Filem ini sebenarnya banyak rujukan daripada filem Mission: Impossible yang pertama. Mungkin agak sukar jika ada yang baru pertama kali menonton. Namun begitu, filem ini tidak gagal dalam menyampaikan aksi-aksi yang mantap. Babak semasa terjun dari udara, babak berkelahi dalam tandas, filem ini sangat-sangat padat dengan aksi yang menakjubkan. Filem ini pantas berjalan sehinggakan anda tidak sedar dan tidak bosan. Gandingan Tom Cruise dan Henry Cavill sangat serasi. Aku kira inilah filem aksi terbaik yang ada pada tahun 2018. Fallout adalah filem Mission:Impossible yang terbaik selepas Ghost Protocol.

4. A Quiet Place

Image result for a quiet place

WOW. John Krasinski (atau Jim Halpert jika anda peminat The Office) membikin sebuah filem horror yang seronok untuk ditonton. Filem ini mengisahkan makhluk yang akan memakan sesiapa sahaja jika ia terdengar bunyi manusia. Sebuah filem survival horror yang sangat mengasyikkan dan sedih sebenarnya. A Quiet Place sepanjang filem ini berjalan boleh aku katakan 60 peratus senyap. Oleh itu penonton dalam panggung wayang takda pun berani bersuara kerana konsep senyap dalam filem ini sememangnya mengasyikkan. Bunyi jarum pun boleh dengar. Audiens juga seakan-akan terikut watak dalam filem ini bahawa jika bising, pasti akan dimakan oleh makhluk yang entah datang dari mana. A Quiet Place memberi nafas baru dalam genre survival horror. Menantikan karya John Krasinski selepas ini.

3. BlacKkKlansman

Image result for blackkklansman

Spike Lee kembali dengan sebuah filem yang menyentuh isu perkauman di Amerika Syarikat pada zaman 60-70 an. BlacKkKlansman merupakan kisah benar yang dilalui oleh seorang polis, Ron Stallworth yang menyertai KKK (kumpulan yang memperjuangkan ketuanan orang kulit putih). Pendekatan Spike Lee dalam filem kali ini sangat berbeza. Aku menjangkakan BlacKkKlansman ini adalah sebuah filem yang serius. Tetapi ianya dipaparkan dalam mood yang agak santai. Aku berani katakan bahawa filem ini penuh dengan unsur humor. Lakonan mantap John David Washington dan Adam Driver menguatkan lagi ketahanan filem ini. Meskipun filem ini sarat dengan jenaka yang santai, penghujung filem ini membuatkan aku terkedu kerana sebenarnya masalah perkauman di Amerika semakin meruncing terutamanya selepas Donald Trump menjadi presiden. Berbaloi untuk ditonton.

2. Roma

Image result for roma 2018 film

Alfonso Cuaron kembali dengan filem yang menceritakan tentang kehidupan. Sama seperti Children of Men dan Gravity, kali ini Roma menjadi taruhan beliau. Dengan berkonsepkan filem hitam putih, Roma berjaya menangkap perhatian aku dengan isi kandungan yang hendak disampaikan. Nampak filem ini seperti bersolidariti dengan nasib kedua wanita dalam filem ini. Cleo dan Sofia yang menjadi mangsa kerakusan lelaki. Sinematografi filem ini sangat cantik dan Cuaron tidak pernah mengecewakan peminatnya. Aku mengharapkan filem ini banyak mendapat pencalonan untuk Anugerah Academy pada tahun hadapan.

1. Hereditary

Image result for hereditary 2018 film

Filem terbaik pada tahun ini jatuh kepada filem horror. Ini adalah filem horror yang sangat tidak ortodok. Jika anda boleh hadam The VVitch, maka Hereditary adalah ‘santapan’ biasa bagi anda. Filem ini tidak menggunakan teknik jumpscare bodoh. Hereditary bermain dengan paparan visual yang agak horror. Setiap paparan visual seperti gambar, permainan yang dibuat sendiri oleh anak perempuannya mempunyai banyak makna. Ari Aster menyusun semua ini dengan begitu teliti dan terperinci. Sama seperti The VVith, konsep paganism jelas dalam filem ini. Sebagai filem debut Ari Aster, aku mengharapkan beliau muncul lagi dengan konsep horror sebegini. Lakonan Toni Collette dalam filem ini sangat Oscar Worthy dengan mimik muka yang menakutkan, babak di meja makan yang sangat-sangat membuatkan aku terkedu. Penghujung filem ini sangat-sangat tidak dijangka. Benda, filem ini sangat berat untuk penonton-penonton filem horror yang mainstream. Antara filem horror terbaik aku pernah tonton secara peribadi. Mantap.

Movie Review: The Nun (2018)

Image result for the nun 2018 poster

The Nun. Sebuah filem yang terhasil dari populariti villain atau hantu yang muncul dalam filem The Conjuring 2, Valak. Jangan tersilap antara Valak dengan Marilyn Manson walaupun muka mereka lebih kurang. The Nun merupakan spin off atau filem yang ada dalam The Conjuring Universe. Sebagai peminat The Conjuring Universe, aku amat menantikan filem ini.

The-Nun-teaser-screenshot-600x341

Filem ini bermula apabila seorang biarawati di sebuah gereja di kawasan pedalaman Romania yang membunuh diri kerana cuba lari dari satu entiti jahat. Vatican pula mengarahkan seorang paderi, Father Burke (Demian Bichir) untuk pergi menyiasat bersama-sama dengan seorang Biarawati yang belum lagi mengangkat sumpah, Sister Irene (Taissa Farmiga) ke sana. Pelbagai perkara pelik yang berlaku apabila sampai di gereja tersebut.

