Movie Review: The Wailing (2016)

file_749623_Wailing1.jpg

Satu lagi filem dari Korea Selatan yang aku rasa ramai terlepas pandang. Mungkin kerana pelakon utamanya tidak kacak dan filem ini nampak macam kurang mendapat perhatian daripada penonton negara kita. Apa-apa pun, The Wailing menjanjikan satu thrill yang sebenarnya tiada dalam filem horror di barat. Terlalu banyak interpretasi yang aku lihat dalam youtube dan forum-forum di facebook tentang filem ini. Aku tidak akan sampai ke dalam begitu. Cuma menyentuh aspek filem sahaja.

Filem ini bermula dengan satu kisah di kampung kecil yang berlakunya kes pembunuhan  dan penyakit yang agak ganjil. Jong-Goo seorang polis di kampung tersebut mula menyiasat perkara-perkara ganjil yang berlaku dan mensyaki bahawa seorang warganegara Jepun yang berpindah ke kampung tersebut yang membawa bencana dan musibah. Hal itu bertambah teruk apabila anak perempuan Jong-Goo juga terkena penyakit ganjil tersebut.

Image result for The wailing

Permulaan filem ini dimulakan dengan satu petikan dari kitab bible. Kemudian dalam mood yang agak gloomy, babak seorang lelaki berbangsa Jepun sedang memasang umpan cacing, hujan lebat semasa di tempat kejadian pembunuhan seperti filem Se7en (1995). Mood filem ini sangat-sangat kena pada masanya. Banyak babak-babak yang agak mengganggu minda dan kurang jump scare.

Jalan cerita filem ini sangat perlahan. Namun begitu ia perlu dihadam dengan penuh cermat kerana setiap perlakuan watak sebenarnya mempunyai klu-klu yang akan diterjemahkan dalam 3rd act. Yang pasti, filem ini menjanjikan twisted plot yang sangat-sangat menjadi. Sudah tentu aku tidak akan menceritakan dengan lebih lanjut.

Aku pasti terlalu banyak persoalan yang sebenarnya tidak dapat dirungkai oleh penonton sendiri. Filem ini seperti membawa kau kedalam satu lagi filem yang berkonsepkan puzzle. Bagusnya filem ini dia buat aku lebih teliti dan mengingati setiap babak-babak yang nampak seperti remeh tetapi mempunyai impak. Itu yang aku gemar tentang The Wailing. Pengarahnya tidak terus mengenepikan klu-klu yang nampak seperti kecil dan remeh. Filem ni betul-betul bawa penonton untuk cari ‘jawapan’ dan ‘interpretasi’ sendiri.

Image result for The wailing scene

yang pasti, seperti filem-filem Korea Selatan yang lain, elemen kasih sayang bapa dan anak ni seperti jadi modal dalam filem ini. Contoh filem horror yang patut ditonton pada tahun 2016 ini dan menguatkan lagi bahawa tahun 2016 banyak filem horror yang bagus-bagus, salah satunya ialah The Wailing. Syabas Na Hong-Jin!

9/10

Advertisements

Movie Review: Café Society (2016)

share

Sebut sahaja nama Woody Allen, siapa sahaja pencandu filem yang tidak kenal beliau. Dalam usia 80 tahun, Woody Allen masih lagi giat dalam bidang membikin filem. Filem terbarunya yang ditayangkan di Cannes Film Festival Mei yang lepas bertajuk Café Society.

Image result for cafe society scene

Filem ini mengisahkan seorang budak lelaki yahudi dalam golongan ‘working class’ yang bernama Bobby Dorfman (Jesse Eisenberg) pergi ke Hollywood untuk bekerja di bawah syarikat perfileman kepunyaan pakciknya, Phil (Steve Carell). Di dalam syarikat tersebut, Bobby berkenalan dengan setiausaha Phil, Veronica “Vonnie” Sybil (Kirsten Steward) dan akhirnya jatuh cinta. Di situ bermulalah kisah cinta mereka berdua yang aku pasti takkan cerita kerana mahu mengelakkan elemen spoiler.

Image result for cafe society scene

Mungkin review kali ini hanya interpretasi peribadi. Aku melihat filem ini sebagai satu filem cinta. romantik yang penuh tragis. Sukar untuk aku menangkapnya ketika awalan cerita. Tetapi apabila masuk 2nd act dan 3rd act, aku baru sedar bahawa sebenarnya ‘tragis’ ini ditenggelami oleh muzik dan mood  terang dan ceria yang diterapkan dalam filem ini.

