Top 10 Best Movies of 2016

Sudah sampai penghujung tahun 2016. Banyak juga filem-filem yang aku tonton tahun ini walaupun sibuk dengan tugasan kerja dan belajar, hobi menonton filem masih lagi tidak dilepaskan. Perlu aku akui, aku tidak menonton filem Star Wars: Rouge One dan Dr. Strange. Jadi, memang tiada dalam senarai lah senang cerita.

Kesemua filem-filem ini mungkin anda tidak pernah menonton atau tidak gemar. Ini hanyalah pendapat peribadi dan setelah aku menonton, aku rasa enjoy. Itu paling penting sebenarnya. Senarai filem-filem ini mungkin menjadi rujukan untuk kalian menonton pada masa akan datang.

Aku mulakan dengan honorable mention. Senarai filem-filem yang seronok ditonton, tetapi tidak masuk ke dalam top 10:

   Weiner (Dokumentari) [dir. Josh Kriegman, Elyse Steinberg]              

                                              The Conjuring 2 (dir. James Wan)                                                         

Hush (dir. Mike Flanagan)
Train To Busan (dir. Yeon Sang-ho)
Captain Fantastic (dir. Matt Ross)

Dan, berikut adalah senarai 10 filem yang best, seronok ditonton tahun 2016:

10. Hell or High Water (dir. David Mackenzie)

Image result for hell or high water

Aku baru sahaja menonton filem ini dalam 2 atau 3 minggu yang lepas. Sebenarnya filem yang berkonsepkan rompakan bank ni bukan sahaja banyak babak thrill, tetapi ia sebenarnya lebih kepada emosi. Kasih sayang antara adik beradik mengatasi segalanya. Kredit buat Ben Foster yang berjaya membawa watak seorang abang yang asshole, tetapi hatinya baik. Jalan cerita digarap dengan kemas.

9.  Lights Out (dir. David F. Sandberg)

Image result for lights out

Dari filem pendek, pengarah yang sama, David F. Sandberg membawa penonton dan peminat filem horror ke dalam satu jenis ketakutan yang manusia sejagat memang takut. Kegelapan. Dengan unsur kegelapan ini, Sandberg berjaya membikin sebuah filem horror yang seronok untuk ditonton. Meskipun ada yang kecewa kerana ‘hantu’ di dalam filem ini tidak sama macam short film, ia masih di tahap memuaskan dengan babak-babak yang menyeramkan dan penonton mampu menutup mata apabila menonton.

8.   Nocturnal Animals (dir. Tom Ford)

Image result for nocturnal animals movie scene

‘Revenge is sweet’, itulah yang aku boleh simpulkan setelah menonton filem ini. Banyak klu yang diberi oleh pengarah, Tom Ford dalam Nocturnal Animals yang sebenarnya menerangkan perasaan watak utama yang dilakonkan oleh Amy Adams melalui visual. Dengan 3 plot yang berbeza, filem ini boleh dilihat sebagai ‘gamble’, namun begitu ianya sangat memuaskan hati. Cara dia balas dendam pun sebenarnya agak unik dan makan dalam.

7.  Captain America: Civil War (dir. Anthony & Joe Russo)

00d10c09ded72c866f2544a82d88b71c4b9d2a9899b7f415088b829e16090745.jpg

Secara peribadi, filem-filem Marvel Studios yang aku minat ialah Captain America. Aku suka cara mereka membina hubungan persahabatan antara Steve Rogers dan Bucky. Dalam Civil War, hubungan Captain America dan Iron Man tercalar kerana Sokovia Accords. Dengan kemunculan Winter Soldier yang dibackup sendiri oleh Captain America, lagilah menaikkan darah Team IronMan. Civil War memberi satu kepuasan kepada peminat Marvel yang sudah lama menanti siapa yang hebat antara mereka berdua. Kemunculan watak baru seperti Spiderman dan Black Panther memberi gambaran tentang filem mereka akan datang.

6.  10 Cloverfield Lane (dir. Dan Trachtenberg)

Image result for 10 cloverfield lane

Ini merupakan filem kedua dalam francais Cloverfield. Jika filem Cloverfield berkonsepkan found footage film, 10 Cloverfield Lane berbeza. Penonton sebenarnya tertanya-tanya, mengapa perempuan tersebut dikurung dan adakah benar dakwaan oleh Howard lakonan John Goodman tentang dunia luar (mereka di bawah tanah) ketika itu. Ia memberi 1001 pertanyaan dan membuatkan penonton rasa ingin tahu. Dan klimaks filem ini agak twisted juga. Lakonan John Goodman dalam filem ini sangat hebat dan psiko.