Biarlah aku mulakan dengan perkara negatif untuk filem The Nun. Aku secara peribadi, sangat menggemari filem-filem horror. Sampai satu tahap, aku tidak kisah dengan keseraman filem tersebut melainkan ia mempunyai vibe yang sangat dark seperti Hereditary dan The VVitch. The Conjuring mensajikan keseraman yang berbeza meskipun James Wan menggunakan teknik jumpscare yang banyak, tetapi ianya sangat kena pada gaya dan bukan jumpscare bodoh. Masalah dengan The Conjuring Universe ialah apabila James Wan tidak mengarah filem tersebut, maka filem itu akan seperti kucar kacir dan tidak menepati selera penonton.

Image result for the nun 2018 scene

Ambil contoh, Annabelle yang pertama. Dikritik oleh penonton kerana tidak menzahirkan keseraman sama seperti kemunculan patung tersebut dalam The Conjuring 1. Mujurlah David F Sandberg berjaya mengarah filem Annabelle: Creation yang bagi aku sangat baik dan menyelamatkan francais The Conjuring. Ini juga berlaku kepada The Nun. Filem ini seperti hilang arah tuju kerana jangkaan penonton yang datang ke panggung rata-rata ingin melihat kemunculan Valak yang sangat brutal. Namun begitu, asal usul Valak dalam The Nun ini seperti tidak begitu ditonjolkan dengan sepatutnya. Kemunculan Valak juga tidak begitu mengasyikkan penonton. Serius. Ramai gelak dengan penampilan Valak dalam filem ini.

Itu belum lagi babak-babak yang seperti tidak masuk akal. Entiti jahat yang muncul dalam filem ini asalnya dari satu lubang neraka yang dibina di geraja itu dan akhirnya ditutup dengan menggunakan darah Jesus Christ. Tetapi boleh terbuka balik sebab bom dari perang dunia kedua? what? Dengan latar belakang kampung yang sangat kuno tak melambangkan era 50-an. Babak Father Burke di tanam oleh entiti syaitan dalam kubur itu sebenarnya nak tunjukkan apa? kalaulah aku jadi hantu, aku dah bunuh Father tu. Setiap babak seram dalam filem ini seperti tiada penjelasan dan motif.

Image result for the nun 2018 scene

Itu belum lagi kamera yang berpusing dan penonton boleh jangka ada hantu atau entiti yang akan muncul apabila kamera berpusing kembali ke tempat asal. Ah. Susah aku nak terangkan. Jumpscare yang banyak dan tidak perlu. Perkembangan watak, mujur di penghujung filem ini watak Sister Irene dan Frenchie (Jonas Bloquet) agak berkembang dengan baik. Watak Father Burke bagi aku agak statik. Kemudian dimasukkan pula dengan kisah gelap beliau semasa berkhidmat di Lyon ketika perang dunia kedua. Aku rasa babak beliau dengan hantu yang lampau itu sekadar nak memenuhi durasi cerita.

Permulaan filem ini sangat baik. 1st act, aku tak rasa masalah yang besar. 2nd act lah bermulanya kebosanan filem ini. Ada kalanya aku naik keliru dengan watak-watak Biarawati yang ada dalam geraja mereka siasat itu. Plot memang berterabur. Aku sampai dah tertanya-tanya, “Valak ni kenapa tidak segempak macam The Conjuring 2?”. Aku faham bahawa untuk beliau berlegar dalam dunia nyata, beliau perlu merasuk badan manusia. Tetapi origin Valak itu seperti tidak begitu kuat. Dah la poster dia sendiri dah tunjuk yang seorang Nun dalam gereja tu yang jadi syaitan. Adui. Marketing misleading.

Benda yang positif ialah, The Nun merupakan kesinambungan kepada The Conjuring Universe. Di penghujung filem ini kalian akan nampak ‘jambatan’ antara The Conjuring dengan The Nun. Ini benda yang bagi aku agak melegakan kerana ada satu tahap aku rasa filem ni macam takda kena mengena dengan The Conjuring Universe. Jika anda rajin perhatikan dalam filem ini, banyak easter eggs sebenarnya. Dalam keadaan penonton tidak sedar yang filem ini mempunyai hubungkait dengan filem-filem dalam The Conjuring Universe.

Related image

Akhir sekali, filem ini tidaklah gempak seperti cara mereka memasarkan filem ini. Dari segi marketing, memang top notch. Tetapi hasilnya agak mengecewakan. Ramai penonton kecewa dengan filem ini. Tetapi tahap keseraman seseorang itu berbeza. Ada yang kata The Nun ini seram dan menarik. Terpulang. Anda menentukan.

4/10.

Movie Review: Mission Impossible – Fallout (2018)

Image result for mission impossible fallout

Tom Cruise, hero Hollywood yang sudah cecah usia 50-an kembali dengan filem Mission Impossible terbarunya, Mission Impossible – Fallout yang diarahkan oleh pengarah yang sama mengharah Rogue Nation, Christopher McQuarrie. Pelakon yang sama juga membarisi filem ini iaitu Simon Pegg, Ving Rhames dan Rebecca Ferguson. Cuma ada watak tambahan iaitu Walker (Henry Cavill). Fallout kali ini bagi aku lebih kepada ‘sequel’ kepada Rogue Nation.

mdj_07086_sra.0

Kali ini mereka bertembung dengan kumpulan The Apostles – dari organisasi The Syndicate. Ethan Hunt kali ini perlu mendapatkan plutonium yang akan dijual kepada ahli kumpulan tersebut. Namun begitu, misi tersebut gagal dan plutonium tersebut jatuh ke tangan kumpulan The Apostles.

Image result for mission impossible fallout scene

Jangkaan aku apabila menonton Mission Impossible ialah filem ini akan penuh dengan aksi dan padat dan jalan cerita yang tidak dijangka. Fallout memenuhi jangkaan aku. Filem ini tidaklah bermula secara tiba-tiba dengan aksi. Namun begitu, ia memerlukan lebih kurang 15 minit pertama untuk mulanya aksi. Apa yang menakjubkan ialah bagaimana aksi-aksi tersebut dijalankan. Ada kalanya seperti tidak masuk akal. Tetapi itulah yang aksi-aksi yang dilakukan oleh Tom Cruise sendiri.

