Movie Review: Raw (2017)

Image result for raw 2017 poster

Sebuah filem Perancis-Belgium arahan Julia Doncournau ditayangkan pada festival filem Cannes 2016 dan telah menggondol satu anugerah. Ketika Toronto International Film Festival tahun lepas juga, tayangan filem ini telah menyebabkan ada penonton yang pengsan kerana  visual gory yang ada dalam filem ini. Raw merupakan satu filem horror yang baru ditayangkan di Eropah dan Amerika Syarikat.

Image result for raw 2017 poster scene

Filem ini mengisahkan seorang remaja perempuan, Justine yang baru sahaja masuk ke satu sekolah veterinar. Di sana, minggu orientasinya sedikit pelik. Pelajar-pelajar akan dibenarkan berparti, seks bebas, untuk hari pertama kelas mereka terpaksa memakai kot yang disimbah darah haiwan dan dipaksa memakan buah pinggang arnab yang mentah. Untuk pengetahuan, Justine dan semua ahli keluarganya ialah vegetarian. Justine dipaksa makan oleh kakanya yang merupakan senior disitu. Secara tidak sedar, perbuatan tersebut telah menyebabkan Justine mempunyai satu tabiat makan daging yang pelik.

image

Bagi aku, ini merupakan sebuah filem horror yang agak thought provoking. Banyak penonton yang tertanya-tanya tentang apa sebenarnya pengarah filem ini hendak sampaikan? adakah beliau menggalakkan cannibalism atau veganism? Atau adakah ini cara untuk mengkritik sistem pendidikan? Macam-macam tanggapan sebenarnya.

Jika dilihat dari segi teknikal, filem ini berjaya memaparkan visual gore yang agak baik. Banyak lagi filem-filem yang memaparkan visual-visual yang mampu membuatkan penonton muntah. Babak Justine menggaru kulit badannya sampai luka agak mengerikan sebenarnya dengan bunyi beliau menggaru sampai aku rasa macam kulit dia nak koyak atau terbakar. Seram.

Related image

Watak-watak dalam filem ini agak baik. Watak Justine berkembang dengan begitu kemas. Perkembangan watak beliau dibantu oleh 2 watak pembantu, kakanya sendiri, Alexia dan roomatenya, Adrien yang merupakan seorang lelaki gay. Dua orang watak ini mempunyai perangai yang berbeza. Bayangkan Justine seorang watak yang mungkin melampau dari segi moral (kalau kalian tonton, akan tau apa jenis moral yang melampau itu), dua watak pembantu ini membawa perspektif yang berbeza samada makin syaitan atau makin baik. Watak Justine betul-betul dipimpin oleh dua watak pembantu ini.

Jalan cerita ini agak perlahan. Euro horror type aku rasa. Sama seperti The Human Centipede. Babak yang memperlihatkan gory pun sebenarnya tak banyak. Tetapi bila kau nampak perubahan Justine, kau akan rasa ingin tahu apa yang akan jadi kepadanya. Ketika perjalanan mengenali watak Justine inilah pengarah memasukkan elemen gory kedalam filem ini yang aku rasa, wow. Nak muntah jugalah.

Image result for raw 2017 poster scene gore

Cuma aku rasa satu sahaja yang kurang iaitu penghujung filem ini yang sebenarnya macam twist. Malang sekali, di awalan filem aku macam dah boleh agak. Perkara ini melibatkan ibu bapa Justine dan kalian fahmilah apabila menonton filem ini.

Walaupun geli, bagi aku ia memberi nafas baru kepada filem horror. Ada orang memang suka menonton filem-filem gore macam ni dan Raw merupakan filem yang agak sesuai ditonton. Janganlah tonton filem ini semasa perut tengah kosong. Takut tak larat nak makan di lain waktu.

8/10