Movie Review: Dunkirk (2017)

Christopher Nolan sudah membikin lebih kurang 8 filem. Ada filem superhero, ada filem sains fiksyen dan crime. Dunkrik merupakan filem perang pertamanya. Yang anehnya, Dunkirk merupakan filem yang diletak dalam kategori PG13. Berbeza dengan filem-filem perang yang kebanyakkannya Rated R kerana banyak babak-babak ganas seperti badan putus, darah yang memancut dan bom sana sini. Dunkirk merupakan filem perang yang berbeza dan mengikut acuan pengaranya.

dunkirk-0

Mungkin ada yang pernah membaca kisah Dunkirk. Kisah dimana ketika Jerman Nazi sudah menakluki eropah, bermula dengan Poland, tentera mereka mara ke Belanda, Belgium dan Perancis. Tentera Perikatan, Perancis dan British sudah ditekan sehingga ke kawasan penghujung pantai Dunkirk. Ketika itulah Perdana Menteri Britain, Winston Churchill mengarahkan supaya 400 000 askar British diselamatkan dengan apa jua cara. Termasuklah bot-bot persendirian orang awam dan nelayan. Kisah Dunkirk amat penting sehinggakan pakar-pakar sejarah mengatakan jika Jerman Nazi berjaya menawan British dan askar British mati di Dunkirk, kemungkinan sekarang, Nazi merupakan kuasa dunia.

Image result for dunkirk 2017 scene

Dalam filem ini, ada 3 tema yang berbeza. Darat, udara dan laut. Ketiga-tiga jalan cerita ini memfokuskan apa yang berlaku ketika hari operasi dynamo dijalankan. Oleh itu, jika kalian mengharapkan filem ini ada babak drama, lupakan. Kerana filem ini tiada memfokuskan sesuatu watak. Sebab tu aku cakap, filem ni berbeza. Ada filem perang yang suka fokuskan perkembangan watak. Contoh, filem Saving Private Ryan. Watak Tom Hanks dalam tu kita dapat selami emosi beliau. Dunkirk takda. Walaupun mungkin kita dapat lihat dari watak Tom Hardy, Mark Rylance dan Cillian Murphy, ianya tidak begitu memberikan impak. Jalan cerita Dunkirk juga sebenarnya tidak linear. Kerana Nolan memang gemar buat filem non-linear. Bagusnya, filem ini tidak memeningkan otak penonton.

Related image

90 minit filem ini penuh dengan bunyi letupan. Tidak henti. Namun begitu, ia memberikan kepuasan dari segi visual. Sedia maklum, Nolan bukanlah seorang pengarah yang gemarkan penggunaan CGI secara menyeluruh. Filem ini banyak practical effects yang membuatkan ia nampak lebih realistik.  Ditambah pula dengan muzik dari Hans Zimmer yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Dari segi sinematografi, ini kali kedua Nolan berkerjasama dengan Hoyte van Hoytema dan sinematografi filem ini kemas dimata aku. Top notch.

Image result for dunkirk 2017 cillian murphy

Kembali kepada watak, walaupun watak dalam filem ini tidak berkembang kerana ia memfokuskan situasi di Dunkirk, watak Cillian Murphy agak mendalam bagi aku. Watak beliau dalam filem ini ialah seorang yang agak trauma dengan perang. Dia tidak boleh dengar bunyi bom dan bunyi jet pejuang. Ada satu ketika penonton mungkin akan rasa benci dengan watak beliau, tetapi apabila muncul watak Mark Rylance dalam situasi tersebut, kita akan faham kenapa watak Cillian Murphy jadi begitu.

Image result for dunkirk 2017 mark rylance

Secara realitinya, ketika perang kau takda masa nak tanya kat tentera sebelah tentang personal life dia. Aku rasa, ini yang buat Dunkirk agak unik berbanding filem perang yang lain. Filem ini juga bermain dengan emosi penonton dari mula sampai hujung dan aku tak boleh cerita dengan lanjut. Dunkirk juga memaparkan dalam keadaan perang, sifat pentingkan diri, tamak, patriotik, pengorbanan dan ketakutan bergelumang dalam diri manusia kerana terdesak dan naluri survival seorang manusia itu wujud.

Aku berpuas hati dengan Dunkrik. Walaupun tiada babak gory sampai putus kaki, darah terpancut, filem ini memfokuskan impak perang dari dalam diri dan minda tentera British. Rasanya, aku akan pergi menonton sekali lagi, tetapi bukan di pawagam IMAX, pawagam biasa lah pula. Jika anda gemar filem perang dunia kedua, (tanpa melibatkan tentera USA) Dunkirk adalah filem yang patut anda tonton. Dunkirk pasti akan memberi anda kepuasan sinematik yang padu.

9/10