Movie Review: Lights Out (2016)

LIGHTS-OUT-POSTER

David F. Sandberg pernah menggegarkan dunia filem pendek apabila filem pendeknya, Lights Out (2013) berjaya memikat hati peminat-peminat filem seram. Tahun ini, hasil dari filem pendek tersebut, lahirlah filem dengan tajuk yang sama, pengarah yang sama cuma dibarisi oleh pelakon-pelakon Hollywood yang terkenal seperti Maria Bello dan Teresa Palmer.

Kisahnya bermula apabila seorang bapa mati dibunuh oleh satu entiti yang dia akan muncul pada waktu gelap sahaja. Si anak lelaki pula mencurigai ibunya selepas kematian suami (bapa anak lelaki tersebut) dan ibunya pula sering dianggap tidak waras. Si anak lelaki, Martin (Gabriel Bateman) sering melihat ibunya (Maria Bello) bercakap seorang diri sambil dibelakangnya muncul satu bayang wanita gelap yang dipanggil ‘Diana’. Dalam masa yang sama, hubungan si Ibu, Sophie dan anak perempuannya, Rebecca (Teresa Palmer) juga tidak begitu baik kesan dari kisah lampau dimana ayah kandungnya menghilang begitu sahaja.

Aku cuba sedaya upaya untuk buat review tanpa spoiler. Apa yang aku suka tentang filem ini ialah plotnya yang simple, sesuai dengan tag genre filem ‘popcorn horror’. Semua penonton sudah sering kali disajikan filem-filem sebegini seperti The Boy, Annabelle dan The Conjuring. Namun begitu, filem ini berjaya mengekalkan elemen seram dalam tahap maksimum dan mampu membuatkan penonton menjerit di dalam panggung. Elemen seperti jump scare ada digunakan dalam filem ini dan seperti yang aku terangkan dalam review filem The Conjuring 2, filem ini tidak menggunakan jump scare bodoh. Jump scare yang digunakan, betul-betul membuatkan penonton tegak bulu romanya.

Pembinaan karekter dalam filem ini jelas. Si ibu dan anak perempuannya mempunyai sejarah lampau yang agak dipresi. Hubungan love-hate relationship ditonjolkan dalam filem ini. Tema kekeluargaan menjadi modal utama dalam menggerakkan plot filem ini. Contoh, Rebecca perlu tinggal di rumah tersebut (rumah emaknya) kerana pujukan Martin kerana Martin tidak mahu tinggalkan emaknya seorang di rumah.

Secara keseluruhan, filem ini bermain dengan satu tema ketakutan. Iaitu kegelapan. Selari dengan tajuknya, aku melihat filem ini membuatkan penonton berimaginasi bahawa jika kau tidur tidak tutup lampu, pasti akan ada satu entiti yang akan memerhatikan kau atau menerkam. Inilah yang David F. Sandberg terapkan dalam Lights Out. Dia menggunakan elemen ‘Dark’ secara ‘fizikal’ dengan begitu berkesan, bukannya ‘abstrak’ seperti filem The VVitch (2016) yang berbeza cara penyampaian horrornya. Untuk popcorn filem seram, filem ini memang berkualiti dan seronok ditonton berulang kali.

Cuma satu perkara yang aku kurang gemar adalah cara filem ini menyampaikan asal usul villain atau hantu (kata yang mudah). Sebenarnya aku sendiri tidak jelas mengapa ia berlaku. Bagaimana logiknya dia menjadi hantu. Seolah-olah dia ni memang dilahirkan mempunyai kuasa. Inilah yang membuatkan aku terfikir. Aku tidak mahu bercerita panjang dalam hal ini kerana, yeah. Spoiler.

Kesimpulannya, filem ini antara top filem horror yang aku tonton tahun ini selepas Green Room dan The VVitch. Sandberg berjaya membuatkan penonton menjerit di dalam panggung dan aku pasti semua terhibur kerana Lights Out bukan sekadar filem seram yang buat orang terkejut. Ia memang menepati ciri-ciri filem seram popular.

8/10

Movie Review: Green Room (2016)

green-room-movie-poster

Green Room merupakan antara filem yang aku rasa susah nak masuk kat Malaysia. Tapi, itulah kelebihan dunia internet tanpa sempadan ini. Maka kerana keinginan yang membuak, aku terpaksa juga mencari file mini dalam internet. Filem ini merupakan filem arahan Jeremy Saulnier. Sejujurnya, aku tak pernah menonton filem-filem Saulnier sebelum ini termasuklah filem Blue Ruin.

1-green-room

Plot filem ini bermula dengan kisah satu kumpulan yang membawa muzik punk, Pat (Anton Yelchin), Sam, Reece dan Tiger yang mengembara dan membuat persembahan di kelab-kelab kecil di sekitar selatan US kalau tak salah aku. Mereka kemudiannya dipelawa membuat persembahan di satu kelab yang dinaungi oleh kumpulan Neo-Nazi. Persembahan mereka juga seolah-olah membunuh diri dengan menyanyikan lagu Dead Kennedys-Nazi Punks Fuck Off (Masa ni aku dah geleng kepala. Hati kering masuk kelab skinheads main lagu ni. Haha). Tetapi, lagu-lagu seterusnya Berjaya memikat hati pengunjung. Masalah bermula apabila ketika mereka hendak pulang, Pat mengambil telefon bimbit dalam Green Room tempat mereka duduk sebentar tadi dan menyaksikan satu kes pembunuhan yang baru sahaja berlaku. Disinilah konflik ini berlaku.

5760

Sebelum itu, aku ingin mengulas watak yang aku kira agak mengejutkan. Tak sangka beliau ada. Watak pemilik kelab tersebut bernama Darcy yang dibawa oleh Patrick Steward. Ya, Professor X dalam filem X-Men. Cuma sayang sekali, watak beliau tidak begitu berkembang. Dia sebenarnya membawa watak yang agak penting tetapi tidak memberi impak yang begitu besar. Watak Pat lakonan Anton Yelchin pada mulanya dilihat sebagai watak yang mungkin tidak boleh pergi jauh. Akhirnya anda semua kena tonton sendiri.

GREEN ROOM

Aku suka mood warna yang digunakan dalam filem ini. Sesuai dengan tajuknya, mood warna dalam filem Green Room kebanyakannya warna hijau. Sinematografi filem ini juga cantik. Soundtrack filem ini sesuai dengan mood dan latar belakang filem yang agak Punk dan rebel.

960

Paling penting, Green Room menjanjikan satu debaran yang maksimum meskipun set dan lokasi mereka agak terhad dan minimal. Konsep survival pasti membuatkan anda rasa teruja. Babak-babak gory pastinya akan memikat hati peminat-peminat filem-filem sebegini. Ya, file mini aku boleh bagi dalam 70 peratus ada babak yang mampu membuatkan anda rasa “eeeee”.

Aku suka Green Room. Sangat-sangat underrated. Berdurasi lebih kurang 1 jam 30 minit, ianya agak memuaskan hati.

8/10