Image result for cafe society scene

Bukan sahaja krisis cinta bahkan krisis keluarga menjadi tunjang kepada masalah kepada Bobby ditutup dengan ambient filem ini yang sangat rileks. Jalan cerita ini slow sebenarnya dan ianya sangat mendatar. Cuma plot cerita ini sebenarnya menceritakan bagaimana cinta antara Bobby dan Vonnie terbentuk dan terhalang. Ada subplot yang menarik untuk ditonton terutamanya kisah abangnya, Ben Dorfman (Corey Stoll).

Dari segi lakonan, pelakon dalam filem ini sangatlah hebat. Jesse Eisenberg sekurang-kurangnya berjaya membawa watak lelaki working class yang nampak nerd (satu gaya yang sukar dipisahkan dalam perwatakan beliau) dengan jaya sekali. Kesimpulan, bagi aku, filem ini romantik yang agak sadis dan tragis. Namun mampu dihadam dengan baik sekali. Naratif oleh Woody Allen menambah perisa filem ini.

Jika anda inginkan filem romantik komedi yang santai dengan gaya aristokrat, Café Society boleh lah dijadikan ‘makanan’ mata dan jiwa anda yang gemarkan filem romantik.

7/10.

Movie Review: Deepwater Horizon (2016)

deepwater-horizon-image

Kisah Deepwater Horizon ini merupakan kisah benar yang berlaku pada tahun 2010 apabila Pelantar Minyak kepunyaan BP meletup dan terbakar. Kisah ini telah diadaptasikan menjadi filem yang sedang hangat ditonton sekarang. Sesiapa yang bekerja dalam bidang oil and gas atau offshore sudah tentu tahu mengenai hal ini. Ketika tahun 2010, kisah ini aku hanya dengar samar-samar. Ada keluar dalam surat khabar, tetapi aku kurang mengambil kisah. Kini menerusi filem ini, aku berjaya mendapatkan gambaran kisah Deepwater Horizon atau BP oil disaster.

Image result for deepwater horizon (film) scene

Filem ini memfokuskan watak utama, Mike Williams lakonan Mark Wahlberg. Beliau juruelektrik merangkap chef kalau tak salah aku. Mike bekerja di syarikat Transocean yang ditugaskan untuk mencari potensi tempat yang boleh digali untuk menggali minyak di Teluk Mexico. Kemudian akan berlaku konflik diantara Transocean dan BP, syarikat yang beri tender (aku rasalah) kepada Transocean untuk mencari tempat potensi untuk menggali minyak. Dari konflik itu berlakulah letupan yang dahsyat.

Image result for deepwater horizon scene film

Kalau diikutkan, tidak perlu menonton filem ini, hanya membaca wikipedia sudah cukup untuk mengetahui kisah tragedi ini. Tetapi, untuk merasai dan menterjemahkan imaginasi manusia itulah sebab penonton perlu menonton filem ini. Dari segi jalan cerita biasa. 1st act pengenalan, 2nd act konflik berlaku dan 3rd act klimaks. Sebut tentang konflik, ditonjolkan dua watak yang mempunyai perbezaan pendapat yang kalau dikira boleh dikatakan penyebab peristiwa ini berlaku. Watak Donald Vidrine (John Malkovich) dan Jimmy Harrell (Kurt Russell) yang mempunyai konflik namun bagi aku ianya tidak begitu emosi dan dramatik. Nampak seperti hanya menjadi penyebab sahaja.

Namun begitu, Watak Jimmy Harrell lakonan Kurt Russell sangat kuat. Pembinaan karekter beliau nampak. Dari mula kita dapat lihat beliau seorang yang amat disegani oleh orang-orang yang bekerja dengan beliau. Dari darat hingga ke tengah laut orang menghormatinya kerana keramahan beliau. Selain itu, beliau seorang yang sangat tegas dalam bertugas. Hal ini kita lihat ketika beliau menerima anugerah keselamatan cemerlang (lebih kurang macam tu lah) untuk 7 tahun berturut-turut. Tidak hairanlah mengapa beliau sangat serius dalam bertugas dan dia tidak peduli apa orang diatas mahu cakap kerana beliau bekerja dengan penuh etika dan mematuhi SOP. Kurt Russell membawa watak ini dengan begitu berkesan sekali.

