Top 10 Best Movies of 2017

2017 semakin sampai penghujungnya. Tanpa sedar, 2018 bakal menanti kita. Terutamanya peminat filem. Rasanya macam baru sangat kes La La Land tersilap naik pentas yang sepatutnya dimenangi oleh filem Moonlight. Apa-apa pun, 2017 masih lagi menampilkan filem-filem yang berkualiti dan menghiburkan buat tontonan pencandu filem. Aku mulakan senarai top best movies of 2017 dengan Honorable Mention.

Wonder Woman

la-1496443500-cr28oqru0l-snap-image

Wind River

Image result for wind river scene

Okja

Image result for okja scene

Split

Related image

A Ghost Story

a-ghost-story-review

10. Raw

Related image

Filem dari Belgium ini merupakan antara filem kontroversi tahun ini. Walaupun ada babak-babak yang menampilkan unsur-unsur kanibalism, Raw tidak boleh lari daripada genre coming of age. Siapa boleh lupa babak Justine memakan jari kakaknya, Alexia yang telah putus. Filem ini bagi aku telah membawa satu pembaharuan dalam genre filem horror yang berunsurkan kanibalism. Ya, filem ini amat-amat menggelikan. Sampai penghujung filem penonton mindanya akan dirogol.

9. John Wick: Chapter 2

Image result for john wick chapter 2 scene

Meskipun filem ini awal tahun 2017, ianya tidak boleh dilupakan. Dengan konsep neo-noir yang mengisahkan kumpulan pembunuh bawah tanah, John Wick: Chapter 2 masih lagi mengekalkan aksi-aksi yang lebih mantap dan realistik. Antara sebab John Wick ada dalam senarai ini adalah aksi yang ditampilkan tidak memeningkan kepala. Steady cam masih digunakan dan memberikan penonton aksi 100 peratus realistik. John Wick kembali sebagai seorang yang sangat pendendam meskipun beliau terikat dengan perjanjian lampau. Kita tunggu sahajalah John Wick: Chapter 3 nanti.

8. Blade Runner 2049

Related image

Antara sebab aku teruja menonton Blade Runner 2049 adalah kerana pengarahnya adalah Dennis Villeneuve. Beliau merupakan pengarah yang konsisten dalam menghasilkan filem-filem berkualiti. Tidak hairan kenapa aku memilih filem ini, bukan sahaja pengarahnya, tetapi jalan cerita yang sangat segar bagi aku. 2049 mungkin nampak sedikit berbeza dengan Blade Runner terdahulu dari segi grafik atau CGI yang lebih kemas dan canggih. Tetapi 2049 masih mengekalkan ruh-ruh filem Blade Runner yang terdahulu mungkin sebagai menghormati visi Ridley Scott agaknya. Jalan cerita ini memang slow burn tetapi satu kepuasan apabila menonton filem sains fiksyen cyberpunk yang hebat ini.

7. Logan

Image result for logan scene

Sejujurnya, Hugh Jackman akan tetap menjadi seorang Wolverine. Logan sememangnya layak disenaraikan antara filem superhero terbaik selepas The Dark Knight. Logan membawa penonton kepada kisah dimana Logan yang sudah tua dan kesihatannya sudah tidak seperti dulu kerana adamantium yang memakan dirinya. Dalam masa yang sama, Charles Xavier pula sudah tua dan dementia. Logan berjaya meragut emosi penonton ketika penghujung filem dan ianya simbolik dengan Hugh Jackman yang tampil buat kali terakhir sebagai Wolverine.

6. War for the Planet of the Apes

Image result for war for the planet of the apes scenes

Aku sangat meminati Planet of the Apes yang versi moden ini. Antara faktor adalah lakonan Andy Serkis. Benar, Andy Serkis dalam filem ini hanyalah melakonkan watak CGI. Tetapi, segala gerak geri badan, riak muka dan suara memerlukan kehebatan Andy Serkis sebagai seorang pelakon. Watak Caesar dalam filem ketiga Apes ini semangnya antara watak utama yang ikonik dan hebat dalam mana-mana filem tahun ini. Bagi aku, War for the Planet of the Apes menampilkan CGI yang terbaik untuk tahun 2017.