Dari segi plot, aku merasakan plot filem ini agak straightforward dan bagus juga. Kau tak payah nak pening. Meskipun ada 2-3 twist yang dipaparkan. Ianya bagi aku agak boleh diterima dan sukar dijangka. Bagi aku kelemahan twist yang dipaparkan dalam filem ini ketika di penghujung. Sampai aku sendiri pun kurang faham. Tetapi mungkin ini berubah jika aku menonton untuk kali kedua.

Image result for mission impossible fallout scene

Perkembangan watak kali ini lebih menarik. Aku melihat semua watak-watak diberikan peranan yang secukupnya untuk menonjolkan kebolehan mereka dalam misi yang diberi. Sebelum ini dapat dilihat watak seperti Benji dan Luther ni sekadar wingman. Watak Walker juga sangat baik sebagai orang kanan Erica Salone. Bagusnya ialah watar Ethan Hunt kali ini diberi ruang dalam bentuk naratif tentang kehidupan belakang tabir dan peribadinya yang sebenarnya agak ‘rahsia’. Sebagai penonton, barulah aku mengerti tentang watak Ethan Hunt yang bukan sekadar hero kerana beliau juga ada ‘sebab’ untuk melihatkan beliau juga seorang manusia yang biasa. (walaupun ‘sebab’ tu agak cliche. Hint: John Wick).

Image result for mission impossible fallout scene henry cavill

Jika dipilih babak yang menarik, bagi aku babak bertarung dalam tandas tu sangat menarik. Aksi koreografi yang laju dan dan mantap. Setiap tumbukan itu dapat dirasakan. Dalam ruang yang sempit, 3 orang ini dapat bertarung dengan begitu baik. Credit buat Henry Cavill yang nampak lebih mantap dalam babak ini.

Secara keseluruhan, MI – Fallout menepati citarasa aku. Memanglah ini filem aksi seperti filem-filem yang lalu. Tiada yang cliche dari segi aksi kerana MI memang dicipta untuk aksi yang padat dan padu. Aku rasa boleh lagi tonton satu round untuk kefahaman dan kepuasan lanjut.

8/10

Movie Review: Ghost Stories (2018)

Sebuah filem horror dari British yang juga pernah dipentaskan sebelum ini, Ghost Stories arahan Andy Nyman dan Jeremy Dyson tidak banyak diperkatakan. Aku secara jujurnya, tahun ini memang kurang menonton filem di panggung wayang. Filem ini ditayangkan di Malaysia, tetapi aku tak berkesempatan untuk hadir ke panggung. Mujur ada internet.

Related image

Filem ini mengesahkan tentang seorang Professor yang bernama Phillip Goodman, seorang Professor yang sangat skeptikal dan suka membongkar kisah-kisah mistik atau supernatural. Beliau tidak percaya dengan perkara-perkara tersebut. Pada suatu hari, beliau bertemu dengan idolanya dalam bidang yang sama, Charles Cameron yang memberinya 3 kes supernatural yang beliau sendiri tidak dapat selesaikan. Phillip Goodman menyahut cabaran tersebut.

Filem ini mempunya 3 kisah. Ianya seperti antologi. Dalam tiga-tiga kisah ini semuanya merupakan kisah dan pengalaman supernatural yang dihadapi oleh ketiga-tiga individu yang berbeza. Goodman pergi sendiri berjumpa dengan mereka. Melalui penceritaan ketiga-tiga individu itu jugalah babak-babak seram muncul dalam filem ini.

ghost-stories-still-one

Sejujurnya, babak-babak horror dalam filem ini bagi aku agak tipikal filem hantu. Tetapi ianya sangat efektif. Ada babak-babak jumpscare yang bagi aku sangat berjaya dan bukan jumpscare bodoh. Hantu yang muncul juga bukan calang-calang. Ianya muncul betul-betul di depan skrin. Ghost Stories lari sedikit dari trend filem horror moden yang berbeza dimana hantu tersebut tidak kelihatan atau muncul di penghujung filem.

Dalam masa yang sama, penonton disajikan sedikit dengan kisah lampau atau kisah hitam Professor Phillip Goodman. Sebenarnya, beliau sendiri bertarung dengan ketakutan dalam diri beliau dari kecil hingga ke besar. Aku yakin semua manusia menghadapi benda yang sama. Oleh itu, ketika menyiasat kes-kes supernatural, Goodman juga mula mengalami perkara-perkara yang pelik.

Image result for Ghost stories 2018 scene

Filem ini bermula dengan baik, pace yang tidak terlalu perlahan. Plot juga mudah untuk difahami meskipun ada flashback. Tetapi 3rd act filem ini bagi aku ada ok ada tak ok. Yang bagusnya, ianya agak tidak boleh diramalkan. Unpredictable. Cuma aku rasa penghujung filem ini boleh jadi lebih baik dan ada kesinambungan dari 1st dan 2nd act (punyalah aku tak nak spoil jalan cerita). Mungkin kalau aku tengok untuk kali kedua, filem ini akan rasa berbeza kerana aku sendiri tidak perasan bahawa klu kepada klimaks filem ini ada dipaparkan dari awalan filem ini.

