Movie Review: Wonder Woman (2017)

 

Ya, filem DC Universe. Wonder Woman merupakan filem keempat dari DC Universe yang dimana tiga filem sebelum ini, Man of Steel, Batman v Superman: Dawn of Justice dan Suicide Squad menerima kritikan negatif. Bagi aku, Man of Steel dan Batman v Superman ok la. Walaupun Batman v Superman punya plot agak celaru sikit. Suicide Squad aku susah sikit nak tonton kali kedua. Tetapi, Wonder Woman agak berbeza.

Wonder_Woman

Wonder Woman secara umumnya mengisahkan perjalanan hidup Diana Prince (Gal Gadot) yang hidup di satu pulau tersembunyi bernama Themyscira, beliau hidup bersama-sama bangsa Amazon dan penonton akan disaji dengan sedikit sejarah Greek. Diana Prince mempunyai satu kuasa dalaman yang tidak diketahuinya. Beliau agak naif. Segalanya berubah apabila beliau bertemu dengan Steve Trevor (Chris Pine) yang secara tak sengaja termasuk ke kawasan Themyscira kerana dikejar tentera Jerman.

Image result for wonder woman scene

Ini filem mengenai wanita. Feminism banyak diselitkan dalam plot filem ini. Terutamanya ketika Diana Prince membidas tentang isu wanita sering kali dijadikan pemuas nafsu lelaki (kalau tak salah aku), kemudian apabila lelaki yang mengetuai perang pelik kenapa seorang wanita boleh masuk campur dalam hal peperangan (babak semasa Trevor jumpa Sir Patrick Morgan dalam parlimen). Wanita digambarkan sebagai hero dan aku rasa ianya ok. Banyak lagi elemen feminism yang boleh dilihat dalam filem ini.

Image result for wonder woman scene

Aku suka perkembangan watak Wonder Woman dalam filem ini. Dari seorang yang naif, beliau sendiri mengetahui kenapa perang di dunia berlaku terutamanya sesama manusia. Ketika itu juga beliau mula mengenal cinta dan mula mengetahui perangai manusia yang sebenar. Dalam filem ini, beliau mencari Ares yang dikatakan punca segala kenapa manusia berperang. Watak Chris Pine dalam filem ini sebagai pembantu amat efektif.

Image result for wonder woman scene

Dalam filem ini, tiada Bruce Wayne masuk campur atau Justice League. Yang ada cuma logo “Wayne Enterprise” untuk mengingatkan penonton bahawa filem ini masih lagi dalam DC Universe. Plotnya tidak serabut macam Batman v Superman yang kalau boleh semua benda berkenaan Justice League nak masuk. Wonder Woman juga agak berbeza dengan filem-filem DC sebelum ini. Banyak unsur humor yang boleh membuat penonton tergelak dalam panggung. Aksi dan humor agak seimbang sebab itu filem ini tidak membosankan.

Meskipun villain filem ini tidaklah begitu hebat dimata aku, Wonder Woman merupakan satu filem origin yang bagus. Stand alone sebagai Wonder Woman sahaja. Patty Jenkins berjaya menterjemahkan filem ini dengan begitu baik. Semoga filem Wonder Woman yang kedua akan diarahkan oleh beliau. Akhir kata, Wonder Woman penyelamat DC Universe.

9/10