5. The Disaster Artist

Related image

Tommy Wiseau adalah lelaki misteri yang duitnya banyak dan telah membikin filem sendiri sehingga digelar, “Citizen Kane of Bad Movie” dan mencapai status cult. James Franco membawa watak Tommy Wiseau dengan begitu baik sekali. Filem ini menerapkan elemen persahabatan dengan begitu cantik sekali. The Disaster Artist menerima 2 pencalonan Golden Globe untuk Filem Terbaik Kategori Komedi/Muzikal dan Pelakon Lelaki Terbaik Kategori Komedi/Muzikal hasil lakonan mantap James Franco.

4. Baby Driver

Image result for baby driver scene

Edgar Wright kembali tahun ini dengan filem aksi komedi muzikalnya. Dengan teknik fast cut edit, komedi visual yang ditampilkan oleh Edgar Wright sangat segar. Soundtrack yang tepat dan kena pada mood mewarnai perjalanan filem ini. Tidak keterlaluan aku kata bahawa Baby Driver lebih menarik dari filem Fast and Furious tahun ini. Ansel Elgort telah menerima pencalonan Golden Globe untuk anugerah pelakon lelaki terbaik kategori filem komedi/muzikal.

3. It

Image result for it 2017 scenes

It bukanlah hantu. Dia makhluk yang hidup kat bumi yang akan tidur selama 27 tahun atau 30 tahun dalam satu masa. Tapi bila dia terjaga kerja dia adalah makan budak. Itu adalah pemahaman aku. Dia menjelma menjadi Pennywise the Clown dalam filem ini. Aku melihat It adalah contoh bagaimana adaptasi novel Stephen King menjadi sebuah filem yang baik jika ianya dikendalikan oleh penulis skrip yang mantap (Chase Palmer, Cary Fukunaga & Gary Dauberman) dengan pengarah yang mengerti apa itu horror film (Andy Muschietti). It adalah hybrid kepada filem genre horror dan coming-of-age filem. Antara genre filem yang aku gemar. It memberikan satu pengalaman menghiburkan secara peribadi. Aku menonton filem ini 2 kali di panggung wayang. Ini baru sahaja chapter one. Akan datang chapter 2 bakal menyusul. It merupakan filem Rated R yang mengutip kutipan paling tinggi selepas filem Deadpool dan The Matrix Reloaded.

2. Dunkirk

Image result for dunkirk 2017 scenes

Dunkirk adalah sebuah filem perang yang menarik dan aneh. Aneh dan menarik kerana Dunkirk lari dari konsep (menurut penonton) filem perang iaitu Pertumpahan darah. Filem ini tidak menonjolkan aksi-aksi yang ganas seperti putus tangan atau darah-darah yang memenuhi wajah pelakon. Bagaimana filem ini ditampilkan? Dunkirk memfokuskan bagaimana desakan hidup manusia ketika perang yang memang hidup dalam ketakutan dan mementingkan diri. Inilah sifat-sifat manusia yang paling ketara waktu perang. Sebab itu ramai veteran perang yang menonton Dunkirk memuji filem ini. Visual effect, bunyi dan soundtrack oleh Hans Zimmer adalah gabungan yang mantap. Jalan cerita yang mempunyai 3 lapis dicantumkan dengan kemas sudah menjadi trademark kepada pengarah Christopher Nolan. Dunkirk antara filem perang yang menarik untuk ditonton. Filem ini menerima 3 pencalonan untuk Golden Globe yang akan datang untuk kategori Filem Terbaik – Drama, Pengarah Terbaik- Christopher Nolan dan Skor Original Terbaik – Hans Zimmer.

1. Get Out

Image result for get out 2017 scene

Jordan Peele menggegarkan filem horror tahun ini dengan filem Get Out. Filem ini menampilkan Daniel Kaluuya sebagai watak utama dengan babak yang ikonik dimana beliau menangis ketika dihipnosis. Isu perkauman digunakan sebagai modal sebagai kritikan sosial kepada situasi yang berlaku di Amerika Syarikat sekarang.  Aku gemar dan terhibur menonton filem ini. Filem horror perlu mempunyai konsep yang segar dan jalan cerita mantap. 2017 adalah tahun gemilang untuk Blumehouse kerana filem ini menerima pencalonan Golden Globe untuk filem terbaik kategori komedi/muzikal dan Pelakon lelaki terbaik kateogri komedi/muzikal untuk Daniel Kaluuya. Dengan mendapat 99 peratus rating di Rotten Tomatoes, tidak hairanlah kenapa Get Out menjadi filem terbaik 2017.