Movie Review: The Nun (2018)

Image result for the nun 2018 poster

The Nun. Sebuah filem yang terhasil dari populariti villain atau hantu yang muncul dalam filem The Conjuring 2, Valak. Jangan tersilap antara Valak dengan Marilyn Manson walaupun muka mereka lebih kurang. The Nun merupakan spin off atau filem yang ada dalam The Conjuring Universe. Sebagai peminat The Conjuring Universe, aku amat menantikan filem ini.

The-Nun-teaser-screenshot-600x341

Filem ini bermula apabila seorang biarawati di sebuah gereja di kawasan pedalaman Romania yang membunuh diri kerana cuba lari dari satu entiti jahat. Vatican pula mengarahkan seorang paderi, Father Burke (Demian Bichir) untuk pergi menyiasat bersama-sama dengan seorang Biarawati yang belum lagi mengangkat sumpah, Sister Irene (Taissa Farmiga) ke sana. Pelbagai perkara pelik yang berlaku apabila sampai di gereja tersebut.

Biarlah aku mulakan dengan perkara negatif untuk filem The Nun. Aku secara peribadi, sangat menggemari filem-filem horror. Sampai satu tahap, aku tidak kisah dengan keseraman filem tersebut melainkan ia mempunyai vibe yang sangat dark seperti Hereditary dan The VVitch. The Conjuring mensajikan keseraman yang berbeza meskipun James Wan menggunakan teknik jumpscare yang banyak, tetapi ianya sangat kena pada gaya dan bukan jumpscare bodoh. Masalah dengan The Conjuring Universe ialah apabila James Wan tidak mengarah filem tersebut, maka filem itu akan seperti kucar kacir dan tidak menepati selera penonton.

Image result for the nun 2018 scene

Ambil contoh, Annabelle yang pertama. Dikritik oleh penonton kerana tidak menzahirkan keseraman sama seperti kemunculan patung tersebut dalam The Conjuring 1. Mujurlah David F Sandberg berjaya mengarah filem Annabelle: Creation yang bagi aku sangat baik dan menyelamatkan francais The Conjuring. Ini juga berlaku kepada The Nun. Filem ini seperti hilang arah tuju kerana jangkaan penonton yang datang ke panggung rata-rata ingin melihat kemunculan Valak yang sangat brutal. Namun begitu, asal usul Valak dalam The Nun ini seperti tidak begitu ditonjolkan dengan sepatutnya. Kemunculan Valak juga tidak begitu mengasyikkan penonton. Serius. Ramai gelak dengan penampilan Valak dalam filem ini.

Itu belum lagi babak-babak yang seperti tidak masuk akal. Entiti jahat yang muncul dalam filem ini asalnya dari satu lubang neraka yang dibina di geraja itu dan akhirnya ditutup dengan menggunakan darah Jesus Christ. Tetapi boleh terbuka balik sebab bom dari perang dunia kedua? what? Dengan latar belakang kampung yang sangat kuno tak melambangkan era 50-an. Babak Father Burke di tanam oleh entiti syaitan dalam kubur itu sebenarnya nak tunjukkan apa? kalaulah aku jadi hantu, aku dah bunuh Father tu. Setiap babak seram dalam filem ini seperti tiada penjelasan dan motif.

Image result for the nun 2018 scene

Itu belum lagi kamera yang berpusing dan penonton boleh jangka ada hantu atau entiti yang akan muncul apabila kamera berpusing kembali ke tempat asal. Ah. Susah aku nak terangkan. Jumpscare yang banyak dan tidak perlu. Perkembangan watak, mujur di penghujung filem ini watak Sister Irene dan Frenchie (Jonas Bloquet) agak berkembang dengan baik. Watak Father Burke bagi aku agak statik. Kemudian dimasukkan pula dengan kisah gelap beliau semasa berkhidmat di Lyon ketika perang dunia kedua. Aku rasa babak beliau dengan hantu yang lampau itu sekadar nak memenuhi durasi cerita.

Permulaan filem ini sangat baik. 1st act, aku tak rasa masalah yang besar. 2nd act lah bermulanya kebosanan filem ini. Ada kalanya aku naik keliru dengan watak-watak Biarawati yang ada dalam geraja mereka siasat itu. Plot memang berterabur. Aku sampai dah tertanya-tanya, “Valak ni kenapa tidak segempak macam The Conjuring 2?”. Aku faham bahawa untuk beliau berlegar dalam dunia nyata, beliau perlu merasuk badan manusia. Tetapi origin Valak itu seperti tidak begitu kuat. Dah la poster dia sendiri dah tunjuk yang seorang Nun dalam gereja tu yang jadi syaitan. Adui. Marketing misleading.

Benda yang positif ialah, The Nun merupakan kesinambungan kepada The Conjuring Universe. Di penghujung filem ini kalian akan nampak ‘jambatan’ antara The Conjuring dengan The Nun. Ini benda yang bagi aku agak melegakan kerana ada satu tahap aku rasa filem ni macam takda kena mengena dengan The Conjuring Universe. Jika anda rajin perhatikan dalam filem ini, banyak easter eggs sebenarnya. Dalam keadaan penonton tidak sedar yang filem ini mempunyai hubungkait dengan filem-filem dalam The Conjuring Universe.

Related image

Akhir sekali, filem ini tidaklah gempak seperti cara mereka memasarkan filem ini. Dari segi marketing, memang top notch. Tetapi hasilnya agak mengecewakan. Ramai penonton kecewa dengan filem ini. Tetapi tahap keseraman seseorang itu berbeza. Ada yang kata The Nun ini seram dan menarik. Terpulang. Anda menentukan.

4/10.