5.  Green Room (dir. Jeremy Saulnier)

Image result for Green room

“Nazi Punk F**k Off!” lagu dari Dead Kennedys yang dinyanyikan semula oleh kumpulan Ain’t Rights dalam filem ini, di dalam sebuah kelab yang dipenuhi oleh mamat-minah Skinhead Nazi sebenarnya menambah petrol ke dalam api yang kecil. Green Room menjanjikan sesuatu yang mendebarkan dan banyak babak gore sebenarnya. Filem ini merupakan antara filem terakhir mendiang Anton Yelchin. Dengan setting yang agak minimalis dan aksi-aksi yang mendebarkan, filem ini memberi banyak kepuasan kepada aku ketika malam raya aidilfitri (aku duduk dalam bilik sorang-sorang tengok filem ini)

4.   The Witch (dir. Robert Eggers)

Image result for the witch

Pengarah filem ini, Robert Eggers merupakan seorang yang obses dengan Witches ketika beliau zaman kanak-kanak dahulu. The Witch mempunyai satu mood dan aura yang sangat dark, berlatar belakangkan zaman dahulu di New England tahun 1600 an. Aku menganggap filem ini seperti Religious vs Satan, dimana keluarga ini sedang bertarung dengan satu kuasa gelap dan menyerang seorang demi seorang dalam ahli keluarga. Soundtrack filem ini bagi aku sudah cukup menakutkan untuk didengari.

3.   Don’t Breathe (dir. Fede Alvarez)

Image result for don't breathe movie

Fede Alvarez membikin satu filem horror yang seronok untuk ditonton berulang kali. Jalan cerita filem ini sebenarnya simple sahaja. Tetapi ada moment-moment dalam filem ini yang membuatkan filem ini rasa best. Meskipun watak Norman yang dibawa oleh Stephen Lang ini buta, watak ini mampu membunuh orang dan Norman bukan watak antagonis yang bodoh. Dia bijak. Sampai ke 3rd act filem ini, aku pasti ramai penonton akan cakap, “what the…” yang membuatkan mereka rasa terkejut.

2.   Deadpool (Tim Miller)

Image result for deadpool

Deadpool merupakan filem komedi yang paling aku suka tahun ini. Banyak dialog-dialog yang sempoi, contoh menganjing Limp Bizkit, perli Sinead O’Connor, babak-babak yang kelakar untuk diulang. Deadpool sememangnya hidup mati semula selepas kemunculan sebelum ini dalam filem X-Men Origins. Sama seperti Ryan Reynolds yang sebelum ini berlakon dalam filem superhero, Green Lantern yang agak gagal juga, berjaya membawa watak jenaka dengan baik sekali dalam Deadpool. Filem ini juga berjaya dalam box office dengan marketing yang agak menarik, false advertising. Deadpool merupakan filem Rated R paling tinggi mendapat kutipan di dunia.

  1.  The Wailing (Gokseong) [dir. Na Hong-jin]

Image result for the wailing

Selepas menonton filem Train to Busan, persepsi aku terhadap filem-filem Korea Selatan berubah. Ketika filem ini ditayangkan, Train to Busan tengah meletup. Filem ini tak ramai yang pergi tonton, mungkin sebab pelakonnya tidak kacak atau tak berapa popular (aku rasa lah). Namun begitu, filem ini berjaya membuatkan aku menonton sebanyak dua kali untuk pemahaman yang lebih lanjut. Permulaan filem ini dimana seorang lelaki Jepun pergi memancing, dengan meletakkan cacing ke mata kail. Ramai yang mengatakan ini merupakan umpan kepada penonton terhadap plot filem ini. The Wailing memberikan babak-babak horror yang agak menakutkan seperti orang kena rasuk, babak seperti zombi, dan hantu yang datang dekat ke kamera ditambah pula muzik yang agak disturbing. Penonton juga pasti akan meneka samada siapa baik dan siapa yang jahat. Begitu juga dengan watak utama filem ini, Jong-goo yang sebenarnya terkeliru dengan siapa baik atau jahat. Aku gemar dengan filem yang buat aku berfikir, habis menonton aku perlu tahu lebih lagi dan ianya seperti satu kepuasan. Terima kasih Na Hong-jin. Filem The Wailing ini akan aku dapatkan dalam bentuk bluray sebagai koleksi peribadi.

Sekian sahaja filem-filem top 10 yang aku rasa seronok menonton pada tahun ini. Semoga tahun depan akan banyak lagi filem-filem yang menarik untuk kita ke panggung wayang dan membeli bluray atau DVD sebagai koleksi peribadi. Selamat tahun baru!

