Chester, Linkin Park dan Pengaruh Dalam Hidup Aku

Image result for linkin park

Crawling in my skin. These wounds they will not heal. Fear is how I fall
Confusing what is real

Crawling, (Hybrid Theory, 2001)

Ketika aku berusia 11 dan 12 tahun, waktu ini zaman aku masuk peringkat akil baligh. Pemikiran dan jiwa aku sudah mula berubah. Bukan sahaja sikap, malahan juga pengaruh muzik. Zaman itu, aku masih lagi mendengar muzik-muzik tempatan. Bukanlah aku nak kata bahawa muzik tempatan itu tidak bagus. Tetapi ada kalanya manusia inginkan perubahan. Termasuklah aku dalam memilih muzik. Lagu Linkin Park yang pertama kali aku dengar ialah lagu Crawling yang sering kali digunakan oleh TV3 dalam satu iklan. Waktu itu aku tercari-cari siapakah gerangan suara yang punya keras, menjerit. Ketika itu bagi aku, menyanyi dengan terjerit-jerit ini adalah satu perkara yang pelik. Meskipun dah banyak band yang menyanyi jerit-jerit seperti Nirvana, Soundgarden, Pearl Jam dan macam-macam lagi. Tetapi waktu itu aku tak kenal. Zaman tu pula tiada aplikasi canggih seperti Shazam atau Spotify, lagilah sukar aku nak mengenal sesuatu lagu.

Image result for linkin park hybrid theory

Sampailah satu hari, kawan-kawan akak aku datang ke rumah untuk jamuan makan. Kebanyakan kawan akak aku lelaki. Mereka tua 5-6 tahun dari  aku. Ada sorang kawan akak aku tu kebetulan bawa satu CD Linkin Park, Hybrid Theory. Kalau tak salah aku, waktu dia datang tu, dia singgah ke rumah kawan dia yang berhampiran dengan rumah aku. Aku terpegun melihat cover CD yang agak unik dan berbeza dengan penyanyi tempatan. Aku mengambil keputusan untuk copy paste lagu itu ke dalam PC aku sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing. Aku dengar lagu Papercut, One Step Closer, Crawling, Points of Authority (lagu terbaik dalam album Hybrid Theory).

Image result for chester bennington early

Zaman itu jugalah, lagu Linkin Park muncul dicorong radio mainstream. Lagu In The End, kau tanyalah budak-budak yang membesar zaman ini, mereka yang layan Linkin Park mesti boleh rap part Mike Shinoda walaupun off key. Ketika lagu dan video In The End kerap dimainkan di kaca TV dan corong radio, aku sudah obses dengan Linkin Park lagi-lagi vokalisnya, Chester Bennington. Kelakarnya, aku tak kenal sorang pun nama ahli kumpulan.

awak dengarlah lagu yang terjerit macam syaitan ni.“,

NI SEMUA MUZIK PUJAAN SYAITAN!

KENAPA NAK IKUT BUDAYA BARAT??

Kata-kata sebegini kerap kali aku dengar dari cikgu dan ustazah apabila aku pergi ke sekolah agama pada waktu petang. Tetapi entah kenapa jiwa aku sudah mula menerima Linkin Park dengan hati yang terbuka. Punya obeses aku ketika itu, waktu rehat aku tak pergi rehat, aku duduk depan kelas, ambil penyapu buat macam gitar, menyanyi lagu Linkin Park. Ini benar, tanyalah kawan-kawan aku yang sekolah dengan aku. Punyalah nakal. Ada juga kawan-kawan aku yang kecam sebab aku dengar Linkin Park. Ah, aku peduli hapa. Mujur kawan sebelah aku, Azwan dia pun sekepala. Tetapi, dia pernah cadangkan aku dengar lagu-lagu Oasis sebab abang dia layan Oasis. Tetapi, aku tak berapa kisah.

Masa penghujung darjah 6, aku lepak dengan seorang kawan aku yang nampak macam alim, tetapi kepala Nu Metal. Faiz namanya. Aku pergi ke rumahnya dan masa tu kami dah habis UPSR. Waktu aku masuk dalam biliknya, ada poster Linkin Park. Katanya, abang dia memang minat habis Linkin Park dan POD. POD ni band yang popular waktu aku sekolah rendah dulu. Borak-borak, obeses cerita pasal muzik padehal entah betul entah tidak, barulah kenal siapa itu Chester Bennington, Mike Shinoda, Joseph Hann, Brad Delson, Dave Farrell dan Rob Bourdon.

