Movie Review: Baby Driver (2017)

Baby Driver, filem terbaru karya Edgar Wright. Pengarah dari UK yang pernah membikin filem-filem menarik seperti Cornetto Trilogy (Shaun of the Dead, Hot Fuzz, The World’s End) dan Scott Pilgrim vs The World. Secara peribadi, Edgar Wright merupakan salah seorang pengarah muda yang aku gemar menonton karyanya. Ada satu keunikan yang ditampilkan dalam filem-filem beliau.

Baby-Driver

Secara umumnya, Baby Driver menceritakan satu kumpulan yang menjalankan aktiviti jenayah merompak bank yang diketuai oleh Doc (Kevin Spacey). Baby (Ansel Elgort) yang mempunyai masalah pendengaran tinnitus, dengan mendengar muzik beliau boleh menghilangkan masalah tersebut mempunyai satu skill memandu yang sangat hebat. Kalau anda pernah dengar filem Drive, lakonan Ryan Gosling, konsepnya sama. Cuma Drive lebih serius. Ok sambung semula sinopsis. Segalanya ok kerana Baby dapat mengaut keuntungan yang banyak dari aktiviti tersebut. Sehinggalah beliau bertemu dengan wanita yang bernama Debora (Lily James), kemudiannya kehidupan Baby sedikit berubah.

Image result for baby driver scene

Jalan cerita filem ini bagi aku permulaannya agak baik. Pantas dan penuh aksi. 1st act filem ini menarik disalut dengan muzik yang didengar oleh Baby sendiri. Walaupun aku yakin semua penonton tidak pernah mendengar muzik yang dimainkan oleh Baby melalui iPodnya, muzik ini menjadi satu adunan yang padu kepada jalan cerita filem ini. 2nd act bagi aku agak perlahan kerana ketika ini babak tertumpu kepada penceritaan Baby dan Deborah yang bagi aku agak kurang menarik secara jujurnya. 3rd act barulah filem ini kembali bernyawa.

Image result for baby driver scene

Dari segi lakonan, Ansel Elgort berjaya mengubah persepsi aku bahawa beliau adalah pelakon muda yang bakal belakon untuk filem tema keremajaan seperti The Fault in our stars. Dalam filem ini, beliau sangat hebat. Penonton dibawa menyelami watak Baby bukan sahaja semasa beliau bekerja, malahan hubungan beliau dengan ayah angkatnya, kisah lampau dan kisah cintanya bersama Deborah. Watak Bats (Jamie Foxx) bagi aku sangat kelakar dalam filem ini. Banyak punchline yang kelakar kalau nak dicerita. John Hamm dan Kevin Spacey juga memberikan lakonan yang sangat mantap.

Dari segi sinematografi, inilah yang menyebabkan kenapa aku suka menonton karya Edgar Wright. Quick cuts style merupakan antara gaya Edgar yang sangat popular dalam filem-filemnya. Bagi aku, gaya sebegini memerlukan kreativiti dan ketelitian ketika menyunting filem. Baby Driver juga begitu. Teknik seperti close-up juga banyak kali digunakan. Teknik-teknik sebegini sememangnya unik kerana Edgar Wright pandai menyampaikan komedi melalui visual. Ianya sangat menjadi. Di youtube ramai yang menjelaskan teknik-teknik yang digunakan Edgar Wright. Ini membuktikan bahawa beliau sangat kreatif dan unik melalui gayanya yang tersendiri.

Image result for baby driver scene

Masalah bagi aku untuk filem ini ialah 2nd act. Aku tak dapat rasa connection cinta antara Baby dan Deborah. Jenuh aku cuba mendalami tetapi gagal. Aku melihat 2 karekter ini tidak ada chemistry. Ada kalanya aku menguap sedikit kerana cuba untuk memahami gaya romantik dan ianya juga berlaku dengan begitu pantas. Cara Deborah jatuh cinta terhadap baby juga kurang begitu menyerlah dan berkesan. Ketika 2nd act lah aku mengharapkan watak Jamie Foxx kerap muncul kerana Jamie Foxx banyak memberi elemen komedi dalam filem ini.

Image result for baby driver scene

Apa-apa pun, Baby Driver puas untuk ditonton. Boleh tonton buat kali kedua. Soundtrack filem ini sangat padu. Terutamanya lagu Queen-Brighton Rock yang sangat menarik untuk didengar semula di spotify. Edgar Wright sekali lagi membuktikan yang beliau mampu menyampaikan komedi dengan menggunakan visual. Padu.

8/10