Movie Review: The Shape of Water (2017)

Image result for the shape of water poster

The Shape of Water merupakan filem arahan Guillermo del Toro yang ditayangkan pada tahun lepas. Di Malaysia, filem-filem macam ni selalunya akan tayang pada awal tahun atau bulan 3 dimana Academy Awards sudah berlangsung. The Shape of Water telah menerima 13 pencalonan untuk Oscars tahun ini. Oleh kerana filem ini lambat nak tayang di Malaysia, aku terpaksa mencari ‘alternatif’ lain untuk menonton The Shape of Water.

shape-of-water

Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita bisu, Elisa Esposito (Sally Hawkins) yang berjiran dengan rakannya yang gay, Giles (Richard Jenkins) jatuh cinta dengan sebuah makhluk air yang hidup di dalam makmal rahsia yang diketuai oleh Richard Strickland (Michael Shannon) yang sangat rasis dan angkuh. Selain Giles, rakan Elisa adalah Zelda (Octavia Spencer) yang memahami bahasa isyarat dan sering kali menjadi penterjemah kepada Elisa di tempat kerja.

Guillermo del Toro sememangnya sangat fanatik dengan raksasa. Lihat sahaja filem-filem beliau sebelum ini seperti Hellboy dan Pan’s Labyrinth yang penuh dengan fantasi. del Toro sememangnya mempunyai bakat dalam membikin filem-filem fantasi. Namun begitu, The Shape of Water bukan sahaja sekadar fantasi, romantik. Filem ini aku lihat sebagai kritikan masyarakat yang bukan sahaja wujud ketika era 60-an dimana perang dingin sedang berlangsung. Diskriminasi kaum dan diskriminasi terhadap ketidaksempurnaan yang masih berlaku dalam masyarakat di dunia sekarang.

Image result for the shape of water scene

Watak-watak yang dibina dalam filem ini sangat kuat. Masing-masing mempunyai sebab yang tersendiri. Jika diteliti, watak-watak yang dipaparkan semuanya mempunyai ketidaksempurnaan. Giles yang gay tidak diterima masyarakat, Zelda mempunyai suami yang tidak boleh diharap, Elisa yang bisu dan kesunyian, Strickland yang nampak sahaja seperti sempurna hidupnya, tetapi mempunyai nafsu seksual yang berbeza lagi-lagi bila dia lihat Elisa. Ada satu watak, Dr. Robert Hoffstetler (Michael Stuhlberg) yang mempunyai dilema antara tugasan sebagai pengkaji dan perisik kepada Soviet Union.

Aku puas hati dengan watak-watak dalam The Shape of Water. Meskipun penerangan mereka dalam masa yang singkat, tetapi ianya memadai. Tiada cacat cela dari segi lakonan. Sally Hawkins membawa watak perempuan bisu dengan begitu berkesan. Michael Shannon seperti biasa, agresif dan angkuh. Aku kecewa sebab dia tak dapat pencalonan untuk pelakon pembantu lelaki terbaik untuk Oscars tahun ini. Pencalonan diberi kepada Richard Jenkins yang membawa watak Giles.

Image result for the shape of water scene

Visual juga mantap. Seperti tiada satu kecacatan. Muzik yang kena dengan mood hasil dari kreativiti Alexandre Desplat. Jika dilihat kepada kostum makhluk air dalam filem ini, memang ianya diambil inspirasi dari filem Creature From the Black Lagoon (1954) yang kelihatan sama. Namun begitu, Makhluk dalam filem The Shape of Water ini mengalami diksriminasi yang teruk. Ketika duduk di dalam hutan, beliau dianggap sebagai tuhan oleh masyarakat tempatan. Apabila dijadikan kajian, beliau sering kali diseksa oleh Strickland. Hanya Elisa sahaja yang menerima beliau tanpa melihat wajah dan rupanya yang menakutkan.

Inilah mesej yang aku dapat lihat dalam The Shape of Water. Ada kalanya, ketidaksempurnaan dalam diri ini hanya akan diterima oleh seseorang yang melihat ketidaksempurnaan itu adalah biasa. Tanpa kita sedari, watak-watak dalam filem ini semuanya tidak sempurna. Jika anda menonton filem ini, perlu melihat dari sudut yang berbeza. Bagi aku, The Shape of Water bukanlah filem romantik yang mampu membuat anda rasa wow. Tetapi emosi yang wujud dari ketidaksempurnaan ini yang membuatkan aku rasa bersyukur dengan diri walaupun diri ini tidak sempurna. Maaf, review ni terus masuk ke bahagian yang lebih peribadi. lol.

Related image

Ada satu je aku rasa kurang baik tentang filem ini ialah penghujung cerita yang agak pantas. Terlalu mudah sampai ke klimaks plot. Aku tetap merasakan hubungan Elisa dengan makhluk air tu boleh berpanjangan dan dikembangkan lagi. Tetapi, keseluruhan, ini merupakan filem terbaik del Toro selepas Pan’s Labyrinth. Bravo!