Masuk sekolah menengah. Tahun 2003, aku ambil masa betul nak sesuaikan diri. Aku rasa masih kanak-kanak lagi, walhal sekolah menengah aku dah kira remaja. Hujung tahun 2003, keputusan perperiksaan aku teruk. Aku jatuh ke kelas kedua terakhir. Rasa hina betul. Sampai mak aku marah. Pernah aku menangis sebab kena marah tak belajar bersungguh-sungguh. Ketika aku tingkatan 2 lah aku sedar bahawa pelajaran itu penting supaya aku tidak segan apabila bertemu dengan jiran-jiran yang acap kali bertanya tentang keputusan perperiksaan aku sebab anak-anak mereka pandai. Tetapi, minat aku dalam muzik tidak berubah.

Image result for linkin park meteora

Album kedua Linkin Park, Meteora aku kira adalah best album yang pernah aku dengar dalam semua album Linkin Park. Satu benda yang tak berubah ialah suara Chester Bennington. Entah anugerah apa yang Allah beri kepada beliau sampai suara dia tu buat kau rasa nak menjerit juga. Masa sekolah menengah, cabaran adalah lebih besar terutamanya dari segi pergaulan sosial. Waktu inilah kau rasa nak bercinta sebab tengok kawan-kawan semua dah jumpa jodoh. Waktu inilah kau tengok kawan-kawan dah mula merokok sebab kata mereka cool. Waktu inilah bila cikgu tegur, kau rasa nak mengamuk. Lagu From The Inside dari album ini antara lagu yang aku minat selepas Breaking The Habit. Part Chester menjerit lah yang bagi aku sangat puas. Apabila lagu ini aku mainkan dekat PC, aku meletakkan diri dia dalam diri aku. Mulalah aku mengambil dawai kokot (ubat stepler) letak kat bibir ala-ala Chester pakai subang tindik kat bibir. Mujur tak tertelan, kalau tak, aku dah ‘jalan’ dulu dari Chester.

Zaman sekolah menengah aku up and down. Album Minutes to Midnight (2007) memberi sedikit kelainan apabila album ini kurang jerit Chester Bennington. Namun begitu, vokal beliau tetap hebat dan ada melodi. Lagu What I’ve Done menjadi siulan aku (waktu tu aku dah ada mp3) dan kerap kali aku mainkan.

Pergi ke tahun 2010. 2010 adalah tahun yang suram bagi aku. Tahun itu aku tidak dapat tawaran masuk ke Universiti. Ketika itu aku gagal dalam percintaan. Tahun itu juga aku dah pandai pergi gig sebab aku dah bekerja. Namun begitu, jiwa kosong gila. Kawan-kawan sorang-sorang pergi sambung belajar. Selepas gagal menempatkan diri dalam mana-mana universiti awam, aku ambil keputusan untuk bekerja dan lupakan sahaja niat untuk belajar. Tetapi, tekanan di tempat kerja membuatkan aku rasa terhina. Aku tidak kisah dengan kerja yang berat atau mengangkat barang, tetapi aku rasa tidak senang apabila ada yang mengarah macam bos walhal dia bukan bos.

Waktu bekerja, aku seringkali mendengar radio melalui MP3 aku. Ketika itu tugas aku adalah mengemaskan soalan-soalan survey yang lama untuk dibuang atau dijual. Radio waktu itu mengumumkan akan memainkan lagu Linkin Park dari album yang akan muncul, lagu tersebut bertajuk The Catalyst. Kali pertama dengar seperti aku memicit jerawat kecil kemudiannya keluar ‘nasi’ yang banyak. Aku terpukau dengan muzik baru dan segar dari mereka walaupun permainan elektronik yang banyak dalam lagu itu, tetapi aku puas. Habis kerja, aku pergi download lagu tersebut dan masukkan dalam alat MP3 aku.

“Like memories in cold decay,
Transmissions echoing away,
Far from the world of you and I,
Where oceans bleed into the sky!”

The Catalyst (A Thousand Suns, 2010)

Kepala aku goyang mendengar lagu ini ketika bekerja pada hari-hari seterusnya. Aku anggap lagi ini pembakar semangat kepada aku. Sampailah satu ketika, ada seorang staf yang tidak gemar dengan sikap aku yang mendengar muzik ketika bekerja. Walhal kerja aku siap, jalan dan orang lain pun dengar juga muzik ketika bekerja. Aku ditegur dikhalayak ramai. Masa itulah aku rasa aku perlu keluar dan menuntut ilmu supaya tidak diperbodohkan dan tidak dihina. Supaya satu hari nanti apabila aku berada di atas, aku tidak senang-senang memarahi orang dibawah di hadapan orang ramai. Suara Chester dalam lagu The Catalyst seperti menghasut aku supaya keluar dari tempat itu. Dan aku pun berhenti kerja.