Movie Review: Captain Fantastic (2016)

Filem yang pernah ditayangkan di Malaysia bulan puasa tahun ni (kalau tak salah aku), dimana aku tidak berkesempatan untuk tonton di panggung wayang, baru sahaja habis aku tonton sebelum maghrib tadi. Sebenarnya, aku malas dah nak tonton filem-filem tahun 2016 sebelum aku tutup ‘akaun’ dan senaraikan 10 filem terbaik yang aku tonton tahun ini. Apabila keluarnya senarai pencalonan Anugerah Golden Globe, nama Viggo Mortensen naik untuk pelakon lelaki terbaik. Itu yang buat aku rasa nak tonton Captain Fantastic.

Dengan berbekalkan sebuah trailer dari youtube, aku menonton filem ini secara gambaran umum. Ben Cash (Viggo Mortensen) yang tinggal bersama 6 orang anaknya di hutan, anak-anaknya semua tak pergi kesekolah, Ben sendiri yang mengajar anaknya tentang falsafah, teori, cara memburu, cara survival dan konsep disiplin. Pada satu hari, Isteri Ben, Leslie yang ada masalah mental dan terpaksa ke bandar untuk berubat, membunuh diri. Setelah mendengar berita tersebut, Ben menerima desakan anak-anaknya untuk pergi travel menghadiri majlis pengkebumian ibunya.

5790f2a02400002600b3257a

Filem ini ialah filem ‘road trip’, sama macam filem-filem seperti RV dan Little Miss Sunshine. Captain Fantastic membina plotnya dengan begitu emosi kerana watak-watak anak-anak Ben yang sebenarnya mempunyai unsur-unsur anarkis. Bukan bermakna mereka menerima semua arahan bapanya yang hidup jauh di hutan. Anak sulung Ben, Bo mendapat tawaran belajar di Ivy League University (Havard, MIT, Yale) dan dia merasakan dia perlu keluar dan mendapatkan pendidikan yang lebih elok. Sama seperti anak lelakinya lagi seorang, Rellian yang mempersoalkan mengapa mereka perlu menyambut hari Noam Chomsky dan kenapa mereka tidak menyambut krismas.

Konflik-konflik ini menjadi penambah rasa kepada jalan cerita filem ini. Captain Fantastic juga diselangi dengan falsafah-falsafah dan ideologi seperti Marxism, kapitalis yang menjadi debat antara mereka anak beranak. Sebenarnya penonton tidak perlu pun faham Marxism, namun begitu apa yang kita boleh lihat secara umum bagaimana seorang bapa perlu menghadapi persoalan-persoalan dari anak-anak mereka, hasil dari didikan dan gaya hidup berfalsafah. Paling kelakar apabila anak perempuannya yang lebih kurang umurnya 5 tahun bertanya tentang apa itu hubungan seks. Ben cuba menjawab dan ada kalanya, dia juga seperti bapa-bapa yang lain, mengelak untuk menjawab soalan yang taboo.

Related image

Soundtrack filem ini agak kena dengan mood filem. Ada satu ketika, mereka menggunakan lagu Sigur Ros. Ada satu babak dalam filem ini dimana anak-anak Ben menyanyikan lagu Sweet Child O’Mine dengan begitu seronok dan asyik untuk di dengar. Sinematografi filem ini aku rasa ok. Babak-babak memburu, di dalam hutan memang cantik dan kemas.  Lakonan Viggo Mortensen tidak perlu dipertikaikan lagi. Dia berjaya membawa watak seorang bapa yang berfalsafah dan dalam masa yang sama mempunyai kasih sayang yang utuh sebagai seorang bapa terhadap anak-anaknya.

Aku ada baca komen dari penonton-penonton di Malaysia katanya filem ini menonjolkan moral yang tidak baik. Aku merasakan sebagai penonton kita perlu open dalam hal ini. Pada permulaan filem ini, kita akan nampak bahawa homeschooling yang dibawa oleh Ben menampakkan kesan yang positif dimana anak-anak mereka sangat pandai. Umur 6 tahun dah baca buku-buku Noam Chomsky. Baru umur 15 tahun dah tahu cakap 6 bahasa. Namun begitu, apabila bersosial, mereka lemah. Nanti anda menonton filem ini akan nampak sebenarnya sistem dan perinsip yang diamalkan Ben ini sebenarnya banyak kelemahan. Jadi, filem ini perlu ditonton dengan fikiran yang terbuka. Jangan tekejut kalau nampak babak ‘nude’ dalam filem ini.

Akhir kata, “Power to the people! Stick it to the man!