9/10

 

Advertisements

Movie Review: Darkest Hour (2017)

Related image

Darkest Hour, filem perang Britain  yang mengisahkan disebalik tabir kareer Winston Churchill ketika mula memegang tampuk pemerintahan di Britain waktu Perang Dunia Kedua sedang berlangsung. Untuk yang tidak kenal, Winston Churchill adalah bekas Perdana Menteri Britain ketika itu. British menghadapi tekanan dari Nazi ketika perang dunia kedua. Filem ini menerima pencalonan Oscars dan Gary Oldman memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik kategori drama untuk Golden Globe yang lepas.

film_review_darkest_hour_44535_c0-107-2534-1584_s885x516

Filem ini bermula dengan kekecohan di parlimen British dimana Perdana Menteri ketika itu, Neville Chamberlain (Ronald Pickup) menerima desakan dari pihak pembangkang dan pihak kerajaan sendiri dan dilihat sebagai lemah. Mereka memilih Winston Churchill (Gary Oldman) sebagai perdana menteri baru. Ketika ini mereka membentuk kerajaan campuran. Winston Churchill mendapat sokongan dari Parti Buruh meskipun beliau adalah dari Parti Konservatif.

Darkest Hour adalah sebuah filem sejarah dan autobiografi yang diceritakan dengan baik sekali. Jika anda ingat filem ini adalah filem perang, silap. Ini memang memfokuskan saat-saat tentera British dikepung di Dunkirk ketika perang dunia kedua. Ya, Dunkirk. Filem arahan Christopher Nolan. Untuk anda yang minat sejarah, tetapi tidak sempat nak baca kisah Winston Churchill, filem ini adalah jawapannya.

Image result for darkest hour lily james

Gary Oldman membawa watak Winston Churchill dengan begitu baik sekali. Winston dalam filem ini menerima tekanan bukan sahaja dari pihak kerajaannya sendiri, malahan dari pihak istana juga kerana isu-isu diraja yang lepas dan juga kareer politiknya yang tidak begitu baik sebelum itu sedikit sebanyak menjejaskan reputasi beliau. Winston dibantu oleh setiausahanya Elizabeth Layton (Lilly James) yang pada mulanya aku tidak nampak ketara impaknya. Sehingga hujung filem pun, aku menganggap bahawa Elizabeth ni sekadar ada. Ada satu dua babak yang aku kira cuba melihatkan hubungan antara dua watak ini, tetapi seterusnya, watak Elizabeth tidak memberi impak.

Image result for darkest hour

Dari segi jalan cerita, biasa. Senang difahami. Filem ini mengikut kronologi dari mula kareer Winston, ketika menjadi perdana menteri sehinggalah keputusan beliau untuk menjalankan Operasi Dynamo. Jika anda menghayati filem ini, dapat dilihat konflik yang datang dari dalam dan luar. Bukan mudah untuk menjadi Perdana Menteri di saat konflik yang besar melibatkan politik negara. Stress juga bila lihat bagaimana cabaran yang dihadapi oleh seseorang dalam suasana yang begitu sukar.

Gary Oldman membuktikan bahawa beliau adalah antara pelakon British yang hebat ketika ini. Watak Churchill diserap dalam dirinya, dapat dirasai bagaimana cerewetnya Winston Churchill, sikap tidak kisah dengan sekeliling kerana fokus dengan kerja, dan ketegasan, sifat leadership yang wujud dalam dirinya. Tidak dapat disangkal mengapa Gary Oldman berjaya merangkul anugerah pelakon lelaki terbaik. Ucapan di Parlimen ketika penghujung filem sangat-sangat membuatkan aku rasa, wow. Meremang bulu roma.

Image result for darkest hour

Sinematografi filem ini cantik. Kena dengan mood era perang dunia kedua. Tidak banyak yang dapat diperkatakan, bagi aku filem ini berjaya. Jika ada yang mengatakan filem ini propaganda, mungkin benar. Semua filem perang adalah propaganda. Darkest Hour membuktikan bahawa jalan cerita yang mudah akan jadi hebat jika pelakonnya merupakan seorang pelakon yang berjaya menjiwai wataknya. Oh ya, selepas menonton Darkest Hour, perlu tonton juga filem Dunkirk kerana ianya berkaitan dalam konteks sejarah.