Do you feel cold and lost in desperation?
You build up hope, but failure’s all you’ve known
Remember all the sadness and frustration
And let it go. Let it go..

Iridescent (A Thousand Suns, 2010)

Aku terbaring, aku fikir entah apa aku nak buat bila menganggur ni. Duit takda. Aku jadi malas nak kerja. Aku ambil keputusan untuk try intake UiTM yang kedua. Alhamdulillah, aku dapat.

Aku skip album Living Things, The Haunting Party dan One More Light (aku kurang gemar album ini). Apa yang aku cuba beritahu ialah, bagaimana muzik Linkin Park memberi aku inspirasi dan membuka pemikiran aku dari pelbagai sudut. Minda aku terbuka sebab 2 benda. Muzik dan filem. Bayangkan lah jika aku masih mendengar muzik yang lapuk yang dimana lagunya bermula dengan chord A minor? Aku tidak akan berfikiran seperti sekarang. Selepas muzik Linkin Park, aku mula menerima muzik rock yang tidak keluar dalam radio mainstream seperti Muse, Green Day, Rage Against the Machine, Audioslave dan macam-macam lagi.

Pada 20 Julai lepas, vokalis kumpulan ini, Chester Bennington meninggal dunia. Laporan mengatakan beliau bunuh diri. Kecewa aku mendengarnya. Meskipun album baru Linkin Park aku agak lantang mengkritik, tetapi Linkin Park kehilangan seorang vokalis yang bagus. Penulis lirik yang mewakili remaja yang baru nak mengenal dunia. Dunia rock juga begitu. Bukanlah aku menyokong tindakan beliau. Tetapi, kesal kerana beliau memilih jalan itu.

Aku yakin, Linkin Park akan berbeza dengan ketiadaan Chester. Terima kasih Chester dan Linkin Park kerana memberi semangat dan membuka minda aku diwaktu orang sekeliling berkata buruk tentang penampilan dan muzik anda. Album Meteora akan menjadi ingatan aku sebagai antara album rock yang sangat berpengaruh dalam diri aku.

RIP Chester.

Related image

 

Advertisements

Movie Review: Wonder Woman (2017)

 

Ya, filem DC Universe. Wonder Woman merupakan filem keempat dari DC Universe yang dimana tiga filem sebelum ini, Man of Steel, Batman v Superman: Dawn of Justice dan Suicide Squad menerima kritikan negatif. Bagi aku, Man of Steel dan Batman v Superman ok la. Walaupun Batman v Superman punya plot agak celaru sikit. Suicide Squad aku susah sikit nak tonton kali kedua. Tetapi, Wonder Woman agak berbeza.

Wonder_Woman

Wonder Woman secara umumnya mengisahkan perjalanan hidup Diana Prince (Gal Gadot) yang hidup di satu pulau tersembunyi bernama Themyscira, beliau hidup bersama-sama bangsa Amazon dan penonton akan disaji dengan sedikit sejarah Greek. Diana Prince mempunyai satu kuasa dalaman yang tidak diketahuinya. Beliau agak naif. Segalanya berubah apabila beliau bertemu dengan Steve Trevor (Chris Pine) yang secara tak sengaja termasuk ke kawasan Themyscira kerana dikejar tentera Jerman.

Image result for wonder woman scene

Ini filem mengenai wanita. Feminism banyak diselitkan dalam plot filem ini. Terutamanya ketika Diana Prince membidas tentang isu wanita sering kali dijadikan pemuas nafsu lelaki (kalau tak salah aku), kemudian apabila lelaki yang mengetuai perang pelik kenapa seorang wanita boleh masuk campur dalam hal peperangan (babak semasa Trevor jumpa Sir Patrick Morgan dalam parlimen). Wanita digambarkan sebagai hero dan aku rasa ianya ok. Banyak lagi elemen feminism yang boleh dilihat dalam filem ini.

Image result for wonder woman scene

Aku suka perkembangan watak Wonder Woman dalam filem ini. Dari seorang yang naif, beliau sendiri mengetahui kenapa perang di dunia berlaku terutamanya sesama manusia. Ketika itu juga beliau mula mengenal cinta dan mula mengetahui perangai manusia yang sebenar. Dalam filem ini, beliau mencari Ares yang dikatakan punca segala kenapa manusia berperang. Watak Chris Pine dalam filem ini sebagai pembantu amat efektif.