Secara keseluruhan, aku suka Ghost Stories. Tajuk dan penceritaan memang cliche, tetapi tetap menarik dengan penghujung yang agak di luar jangkaan. Sila ingat kata-kata Professor Phillip Goodman ini:

“The brain sees what it wants to see…”

8/10

Movie Review: Hereditary (2018)

Image result for hereditary poster

Sebenarnya aku sendiri sudah lama tidak menonton filem di panggung wayang. Kali terakhir ialah filem Avengers: Infinity War. Aku memilih Hereditary sebagai filem yang aku tonton setelah sekian lama tidak menghambakan diri dengan filem. Sejujurnya aku tidak tau menahu tentang filem ini. Aku google sahaja untuk tahu filem yang sedang rancak dijalankan. Memandangkan filem ini mendapat rating yang tinggi dalam Rotten tomatoes (ya, RT tetap berjaya mempengaruhi aku), tergerak hati aku untuk ke panggung hari ini.

hereditary-main

Filem ini merupakan filem debut Ari Aster. Hereditary mengisahkan tentang sekeluarga yang tinggal dalam sebuah rumah yang jauh di tengah hutan. Bunyi macam filem horror cliche. Annie (Toni Collette) merupakan seorang pembuat miniature yang baru sahaja kehilangan ibunya. Beliau sendiri mengakui bahawa hubungan beliau dengan ibunya tidak begitu baik. Beliau sendiri pernah bertengkar dengan ibunya kerana ibunya hendak menyusukan anak perempuan Annie, Charlie (Milly Shapiro).

Related image

Permulaan filem ini sebenarnya agak perlahan. Aku kira ianya biasa seperti filem-filem indie horror yang lain. Namun begitu, Ari Aster pandai membawa penonton ‘lari’ sekejap dari ‘core’ atau ‘asas’ kepada filem ini. Kita dapat lihat betapa murungnya Annie yang kehilangan ibunya. Benar, beliau tidak mempunyai hubungan baik. Namun begitu, beliau sanggup pergi ke perjumpaan support group untuk menghilangkan rasa hiba beliau.

Ketika ini penonton juga akan mula mengerti dengan kisah lampau dan tabiat pelik Annie seperti sleepwalking yang hampir-hampir membunuh anaknya. Hubungan beliau dengan Peter (Alex Wolff) juga tidak baik. Charlie pula mempunyai satu elergi dimana beliau tidak boleh makan kacang. Baik. Aku tak boleh cerita lebih. Nanti spoiler.

Image result for hereditary

Lakonan hebat Toni Collette dalam filem ini sangat-sangat mengangkat filem ini. Selain dari penonton disajikan babak horror, Toni Collette berjaya menyampaikan lakonan yang cukup emosi dan berkesan dihati aku. Babak beliau dan Peter di meja makan adalah contoh bagaimana emosinya keluarga ini yang sebenarnya dalam kesedihan. Begitu juga dengan lakonan Alex Wolff. Wow. Aku sebelum ini kenal beliau dari filem Jumanji. Riak muka ketakutan jelas dalam watak Peter. Mila Shapiro juga bagus dalam filem ini. Lakonan pertama beliau yang aku kira masih baik dan sampai terutamanya bunyi letusan glotis (betul ke macamni perkataan dalam bahasa melayu?) Charlie.

Image result for hereditary

Dari segi visual dan sinematografi, ianya sangat mantap. Ari Aster berjaya menterjemahkan esei visual beliau dengan baik sekali. Mungkin ramai penonton tidak perasan bahawa ada kalanya ketika babak-babak tertentu, penonton akan disajikan dengan kelibat lembaga putih atau bentuk tubuh manusia. Ramai tak perasan. aku perasan benda ni dan ianya membuatkan aku cuak seketika. Detail yang kecil ini membuatkan aku rasa filem ini hebat bukan sahaja dari segi perjalanan cerita, tetapi visual yang mampu membuatkan penonton rasa tidak senang. Ada satu babak dimana paparan visualnya adalah sangat disturbing. Bersedialah kepada yang tidak menonton.

Filem ini agak sempurna dimata aku. Cuma ketika 2nd act lah filem ini membuatkan aku rasa, “okay. Kita dah kembali kepada core utama dalam plot filem ini”. Macam aku cakap, awal-awal tadi hanyalah mukadimah. Dan ianya sangat panjang ok. Jadi aku fahamlah kenapa penonton yang ada dalam panggung tadi mengeluh sebab permulaan filem ini agak perlahan.

Image result for hereditary

Akhir kata, jika kalian inginkan hantu muncul depan mata, jumpscare dan apa yang ada dalam kategori horror cliche, Hereditary bukanlah filem anda. Filem ini memang bukan tipikal filem horror. Karya sulung Ari Aster yang mantap. Toni Collette ni bagi aku lakonan beliau tahap Oscars. Tapi susah Oscars nak pandang filem horror.

9/10

Movie Review: Ready Player One (2018)

Image result for ready player one

Filem terbaru Steven Spielberg yang diadaptasi dari novel tajuk yang sama karya Ernest Cline. Aku tak sempat menonton filem Spielberg yang tahun lepas, The Post. Oleh kerana aku jarang menonton wayang kerana faktor kewangan dan masa walaupun aku baru habis setel master aku, Ready Player One seperti menjanjikan sesuatu yang segar untuk aku kembali duduk di dalam panggung wayang.

e5474df9-7181-4149-91c9-e9bc0f04fb73-rp1-jb-02330-2r2965f832

Ready Player One berlatarbelakangkan Columbus, Ohio pada tahun 2045 dimana dunia ketika itu seperti dalam keadaan yang tidak terurus dan manusia tinggal di kawasan-kawasan setinggan. Untuk lari dari keadaan ini, manusia zaman itu lebih gemar meluangkan masa dengan permainan Virtual Reality (VR) dalam dunia OASIS. Di sana, mereka boleh mencipta watak mereka sendiri, jantina mereka sendiri dan mengumpul syiling untuk keperluan mereka. Wade Watts (Tye Sheridan) antara individu yang kerap ke OASIS dengan nama samaran, Parvizal. Pengasas OASIS, James Halliday (Mark Rylance) yang sudah meninggal dunia telah mencipta satu permainan (aku rasa?) yang dipanggil, ANORAK’S QUEST dimana jika sesiapa yang memenangi quest ini akan mewarisi syarikat OASIS. Watts tidak keseorangan dalam pemburuan ini, CEO syarikat IOI, Nolan Sorrento (Ben Mendelsohn) juga turut serta dalam quest tersebut.

