Movie Review: Suicide Squad (2016)

suicide-squad-movie-2016-poster

Selepas kemunculan Man of Steel dan Batman v Superman: Dawn of Justice, muncul satu lagi filem dalam DC Universe, Suicide Squad. Bagi penggemar komik DC, sudah pasti mereka mengenali watak-watak seperti Deadshot, Killer Croc, Harley Quinn dan El Diablo. David Ayer  merupakan pengarah dan juga penulis skrip untuk filem ini.

suicide-squad-line-up-in-rain-189669

Kisah ini bermula apabila Amanda Waller menubuhkan satu pasukan yang dipanggil Task Force X yang diambil dari kumpulan penjenayah terhebat bersama-sama Kolonel Rick Flag untuk melakukan misi yang agak risiko oleh pihak kerajaan. Ketika itulah mereka memilih Deadshot, Harley Quinn, El Diablo, Killer Croc, Slipknot, Captain Boomerang dan Katana dan kemudiannya digelar oleh Deadshot sebagai, ‘Suicide Squad’

Image result for suicide squad scenes

Pengenalan watak satu-satu memang menarik. Terutamanya watak Harley Quinn. Ianya seperti satu short story dalam filem ini. Dimana penonton dibawa menyelami watak beliau dan The Joker lakonan Jared Leto. Kisah Deadshot juga agak emosi dan ditonjolkan betapa eratnya hubungan beliau dengan anak perempuannya. Cuma masa filem ini menerangkan watak-watak tersebut aku rasa ianya sangat ‘padat’. Agak tidak adil jika aku menilai watak Joker Jared Leto dengan Joker Heath Ledger. Bagi aku, Jared Leto berjaya bawa watak Joker yang tersendiri meskipun watak Joker dalam Suicide Squad nampak macam PIMP Daddy

Image result for suicide squad scenes

Tambahan pula jalan ceritanya yang tidaklah sepening Batman v Superman yang terlalu banyak subplot sehingga terpaksa buat extended version. Mungkin Suicide Squad ada juga. Jalan cerita Suicide Squad agak linear sebenarnya meskipun ada babak flashback antara Harley Quinn dan Joker.

Masalah terbesar aku ialah villain. Aku tak boleh bagitau siapa villain. Tetapi bagi aku, villain dalam filem ini tidak sesuai langsung dan tak logik. Bayangkan, Suicide Squad tu hanyalah penjenayah cuma ada Killer Croc dan El Diablo yang boleh dikategorikan sebagai mutant lawan dengan metahuman atau Superhuman. Jika ini berlaku dalam Batman v Superman, aku faham kerana Superman dan Wonder Woman memang metahuman ketika menentang raksasa apa aku lupa namanya. Ianya nampak tak logik.

Image result for suicide squad scenes

Watak Joker dalam Suicide Squad seperti tidak digunakan sepenuhnya. Aku rasa tertipu dengan trailer filem ini (Sekali lagi DC, ergh). Aku mati-mati ingat Joker ada peranan besar dalam filem ini seperti master mind, tetapi tujuan dia hanya Harley Quinn. Aku berharap dia diberi peluang sepenuhnya dalam filem ini, aku silap. Aku berharap sangat watak dia lebih menonjol dalam Extended Cut nanti.

Image result for suicide squad scenes

Perkembangan watak-watak lain juga agak lemah. Lihat sahajalah watak Captain Boomerang, Killer Croc dan Katana. Sekadar ada sahaja. Kau tak nampak solid reason mereka ada disitu. Watak mereka tiada momen-momen yang mampu membuatkan penonton puas seperti Harley Quinn dan Deadshot. Harap-harap dalam Extended Cut ada babak-babak yang mampu menjawab segalanya.

Kesimpulan tentang filem ini, aku ok sebenarnya, cuma ada 2-3 perkara sahaja yang ‘kacau’. Bagusnya, filem ini fun. Dia tak seserius macam Batman v Superman. Masih lagi dalam tahap menghiburkan. Jujur aku cakap, aku boleh tonton filem ini berulang kali. Tak sabar nak tunggu filem-filem DC selepas ini terutamanya Justice League!

5/10

Movie Review: Don’t Breathe (2016)

dont-breathe-2016-poster

Acap kali filem Horror moden dibakul sampahkan oleh pengkritik filem-filem Hollywood kerana kekurangan idea dan terlalu lemah unsur ketakutannya. Namun begitu, tahun ini ada 2-3 filem horror yang agak lain dari yang lain. Salah satunya ialah Don’t Breathe arahan Fede Alvarez yang mengarahkan filem remake Evil Dead (2013).

DontBreathe.jpg

Don’t Breathe mengisahkan 3 orang remaja yang kerjanya merompak rumah orang. Salah seorangnya adalah Alex (Dylan Minnette) dimana ayahnya seorang pemilik syarikat sekuriti rumah maka tidak hairanlah mereka mudah mencuri kerana Alex tahu semua kod keselamatan pintu rumah-rumah klien ayahnya. Alex bersama-sama Rocky (Jane Levy) dan Money (Daniel Zovatto) pergi merompak rumah veteran askar (Stephen Lang) yang seorang buta. Mereka menyangkakan kerja mereka mudah namun begitu mereka silap.

dont-breathe.jpg

Apa yang aku boleh rumuskan tentang filem ini ialah Suspen. Tahap mendebarkan filem ini aku boleh samakan dengan filem Lights Out (2016). Bukan seram. Itu lain. Cuma ianya buat penonton tak senang duduk. Ini kerana watak veteran askar yang buta itu sebenarnya diluar jangkaan penonton termasuklah aku. Mungkin dalam trailer sendiri kita tahu bahawa watak yang dibawa oleh Stephen Lang tersebut bukan orang yang buta sahaja. Tetapi penonton dibawa kepada perubahan watak dan perwatakan tersebut. Aku tak boleh cerita lebih lanjut.

Lakonan yang dibawa oleh keempat watak-watak tersebut boleh lah aku puas hati. Terutamanya watak Rocky. Tahap ketakutan dan bunyi dia bernafas cukup mengatakan kenapa tajuk filem ini namanya Don’t Breathe. Sebab yang musabab kenapa mereka perlukan wang juga agak jelas ditonjolkan. Bukannya 3 orang watak ini datang merompak sebab suka-suka ada nak kaya sahaja. 3 watak ini diberikan sedikit waktu untuk menerangkan kenapa mereka perlu merompak rumah orang tua tersebut dan bagi aku ianya sudah cukup mengukuhkan tapak filem ini.

Jalan cerita, ok. Tidak begitu memeningkan kerana jalan cerita filem ini agak rata. Mungkin permulaan filem ini membuatkan penonton tertanya-tanya kenapa, tetapi itu akan terjawab apabila sampai kepada klimaks filem ini. Cuma dihujung-hujung itulah pengarah menyelitkan unsur ‘twist’. Mungkin ingin mengelakkan unsur cliche’ dalam filem.

Dontbreathefilmreview-1024x512.jpg

Filem ini menghiburkan dan mendebarkan. Seram? Tidak. Tetapi berbaloi untuk ditonton.

8/10.