Image result for wonder woman scene

Dalam filem ini, tiada Bruce Wayne masuk campur atau Justice League. Yang ada cuma logo “Wayne Enterprise” untuk mengingatkan penonton bahawa filem ini masih lagi dalam DC Universe. Plotnya tidak serabut macam Batman v Superman yang kalau boleh semua benda berkenaan Justice League nak masuk. Wonder Woman juga agak berbeza dengan filem-filem DC sebelum ini. Banyak unsur humor yang boleh membuat penonton tergelak dalam panggung. Aksi dan humor agak seimbang sebab itu filem ini tidak membosankan.

Meskipun villain filem ini tidaklah begitu hebat dimata aku, Wonder Woman merupakan satu filem origin yang bagus. Stand alone sebagai Wonder Woman sahaja. Patty Jenkins berjaya menterjemahkan filem ini dengan begitu baik. Semoga filem Wonder Woman yang kedua akan diarahkan oleh beliau. Akhir kata, Wonder Woman penyelamat DC Universe.

9/10

Movie Review: Manchester by the Sea (2016)

Image result for manchester by the sea

Manchester by the Sea, sebuah filem yang diarahkan oleh Kenneth Lonergan, yang aku baru tahu bahawa beliaulah penulis untuk filem Gangs of New York (2000). Sebelum menonton filem ini atau lebih senang, ketika filem ini sedang hangat diperkatakan tahun lepas, aku tak menonton langsung trailer filem ini. Namun begitu, ramai yang memperkatakan tentang kehebatan lakonan Casey Affleck dalam filem Manchester by the Sea. Tambahan pula, aku sangka filem ini lokasinya di Manchester, England. Rupa-rupanya, memang ada tempat yang bernama, Manchester-by-the-sea di Massachusetts, Amerika Syarikat.

screen-shot-2016-08-24-at-11-26-09-am

Filem ini mengisahkan tentang kehidupan seorang lelaki yang bernama Lee Chandler (Casey Affleck), seorang lelaki yang ada kalanya nampak seperti tiada perasaan, pendiam dan pemabuk. Beliau baru sahaja kehilangan abangnya, Joe (Kyle Chandler) yang baru sahaja meninggal dunia. Satu bebanan tambah bagi Lee apabila abangnya mewasiatkan bahawa Lee merupakan penjaga baru kepada anak Joe, Patrick Chandler (Lucas Hedges).

Filem ini ialah filem drama. Bila drama, sebenarnya penonton akan disajikan satu jalan cerita yang perlahan, emosi dan adakalanya melihat moral yang cuba ditunjukkan kepada penonton. Plot filem ini sebenarnya berlapis. Ada kalanya aku sendiri pun terkeliru kerana cara filem ini menceritakan satu kisah ke satu kisah agak mengelirukan. Aku sendiri tidak perasan babak-babak flashback. Pengarah menggunakan tona warna dan cahaya yang sama. Ada sesetengah pengarah dia suka guna tona warna yang berbeza untuk menunjukkan kepada penonton bahawa, babak itu adalah babak flashback. Aku rasa, 1st act filem ini buat aku tercari-cari apa sebenarnya hendak ditunjukkan kepada penonton.

Image result for manchester by the sea

Bila masuk 2nd act, filem ini mula membuka segala persoalan. Terutamanya kepada watak utama, Lee. Pada awalan, Lee dilihat sebagai seorang yang pendiam, suka lepak dalam bar, bergaduh, dan cuba lari kepada tanggungjawab dan realiti bahawa dia adalah penjaga kepada anak saudaranya. Tetapi penonton akan sedar sebenarnya Lee mempunyai satu sejarah yang sangat sukar diterima olehnya. Dia sampai rasa nak bunuh diri. Ketika ini penonton didedahkan dengan masalah rumah tangga, hubungan Lee dengan abangnya, Joe dan pelbagai lagi.

Image result for manchester by the sea

Lakonan Casey Affleck paling mantap dalam filem ini. Emosi dan loneliness yang disampaikan melalui ekspresi muka beliau sangat menjadi. Tidak hairanlah jika beliau mampu merangkul anugerah pelakon lelaki terbaik untuk Academy Awards pada minggu hadapan. Lucas Hedges juga mantap dengan watak seorang remaja yang ego nak mati. Lucas Hedges dan Michelle Williams juga mendapat pencalonan untuk Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik.