9/10

Movie Review: Nocturnal Animals (2016)

Tahun 2016 sudah semakin hampir, banyak filem-filem yang bagus tidak dapat aku tonton. Mujur petang tadi aku dapat menonton filem arahan Tom Ford, Nocturnal Animals yang diadaptasi dari novel Tony and Susan, karya Austin Wright. Filem ini mengesahkan Susan (Amy Adams) yang menerima manuskrip buku terbaru bekas suaminya, Edward Sheffield (Jake Gyllanhaal) yang bertajuk, Nocturnal Animals. Selepas itu, penonton dibawa melalui tiga plot yang berbeza:

  1. Dunia Realiti
  2. Dunia Non-realiti (Novel yang dibaca oleh Susan)
  3. Flashback kisah Susan dan Edward sebelum dan semasa bercerai

Untuk plot filem ini, mungkin kelihatan agak memeningkan, namun ianya digarap dengan begitu bagus sekali. Tom Ford berani mengambil risiko dengan membikin filem yang sebegitu pelik dan unik dari segi penceritaan. Watak yang dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal dalam filem ini ada 2 watak yang berbeza. Untuk dunia non-realiti (ketika Susan membaca manuskrip tersebut) watak Tony Hastings dibawa oleh beliau dan ketika flashback juga, watak Edward juga dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal. Mungkin disini akan timbul kekeliruan namun ianya tidaklah sukar untuk mengenal pasti plot yang mana satu. Namun begitu, 3 plot ini akan menjadi sesuatu yang logik dan berhubungan apabila sampai ke 3rd act filem ini dan penghujungnya jika diteliti betul-betul, aku hanya mampu bercakap, “ooohhh macam tu rupanyaaa”

noctural-animas-scene-600x315

30 minit pertama merupakan moment-moment yang sangat tegang dalam filem ini. Mungkin awalan filem ini membuatkan penonton tertanya-tanya apa sebenarnya dan mana hala tuju filem ini. Bila Susan mula membaca manuskrip tersebut dimana watak dalam novel tersebut, Tony yang dikepung oleh Ray (Aaron Taylor-Johnson) di tengah gurun, waktu itulah rasa stress dan tegang berlaku sehingga rasa punggung tidak senang duduk.

Pelakon-pelakon dalam filem ini sangatlah hebat. Jake Gyllenhaal tidak perlu dipertikaikan lagi. 2 watak yang berbeza perwatakannya dibawa dengan begitu baik. Michael Shannon dan Amy Adams juga berjaya menjiwai watak dengan baik. Aaron Taylor-Johnson yang membawa watak antagonis dalam filem ini (dia muncul di dalam dunia non-realiti) sangat-sangat bagus sehingga aku rasa macam nak tumbuk je muka dia. 30 minit pertama merupakan moment-moment yang sangat stress dalam filem ini.

Aku tidak merasakan filem ini draggy. Setiap babak ada unsur subtle yang sebenarnya akan menjawab kepada ending filem ini. Sebagai contoh, boleh perhatikan babak ketika Susan datang ke galeri seni. Babak-babak dan lukisan dalam filem itu sebenarnya banyak menerangkan perasaan Edward secara tidak sengaja dan aku pasti Susan perasan perkara tersebut kerana semakin dia membaca manuskrip tersebut, semakin dia memahami apa yang hendak diberitahu oleh bekas suaminya.

Secara keseluruhan, filem ini bertemakan revenge (balas dendam) dan curang. Filem ini aku nampak ada sedikit persamaan dengan novel Tenggelamnya Kapal van der Wijck dimana penulis novel dalam novel tersebut menjadikan medium tulisan sebagai lambang kehebatan dan kebangkitan. Ah, rasa seperti spoiler pulak menulis review ini.

Jika anda gemarkan sebuah filem yang buat anda berfikir berulang kali, filem ini sangat sesuai. Ia tidaklah sesukar Mulholland Drive arahan David Lynch, filem ini lebih mudah walaupun plotnya ada 3 lapisan, namun begitu, untuk memahami apa maksudnya, “Revenge is Sweet”, Nocturnal Animals sudah cukup menjelaskannya. Terima kasih Tom Ford kerana membikin sebuah filem yang baik dan bagus untuk dihayati. Filem ini mendapat 3 pencalonan untuk Anugerah Golden Globe, Januari hadapan. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Aaron Taylor-Johnson. Pengarah dan Screenplay terbaik, Tom Ford.

9/10

Top 5 TV Series 2016

Aku jarang menonton rancangan TV pada tahun ini sebenarnya berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. 2016 tahun aku sambung belajar dan tahun yang aku menumpukan masa menonton filem berbanding menonton rancangan TV. Sejak adanya akaun Netflix, aku dapat mencuri masa sedikit untuk menonton rancangan TV yang aku gemar. Berikut adalah top 5 TV Series yang berjaya memuaskan hati aku. Sekadar mengingatkan, maaf jika tiada Game of Thrones dalam senarai ini kerana aku tak pernah tonton langsung. Drama Suamiku, suamimu pukul 7 petang pun tiada. Ini list berpaksikan Amerika.