Image result for ready player one scene

Aku tidak sempat menonton trailer filem ini. Tetapi nama Steven Spielberg sememangnya menjadi penguat kepada diri aku untuk menonton Ready Player One. Spielberg bukanlah pengarah filem yang cabuk. Beliau tahu bagaimana hendak menterjemahkan sesebuah filem itu ke skrin yang besar. Aksi dalam Ready Player One sangat padat. Aksi-aksi ini sudah cukup menjadi santapan mata penonton yang tidak terkebil mata menghadam aksi-aksi tersebut. Ditambah pula dengan visual yang kemas dan realistik.

Image result for ready player one scene

Ada kalanya, aku rasa seperti menonton filem The Adventures of Tintin dimana filem arahan Steven Spielberg juga. Babak avatar dalam dunia OASIS memerlukan motion capture acting. Ini juga memberi penonton merasai visual yang realiti (dunia sebenar) dan OASIS (dunia VR) dengan baik sekali. Sepanjang plot filem ini berjalan antara dua dunia ini, aku tidak merasakan satu kekeliruan langsung. Plot filem ini agak kemas bagi aku. 2 jam yang diberikan cukup untuk menerangkan dunia OASIS dan motif watak-watak yang terlibat.

Sebut tentang watak, tiada masalah. Bagi aku, Tye Sheridan, Olivia Cooke yang membawa watak Samantha sangat berkesan. Mark Rylance yang membawa watak seorang pereka game dan VR yang sangat nerd bagi aku agak wow. Sejujurnya aku tak tau yang Mark Rylance ada dalam filem ini. Watak Simon Pegg juga kurang dan tidak begitu memberi impak yang besar dalam filem ini.

Related image

Secara halus, filem ini bagi aku seperti filem satira kepada masyarakat moden dan masyarakat yang akan datang dimana kita akan berkiblatkan dunia VR hasil daripada kelemahan berkomunikasi dan perhubungan di dunia yang nyata. Mungkin ini yang cuba ditonjolkan oleh penulis skrip, Zak Penn dan Ernest Cline. Jika kau tonton filem ni betul-betul, seram juga kalau hidup ini ditentukan oleh VR dan juga eksploitasi syarikat kapitalis dalam mengambil kesempatan terhadap manusia yang bergantung kepada dunia alam maya. Manusia dalam dunia Ready Player One sebenarnya sudah tidak tahu atau lupa bagaimana hendak menjalankan perhubungan sesama mereka dalam dunia yang nyata. Mereka lebih gemar menggunakan alam maya (VR) dengan avatar yang mereka rasa cukup menggambarkan diri mereka meskipun bukanlah 100 peratus realiti. Sebab itu ada yang guna jantina lelaki sedangkan diri sebenar adalah wanita.

Masalah bagi aku untuk filem ini ialah easter eggs. Meskipun misi watak-watak dalam filem ini adalah mencari easter eggs yang telah disimpan oleh Halliday, penonton juga disajikan oleh easter eggs atau pop culture yang banyak. Ini menjadi masalah kepada penonton yang kurang tahu tentang pop culture yang dipaparkan seperti filem, permainan, nama pereka permainan, nama permainan klasik dari konsol Atari dan bermacam-macam lagi. Aku sendiri pun adakalanya terperangkap dalam nerdy ini.

Image result for ready player one scene

Untuk mereka yang kaki game, mungkin mereka dapat kaitkan filem ini dengan diri mereka kerana bagi aku, filem ini sangat-sangat menjiwai diri mereka yang gamers dan nerd dalam dunia sebegini. Ready Player One bagi aku sangat menghiburkan.

8/10

Movie Review: Three Billboards Outside Ebbing, Missouri (2017)

Image result for three billboards outside ebbing missouri

Antara calon utama untuk memenangi filem terbaik Oscars tahun ini adalah filem arahan Martin McDonagh ini. Three Billboards Outside Ebbing, Missouri merupakan antara filem yang disebut-sebut pada tahun lepas. Jika anda pernah menonton filem In Bruges, Seven Psychopaths, filem yang sama diarahkan oleh Martin.

http_o.aolcdn.comhssstoragemidas287985802ccbcb982f6d0021f0981542206021804three_billboards_frances_mcdormand_review

Filem ini mengisahkan sebuah bandar atau pekan di Ebbing, Missouri dimana seorang ibu, Mildred Hayes (Francis McDormand) telah menyewa tiga buah papan iklan yang lama semata-mata untuk mempersoalkan kredibiliti polis di Ebbing terhadap kes kematian anak perempuan Mildred yang telah dibakar dan dirogol sehingga kini tiada penyelesaian dan tiada pembunuh yang ditahan. Ini membuatkan William Willoughby (Woody Harrelson) dan Jason Dixon (Sam Rockwell) tidak senang duduk. Terutamanya, Willoughby yang mana nama beliau terpapar jelas di papan iklan tersebut.

Kali pertama aku mendengar nama filem aku, aku berkata,”apa panjang sangat nama filem ini?”. Keunikan ini membuatkan aku rasa ingin menonton dengan kadar segera. Filem ini merupakan filem drama, namun begitu disaluti dengan komedi gelap. Jalan cerita ini juga tidaklah meleret kerana setiap babak membuatkan penonton rasa tertunggu-tunggu dengan apa tindakan yang akan dilakukan oleh polis dan Mildred sendiri. Jalan cerita yang ditulis oleh McDonagh ini sangat baik bagi aku. Mudah, tetapi kompleks dari segi moral perwatakan dalam filem ini. Ini membuatkan aku tertanya-tanya, “apa yang watak utama buat ni betul ke? Patut ke?”