Image result for deepwater horizon scene film

Filem ini sebenarnya mengajak kita berfikir kenapa tugasan offshore ini bukan satu tugasan mudah. Ada sebab kenapa gaji mereka sangat tinggi dan berganda. Mereka bertarung nyawa dan meninggalkan keluarga mereka di darat. Dalam 3rd act penonton akan dapat lihat betapa emosinya keluarga mangsa. Deepwater Horizon memberi gambaran kepada penonton bahawa inilah yang mereka bakal hadapi jika tidak mematuhi SOP yang betul.

Satu filem tribute juga kepada 11 orang pekerja Transocean yang meninggal dunia dalam tragedi ini. Apa yang aku boleh katakan tentang filem ini ialah, satu filem ‘disaster’ yang menarik untuk ditonton. Bagus untuk menambahkan pengetahuan.

7/10

Movie Review: Eastern Promises (2007), The Magnificent Seven (2016), Where To Invade Next? (2015)

befunky-collage

Semalam aku menghabiskan hari aku dengan membuat satu aktiviti yang dipanggil Movie Marathon. Aku dapat menghabiskan 3 filem yang aku tonton di rumah dan di pawagam. Mungkin review kali ini untuk satu filem agak pendek. Tetapi aku cuba merumuskan sebaik yang mungkin.

  1. Eastern Promises (2007)

easternp2.jpg

Filem yang bertemakan Filem Gangster ini merupakan filem arahan David Cronenberg, seorang pengarah yang tidak perlu diperkenalkan kepada semua pencandu filem. Seperti yang kita tahu, Cronenberg dah kurang buat filem Sci-Fi macam Scanner dan Naked Lunch. Tetapi sentuhan beliau masih lagi tidak kurang hebatnya.

Filem ini bermula dengan Anna Ivannova (Naomi Watts) yang bekerja di hospital menyambut kelahiran seorang bayi dari seorang ibu muda yang bernama Tatiana. Malangnya, Tatiana mati ketika melahirkan bayi tersebut. Melalui diari yang ditulis oleh Tatiana sendiri. Dalam bahasa Rusia dan satu kad restoran, Anna cuba mencari waris Tatiana dengan harapan bayi tersebut diserahkan kepada waris. Disitulah bermulanya watak Nikolai Luzhin (Viggo Mortensen) sebagai seorang pemandu kepada tokeh dan anak lelaki restoran tersebut yang bukan sahaja bertugas sebagai pemandu, malahan ‘cleaner’ (pinjam ayat wikipedia) dalam kes-kes yang melibatkan jenayah majikannya.

Lakonan watak-watak dalam filem ini mantap. Semuanya pelakon yang hebat belaka. Watak Nikolai lakonan Viggo Mortensen sebagai mamat gangster Rusia sangat menjadi. Dari riak muka, suara dan loghatnya seperti dia orang Rusia yang sebenar. Jalan cerita filem ini memang perlahan. Jika anda pernah menonton filem A History of Violence (2005) arahan Cronenberg juga, sama. Slow pace. Tetapi build up. Cuma aku ada satu masalah dengan filem ini ialah 3rd act yang membawa kepada ending. Mungkin ini pendapat peribadi, bagi aku sendiri ending filem ini tidak begitu teruja. Ia membuatkan penonton tertanya-tanya, aku faham. Tetapi 3rd act filem ini seperti mendatar. 1st dan 2nd act sangat mendaki. Malangnya 3rd act aku kurang gemar. Ada plot twist yang sebenarnya aku tak perasan meskipun sebenarnya ia agak cliche. Namun berjaya.

Jika anda gemarkan gangster filem dan sedikit drama, filem ini sesuai untuk anda.

7/10.

2. The Magnificent Seven (2016)

maxresdefault.jpg

Sudah lama rasanya filem-filem Hollywood tidak disajikan dengan konsep filem ‘Western’ atau kata lainnya, Koboi. The Magnificent Seven merupakan buah tangan terbaru pengarah Antoine Fuqua selepas The Equalizer (2014). Filem ini juga menggabungkan semula Denzel Washington dan Ethan Hawke selepas bertahun lamanya filem Training Day (2002) ditayangkan. Wow. Lama.

Kisahnya bermula apabila kampung yang terdiri dari petani diserang oleh tokeh lombong, Bartholomew Bouge (Peter Sarsgaard). Demi membalas dendam kematian suaminya dan ingin kampungnya kembali aman, Emma Cullen (Haley Bennett) mengupah Sam Chisolm (Denzel Washington) untuk menghalau askar Bouge. Sam Chisolm merekrut 6 lagi orang untuk menyertai pasukannya.