Image result for manchester by the sea

Kenneth Lonergan menjadikan bandar Manchester-by-the-sea ini dengan begitu cantik sekali. Bagi aku, filem ini bukan sahaja sekadar filem drama, malahan ia dibikin dengan kemas dan cantik dari segi visualnya.

Aku melihat filem ini sebagai filem drama yang sangat emosi. Ia menyentuh hal kekeluargaan. Ketika Lee jatuh, dia ada abangnya untuk membantu Lee ‘hidup’ kembali. Dia sedar bahawa Lucas adalah tanggungjawabnya kerana Joe juga begitu mengambil berat terhadap Lee. Adakalanya, kata-kata seseorang itu akan memberikan kesan yang mendalam kepada si penerima kata-kata tersebut. Aku melihat, watak Lee dalam filem ini terkesan dengan kata-kata yang sebenarnya membuatkan beliau terluka dan terkesan dengan begitu lama sekali. Ketika semua orang disekelilingnya move on, beliau belum lagi.

Sebuah filem drama yang bagus dan bermakna. Jika anda ok menonton kisah kebahagiaan dan kesediahan orang lain, maka Manchester by the Sea adalah filem yang sesuai untuk anda.

9/10

Movie Review: The Accountant (2016)

Jika anda semua rajin membuka laman web Rotten Tomatoes, filem ini mendapat review yang kurang baik. 51 peratus atau kata mudahnya, rotten. Tahun lepas, aku tidak ke panggung wayang untuk menonton filem ini kerana terpengaruh dengan rating Rotten Tomatoes. Tahun ini baru aku berpeluang tonton.

14accountant1-master768-v2

Filem ini merupakan filem arahan Gavin O’ Connor yang mengisahkan seorang lelaki bernama Christian Wolff (Ben Affleck) yang merupakan seorang autism, namun begitu Chris dikurniakan satu akal fikiran yang bijak dan teliti dalam bidang matematik. Dalam masa yang sama, Ray (J.K. Simmons) memberi tugas kepada Marybeth (Cynthia Addai-Robinson) untuk mencari seorang akauntan yang dikatakan mempunyai link dengan gangster-gangster besar.

Wolff lakonan Ben Affleck dilihat sebagai insan yang ada austism. Namun begitu, Wolff mempunyai satu set skill yang hebat dalam menggunakan senjata dan berlawan (aku dapat tau dari IMDB, Wolff pandai bersilat, sebab ayah dia hantar ke Indonesia untuk belajar seni mempertahankan diri tersebut, ada dalam filem ini). Tambahan pula, watak Wolff diperkenalkan sejak dari kecil dan diselang selikan dengan waktu sekarang. Sepanjang jalan cerita filem ini, penonton didedahkan bagaimana seorang kanak-kanak autism boleh berdikari, pandai dalam seni mempertahankan diri dan hebat dalam matematik, bahkan beliau merupakan forensik akauntan. Diselangselikan dengan flashback zaman kanak-kanak Wolff.

Image result for the accountant 2016 scene

Plot filem ini bukan sahaja tertumpu kepada Wolff. Banyak flashback dari plot yang berbeza. Ray mempunyai kisahnya yang tersendiri. Kemudian penonton dibawa kepada plot dimana Marybeth mencari identiti sebenar Akauntan yang dikatakan oleh Ray. Mungkin ianya agak mengelirukan, tetapi ianya saling berkaitan. Ada satu ketika, watak Wolff yang begitu pendiam dan agak menyisihkan diri nampak berkembang apabila watak Dana lakonan Anna Kendrick cuba bersosial dengannya. Watak Assassin lakonan Jon Bernthal juga diselitkan dalam filem ini.

Sentuh pasal lakonan, Ben Affleck sangat sesuai membawa watak Wolff yang sangat pendiam, bijak, kurang eye contact dan badass. Sejak belakon jadi Batman ni, nampak Ben Affleck sesuai membawakan watak tempur.

Image result for the accountant 2016 scene

Filem ini seperti puzzle. Dari pemulaan hingga ke hujung ada cebisan-cebisan yang diletakkan oleh pengarah sebagai ‘teka-teki’ buat penonton dan ianya sangat menarik bagi aku. Dihujung filem ini aku cakap, “oooo barulah faham…”.  Walaupun ending filem ini sebenarnya aku dah boleh jangka bila masuk 2nd act, tetapi ada satu persoalan (aku tak boleh cakap ianya pasal apa) yang menjadi ‘cliffhanger’ bagi aku. Ianya terjawab betul-betul  ketika penghujung filem ini.