7/10

Movie Review: The Disaster Artist (2017)

Image result for the disaster artist poster

The Room (2003) merupakan sebuah filem indie terbitan, arahan, ditulis oleh seorang lelaki misteri bernama Tommy Wiseau. Tommy ni misteri. Orang tak tau dia datang dari mana. Dianggarkan filem The Room ini mencecah bajet 6 juta. Hanya kerana dia habis duit untuk set filem yang sebenarnya boleh je shooting kat tempat biasa yang tak guna duit dan promosi filem. Filem ini teruk dari segi jalan cerita merapu, dialog yang takda kena mengena dan pelakon-pelakon yang tiada pengalaman luas dalam dunia lakonan. The Room digelar “Citizen Kane of Bad Movies” dan filem ini sampai sekarang ditayangkan di seluruh dunia kerana The Room mempunyai peminat setia. Filem ini telah mencapai tahap Cult.

12-the-disaster-artist-trailer.w600.h315.2x

Diadaptasi dari buku tulisan Tom Bissell dan pelakon filem The Room, Greg Sestero yang bertajuk, The Disaster Artist: My Life Inside The Room, the Greatest Bad Movie Ever Made, James Franco menjadi pengarah dan pelakon utama yang membawa wata Tommy Wiseau dan adiknya, Dave membawa watak Greg Sestero. Tommy dan Greg adalah pelakon reject yang seperti tiada masa depan di Hollywood. Akhirnya, Tommy mengambil keputusan untuk menulis sendiri cerita dan mengarahnya. Ramai tertanya-tanya, mana Tommy Wiseau dapat duit untuk bikin filem? Segalanya rahsia. Filem ini akan membawa penonton tentang bagaiaman filem The Room dibikin.

Jalan cerita filem ini mudah dan senang difahami. Plot bermula sebelum pembikinan filem The Room, Semasa pembikinan dan pasca pembikinan. Apa yang aku suka tentang jalan cerita filem ini ialah, setiap peringkat plot filem ini mempunyai emosi yang tersendiri. Dia bukan sekadar komedi kosong, ia menyelami perasaan Tommy Wiseau. Peringkat awal sebelum pembikinan, kita dapat lihat bagaimana Tommy dan Greg membina jambatan persahabatan dengan misi untuk berjaya dalam industri perfileman. Greg sedar bahawa Tommy adalah lelaki yang pelik, tetapi mereka mempunyai cita-cita yang sama. Ketika pembikinan, Tommy rasa diri beliau tidak dihormati oleh kru-kru filem. Namun begitu, Tommy antara insan penting yang memberi semangat kepada Greg supaya tidak gementar ketika belakon dan meluahkan emosi dengan baik. Penghujung filem ini dapat lihat bahawa Tommy kecewa kerana penonton tidak dapat memahami visi yang beliau ingin sampaikan melalui filem The Room.

James Franco membawa watak Tommy dengan begitu baik. Menurut Tommy, beliau merasakan ianya 99.9 peratus sama dengan dirinya. Dave Franco juga mantap bersama-sama Seth Rogan dalam filem ini. Cuma filem ini banyak juga pelakon yang terkenal tetapi tidak begitu menonjol atau sekadar cameo seperti Sharon Stone, Josh Hutcherson dan Zac Efron. Ya, Zac Efron aku baru sedar bila babak dia datang ke tayangan perdana filem The Room.

Image result for the disaster artist scene

Sebenarnya filem ini menampilkan satu nilai persahabatan yang tinggi. Greg tahu bahawa Tommy bukanlah lelaki yang hebat dalam dunia perfileman. Tommy ada duit yang banyak entah mana datang, siapa tahu. Tetapi duit yang banyak bukanlah menjamin kejayaan seseorang. Apa yang Tommy ada ialah kesungguhan. Kesungguhan ini lah yang menyokong sesama Tommy dan Greg. Greg dalam filem ini sebenarnya bukanlah seorang yang yakin dengan dirinya. Tetapi Tommy acap kali memberi semangat kepada Greg. Ini adalah filem tentang persahabatan yang cantik sekali. Ketika penghujung filem, Tommy yang kecewa dengan penonton yang menganggap filem ini adalah filem komedi, Greg datang memberi semangat kepada Tommy dan mengatakan bahawa penonton terhibur, itulah yang penting.

Image result for the disaster artist scene

The Disaster Artist membuktikan bahawa jika kau nak apa sahaja pun boleh asalkan ada kesungguhan dan mungkin dalam kes Tommy, kena ada duit yang banyak. Persetankan apa orang kata janji kau puas. Secara realitinya, filem The Room masih ditayangkan di tayangan tengah malam dimana peminat-peminat setia The Room akan membawa sudu dan garfu plastik untuk dicampak ke skrin teater. Tommy Wiseau dan Greg Sestero kerap kali dijemput ke tayangan filem ini.

Aku puas hati menonton The Disaster Artist. Filem yang sangat-sangat bagus. The Disaster Artist menerima 2 pencalonan untuk Golden Globe tahun hadapan dalam kategori Filem Terbaik Komedi/Muzikal dan Pelakon Lelaki Terbaik dalam kategori Komedi/Muzikal hasil lakonan mantap James Franco.