Honorable Mention

Mr. Robot (USA Network)

Mr. Robot - Season 2

5. Better Call Saul (AMC)

Better Call Saul musim kedua menjanjikan sesuatu yang agak puas untuk peminat-peminat Breaking Bad. Ada satu ketika, aku merasakan Better Call Saul hanyalah Spin-off dari TV Siri Breaking Bad, memandangkan Saul Goodman memang antara watak penting dalam rancangan tersebut. Namun begitu, Konflik antara  Jimmy (Saul) dengan abangnya, Chuck semakin memuncak. Ditambah pula dengan kemunculan watak-watak yang ada di dalam Breaking Bad seperti Hector Salamanca dan Lawson, orang yang jual senjata kat Heisenberg kat Albuquerque.

Watak Mike Erhmantraut semakin menampakkan peranannya dalam musim kedua ini. Konflik antara beliau dengan Hector Salamanca sudah menunjukkan bayang-bayang untuk musim ketiga. Ramai yang mengharapkan kemunculan Gustavo Fring, villain yang digemari ramai dalam Breaking Bad dan juga merupakan tokeh restoran Ayam Goreng, Los Pollos Hermanos.

4. Narcos (Netflix)

Image result for narcos season 2

Aku baru sahaja habis menonton musim pertama dan kedua. Garapan kisah Pablo Escobar yang di TV siri terbitan Netflix ini menjanjikan satu kisah dan dokumentari yang menarik untuk ditonton. Bermula dengan intro lagu Latin yang sangat dope untuk didengar, kisah Escobar diselang-selikan dengan footage sebenar ketika era Kartel Dadah Madellin berkuasa di Colombia.

Untuk musim kedua, Escobar sudah mula mempunyai musuh-musuh bukan sahaja dari kerajaan pimpinan Gaviria, dan DEA/CIA, malahan juga dari kartel-kartel dadah yang lain di Colombia seperti di Cali. TV Siri ini akan disambung ke musim ketiga. Kalau tak salah aku, musim keempat pun akan ada.

3. The Walking Dead (AMC)

Related image

The Walking Dead masih bertahan sehingga musim ketujuh. Tahun 2016 sahaja merupakan penamat musim keenam dan permulaan untuk musim ketujuh. Ketika The Walking Dead menamatkan musim keenam, munculnya watak villain yang badass, Negan yang berjaya membuatkan Rick dan konco-konconya terkencing di dalam seluar.

Musim ketujuh bermula dengan Negan membantai 2 orang konco Rick (yang aku tak boleh sebut namanya kalau sesiapa yang belum tonton) sehingga pecah kepala dan otak bersepai. Ramai yang mengkritik rancangan ini kerana babak-babak yang gore. Namun begitu, ianya permulaan kepada watak Negan yang sebenarnya menguasai musim ketujuh dan mengapa ramai yang takut kepadanya.

The Walking Dead musim ketujuh akan sambung februari tahun hadapan.

2. Stranger Things (Netflix)

Debut season yang terbaik pernah aku tonton. Aku menghabiskan masa 2 hari untuk Stranger Things. TV Siri yang berlatar belakangnya era 80-an, dengan muzik ala-ala John Carpenter, The Clash, mood filem seperti Steven Spielberg dan novel Stephen King menjadi modal TV siri ini. Iannya berkonsepkan Sains Fiksyen + Supernatural.

Pelakon kanak-kanak dalam TV Siri ini sangatlah hebat. Terutamanya watak Eleven yang dilakonkan oleh Millie Bobby Brown sangat-sangat hebat untuk dihayati. Jika anda gemarkan filem-filem sains fiksyen 80-an, Stranger Things pasti mengubat rindu untuk mereka yang membesar dan merasai ‘vibe’ era tersebut. Stranger Things akan bersambung musim kedua, rasanya pada tahun hadapan kot.

1.  The People v. O.J. Simpson: American Crime Story (FX)

Image result for the people v oj simpson

American Crime Story baru memulakan musim mereka. Rancangan ini mengambil kisah-kisah pembunuhan yang pernah berlaku di Amerika Syarikat atau lebih mudah, kes berprofil tinggi. Untuk musim pertama, kes O.J. Simpson digarap semula dalam bentuk dramatik. The People v. O.J. Simpson menceritakan bagaimana kes ini berjalan dengan prosidur yang mungkin menarik untuk ditonton jika anda bukan dari bidang undang-undang.

