Chester, Linkin Park dan Pengaruh Dalam Hidup Aku

Image result for linkin park

Crawling in my skin. These wounds they will not heal. Fear is how I fall
Confusing what is real

Crawling, (Hybrid Theory, 2001)

Ketika aku berusia 11 dan 12 tahun, waktu ini zaman aku masuk peringkat akil baligh. Pemikiran dan jiwa aku sudah mula berubah. Bukan sahaja sikap, malahan juga pengaruh muzik. Zaman itu, aku masih lagi mendengar muzik-muzik tempatan. Bukanlah aku nak kata bahawa muzik tempatan itu tidak bagus. Tetapi ada kalanya manusia inginkan perubahan. Termasuklah aku dalam memilih muzik. Lagu Linkin Park yang pertama kali aku dengar ialah lagu Crawling yang sering kali digunakan oleh TV3 dalam satu iklan. Waktu itu aku tercari-cari siapakah gerangan suara yang punya keras, menjerit. Ketika itu bagi aku, menyanyi dengan terjerit-jerit ini adalah satu perkara yang pelik. Meskipun dah banyak band yang menyanyi jerit-jerit seperti Nirvana, Soundgarden, Pearl Jam dan macam-macam lagi. Tetapi waktu itu aku tak kenal. Zaman tu pula tiada aplikasi canggih seperti Shazam atau Spotify, lagilah sukar aku nak mengenal sesuatu lagu.

Image result for linkin park hybrid theory

Sampailah satu hari, kawan-kawan akak aku datang ke rumah untuk jamuan makan. Kebanyakan kawan akak aku lelaki. Mereka tua 5-6 tahun dari  aku. Ada sorang kawan akak aku tu kebetulan bawa satu CD Linkin Park, Hybrid Theory. Kalau tak salah aku, waktu dia datang tu, dia singgah ke rumah kawan dia yang berhampiran dengan rumah aku. Aku terpegun melihat cover CD yang agak unik dan berbeza dengan penyanyi tempatan. Aku mengambil keputusan untuk copy paste lagu itu ke dalam PC aku sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing. Aku dengar lagu Papercut, One Step Closer, Crawling, Points of Authority (lagu terbaik dalam album Hybrid Theory).

Image result for chester bennington early

Zaman itu jugalah, lagu Linkin Park muncul dicorong radio mainstream. Lagu In The End, kau tanyalah budak-budak yang membesar zaman ini, mereka yang layan Linkin Park mesti boleh rap part Mike Shinoda walaupun off key. Ketika lagu dan video In The End kerap dimainkan di kaca TV dan corong radio, aku sudah obses dengan Linkin Park lagi-lagi vokalisnya, Chester Bennington. Kelakarnya, aku tak kenal sorang pun nama ahli kumpulan.

awak dengarlah lagu yang terjerit macam syaitan ni.“,

NI SEMUA MUZIK PUJAAN SYAITAN!

KENAPA NAK IKUT BUDAYA BARAT??

Kata-kata sebegini kerap kali aku dengar dari cikgu dan ustazah apabila aku pergi ke sekolah agama pada waktu petang. Tetapi entah kenapa jiwa aku sudah mula menerima Linkin Park dengan hati yang terbuka. Punya obeses aku ketika itu, waktu rehat aku tak pergi rehat, aku duduk depan kelas, ambil penyapu buat macam gitar, menyanyi lagu Linkin Park. Ini benar, tanyalah kawan-kawan aku yang sekolah dengan aku. Punyalah nakal. Ada juga kawan-kawan aku yang kecam sebab aku dengar Linkin Park. Ah, aku peduli hapa. Mujur kawan sebelah aku, Azwan dia pun sekepala. Tetapi, dia pernah cadangkan aku dengar lagu-lagu Oasis sebab abang dia layan Oasis. Tetapi, aku tak berapa kisah.

Masa penghujung darjah 6, aku lepak dengan seorang kawan aku yang nampak macam alim, tetapi kepala Nu Metal. Faiz namanya. Aku pergi ke rumahnya dan masa tu kami dah habis UPSR. Waktu aku masuk dalam biliknya, ada poster Linkin Park. Katanya, abang dia memang minat habis Linkin Park dan POD. POD ni band yang popular waktu aku sekolah rendah dulu. Borak-borak, obeses cerita pasal muzik padehal entah betul entah tidak, barulah kenal siapa itu Chester Bennington, Mike Shinoda, Joseph Hann, Brad Delson, Dave Farrell dan Rob Bourdon.

Masuk sekolah menengah. Tahun 2003, aku ambil masa betul nak sesuaikan diri. Aku rasa masih kanak-kanak lagi, walhal sekolah menengah aku dah kira remaja. Hujung tahun 2003, keputusan perperiksaan aku teruk. Aku jatuh ke kelas kedua terakhir. Rasa hina betul. Sampai mak aku marah. Pernah aku menangis sebab kena marah tak belajar bersungguh-sungguh. Ketika aku tingkatan 2 lah aku sedar bahawa pelajaran itu penting supaya aku tidak segan apabila bertemu dengan jiran-jiran yang acap kali bertanya tentang keputusan perperiksaan aku sebab anak-anak mereka pandai. Tetapi, minat aku dalam muzik tidak berubah.