“YOU’RE TEARING ME APART LISA!!”

9/10

Top 10 Best Movies of 2017

2017 semakin sampai penghujungnya. Tanpa sedar, 2018 bakal menanti kita. Terutamanya peminat filem. Rasanya macam baru sangat kes La La Land tersilap naik pentas yang sepatutnya dimenangi oleh filem Moonlight. Apa-apa pun, 2017 masih lagi menampilkan filem-filem yang berkualiti dan menghiburkan buat tontonan pencandu filem. Aku mulakan senarai top best movies of 2017 dengan Honorable Mention.

Wonder Woman

la-1496443500-cr28oqru0l-snap-image

Wind River

Image result for wind river scene

Okja

Image result for okja scene

Split

Related image

A Ghost Story

a-ghost-story-review

10. Raw

Related image

Filem dari Belgium ini merupakan antara filem kontroversi tahun ini. Walaupun ada babak-babak yang menampilkan unsur-unsur kanibalism, Raw tidak boleh lari daripada genre coming of age. Siapa boleh lupa babak Justine memakan jari kakaknya, Alexia yang telah putus. Filem ini bagi aku telah membawa satu pembaharuan dalam genre filem horror yang berunsurkan kanibalism. Ya, filem ini amat-amat menggelikan. Sampai penghujung filem penonton mindanya akan dirogol.

9. John Wick: Chapter 2

Image result for john wick chapter 2 scene

Meskipun filem ini awal tahun 2017, ianya tidak boleh dilupakan. Dengan konsep neo-noir yang mengisahkan kumpulan pembunuh bawah tanah, John Wick: Chapter 2 masih lagi mengekalkan aksi-aksi yang lebih mantap dan realistik. Antara sebab John Wick ada dalam senarai ini adalah aksi yang ditampilkan tidak memeningkan kepala. Steady cam masih digunakan dan memberikan penonton aksi 100 peratus realistik. John Wick kembali sebagai seorang yang sangat pendendam meskipun beliau terikat dengan perjanjian lampau. Kita tunggu sahajalah John Wick: Chapter 3 nanti.

8. Blade Runner 2049

Related image

Antara sebab aku teruja menonton Blade Runner 2049 adalah kerana pengarahnya adalah Dennis Villeneuve. Beliau merupakan pengarah yang konsisten dalam menghasilkan filem-filem berkualiti. Tidak hairan kenapa aku memilih filem ini, bukan sahaja pengarahnya, tetapi jalan cerita yang sangat segar bagi aku. 2049 mungkin nampak sedikit berbeza dengan Blade Runner terdahulu dari segi grafik atau CGI yang lebih kemas dan canggih. Tetapi 2049 masih mengekalkan ruh-ruh filem Blade Runner yang terdahulu mungkin sebagai menghormati visi Ridley Scott agaknya. Jalan cerita ini memang slow burn tetapi satu kepuasan apabila menonton filem sains fiksyen cyberpunk yang hebat ini.

7. Logan

Image result for logan scene

Sejujurnya, Hugh Jackman akan tetap menjadi seorang Wolverine. Logan sememangnya layak disenaraikan antara filem superhero terbaik selepas The Dark Knight. Logan membawa penonton kepada kisah dimana Logan yang sudah tua dan kesihatannya sudah tidak seperti dulu kerana adamantium yang memakan dirinya. Dalam masa yang sama, Charles Xavier pula sudah tua dan dementia. Logan berjaya meragut emosi penonton ketika penghujung filem dan ianya simbolik dengan Hugh Jackman yang tampil buat kali terakhir sebagai Wolverine.

6. War for the Planet of the Apes

Image result for war for the planet of the apes scenes

Aku sangat meminati Planet of the Apes yang versi moden ini. Antara faktor adalah lakonan Andy Serkis. Benar, Andy Serkis dalam filem ini hanyalah melakonkan watak CGI. Tetapi, segala gerak geri badan, riak muka dan suara memerlukan kehebatan Andy Serkis sebagai seorang pelakon. Watak Caesar dalam filem ketiga Apes ini semangnya antara watak utama yang ikonik dan hebat dalam mana-mana filem tahun ini. Bagi aku, War for the Planet of the Apes menampilkan CGI yang terbaik untuk tahun 2017.

5. The Disaster Artist

Related image

Tommy Wiseau adalah lelaki misteri yang duitnya banyak dan telah membikin filem sendiri sehingga digelar, “Citizen Kane of Bad Movie” dan mencapai status cult. James Franco membawa watak Tommy Wiseau dengan begitu baik sekali. Filem ini menerapkan elemen persahabatan dengan begitu cantik sekali. The Disaster Artist menerima 2 pencalonan Golden Globe untuk Filem Terbaik Kategori Komedi/Muzikal dan Pelakon Lelaki Terbaik Kategori Komedi/Muzikal hasil lakonan mantap James Franco.