Apa yang membuatkan rancangan ini menarik ialah pelakon. Semua berjaya membawakan watak masing-masing dengan begitu baik dan emosi yang disampaikan berkesan. Ada babak di mana OJ dan Cochran ketika Cochran hendak memujuk OJ bahawa beliau akan menang kes ini jika mereka mengetengahkan isu perkauman. Babak tu memang bagi aku one of the best moment dalam TV Show.

Bila menonton The People O.J. Simpson, barulah nampak jelas bagaimana kes ini berjalan. Dengan isu perkauman yang menjadi ‘payung’ kepada kemenangan O.J. Simpson yang dituduh membunuh isterinya. Ianya seperti menonton tv siri yang berkonsepkan prosedur mahkamah seperti Law and Order, The People v. O.J. Simpson lebih dramatik. Rancangan ini mendapat 5 pencalonan untuk Anugerah Golden Globe dalam kategori TV yang akan diadakan pada tahun hadapan.

Movie Review: Hell or High Water (2016)

HELL-OR-HIGH-WATER-posterWEB.jpg (413×579)

Filem Hell or High Water ini sebenarnya sudah ditayangkan di Malaysia aku rasa 2 bulan yang lepas. David Mackenzie merupakan pengarah filem ini yang aku tak pernah dengar namanya. Rupa-rupanya dia orang Scotland. Filem ini mengesahkan dua orang adik beradik, Toby (Chris Pine) dan Tanner Howard (Ben Foster) yang tinggal di sebuah ladang, pergi merompak bank untuk satu tujuan yang agak personal sebenarnya. Kisah rompakan mereka ini telah menarik perhatian seorang Texas Ranger, Marcus Hamilton (Jeff Bridges) yang sedang diambang persaraan. Untuk melewatkan persaraan, beliau dan rakan sekerjanya, Alberto (Gil Birmingham) menjejaki dua adik beradik ini.

XXX _HELL OR HIGH WATER _10710.JPG L

Ramai memperkatakan genre filem ini. Ianya dipanggil neo-western. Untuk memudahkan, aku gelarkan ianya satu filem koboi moden. Dengan lokasi di Texas, loghat Texas, muzik country sudah cukup untuk memperlihatkan latar belakang western di dalam filem ini. Konsep ‘heist’ di dalam filem ini agak berbeza. Banyak filem rompakan bank bermotifkan kekayaan. Ada juga yang bersifat personal. Hell or High Water boleh dikatakan rompakan di dalam filem ini dibuat kerana isu personal.

Image result for Hell or High Water

Penonton seperti aku yang tidak menonton sebarang trailer, mesti akan merasakan satu kepuasan apabila menonton filem ini kerana aku tidak mengetahui motif sebenar mereka merompak. Apabila masuk kepada 3rd act filem ini, boleh rasa emosi yang dialami oleh watak Toby dan Tanner, Marcus dan Alberto.

Elemen kekeluargaan sangat kuat dalam filem ini. Hubungan Toby dan Tanner sama seperti ada beradik yang biasa, ada selisih pendapat. Tanner bagi aku melihatkan watak sebagai abang yang baik meskipun beliau nampak “asshole” di dalam filem ini. Tetapi, ada babak-babak yang sebenarnya halus dan tak perasan bahawa sebenarnya dia menasihati adiknya, Toby untuk melawat anaknya dan ada kalanya, segala perkara nampak ‘bodoh’ dalam filem ini dilakukan untuk melindungi adik dia. Sama seperti Marcus dan Alberto. Walaupun Alberto acap kali dibahan oleh Marcus, bahan yang melibatkan perkauman pulak tu, (Alberto berdarah Mexico dan Indian) Alberto tetap menganggap Marcus rakan baiknya dan Marcus juga berperasaan yang sama.

Image result for Hell or High Water

Dari segi pembawaan watak, Jeff Bridges memang seorang pelakon veteran yang bagus. Kalau filem ini takda subtitle bahasa inggeris, memang aku tak akan faham apa dia cakap kerana mulutnya seperti orang tua, mulutnya baru lepas kena stroke dengan loghat Texasnya yang pekat. Ianya berjaya. Beliau berjaya membawa watak seorang Texas Ranger yang asshole dengan baik. Ben Foster dan Chris Pine juga berjaya menjiwai watak dengan bagus terutamanya Ben Foster.

Plot cerita ini perlahan. Namun begitu, aku puas di hujung filem ini atau lebih mudah, 3rd act. Ketika 3rd act barulah aksi thrill itu muncul dan filem ini digarap dengan begitu bagus sekali. Elemen-elemen humor diselitkan dalam filem ini. Ada kalanya lawak, ada kalanya tidak. Mungkin sebab jenaka atau humor jenis western USA ni sukar nak ‘tangkap’.