Image result for linkin park meteora

Album kedua Linkin Park, Meteora aku kira adalah best album yang pernah aku dengar dalam semua album Linkin Park. Satu benda yang tak berubah ialah suara Chester Bennington. Entah anugerah apa yang Allah beri kepada beliau sampai suara dia tu buat kau rasa nak menjerit juga. Masa sekolah menengah, cabaran adalah lebih besar terutamanya dari segi pergaulan sosial. Waktu inilah kau rasa nak bercinta sebab tengok kawan-kawan semua dah jumpa jodoh. Waktu inilah kau tengok kawan-kawan dah mula merokok sebab kata mereka cool. Waktu inilah bila cikgu tegur, kau rasa nak mengamuk. Lagu From The Inside dari album ini antara lagu yang aku minat selepas Breaking The Habit. Part Chester menjerit lah yang bagi aku sangat puas. Apabila lagu ini aku mainkan dekat PC, aku meletakkan diri dia dalam diri aku. Mulalah aku mengambil dawai kokot (ubat stepler) letak kat bibir ala-ala Chester pakai subang tindik kat bibir. Mujur tak tertelan, kalau tak, aku dah ‘jalan’ dulu dari Chester.

Zaman sekolah menengah aku up and down. Album Minutes to Midnight (2007) memberi sedikit kelainan apabila album ini kurang jerit Chester Bennington. Namun begitu, vokal beliau tetap hebat dan ada melodi. Lagu What I’ve Done menjadi siulan aku (waktu tu aku dah ada mp3) dan kerap kali aku mainkan.

Pergi ke tahun 2010. 2010 adalah tahun yang suram bagi aku. Tahun itu aku tidak dapat tawaran masuk ke Universiti. Ketika itu aku gagal dalam percintaan. Tahun itu juga aku dah pandai pergi gig sebab aku dah bekerja. Namun begitu, jiwa kosong gila. Kawan-kawan sorang-sorang pergi sambung belajar. Selepas gagal menempatkan diri dalam mana-mana universiti awam, aku ambil keputusan untuk bekerja dan lupakan sahaja niat untuk belajar. Tetapi, tekanan di tempat kerja membuatkan aku rasa terhina. Aku tidak kisah dengan kerja yang berat atau mengangkat barang, tetapi aku rasa tidak senang apabila ada yang mengarah macam bos walhal dia bukan bos.

Waktu bekerja, aku seringkali mendengar radio melalui MP3 aku. Ketika itu tugas aku adalah mengemaskan soalan-soalan survey yang lama untuk dibuang atau dijual. Radio waktu itu mengumumkan akan memainkan lagu Linkin Park dari album yang akan muncul, lagu tersebut bertajuk The Catalyst. Kali pertama dengar seperti aku memicit jerawat kecil kemudiannya keluar ‘nasi’ yang banyak. Aku terpukau dengan muzik baru dan segar dari mereka walaupun permainan elektronik yang banyak dalam lagu itu, tetapi aku puas. Habis kerja, aku pergi download lagu tersebut dan masukkan dalam alat MP3 aku.

“Like memories in cold decay,
Transmissions echoing away,
Far from the world of you and I,
Where oceans bleed into the sky!”

The Catalyst (A Thousand Suns, 2010)

Kepala aku goyang mendengar lagu ini ketika bekerja pada hari-hari seterusnya. Aku anggap lagi ini pembakar semangat kepada aku. Sampailah satu ketika, ada seorang staf yang tidak gemar dengan sikap aku yang mendengar muzik ketika bekerja. Walhal kerja aku siap, jalan dan orang lain pun dengar juga muzik ketika bekerja. Aku ditegur dikhalayak ramai. Masa itulah aku rasa aku perlu keluar dan menuntut ilmu supaya tidak diperbodohkan dan tidak dihina. Supaya satu hari nanti apabila aku berada di atas, aku tidak senang-senang memarahi orang dibawah di hadapan orang ramai. Suara Chester dalam lagu The Catalyst seperti menghasut aku supaya keluar dari tempat itu. Dan aku pun berhenti kerja.

Do you feel cold and lost in desperation?
You build up hope, but failure’s all you’ve known
Remember all the sadness and frustration
And let it go. Let it go..

Iridescent (A Thousand Suns, 2010)

Aku terbaring, aku fikir entah apa aku nak buat bila menganggur ni. Duit takda. Aku jadi malas nak kerja. Aku ambil keputusan untuk try intake UiTM yang kedua. Alhamdulillah, aku dapat.

Aku skip album Living Things, The Haunting Party dan One More Light (aku kurang gemar album ini). Apa yang aku cuba beritahu ialah, bagaimana muzik Linkin Park memberi aku inspirasi dan membuka pemikiran aku dari pelbagai sudut. Minda aku terbuka sebab 2 benda. Muzik dan filem. Bayangkan lah jika aku masih mendengar muzik yang lapuk yang dimana lagunya bermula dengan chord A minor? Aku tidak akan berfikiran seperti sekarang. Selepas muzik Linkin Park, aku mula menerima muzik rock yang tidak keluar dalam radio mainstream seperti Muse, Green Day, Rage Against the Machine, Audioslave dan macam-macam lagi.

Pada 20 Julai lepas, vokalis kumpulan ini, Chester Bennington meninggal dunia. Laporan mengatakan beliau bunuh diri. Kecewa aku mendengarnya. Meskipun album baru Linkin Park aku agak lantang mengkritik, tetapi Linkin Park kehilangan seorang vokalis yang bagus. Penulis lirik yang mewakili remaja yang baru nak mengenal dunia. Dunia rock juga begitu. Bukanlah aku menyokong tindakan beliau. Tetapi, kesal kerana beliau memilih jalan itu.

Aku yakin, Linkin Park akan berbeza dengan ketiadaan Chester. Terima kasih Chester dan Linkin Park kerana memberi semangat dan membuka minda aku diwaktu orang sekeliling berkata buruk tentang penampilan dan muzik anda. Album Meteora akan menjadi ingatan aku sebagai antara album rock yang sangat berpengaruh dalam diri aku.

RIP Chester.

Related image

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s