4. Baby Driver

Image result for baby driver scene

Edgar Wright kembali tahun ini dengan filem aksi komedi muzikalnya. Dengan teknik fast cut edit, komedi visual yang ditampilkan oleh Edgar Wright sangat segar. Soundtrack yang tepat dan kena pada mood mewarnai perjalanan filem ini. Tidak keterlaluan aku kata bahawa Baby Driver lebih menarik dari filem Fast and Furious tahun ini. Ansel Elgort telah menerima pencalonan Golden Globe untuk anugerah pelakon lelaki terbaik kategori filem komedi/muzikal.

3. It

Image result for it 2017 scenes

It bukanlah hantu. Dia makhluk yang hidup kat bumi yang akan tidur selama 27 tahun atau 30 tahun dalam satu masa. Tapi bila dia terjaga kerja dia adalah makan budak. Itu adalah pemahaman aku. Dia menjelma menjadi Pennywise the Clown dalam filem ini. Aku melihat It adalah contoh bagaimana adaptasi novel Stephen King menjadi sebuah filem yang baik jika ianya dikendalikan oleh penulis skrip yang mantap (Chase Palmer, Cary Fukunaga & Gary Dauberman) dengan pengarah yang mengerti apa itu horror film (Andy Muschietti). It adalah hybrid kepada filem genre horror dan coming-of-age filem. Antara genre filem yang aku gemar. It memberikan satu pengalaman menghiburkan secara peribadi. Aku menonton filem ini 2 kali di panggung wayang. Ini baru sahaja chapter one. Akan datang chapter 2 bakal menyusul. It merupakan filem Rated R yang mengutip kutipan paling tinggi selepas filem Deadpool dan The Matrix Reloaded.

2. Dunkirk

Image result for dunkirk 2017 scenes

Dunkirk adalah sebuah filem perang yang menarik dan aneh. Aneh dan menarik kerana Dunkirk lari dari konsep (menurut penonton) filem perang iaitu Pertumpahan darah. Filem ini tidak menonjolkan aksi-aksi yang ganas seperti putus tangan atau darah-darah yang memenuhi wajah pelakon. Bagaimana filem ini ditampilkan? Dunkirk memfokuskan bagaimana desakan hidup manusia ketika perang yang memang hidup dalam ketakutan dan mementingkan diri. Inilah sifat-sifat manusia yang paling ketara waktu perang. Sebab itu ramai veteran perang yang menonton Dunkirk memuji filem ini. Visual effect, bunyi dan soundtrack oleh Hans Zimmer adalah gabungan yang mantap. Jalan cerita yang mempunyai 3 lapis dicantumkan dengan kemas sudah menjadi trademark kepada pengarah Christopher Nolan. Dunkirk antara filem perang yang menarik untuk ditonton. Filem ini menerima 3 pencalonan untuk Golden Globe yang akan datang untuk kategori Filem Terbaik – Drama, Pengarah Terbaik- Christopher Nolan dan Skor Original Terbaik – Hans Zimmer.

1. Get Out

Image result for get out 2017 scene

Jordan Peele menggegarkan filem horror tahun ini dengan filem Get Out. Filem ini menampilkan Daniel Kaluuya sebagai watak utama dengan babak yang ikonik dimana beliau menangis ketika dihipnosis. Isu perkauman digunakan sebagai modal sebagai kritikan sosial kepada situasi yang berlaku di Amerika Syarikat sekarang.  Aku gemar dan terhibur menonton filem ini. Filem horror perlu mempunyai konsep yang segar dan jalan cerita mantap. 2017 adalah tahun gemilang untuk Blumehouse kerana filem ini menerima pencalonan Golden Globe untuk filem terbaik kategori komedi/muzikal dan Pelakon lelaki terbaik kateogri komedi/muzikal untuk Daniel Kaluuya. Dengan mendapat 99 peratus rating di Rotten Tomatoes, tidak hairanlah kenapa Get Out menjadi filem terbaik 2017.

Movie Review: Justice League (2017)

Justice League merupakan filem kelima DCEU selepas Wonder Woman untuk tahun ini. Kali ini, tugas Bruce Wayne untuk mengumpulkan kesemua superhero yang hebat selepas kematian Superman dalam Batman v Superman. Untuk pengetahuan semua, filem ini sebenarnya hampir berhenti sekerat jalan apabila pengarah, Zack Snyder mengundur diri kerana anak perempuannya mati bunuh diri. Semuanya berubah apabila Joss Whedon mengambil tugas untuk post production dan beliau sendiri ada menulis jalan cerita dalam Justice League kali ini.