Semakin aku menonton filem ini, semakin buat aku tertanya-tanya, mengapa Mildred sanggup menyewa iklan hanya semata-mata untuk melawan autoriti yang ada di Ebbing? Semasa perjalanan plot filem ini akan diterangkan mengapa beliau bersikap ego, bersikap kasar dan sangat berkeras dalam isu papan iklan tersebut. Antara kekuatan filem ini adalah perkembangan watak-watak dalam filem ini. Tiga watak utama, Mildred, Dixon dan Willoughby.

Image result for three billboards outside ebbing missouri

Tiga watak ini sangat-sangat menghidupkan filem ini. Bagi aku, Francis McDormand, Sam Rockwell dan Woody Harrelson membawa watak masing-masing dengan begitu baik. Ianya bermula dengan pengenalan watak yang asas: Mildred, seorang ibu yang ego. Willoughby, seorang ketua polis yang dihormati di Ebbing. Dixon, seorang anggota polis yang kasar, rasis dan suka buat kepala sendiri. Namun begitu, watak-watak mereka ini akan mula berubah. Anda akan faham mengapa mereka bersikap begitu dan perubahan watak-watak inilah antara penentu kepada klimaks filem ini.

Image result for three billboards outside ebbing missouri

Sukar untuk aku mencari negativiti filem ini. Mungkin penghujung filem yang tergantung dan aku rasa macam boleh tambah lagi satu babak sebagai epilog. Yang lain, sempurna. Emosi yang ditonjolkan pelakon sangat-sangat memuaskan hati. Walaupun watak kecil seperti watak Lucas Hedges, Peter Dinklage dan John Hawkes yang memberi sokongan kepada perkembangan watak utama dalam filem ini. Meskipun ada yang tidak suka dengan pemaparan ‘kasar’ seperti memukul wanita tidak digemari segelintir penonton, bagi aku itu adalah cara McDonagh menceritakan perwatakan watak dalam filem ini.

Image result for three billboards outside ebbing missouri

Secara keseluruhan, tiada siapa yang baik dalam filem ini. Serius. Ini bukan filem balas dendam, filem hero menang keatas anti hero. Bagi aku, isu yang utama ialah dendam yang sebenarnya tiada kesudahan. Dendam ini ada kalanya membuatkan mereka rasa tertanya-tanya samada perlu atau tidak tindakan mereka itu? Mungkin itu adalah makna kepada penghujung filem ini yang nampak seperti tak cukup lagi. Filem ini juga menunjukkan bahawa apabila autoriti tidak mampu menggalas tugas mereka, layaklah mereka dikritik oleh masyarakat yang mengamalkan sikap ‘pergi mampos’. Sebuah filem yang hebat.

9/10

Movie Review: The Shape of Water (2017)

Image result for the shape of water poster

The Shape of Water merupakan filem arahan Guillermo del Toro yang ditayangkan pada tahun lepas. Di Malaysia, filem-filem macam ni selalunya akan tayang pada awal tahun atau bulan 3 dimana Academy Awards sudah berlangsung. The Shape of Water telah menerima 13 pencalonan untuk Oscars tahun ini. Oleh kerana filem ini lambat nak tayang di Malaysia, aku terpaksa mencari ‘alternatif’ lain untuk menonton The Shape of Water.

shape-of-water

Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita bisu, Elisa Esposito (Sally Hawkins) yang berjiran dengan rakannya yang gay, Giles (Richard Jenkins) jatuh cinta dengan sebuah makhluk air yang hidup di dalam makmal rahsia yang diketuai oleh Richard Strickland (Michael Shannon) yang sangat rasis dan angkuh. Selain Giles, rakan Elisa adalah Zelda (Octavia Spencer) yang memahami bahasa isyarat dan sering kali menjadi penterjemah kepada Elisa di tempat kerja.

Guillermo del Toro sememangnya sangat fanatik dengan raksasa. Lihat sahaja filem-filem beliau sebelum ini seperti Hellboy dan Pan’s Labyrinth yang penuh dengan fantasi. del Toro sememangnya mempunyai bakat dalam membikin filem-filem fantasi. Namun begitu, The Shape of Water bukan sahaja sekadar fantasi, romantik. Filem ini aku lihat sebagai kritikan masyarakat yang bukan sahaja wujud ketika era 60-an dimana perang dingin sedang berlangsung. Diskriminasi kaum dan diskriminasi terhadap ketidaksempurnaan yang masih berlaku dalam masyarakat di dunia sekarang.

Image result for the shape of water scene

Watak-watak yang dibina dalam filem ini sangat kuat. Masing-masing mempunyai sebab yang tersendiri. Jika diteliti, watak-watak yang dipaparkan semuanya mempunyai ketidaksempurnaan. Giles yang gay tidak diterima masyarakat, Zelda mempunyai suami yang tidak boleh diharap, Elisa yang bisu dan kesunyian, Strickland yang nampak sahaja seperti sempurna hidupnya, tetapi mempunyai nafsu seksual yang berbeza lagi-lagi bila dia lihat Elisa. Ada satu watak, Dr. Robert Hoffstetler (Michael Stuhlberg) yang mempunyai dilema antara tugasan sebagai pengkaji dan perisik kepada Soviet Union.

Aku puas hati dengan watak-watak dalam The Shape of Water. Meskipun penerangan mereka dalam masa yang singkat, tetapi ianya memadai. Tiada cacat cela dari segi lakonan. Sally Hawkins membawa watak perempuan bisu dengan begitu berkesan. Michael Shannon seperti biasa, agresif dan angkuh. Aku kecewa sebab dia tak dapat pencalonan untuk pelakon pembantu lelaki terbaik untuk Oscars tahun ini. Pencalonan diberi kepada Richard Jenkins yang membawa watak Giles.