Cuma yang kurang menarik bagi aku ending yang agak mendatar dan cliche sebab 2nd act dah boleh jangka. Kemudian, filem ini kekurangan aksi. Aksi betul-betul muncul ketika pertengahan filem. Bagi aku, apabila kau letak gambar Ben Affleck pegang sniper untuk muka depan promosi filem ini, semua penonton akan jangka filem ini full of action atau action pack movie. Tetapi mereka salah. Ini bagi aku agak mengelirukan. Mungkin ada sebab penonton kurang gemar filem ini. Tetapi, bagi aku penyampaian filem ini agak berbeza dan unik. Feel menonton filem ini sama seperti aku menonton filem Jack Reacher. Pace filemnya sama seperti The Accountant.

7/10

Top 5 TV Series 2016

Aku jarang menonton rancangan TV pada tahun ini sebenarnya berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. 2016 tahun aku sambung belajar dan tahun yang aku menumpukan masa menonton filem berbanding menonton rancangan TV. Sejak adanya akaun Netflix, aku dapat mencuri masa sedikit untuk menonton rancangan TV yang aku gemar. Berikut adalah top 5 TV Series yang berjaya memuaskan hati aku. Sekadar mengingatkan, maaf jika tiada Game of Thrones dalam senarai ini kerana aku tak pernah tonton langsung. Drama Suamiku, suamimu pukul 7 petang pun tiada. Ini list berpaksikan Amerika.

Honorable Mention

Mr. Robot (USA Network)

Mr. Robot - Season 2

5. Better Call Saul (AMC)

Better Call Saul musim kedua menjanjikan sesuatu yang agak puas untuk peminat-peminat Breaking Bad. Ada satu ketika, aku merasakan Better Call Saul hanyalah Spin-off dari TV Siri Breaking Bad, memandangkan Saul Goodman memang antara watak penting dalam rancangan tersebut. Namun begitu, Konflik antara  Jimmy (Saul) dengan abangnya, Chuck semakin memuncak. Ditambah pula dengan kemunculan watak-watak yang ada di dalam Breaking Bad seperti Hector Salamanca dan Lawson, orang yang jual senjata kat Heisenberg kat Albuquerque.

Watak Mike Erhmantraut semakin menampakkan peranannya dalam musim kedua ini. Konflik antara beliau dengan Hector Salamanca sudah menunjukkan bayang-bayang untuk musim ketiga. Ramai yang mengharapkan kemunculan Gustavo Fring, villain yang digemari ramai dalam Breaking Bad dan juga merupakan tokeh restoran Ayam Goreng, Los Pollos Hermanos.

4. Narcos (Netflix)

Image result for narcos season 2

Aku baru sahaja habis menonton musim pertama dan kedua. Garapan kisah Pablo Escobar yang di TV siri terbitan Netflix ini menjanjikan satu kisah dan dokumentari yang menarik untuk ditonton. Bermula dengan intro lagu Latin yang sangat dope untuk didengar, kisah Escobar diselang-selikan dengan footage sebenar ketika era Kartel Dadah Madellin berkuasa di Colombia.

Untuk musim kedua, Escobar sudah mula mempunyai musuh-musuh bukan sahaja dari kerajaan pimpinan Gaviria, dan DEA/CIA, malahan juga dari kartel-kartel dadah yang lain di Colombia seperti di Cali. TV Siri ini akan disambung ke musim ketiga. Kalau tak salah aku, musim keempat pun akan ada.

3. The Walking Dead (AMC)

Related image

The Walking Dead masih bertahan sehingga musim ketujuh. Tahun 2016 sahaja merupakan penamat musim keenam dan permulaan untuk musim ketujuh. Ketika The Walking Dead menamatkan musim keenam, munculnya watak villain yang badass, Negan yang berjaya membuatkan Rick dan konco-konconya terkencing di dalam seluar.

Musim ketujuh bermula dengan Negan membantai 2 orang konco Rick (yang aku tak boleh sebut namanya kalau sesiapa yang belum tonton) sehingga pecah kepala dan otak bersepai. Ramai yang mengkritik rancangan ini kerana babak-babak yang gore. Namun begitu, ianya permulaan kepada watak Negan yang sebenarnya menguasai musim ketujuh dan mengapa ramai yang takut kepadanya.

The Walking Dead musim ketujuh akan sambung februari tahun hadapan.