Justice-League-High-Res-41

Filem ini menampilkan watak baru seperti Aquaman, Cyborg, dan Flash. Kali ini bumi menghadapi masalah yang datangnya dari satu makhluk yang bernama Steppenwolf yang bercita-cita untuk menakluk bumi dengan mengumpulkan ketiga-tiga Mother box. Perlu diingat bahawa dalam Justice League, hanya Batman sahaja bukan metahuman.

Sebenarnya banyak komen yang negatif diterima tentang filem ini. Dari pengkritik filem yang seolah-olah sangat bias kepada filem DCEU. Ada yang membandingkan DCEU dengan Marvel. Pada pendapat aku, biarlah DCEU dengan acuannya. Aku harap Warner Bros tidak pedulikan apa kata pengkritik kerana aku melihat apa yang Warner Bros lakukan sekarang ada sesuatu yang boleh diterima.

Related image

Justice League sudah menyuntik elemen humor dalam filem ini. Meskipun mood dark masih menjadi elemen utama filem Justice League, kita dapat lihat bahawa kemasukan Joss Whedon memberi impak yang positif. Ada babak-babak yang mampu membuat penonton ketawa. Watak Barry Allen lakonan Ezra Miller merupakan watak yang sangat berkesan dari pembawakan beliau dan babak-babak humor.

Image result for justice league scene bruce wayne

Dakwaan bahawa Batman atau Bruce Wayne tidak menonjol bagi aku agak tidak adil. Mungkin dia mempunyai jumlah babak berlawan dengan begitu banyak, tetapi watak Bruce Wayne dalam Justice League adalah penting. Beliau adalah ketua, kapten dalam JL. Meskipun beliau adalah manusia, metahuman yang lain sudah mula menerima dan menghormati beliau sebagai pemimpin. Secara perlahan kita akan lihat macam mana Superman sendiri pun menerima arahan dari Bruce Wayne sendiri.

Lalu kisah lampau dibangkitkan kembali seperti babak dimana Superman dan Batman bertengkar. Ayat “Do you bleed?” merupakan satu clue bahawa dendam Superman dan Batman masih berapi. Sebab itu elemen dark masih wujud dalam filem JL. Watak Amy Adams dengan Martha merupakan babak “post-BvS” dan Zack Snyder cuba tunjukkan apa yang berlaku kepada mereka berdua selepas Clark Kent mati. Rumahnya dilelong, Lois Lane hidup kesunyian. Dark bukanlah bermaksud tona warna filem tu gelap, tetapi dark secara emosi. Aku faham apa yang Zack Snyder cuba sampaikan dan ianya sampai ke dalam jiwa aku apabila menonton.

Related image

Sudah tentu JL tidak sempurna. Masalah aku dalam filem ini ialah perkembangan watak yang tidak begitu solid. Cyborg wataknya cuba dibina dimana wataknya cuba mengenali dirinya yang baru dan sesuaikan dengan keadaan semasa. Cuma ia tak berapa sampai. Aku harap akan ada filem Cyborg sebagai origin kepada watak tersebut. Steppenwolf pula perkembangan wataknya agak terburu-buru dan seperti sekadar ada sahaja. CGI ada sedikit kecacatan.

Image result for justice league scene

Secara keseluruhan, aku ok dengan JL. Aku suka dengan perubahan yang mereka lakukan dan berharap mereka kekalkan tona dan mood yang dark kepada penonton. Jika berpeluang untuk menonton kali kedua, aku akan menonton lagi. Abaikan orang cakap apa dengan filem Justice League, yang penting terhibur.

7/10

Movie Review: Blade Runner 2049 (2017)

Image result for blade runner 2049 poster

Blade Runner 2049 merupakan filem sequel dari filem yang pertama, Blade Runner (1982) arahan Ridley Scott yang sememangnya menjadi antara filem sci-fi yang hebat pernah dibikin di dunia. Namun begitu, Blade Runner yang pertama bukanlah menjadi pilihan ramai disamping visual effect dan jalan cerita yang bagus. Antara sebab aku menonton filem Blade Runner 2049 ialah pengarahnya. Kali ini, Denis Villeneuve yang membikin filem seperti Sicario dan Arrival diberi  tanggungjawab untuk membikin semula Blade Runner.

Blade-Runner-2049-gosling

Blade Runner adalah polis yang ditugaskan untuk mencari manusia bioengineered atau kata umumnya, Replicants untuk mencari Replicants model lama yang tinggal di dunia dan tugas Blade Runner adalah untuk membunuh atau menamatkan hayat Replicants yang ada di bumi. Jika anda ada menonton filem klasik Blade Runner disusuli dengan 3 filem pendek sebelum Blade Runner 2049, anda pasti akan memahami konsep dan situasi dunia distopian dalam Blade Runner. Seorang Blade Runner, K ditugaskan membunuh satu replicants di satu tempat terpencil. Persoalan timbul apabila mereka menjumpai satu kotak yang ditanam didalamnya berisi tengkorak. Penemuan kotak tersebut membawa K menyiasat sesuatu yang aneh dan misteri dalam dunia Blade Runner.