Image result for the shape of water scene

Visual juga mantap. Seperti tiada satu kecacatan. Muzik yang kena dengan mood hasil dari kreativiti Alexandre Desplat. Jika dilihat kepada kostum makhluk air dalam filem ini, memang ianya diambil inspirasi dari filem Creature From the Black Lagoon (1954) yang kelihatan sama. Namun begitu, Makhluk dalam filem The Shape of Water ini mengalami diksriminasi yang teruk. Ketika duduk di dalam hutan, beliau dianggap sebagai tuhan oleh masyarakat tempatan. Apabila dijadikan kajian, beliau sering kali diseksa oleh Strickland. Hanya Elisa sahaja yang menerima beliau tanpa melihat wajah dan rupanya yang menakutkan.

Inilah mesej yang aku dapat lihat dalam The Shape of Water. Ada kalanya, ketidaksempurnaan dalam diri ini hanya akan diterima oleh seseorang yang melihat ketidaksempurnaan itu adalah biasa. Tanpa kita sedari, watak-watak dalam filem ini semuanya tidak sempurna. Jika anda menonton filem ini, perlu melihat dari sudut yang berbeza. Bagi aku, The Shape of Water bukanlah filem romantik yang mampu membuat anda rasa wow. Tetapi emosi yang wujud dari ketidaksempurnaan ini yang membuatkan aku rasa bersyukur dengan diri walaupun diri ini tidak sempurna. Maaf, review ni terus masuk ke bahagian yang lebih peribadi. lol.

Related image

Ada satu je aku rasa kurang baik tentang filem ini ialah penghujung cerita yang agak pantas. Terlalu mudah sampai ke klimaks plot. Aku tetap merasakan hubungan Elisa dengan makhluk air tu boleh berpanjangan dan dikembangkan lagi. Tetapi, keseluruhan, ini merupakan filem terbaik del Toro selepas Pan’s Labyrinth. Bravo!

9/10

 

Movie Review: Darkest Hour (2017)

Related image

Darkest Hour, filem perang Britain  yang mengisahkan disebalik tabir kareer Winston Churchill ketika mula memegang tampuk pemerintahan di Britain waktu Perang Dunia Kedua sedang berlangsung. Untuk yang tidak kenal, Winston Churchill adalah bekas Perdana Menteri Britain ketika itu. British menghadapi tekanan dari Nazi ketika perang dunia kedua. Filem ini menerima pencalonan Oscars dan Gary Oldman memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik kategori drama untuk Golden Globe yang lepas.

film_review_darkest_hour_44535_c0-107-2534-1584_s885x516

Filem ini bermula dengan kekecohan di parlimen British dimana Perdana Menteri ketika itu, Neville Chamberlain (Ronald Pickup) menerima desakan dari pihak pembangkang dan pihak kerajaan sendiri dan dilihat sebagai lemah. Mereka memilih Winston Churchill (Gary Oldman) sebagai perdana menteri baru. Ketika ini mereka membentuk kerajaan campuran. Winston Churchill mendapat sokongan dari Parti Buruh meskipun beliau adalah dari Parti Konservatif.

Darkest Hour adalah sebuah filem sejarah dan autobiografi yang diceritakan dengan baik sekali. Jika anda ingat filem ini adalah filem perang, silap. Ini memang memfokuskan saat-saat tentera British dikepung di Dunkirk ketika perang dunia kedua. Ya, Dunkirk. Filem arahan Christopher Nolan. Untuk anda yang minat sejarah, tetapi tidak sempat nak baca kisah Winston Churchill, filem ini adalah jawapannya.

Image result for darkest hour lily james

Gary Oldman membawa watak Winston Churchill dengan begitu baik sekali. Winston dalam filem ini menerima tekanan bukan sahaja dari pihak kerajaannya sendiri, malahan dari pihak istana juga kerana isu-isu diraja yang lepas dan juga kareer politiknya yang tidak begitu baik sebelum itu sedikit sebanyak menjejaskan reputasi beliau. Winston dibantu oleh setiausahanya Elizabeth Layton (Lilly James) yang pada mulanya aku tidak nampak ketara impaknya. Sehingga hujung filem pun, aku menganggap bahawa Elizabeth ni sekadar ada. Ada satu dua babak yang aku kira cuba melihatkan hubungan antara dua watak ini, tetapi seterusnya, watak Elizabeth tidak memberi impak.

Image result for darkest hour

Dari segi jalan cerita, biasa. Senang difahami. Filem ini mengikut kronologi dari mula kareer Winston, ketika menjadi perdana menteri sehinggalah keputusan beliau untuk menjalankan Operasi Dynamo. Jika anda menghayati filem ini, dapat dilihat konflik yang datang dari dalam dan luar. Bukan mudah untuk menjadi Perdana Menteri di saat konflik yang besar melibatkan politik negara. Stress juga bila lihat bagaimana cabaran yang dihadapi oleh seseorang dalam suasana yang begitu sukar.

Gary Oldman membuktikan bahawa beliau adalah antara pelakon British yang hebat ketika ini. Watak Churchill diserap dalam dirinya, dapat dirasai bagaimana cerewetnya Winston Churchill, sikap tidak kisah dengan sekeliling kerana fokus dengan kerja, dan ketegasan, sifat leadership yang wujud dalam dirinya. Tidak dapat disangkal mengapa Gary Oldman berjaya merangkul anugerah pelakon lelaki terbaik. Ucapan di Parlimen ketika penghujung filem sangat-sangat membuatkan aku rasa, wow. Meremang bulu roma.

Image result for darkest hour

Sinematografi filem ini cantik. Kena dengan mood era perang dunia kedua. Tidak banyak yang dapat diperkatakan, bagi aku filem ini berjaya. Jika ada yang mengatakan filem ini propaganda, mungkin benar. Semua filem perang adalah propaganda. Darkest Hour membuktikan bahawa jalan cerita yang mudah akan jadi hebat jika pelakonnya merupakan seorang pelakon yang berjaya menjiwai wataknya. Oh ya, selepas menonton Darkest Hour, perlu tonton juga filem Dunkirk kerana ianya berkaitan dalam konteks sejarah.