2. Stranger Things (Netflix)

Debut season yang terbaik pernah aku tonton. Aku menghabiskan masa 2 hari untuk Stranger Things. TV Siri yang berlatar belakangnya era 80-an, dengan muzik ala-ala John Carpenter, The Clash, mood filem seperti Steven Spielberg dan novel Stephen King menjadi modal TV siri ini. Iannya berkonsepkan Sains Fiksyen + Supernatural.

Pelakon kanak-kanak dalam TV Siri ini sangatlah hebat. Terutamanya watak Eleven yang dilakonkan oleh Millie Bobby Brown sangat-sangat hebat untuk dihayati. Jika anda gemarkan filem-filem sains fiksyen 80-an, Stranger Things pasti mengubat rindu untuk mereka yang membesar dan merasai ‘vibe’ era tersebut. Stranger Things akan bersambung musim kedua, rasanya pada tahun hadapan kot.

1.  The People v. O.J. Simpson: American Crime Story (FX)

Image result for the people v oj simpson

American Crime Story baru memulakan musim mereka. Rancangan ini mengambil kisah-kisah pembunuhan yang pernah berlaku di Amerika Syarikat atau lebih mudah, kes berprofil tinggi. Untuk musim pertama, kes O.J. Simpson digarap semula dalam bentuk dramatik. The People v. O.J. Simpson menceritakan bagaimana kes ini berjalan dengan prosidur yang mungkin menarik untuk ditonton jika anda bukan dari bidang undang-undang.

Apa yang membuatkan rancangan ini menarik ialah pelakon. Semua berjaya membawakan watak masing-masing dengan begitu baik dan emosi yang disampaikan berkesan. Ada babak di mana OJ dan Cochran ketika Cochran hendak memujuk OJ bahawa beliau akan menang kes ini jika mereka mengetengahkan isu perkauman. Babak tu memang bagi aku one of the best moment dalam TV Show.

Bila menonton The People O.J. Simpson, barulah nampak jelas bagaimana kes ini berjalan. Dengan isu perkauman yang menjadi ‘payung’ kepada kemenangan O.J. Simpson yang dituduh membunuh isterinya. Ianya seperti menonton tv siri yang berkonsepkan prosedur mahkamah seperti Law and Order, The People v. O.J. Simpson lebih dramatik. Rancangan ini mendapat 5 pencalonan untuk Anugerah Golden Globe dalam kategori TV yang akan diadakan pada tahun hadapan.

Movie Review: Café Society (2016)

share

Sebut sahaja nama Woody Allen, siapa sahaja pencandu filem yang tidak kenal beliau. Dalam usia 80 tahun, Woody Allen masih lagi giat dalam bidang membikin filem. Filem terbarunya yang ditayangkan di Cannes Film Festival Mei yang lepas bertajuk Café Society.

Image result for cafe society scene

Filem ini mengisahkan seorang budak lelaki yahudi dalam golongan ‘working class’ yang bernama Bobby Dorfman (Jesse Eisenberg) pergi ke Hollywood untuk bekerja di bawah syarikat perfileman kepunyaan pakciknya, Phil (Steve Carell). Di dalam syarikat tersebut, Bobby berkenalan dengan setiausaha Phil, Veronica “Vonnie” Sybil (Kirsten Steward) dan akhirnya jatuh cinta. Di situ bermulalah kisah cinta mereka berdua yang aku pasti takkan cerita kerana mahu mengelakkan elemen spoiler.

Image result for cafe society scene

Mungkin review kali ini hanya interpretasi peribadi. Aku melihat filem ini sebagai satu filem cinta. romantik yang penuh tragis. Sukar untuk aku menangkapnya ketika awalan cerita. Tetapi apabila masuk 2nd act dan 3rd act, aku baru sedar bahawa sebenarnya ‘tragis’ ini ditenggelami oleh muzik dan mood  terang dan ceria yang diterapkan dalam filem ini.

Image result for cafe society scene

Bukan sahaja krisis cinta bahkan krisis keluarga menjadi tunjang kepada masalah kepada Bobby ditutup dengan ambient filem ini yang sangat rileks. Jalan cerita ini slow sebenarnya dan ianya sangat mendatar. Cuma plot cerita ini sebenarnya menceritakan bagaimana cinta antara Bobby dan Vonnie terbentuk dan terhalang. Ada subplot yang menarik untuk ditonton terutamanya kisah abangnya, Ben Dorfman (Corey Stoll).

Dari segi lakonan, pelakon dalam filem ini sangatlah hebat. Jesse Eisenberg sekurang-kurangnya berjaya membawa watak lelaki working class yang nampak nerd (satu gaya yang sukar dipisahkan dalam perwatakan beliau) dengan jaya sekali. Kesimpulan, bagi aku, filem ini romantik yang agak sadis dan tragis. Namun mampu dihadam dengan baik sekali. Naratif oleh Woody Allen menambah perisa filem ini.