Image result for blade runner 2049 scene

Sama seperti Blade Runner yang pertama, filem 2049 masih lagi mengekalkan jalan cerita yang agak perlahan dan membina. Ryan Gosling memegang watak K yang merupakan seorang replicants dan juga Blade Runner. Hidupnya bergelumang dengan dunia detektif dan peribadi beliau. Jalan cerita ini sebenarnya seiring dengan perkembangan watak K. Watak Harrison Ford nanti dulu. 2049 menjadikan K sebagai center kepada perjalanan cerita. Meskipun beliau seorang android kata mudahnya, naluri beliau sebenarnya sama seperti manusia. Dia mempunyai kekasih yang bernama Joi dimana Joi ini sebenarnya sebuah hologram yang dicipta oleh Wallace Corporation.

Image result for blade runner 2049 scene

Ini adalah zaman dimana manusia semakin pupus. Replicants yang ada ini sebenarnya memberikan satu sinar kepada manusia bahawa manusia boleh terus hidup walhal android yang ada ini mampu berfikir dengan bijak dan memberontak. Boleh rujuk Blade Runner yang lama dimana replicants Nexus 6 kalau tak salah aku dah pandai memberontak. Nilai manusia semakin memenuhi dalam diri mereka. Ending kepada Blade Runner yang pertama jelas menunjukkan bahawa nilai kemanusiaan mereka sudah menebal. Ok, itu filem pertama.

Image result for blade runner 2049 scene

Kembali kepada 2049. Isu atau nilai kemanusiaan ini ditanam ke dalam plot filem apabila penemuan kotak dan rangka tulang tersebut memberikan satu kejutan. Untuk yang faham konsep replicants dalam Blade Runner atau erti kata lain, minat dengan jalan cerita ini, dia akan faham dan terkejut. Replicants ini bukan sahaja berubah dari segi perasaan dan sikap, malahan mereka hampir menyamai manusia dari segi yang lain. Aku tak boleh cerita apa, sebab nanti spoiler. Tak bestlah.

Image result for blade runner 2049 scene

Oleh itu, jalan cerita 2049 memang perlahan. Ia diceritakan dengan penuh teliti. Ruh-ruh filem Blade Runner yang pertama masih wujud dalam 2049. Ada orang tak gemar dengan filem ini. Secara peribadi, filem ini memanglah akan buat kita mengantuk. Tetapi aku meneliti dengan penuh khusyuk. Visual yang ditampilkan sesuai dengan mood neo-noir. Kredit buat Denis Villeneuve yang berjaya mengekalkan mood neo-noir sama seperti Blade Runner yang pertama. Sinematografi oleh Roger Deakins sangat menakjubkan. Ada bau pencalonan Oscars untuk tahun hadapan. Soundtrack oleh Hans Zimmer seperti tidak kena dengan mood filem ini. Muziknya terlalu kuat bagi aku. Selalunya, Johan Johann Johannsson yang bergandingan dengan Denis Villeneuve.

Namun begitu, ada perkara yang aku masih lagi kurang jelas dan memerlukan pemahaman yang lebih. Aku perlu menonton sekali lagi. Mungkin menanti keluaran blu-ray. Motif watak Wallace lakonan Jared Leto juga aku kurang pasti fungsi selain dari membekalkan replicants yang lebih canggih dan menurut perintah. Watak Harrison Ford sebagai Deckard juga hanya muncul ketika 3rd act filem.

Image result for blade runner 2049 scene

Secara keseluruhan, aku rasa puas hati dengan Blade Runner 2049. Mujur aku menonton terlebih dahulu Blade Runner pertama, disusuli dengan 3 short film Blade Runner, perasaan teruja itu masih wujud. Tahniah Denis Villeneuve kerana menjadikan filem ini sebuah filem sci-fi terbaik tahun ini. Yang pasti, filem ini bukan untuk semua orang. Perlu diingatkan, filem ini sangat-sangat kurang aksi. Ia adalah neo-noir. Ini adalah filem detektif. Jika anda ok dengan filem yang pace agak perlahan, 2049 mungkin boleh memenuhi selera anda.

8/10

Movie Review: A Ghost Story (2017)

Image result for a ghost story poster

Selepas Casey Affleck memenangi anugerah pelakon terbaik Oscars yang lepas, beliau muncul dengan filem terbarunya arahan David Lowery, A Ghost Story. Kali ini, beliau berganding dengan Rooney Mara dan ini merupakan gandingan kedua mereka selepas filem Ain’t Them Bodies Saint juga merupakan filem arahan David Lowery. Kalau dilihat tajuk filem ini, memang akan membuatkan penonton hadir ke panggung kerana ramai menyangkakan filem ini filem hantu.