7/10

Movie Review: Blade Runner 2049 (2017)

Image result for blade runner 2049 poster

Blade Runner 2049 merupakan filem sequel dari filem yang pertama, Blade Runner (1982) arahan Ridley Scott yang sememangnya menjadi antara filem sci-fi yang hebat pernah dibikin di dunia. Namun begitu, Blade Runner yang pertama bukanlah menjadi pilihan ramai disamping visual effect dan jalan cerita yang bagus. Antara sebab aku menonton filem Blade Runner 2049 ialah pengarahnya. Kali ini, Denis Villeneuve yang membikin filem seperti Sicario dan Arrival diberi  tanggungjawab untuk membikin semula Blade Runner.

Blade-Runner-2049-gosling

Blade Runner adalah polis yang ditugaskan untuk mencari manusia bioengineered atau kata umumnya, Replicants untuk mencari Replicants model lama yang tinggal di dunia dan tugas Blade Runner adalah untuk membunuh atau menamatkan hayat Replicants yang ada di bumi. Jika anda ada menonton filem klasik Blade Runner disusuli dengan 3 filem pendek sebelum Blade Runner 2049, anda pasti akan memahami konsep dan situasi dunia distopian dalam Blade Runner. Seorang Blade Runner, K ditugaskan membunuh satu replicants di satu tempat terpencil. Persoalan timbul apabila mereka menjumpai satu kotak yang ditanam didalamnya berisi tengkorak. Penemuan kotak tersebut membawa K menyiasat sesuatu yang aneh dan misteri dalam dunia Blade Runner.

Image result for blade runner 2049 scene

Sama seperti Blade Runner yang pertama, filem 2049 masih lagi mengekalkan jalan cerita yang agak perlahan dan membina. Ryan Gosling memegang watak K yang merupakan seorang replicants dan juga Blade Runner. Hidupnya bergelumang dengan dunia detektif dan peribadi beliau. Jalan cerita ini sebenarnya seiring dengan perkembangan watak K. Watak Harrison Ford nanti dulu. 2049 menjadikan K sebagai center kepada perjalanan cerita. Meskipun beliau seorang android kata mudahnya, naluri beliau sebenarnya sama seperti manusia. Dia mempunyai kekasih yang bernama Joi dimana Joi ini sebenarnya sebuah hologram yang dicipta oleh Wallace Corporation.

Image result for blade runner 2049 scene

Ini adalah zaman dimana manusia semakin pupus. Replicants yang ada ini sebenarnya memberikan satu sinar kepada manusia bahawa manusia boleh terus hidup walhal android yang ada ini mampu berfikir dengan bijak dan memberontak. Boleh rujuk Blade Runner yang lama dimana replicants Nexus 6 kalau tak salah aku dah pandai memberontak. Nilai manusia semakin memenuhi dalam diri mereka. Ending kepada Blade Runner yang pertama jelas menunjukkan bahawa nilai kemanusiaan mereka sudah menebal. Ok, itu filem pertama.

Image result for blade runner 2049 scene

Kembali kepada 2049. Isu atau nilai kemanusiaan ini ditanam ke dalam plot filem apabila penemuan kotak dan rangka tulang tersebut memberikan satu kejutan. Untuk yang faham konsep replicants dalam Blade Runner atau erti kata lain, minat dengan jalan cerita ini, dia akan faham dan terkejut. Replicants ini bukan sahaja berubah dari segi perasaan dan sikap, malahan mereka hampir menyamai manusia dari segi yang lain. Aku tak boleh cerita apa, sebab nanti spoiler. Tak bestlah.

Image result for blade runner 2049 scene

Oleh itu, jalan cerita 2049 memang perlahan. Ia diceritakan dengan penuh teliti. Ruh-ruh filem Blade Runner yang pertama masih wujud dalam 2049. Ada orang tak gemar dengan filem ini. Secara peribadi, filem ini memanglah akan buat kita mengantuk. Tetapi aku meneliti dengan penuh khusyuk. Visual yang ditampilkan sesuai dengan mood neo-noir. Kredit buat Denis Villeneuve yang berjaya mengekalkan mood neo-noir sama seperti Blade Runner yang pertama. Sinematografi oleh Roger Deakins sangat menakjubkan. Ada bau pencalonan Oscars untuk tahun hadapan. Soundtrack oleh Hans Zimmer seperti tidak kena dengan mood filem ini. Muziknya terlalu kuat bagi aku. Selalunya, Johan Johann Johannsson yang bergandingan dengan Denis Villeneuve.

Namun begitu, ada perkara yang aku masih lagi kurang jelas dan memerlukan pemahaman yang lebih. Aku perlu menonton sekali lagi. Mungkin menanti keluaran blu-ray. Motif watak Wallace lakonan Jared Leto juga aku kurang pasti fungsi selain dari membekalkan replicants yang lebih canggih dan menurut perintah. Watak Harrison Ford sebagai Deckard juga hanya muncul ketika 3rd act filem.

Image result for blade runner 2049 scene

Secara keseluruhan, aku rasa puas hati dengan Blade Runner 2049. Mujur aku menonton terlebih dahulu Blade Runner pertama, disusuli dengan 3 short film Blade Runner, perasaan teruja itu masih wujud. Tahniah Denis Villeneuve kerana menjadikan filem ini sebuah filem sci-fi terbaik tahun ini. Yang pasti, filem ini bukan untuk semua orang. Perlu diingatkan, filem ini sangat-sangat kurang aksi. Ia adalah neo-noir. Ini adalah filem detektif. Jika anda ok dengan filem yang pace agak perlahan, 2049 mungkin boleh memenuhi selera anda.

8/10