Secara keseluruhannya, David Mackenzie berjaya membikin filem neo western ini dengan begitu bagus. Tahun lepas aku menonton filem western, Bone Tomahawk, tahun ini aku disajikan dengan satu lagi filem western yang seronok untuk ditonton. Memandangkan sekarang dah tak banyak filem genre western macam ini.

Filem ini berjaya mendapat 3 pencalonan dalam Golden Globes yang diadakan Januari tahun depan. Filem terbaik dalam kategori drama, Pelakon pembantu lelaki terbaik (Jeff Bridges) dan Screenplay terbaik.

9/10

Movie Review – Ouija: Origin of Evil (2016)

Image result for origin of evil

Mark Flanagan sekali lagi menceriakan dunia perfileman dengan karya horrornya tahun ini, Ouija: Origin of Evil. Beliau mempunyai 2 filem horror yang seronok untuk ditonton iaitu Oculus dan Hush. Ouija: Origin of Evil ini aku rasa ia satu gamble yang diambil oleh studio, penerbit dan Mark Flanagan sendiri kerana filem yang pertama, Ouija (2014) mendapat cemuhan dari pengkritik filem.

Image result for origin of evil scene

Kisah ini bermula dengan satu keluarga, si ibu yang hidupnya menjadi seorang scammer, dengan cara kononnya dia boleh menjadi perantara dengan roh yang sudah mati. Orang yang ingin berhubung dengan si mati boleh berjumpa dengannya. Si dua orang anak pula membantu si ibunya dengan menjadi tukang pegang ‘props’ seperti meniup angin, muncul menjadi bayang yang kononnya ada hantu atau roh si mati cuba berhubung. Si ibu pula ingin mencuba alat yang baru iaitu papan Ouija sebagai props untuk kerja berhubung dengan roh secara palsu. Ketika itulah tanpa sedar yang keluarga ini mula melakukan satu kesilapan yang besar sehingga menyebabkan keluarga mereka merana.

ouija-origen-mal_8

Filem ini bukan sahaja berkisar tentang papan Ouija tersebut. Ramai orang yang tidak menggemari filem ini kerana salah satu perkara yang aku baca ialah mereka merasakan papan Ouija ni sekadar ada pada nama sahaja. Mungkin ya, mungkin tidak. Penonton perlu sedar, papan Ouija ini sebenarnya ialah pembuka pintu (Portal) kepada ‘syaitan’ yang muncul di dalam rumah tersebut. Kena lihat kepada ‘syarat’ permainan Ouija tersebut dengan 3rd act dalam filem ini. Ianya berkaitan dan kenapa filem ini dinamakan Origin of Evil.

Emosi keluarga ini juga sebenarnya bukanlah dalam keadaan yang stabil. Kecelaruan hidup mereka bermula apabila si ayah/bapa mereka sudah meninggal dunia. Di situ mereka hilang punca dan si ibu mula mengambil langkah untuk menipu orang ramai kononnya beliau adalah perantara dengan alam barzakh. Si anak perempuan pula cuba lari dari kesedihan dengan terjebak kedalam isu-isu remaja seperti berpacaran dengan lelaki lebih tua dan minum alkohol (bawah umur). Isu-isu ini sebenarnya mungkin membosankan, tetapi ia merupakan permulaan kepada tekanan yang dibawa masuk ke dalam plot filem ini.

Image result for origin of evil scene

Origin of Evil mengekalkan mood tahun 60-an. Dengan logo universal studios yang lama, pakaian zaman tersebut malahan ada ‘cigarette burns’ bak kata Tyler Durden dalam filem Fight Club (1999) iaitu filem lama mesti ada satu bulat kat skrin macam terbakar. Ada berita pasal Neil Armstrong turun ke bulan. Benda-benda sebegini melahirkan mood ketika zaman tersebut.

Tahap keseraman filem ini aku rasa di tahap yang boleh tahan. Jump scare bodoh tidak berapa muncul dalam filem ini. Elemen suspen dalam filem ini sedikit mengingatkan aku kepada filem Oculus. Ada kalanya, filem ini tidak begitu menggunakan bunyi yang kuat untuk menakutkan audiens. Ia lebih bermain kepada mood penonton. Bagi aku, babak ketika si kakak terjumpa anak patung yang dijahit mulutnya merupakan babak yang mampu memberikan goosebumps, dengan si kakak mimpi mulutnya di jahit. Ia memberikan 1001 tanda tanya mengapa perkara itu perlu ada dalam plot filem.

Image result for origin of evil scene

Sama seperti Oculus, Origin of Evil tidak begitu menepati cita rasa orang ramai. Di IMDB pun ratingnya hanya 6.5/10 macam tu. Aku boleh menerima filem ini. Tidak boleh lawan suspen filem Mark Flanagan tahun ini terbitan Netflix iaitu Hush. Namun begitu, Origin of Evil merupakan sequal yang terbaik untuk filem pertama yang dibakul sampahkan.