Image result for a ghost story casey affleck

A Ghost Story mengisahkan satu pasangan yang tinggal di sebuah rumah. Casey Affleck memegang sebagai watak C (ya, kat wikipedia pun tulis nama dia macam ni) dan Rooney Mara sebagai M. Dalam rumah tersebut mereka kerap kali diganggu oleh bunyi yang mengganggu mereka seperti bunyi piano dan bunyi-bunyi lain. Bila baca ni, rasa macam filem ini filem seram kan? Segalanya berubah apabila C meninggal dunia akibat kemalangan. Selepas kemalangan tersebut berlaku, C bangkit menjadi hantu. Yang uniknya, hantu yang ditonjolkan dalam filem ini memakai kostum seperti kostum Halloween. C yang setelah menjadi hantu kembali ke rumah tersebut dan melihat sendiri kehidupan kekasihnya, M setelah kematian beliau.

a-ghost-story-review

Aku sendiri mengaku, 1st half filem ini agak bosan dan mencabar kesabaran aku. 10 minit pertama, aku ambil keputusan untuk tidur sebentar dan akhirnya aku terjaga semula dan tutup laptop. Mujur keinginan aku untuk menonton lagi filem ini ada. Kerana aku perlu menghabiskan dan memahami jalan cerita ini. Babak-babak yang mungkin sedikit mencabar kesabaran penonton seperti babak yang yang dipaparkan terlalu lama. Babak C dan M kembali tidur dan bercumbu dalam masa lebih kurang 2-3 minit. Ya, kamera hanya statik untuk babak tersebut. Aku faham babak ini sebenarnya nak menonjolkan betapa rapatnya mereka berdua sebagai seorang kekasih.

Image result for a ghost story pie eating scene

Babak yang statik selepas itulah yang membuatkan aku tidur semula. Iaitu babak M memakan pie. Babak ni memperlihatkan M memakan Pie dalam keadaan yang tertekan selepas kematian C. C yang menjadi hantu hanya berdiri melihat sahaja. Babak ini memakan masa 5 minit. Bayangkan betapa sabarnya aku. Ramai komen yang aku baca mereka tutup terus laptop dari menonton kerana bagi mereka babak ini macam tak perlu ada.

Bila aku soroti semula, aku faham. Mengikut kefahaman aku, M sedang mengalami satu kejutan dan tekanan perasaan apabila C mati. Ruang masa dan ‘loneliness’ menjadi tema utama dan cuba diserapi dalam watak M. Watak C yang bertutup dengan kain selubung sebenarnya kita takkan nampak ekspresi perasaan beliau. Namun begitu, penonton akan disajikan dengan babak yang memperlihatkan perasaan C yang menjadi hantu seperti lampu berkelip, dan ada babak poltergiest seperti pinggan terbang kerana C memprotes dan itu merupakan ekspresi amarah beliau.

Image result for a ghost story pie eating scene

Ada lebih kurang 2 babak yang bagi aku agak seram jugalah sesuai dengan supernatural elemen dalam filem ini dimana C perasan rumah sebelah juga ada hantu yang sama seperti dia, berselubung dengan kain atau cadar dimana hantu itu juga menunggu orang yang hendak dia temui meskipun orang itu tidak tinggal disitu. Filem ini menceritakan bagaimana persepsi atau perasaan hantu itu sendiri. Aku suka filem ini kerana ia lain dari lain dan agak tidak konvensional. Sebelum ini banyak juga filem yang menampilkan perasaan hantu seperti filem Ghost lakonan Patrick Swayze dan Demi Moore. A Ghost Story boleh aku katakan memberi satu perasaan yang berbeza dan dari segi emosi, filem ini memberikan satu perasaan yang sedih.

Bila kita ikuti watak C, kita akan tahu kepedihan menanti seorang yang kita sayang dan bukan mudah untuk move on dari sesuatu tempat yang sudah sebati dengan jiwa kita. Begitu juga dengan watak M. Penutup filem ini agak membuatkan aku rasa agak terkesan dan sedih. Dalam masa yang sama, dalam kepala aku terngiang-ngiang dengan persoalan, apa yang jadi apabila kita semua mati?

Image result for a ghost story

Walaupun filem ini agak perlahan dan mencabar kesabaran, A Ghost Story merupakan satu filem yang baik garapannya, penceritaan visual yang bagus. Sinematografi yang kemas. Aku harap kalian yang menonton boleh bersabar dengan aspect ratio filem ini, 4:3. Ini bukan filem hantu yang ada jumpscare bagai. Tidak. Bagi aku ini adalah perspektif dari kaca mata hantu yang masih lagi tidak move on dengan apa yang berlaku.

8/10