Movie Review: War For the Planet of the Apes (2017)

Seperti biasa, aku lewat menonton filem arahan Matt Reeves ini. Aku dahulu kan filem Dunkirk kerana aku merupakan peminat pengarah filem tersebut, Christopher Nolan. War For the Planet of Apes merupakan filem ketiga dalam Trilogi Planet of the Apes versi Reboot.  Filem ini dibintangi oleh Andy Serkis sebagai Caesar dan Woody Harrelson sebagai The Colonel.

gallery5-gallery-image

Filem ini merupakan kesinambungan dari 2 filem Planet of the Apes reboot, Rise dan Dawn. Dalam War, kaum-kaum apes dilihat sebagai satu ancaman kepada kehidupan manusia kerana kepandaian dan bahayanya mereka (rujuk kepada watak Koba). Apabila kubu beruk diserang, saki baki tentera manusia, Alpha-Omega tidak dibunuh malahan dihantar pulang atas arahan Caesar. Anak Caesar, Blue-Eye menjumpai kawasan yang boleh dijadikan tempat tinggal untuk beruk-beruk jauh dari manusia. Malang sekali apabila tentera Alpha-Omega yang diketuai oleh The Colonel menyerang kubu beruk sekaligus menimbulkan rasa dendam oleh Caesar.

Image result for war for the planet of the apes

Aku dapat tahu ada yang kurang gemar dengan filem ini. War For the Planet of the Apes (WFTPOTA, panjang sangat, pendek sikit) bukanlah filem perang yang anda tonton ingat ada kebabooom sepanjang filem. Jalan cerita WFTPOTA telah dibina sejak dari filem Rise of the Planet of the Apes lagi. Perkembangan watak Caesar dapat dilihat melalui tiga filem Apes. Mungkin ada yang kurang mengerti dengan Apes reboot ini. Bagi aku, filem ini penuh dengan falsafah tentang kemanusiaan, perperangan, leadership.

Image result for war for the planet of the apes the colonel

Sebut tentang leadership, aku gemar babak antara Caesar dengan The Colonel semasa Caesar masuk ke dalam biliknya. Caesar tanya (lebih kurang begini), mengapa orang mengangkat beliau sebagai ketua, katanya kerana orang takut dengannya sahaja. Penonton kalau tengok betul-betul, Caesar mempunyai karisma sebagai ketua sehinggakan beruk-beruk sanggup buat apa sahaja asalkan ketua mereka selamat. Mengikut ketua kerana ketuanya hebat berbanding colonel yang pengikut-pengikutnya kerana takut dibunuh, maka ikut sahaja cakap ketua.

Aku suka babak masa semua tentera berkumpul dikawasan lapang dengan diiringi lagu Star Spangled Banner, waktu tu mengingatkan aku babak dalam filem Triumph of the Will (1935), filem propaganda terbitan Nazi. Walaupun skala kecil sahaja, perasaan diktator The Colonel lakonan Woody Harrelson timbul.

Related image

Watak kanak-kanak yang bisu secara tiba-tiba, namanya Nova menjadi tanda tanya kepada penonton kenapa beliau tidak boleh bercakap. Ini akan diterangkan pada 2nd act filem ini yang bagi aku motifnya jelas. Watak Bad Ape lakonan Steve Zahn sangat mencuit hati. Sekurang-kurangnya mengimbangi mood tegang dengan mood komedi ringan. Namun begitu, watak Bad Ape ketika kali pertama berjumpa dengan beruk lain agak menyentuh hati aku secara peribadi. Ketika beliau hilang harapan ingat semua beruk dah mati, dia jumpa Caesar dan harapan baru dalam dirinya wujud semula. Cuma ada kisah Bad Ape yang katanya dia hendak cari anak, aku tak jumpa babak mana yang mengatakan samada anaknya dijumpai atau dah mati. Mungkin aku terlepas pandang, kena tonton lagi.

Image result for war for the planet of the apes caesar

Andy Serkis tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau merupakan pelakon motion capture acting yang hebat sekali. Aku berharap Academy Awards akan menilai semula lakonan beliau. Andy Serkis walaupun berwajah monyet dalam filem ini, mimik muka, bahasa badan dan suara adalah hasil dari usaha beliau. Tidak melampau kalau beliau boleh tersenarai dalam pelakon terbaik (walaupun mustahil). Lakonan Woody Harrelson juga agak mantap dan aku geram jugak tengok kekejaman beliau dalam filem ini. Tapi itulah tugas pelakon. Dia kena bagi penonton rasai pembawakan watak yang beliau lakonkan dan bagi aku sangat berjaya.

Secara keseluruhannya, ini merupakan “perfect trilogy” bagi aku. Planet of the Apes reboot yang sangat berjaya. Watak Caesar merupakan watak yang akan aku ingat sepanjang menonton filem. Pembinaan watak yang tidak terburu-buru meskipun watak tersebut muncul dalam satu filem. Ini merupakan filem drama perang yang sangat berfalsafah jika anda gemar menonton secara semiotik. Ia perlu dihayati dengan penuh kesungguhan supaya kenyang di penghujung jalan cerita. Tamat filem ini, aku rasa hendak berdiri tepuk tangan. Tetapi aku seorang sahaja, maka tidaklah. Tepuk dan sorak dalam hati.

9/10

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s