8/10

Spoiler : Post End Credits filem ini sebenarnya berkaitan dengan filem yang pertama. Alaaa kalau tengok nama watak utama (kakak) filem ni pun dah boleh tau.

Movie Review: Interchange (2016)

Setelah beberapa bulan aku tidak ke panggung wayang, aku kembali untuk menonton sebuah filem tempatan arahan pengarah Bunohan, Dain Iskandar Said, Interchange. Filem ini aku rasa sejak tahun 2014 lagi sudah diperkatakan dan menjelajah Itali dan Toronto untuk tayangan antarabangsa sebelum singgah di Malaysia.

Filem ini bermula dengan satu kes pembunuhan di dalam kelab malam dimana mayat tersebut dijumpai dalam keadaan pelik, badannya terbelah, darahnya kering dan berakar. Detektif Azman (Shaheizy Sam) ditugaskan ke tempat kejadian dan mengajak Adam (Iedil Putra) yang mengalami tekanan sebab banyak sangat tangkap gambar mayat untuk menyiasat dan membantu Azman mencari negetif gambar kaca yang mungkin menjadi clue untuk Azman menyelesaikan kes tersebut. Selepas itu penonton diperkenalkan dengan watak Iva (Prisia Nasution) yang sebelum itu jadi mangsa sekodeng Adam, juga mencari negetif gambar kaca. Tambahan pula watak Belian (Nicholas Saputra) dan Sain (Nadiya Nisaa) yang bakal menjawab plot filem ini.

Aku tidak berniat untuk mengulas filem ini secara subtle. Lebih gemar mengulas filem ini secara umum. Plot filem ini bagi aku agak perlahan. Macam biasa, filem macam ni jalan ceritanya slow pace tetapi membina. Aku rasa plot filem ini tidaklah sesukar seperti Bunohan. Interchange lebih direct. Cuma ia memerlukan kesabaran dan membawa penonton kepada puzzle demi puzzle untuk mengetahui punca pembunuhan.

Mood filem ini sangat dark. Aku melihat filem ini sebagai filem Neo-Noir tempatan yang berjaya. Lokasi eksotik dekat kota KL serius, aku tak sangka ada tempat sebegini di KL. Tidak pandai aku hendak bercerita soal teknikal, aku melihat sinematografi filem ini cantik.


Lakonan semua ok. Mereka mendalami watak dengan begitu berjaya. Watak Adam dan Detektif Man sangat berjaya. Aku melihat watak Adam sebagai orang yang penat dan ada masalah, cuma dia seperti tersekat di satu tempat cuma dia sendiri tidak tahu. Detektif Man yang dibawa oleh Shaheizy Sam sangat menjadi. Sam pandai mengimbangi watak humor dan tegas.

Semasa menonton filem ini, aku tidak terlepas dari melihat babak-babak dan menjadikan filem barat sebagai rujukan. Babak Detektif Man berjalan masuk ke kelab malam ( kes pembunuhan) dalam keadaan hujan mengingatkan aku kepada filem Se7en arahan David Fincher. Ketika Adam menangkap gambar di balkoni apartment nya, aku teringat filem Rear Window arahan Alfred Hitchcock.

Kekurangan filem ini bagi aku dari segi pengucapan dialog. Ada ketika aku rasa dialog yang diucapkan seperti kaku. Feel dia tak sampai. Mungkin juga itu memang gaya watak filem ini bercakap. CGI filem ini diakhir filem ini yang aku takkan bagitau apa bagi aku agak kurang sikit. Kurang realistiknya. Jalan cerita sebegini aku yakin ramai yang kurang faham dan mungkin ada yang tidak akan atau berjaya menghadam sepenuhnya.

Interchange membawa kepada pertembungan dua dunia iaitu realiti/moden vs mistik. Terlalu banyak clue sebenarnya di awalan atau 1st act filem ini yang menjawab kepada 3rd act. Filem ini secara personal berjaya membuatkan aku berfikir dan sebenarnya aku perlu menonton lagi untuk pemahaman yang lebih. Jika tidak sempat, aku berharap filem ini dikeluarkan dalam bentuk DVD dan Blu-ray.


Jika anda tidak kisah dengan filem jenis perlahan, fokus kepada storytelling, neo-noir dan penyiasatan + supernatural, filem ini patut ditonton. Mungkin tidak dapat menandingi Bunohan, namun ianya satu karya tempatan yang bagus

7/10

(2 filem Dain Iskandar Said yang guna burung. Filem ini dan Bunohan ketika watak Faizal Hussein dekat sungai)