Movie Review: The Mummy (2017)

Image result for the mummy 2017 poster

The Mummy, sebuah filem arahan Alex Krutzman yang merupakan filem reboot dari filem-filem Mumia yang wujud di dunia sebelum ini. Aku pasti, ramai yang mengingati filem The Mummy lakonan Brendan Fraser. Tetapi, aku kalau boleh nak elak banding kan filem yang baru ini dengan yang lama. Bagi aku, The Mummy tahun ini sebenarnya berada di universe yang berbeza.

The-Mummy5

Filem ini mengisahkan tentang Nick Morton (Tom Cruise) yang menjumpai satu makam lama di sebuah kota lama Mesopotamia di Iraq. Beliau bersama-sama rakan, Chris Vail (Jack Johnson) dan arkeologi, Jennifer Halsey (Annabelle Wallis) menjumpai satu mumia yang merupakan Princes Ahmanet (Sofia Boutella). Selepas Morton melepaskan kerada Ahmanet dari kawasan tersebut, Morton sering dibelenggu satu vision dan sebenarnya beliau terkena satu sumpahan.

Marilah aku bercerita perkara yang baik. Bagi aku, filem ini berada di tahap yang boleh tahan. Aku melihat potensi filem ini boleh pergi jauh. Sebelum filem ini ditayangkan lagi, aku sudah mengetahui tentang “Dark Universe” yang bakal ditayangkan di pawagam. Dark Universe ni aku akan cerita kemudian.

Related image

Aksi filem ini boleh tahan. Ada sebab kenapa Tom Cruise dipilih meskipun ada orang cakap sekadar nak jual filem sahaja. Mungkin benar. Tetapi, dalam usia 50 tahun, Tom Cruise masih boleh berlakon filem-filem yang lasak (aku komen baik tang lasak sahaja). Aksi yang dipaparkan dalam tahap yang ok. Aku suka mereka memberi watak Mummy yang baru iaitu seorang wanita. Sofia Boutella merupakan pelakon yang sesuai untuk watak ini. Beliau juga seorang pelakon yang berdarah Algeria, tidak hairanlah wajah beliau agak kena dengan ‘mood’ filem ini.

Masalah terbesar bagi aku untuk The Mummy ialah plot. Plot filem ini bagi aku agak caca merba. Permulaan filem ini baik, ada unsur Knights Templar, cerita pula kisah bagaimana Princess Ahmanet diawet hidup-hidup kerana membunuh ibu bapanya dan adiknya kerana takut tidak dapat menjadi seorang firaun. Bila muncul satu watak ini yang aku kira agak dominan. Aku tak nak cerita nama watak tersebut, pelakonnya ialah Russell Crowe.

Image result for The Mummy 2017 scene

Watak Crowe dalam filem ini akan muncul dalam Dark Universe iaitu filem-filem raksasa yang akan wujud pada tahun-tahun yang mendatang. Bagi aku, ianya sangat terburu-buru. Untuk meletakkan ‘tapak’ universe dalam sesuatu filem, patut contohi Marvel. Clue tentang universe diberikan pada post end credits. Watak yang bakal menyinari universe (dalam erti kata, watak Russell Crowe) ini hanya muncul sebagai cameo sahaja. Lihat Nick Fury dalam Marvel Cinematic Universe. Apabila filem ke-5 barulah beliau nampak aktif dalam MCU.

Dark Universe sepatutnya memudahkan jalan cerita. Plot yang ringkas tetapi penonton mudah faham. Filem ini kekurangan elemen ‘adventure’. Sepatutnya, kisah mumia yang hidup kembali ini patut dijadikan tiang kepada filem ini. Bukannya plot yang membuatkan penonton pening. Serius aku cakap, sub plot watak Russell Crowe ni agak membuatkan aku sedikit lost. Mungkin juga aku perlu menonton 2 kali untuk kefahaman yang lebih.

Watak yang tidak perlu seperti Jack Johnson yang cuba membawa unsur humor bagi aku tak berapa nak jadi. Aku tak merasakan satu elemen humor pun wujud dalam watak beliau. Tom Cruise juga membawa watak ‘asshole’ dalam filem ini. Watak Princess Ahmanent juga tidak dikembangkan dengan begitu baik sampai ada kalanya, aku tertanya-tanya, filem ni nak cerita pasal apa sebenarnya? Dari segi humor, aku nampak filem ini seperti ‘try hard’.

Image result for The Mummy 2017

Aku harap filem Dark Universe yang seterusnya akan lebih baik. Pastikan mereka tumpukan watak utama (monster) dan tidak mencampurkan watak-watak Dark Universe yang lain. Sedikit mengecewakan, tetapi aku masih lagi merasakan filem ini merupakan filem popcorn yang ok. Kalau bosan dan menguap, entahlah.

5/10

 

  • ada easter egg dalam filem ini. Book of death ada muncul kejap.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s