Jika anda pernah menonton filem Seven Samurai dan The Magnificent Seven yang dulu punya versi, konsep filem ini sama sahaja. Namun begitu, The Magnificent Seven tetap menjanjikan satu filem yang menghiburkan dengan konsep Western. Unsur humor kuat dalam filem ini apabila watak Chris Pratt sebagai Joshua Faraday muncul. Chris Pratt dalam filem ini memang kelakar. Dia mengimbangi jalan cerita ini dari mood serius ke mood yang buat penonton tergelak. Ethan Hawke juga hebat. Watak beliau pada mulanya nampak seperti orang yang berani namun begitu penonton dibawa kepada sejarah silam yang menghantuinya. Denzel Washington juga. Pemilihan beliau sebagai watak utama tidak salah sama sekali.

Watak Bouge meskipun sedikit (aku kecewa sikit) kerana dia watak jahat, lakonan Peter Sarsgaard juga mendatangkan kesan yang agak bagus walaupun limited penampilannya. Dari segi riak mukannya, ego, dan kejam cukup membuatkan penonton ada rasa menyampah.

Plot cerita ini sebenarnya agak mudah untuk diikuti. Tidak berbelit dan berjaya membawa penonton mengikuti pengembaraan Chisolm untuk mengumpul 6 orang koboi yang sudi mengikutnya sebelum masuk ke 2nd act. 1st act lebih kepada watak pengenalan. 2nd act dan 3rd barulah mereka membina konflik yang kukuh dan babak-babak dalam ‘western’ genre. Diselitkan juga konflik antara protagonis.

Filem ini sebenarnya kuat pengaruh Speghetti Western filem. Rujukan diambil mungkin untuk menghidupkan feel western movies yang sebenarnya tak ramai pengarah nak buat lagi dah. Rujukan dari filem Seven Samurai juga jelas ditonjolkan dalam filem ini. Mungkin satu tribute dari Fuqua kepada Akira Kurosawa.

Filem ini sememangnya menghiburkan. Mungkin filem ini tidak seserius Seven Samurai, tetapi berbaloi untuk ditonton. Mungkin ini merupakan popcorn filem terbaik yang aku tonton pada tahun ini.

8/10.

3. Where To Invade Next? (2015)

Image result for where to invade next scene

Aku gemar menonton filem dokumentari Michael Moore. Michael Moore ni lambang kepada mamat rebel di US. Dokumentari beliau selamba mengkritik dan membongkar sebarang kebobrokkan yang berlaku dinegaranya. Termasuklah dokumentari ini. Where To Invade Next?

Dokumentari sebelum ini seperti Bowling For Colombine dan Fahrenheit 9/11 agak serius. Dokumentari ini kelihatan kuat unsur humornya. Kisahnya, Michael Moore pergi ke negara-negara caucasian (orang kulit putih) dan membawa konsep ‘menjajah’. Tetapi cara dia menjajah adalah dengan mengambil konsep dan polisi yang diamalkan di negara tersebut.

Sebenarnya aku sendiri pun terkejut dengan pendedahan Michael Moore terhadap polisi negara-negara yang ‘dijajahnya’ seperti Itali dimana apabila mereka cuti, mereka dibayar untuk cuti. Di Portugal, cara mereka memerangi jenayah adalah dengan tidak menangkap pengguna dadah termasuklah menteri kesihatannya sendiri. Cara Norway ‘menghukum’ penjenayah mereka dalah dengan cara ‘mengajar’. Banduan mereka tinggal dalam kawasan yang seperti kawasan perumahan siap dengan TV, mesin basuh semua. Paling best, di Finland, mereka tiada kerja sekolah bawak balik rumah dan Tahap Pendidikan mereka paling terbaik di dunia.

Apa yang Michael Moore cuba sampaikan adalah contoh bagaimana negara-negara yang ditunjukkan dalam filem dokumentari ini berbeza dengan USA sendiri. Negara yang ‘dijajah’ Michael Moore dalam filem ini sangat menghargai rakyatnya dan menjaga kebajikan. Aku suka cara Michael Moore sarkastik dengan visual yang ditonjolkan. Sama seperti filem dokumentari Sicko (2007).

Untuk pengetahuan yang lebih, bolehlah tonton filem dokumentari ini selama lebih kurang 2 jam.

8/10.