Jika anda inginkan filem romantik komedi yang santai dengan gaya aristokrat, Café Society boleh lah dijadikan ‘makanan’ mata dan jiwa anda yang gemarkan filem romantik.

7/10.

Movie Review: Sully (2016)

sully-imax-poster-gallery

Sully sebuah filem terbaru arahan Clint Eastwood, pengarah/pelakon yang sudah berusia 86 tahun, tahap atuk. Filem ini diadaptasi dari kisah benar, ‘Miracle on the Hudson’ pada tahun 2009 dimana Kapal Terbang US Airways Flight 1549 yang mendarat di atas Sungai Hudson kerana enjin tidak berfungsi. Perlu aku menyatakan bahawa filem ini filem biografi. Mungkin ada sesetengah orang tidak gemar genre sebegini kerana ia lebih kepada storytelling. Aku suka. Pendapat aku, ini antara filem Eastwood yang aku gemar selepas filem Mystic River (2003), Letters From Iwo Jima (2006), Gran Torino (2008) dan Invictus (2009).

Image result for sully 2016 scene

Secara kasarnya, filem ini banyak tertumpu kepada Captain Chesley ‘Sully’ Sullenberger  (Tom Hanks) yang diangkat hero oleh orang New York kerana berjaya menyelamatkan 155 orang penumpang Kapal Terbang US Airways Flight 1549 yang mengalami enjin yang tidak berfungsi. Namun begitu, beliau dan Co-Pilot, Jeff Skiles (Aaron Eckhart) telah menimbulkan keraguan kepada National Transportation Safety Board (NTSB) kerana tindakan mereka yang tidak mahu mendarat di Lapangan terbang terdekat seperti LaGuardia Airport atau Teterboro. Kemudian bermulalah kisah-kisah yang penuh dengan fakta kejadian.

Image result for sully 2016 scene

Aku pergi kepada yang bagus dahulu. Lakonan Tom Hanks tidak perlu diperkatakan lagi. Dia membawa watak Sully dengan begitu berkesan sekali. Beliau dibantu oleh Aaron Eckhart yang juga agak terkesan lakonannya. Jalan cerita filem ini bukanlah mengikut kronologi. Mungkin ada penonton yang akan pelik pada mulanya kenapa dia sudah diangkat menjadi hero? Filem ini memang akan bermula sedemikian tetapi ulang babak semasa di kejadian dan selepas kejadian akan dipaparkan. Yang paling penting, filem ini tidak meleret. Clint Eastwood terkenal dengan filem-filem yang berdurasi 2 jam lebih. Lihat sahajalah American Sniper, Mystic River. Kali ini filem ini seolah-olah dipadatkan supaya menjadi 1 jam 50 minit macam tu.

Filem ini juga membawa penonton kepada situasi dalam aviation. Bagi aku yang bukan dalam bidang ini, ianya sesuatu yang baru. Entah 100 peratus betul aku pun tak pasti. tetapi, kita dapat lihat betapa telitinya mereka korek setiap bukti, mahalahan kisah peribadi Sully juga dikorek kerana ia mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut.

Image result for sully 2016

Apa yang aku kurang gemar ialah flashback. Flashback dalam filem ini bagi aku seolah-olah sekadar ada sahaja. Maksud flashback ini bukan ketika kejadian berlaku. Flashback dalam filem ini ditonjolkan sewaktu Sully masih muda, memandu kapal terbang pertamanya, dan membawa jet pejuang. Lepas tu, apa tujuan flashback tu? Nak tunjuk yang dia tu memang tahu bawa kapal terbang? Aku tak nampak kaitan sebab sedia tahu Sully sudah tentu memandu kapal terbang sejak dari dia muda lagi.

Selain itu, aku setuju ada kata orang bahawa filem ini agak menunjukkan ‘America Is the Great’ atau kata lainnya propaganda. Mungkin ya, mungkin tak kerana Clint Eastwood juga seorang ahli politik. Menonton filem Sully ibarat macam ‘sequal’ American Sniper dimata aku.

Sully bagi aku berbaloi untuk ditonton jika anda ‘OK’ dengan filem-filem Clint Eastwood ataupun genre Biography film. Ada 1,2 perkara yang mungkin kurang baik, tetapi ia masih lagi karya Eastwood yang bagus.

8/10